Tuesday 16 February 2010

Cerita Orang Kaya

Sumber: sini

Disebabkan saya bukanlah seorang yang mendalami ilmu ekonomi, makanya tidaklah saya perasan sebelum ini bahawa langkah yang diambil kerajaan bagi menyuntik semula pertumbuhan pasaran saham (melalui dana yang besar), akhirnya membawa kepada 2 implikasi yang besar iaitu:

1) Memulihkan dan memperteguhkan semula pasaran saham dan keyakinan pelabur untuk kembali melabur di Bursa Malaysia - kegiatan ekonomi dapat berkembang.

2) Pasaran saham yang melonjak telah turut melonjakkan pendapatan golongan kaya, kesan langsung seperti yang dinyatakan oleh sumber berita di atas.

Ini terbukti apabila Robert K. dengan selesanya menambahkan kekayaan beliau sehingga berbelas billion ringgit, begitu juga dengan rakan-rakan "kelab 40 orang kaya" ini.

Jika rakyat terbanyak mungkin tidak merasa kesan langsung daripada pemulihan pasaran saham, sebagaimana yang dirasa 40 orang terkaya di Malaysia ini, harapnya dapatlah dibentuk suatu cara agar keuntungan sebelah pihak ini dapat disalurkan bagi membantu pihak yang satu lagi.

nota:

1- "kelab 40 orang kaya" ini memang kerusi panas, yang perlu direbut sesama mereka saban tahun! Untuk merebutnya, mereka perlu menjadi 'semakin kaya dan kaya' - baru tak keluar ranking!

2- para pelabur biasa yang membuka simpanan pelaburan dalam ASB, ASN, Tabung Haji, etc. hingga kini (sudah lama) tidak merasa janji pulangan pelaburan sekurang-kurangnya 10% per tahun. Pengumuman dividen masih berlegar sekitar 4.5 - 5.0% sahaja (tidak termasuk bonus).

No comments: