Saturday 27 February 2010

Berhujung minggu

Sekarang ini cuaca di UK/Oxford agak tidak menentu. Ada ketikanya pukul 9 pagi panas dengan matahari bersinar terang, kemudian jam 9.30 pagi hujan lebat. Pukul 1 petang hari dah nak gelap, kemudian pukul 2 pula hujan air batu (berdentum-dentum atas bumbung kereta), pukul 4 pula cerah.

Begitulah cabaran yang perlu ditempoh dalam usaha memastikan hari-hari yang berlalu dapat dimanfaatkan secara produktif (dari segi kerja). Banyak ketika saya jadi malas kerana 'kesejukan' dan 'kegelapan' hari (hari cepat gelap) sebegini.

Tapi ada satu budak ni memang dia tak kisah apa jua cuaca kat luar. Sebab dia sekarang ni tengah melasak.

Hehe...sayelah tu...

Petang semalam (Sabtu), Ustaz Khairi telah menjemput kami sekeluarga dan beberapa rakan/jiran lain bertandang ke rumah baru beliau untuk makan-makan.

Selain makan, pelbagai topik kami sembangkan termasuklah urusan mengerjakan Umrah*, politik tanah air (hang lendoh aku, aku londeh hang, etc), perihal orang Melayu-Islam, hal ibadah dan keperluan mengambil Nas Quran dan Hadith dahulu berbanding pendapat orang, hal kereta, penulisan blog dan banyak lagi.

Suasana santai

Selain kaum bapa dan ibu dapat berjumpa dan bersembang, berjumpa sekali-sekala ini juga menjadi kesempatan terbaik buat anak-anak yang sama-sama membesar ini untuk bersosial, bermain dan membantu perkembangan kognitif mereka.




Kepada Ustaz sekeluarga, terima kasih daun keladi. Moga Allah Taala murahkan rezeki dan turut dipermudahkan urusan menunaikan Umrah bulan 6 nanti.

nota:

Umrah* - InsyaAllah bulan 5 nanti (6/5/2010) kami bertiga akan berangkat ke tanah suci menunaikan ibadah Umrah selama 2 minggu. Semangat tengah berkobar, bukan apa, rindu untuk bersolat dan berdoa di tempat yang terbaik sekali. Moga segala urusan ke arah umrah ini akan dipermudahkan Allah, dan harapnya lancar.

Selamat berhujung minggu.

No comments: