Sunday, 9 October 2011

DrMAZA@Oxford

Awal pagi semalam, kami bertiga mengharungi kedinginan pagi ke Heathrow Airport, menjemput tetamu penting dari Malaysia. Beliau adalah bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA).


Dr MAZA kami bawa pulang ke kampung Oxford di mana di sini nanti beliau insyaAllah akan meluangkan masa selama 10 bulan menyiapkan tugasan penyelidikan di Oxford Centre for Islamic Studies (OXCIS).

Ini merupakan kali kedua saya berpeluang duduk bersembang dengan beliau dengan kali terakhir adalah sewaktu kunjungan beliau ke Oxford 2009 (waktu itu beliau masih menjalani sabatikal di Lempeter, Wales).

Tetapi peluang bersembang sementara mengharungi perjalanan 1 jam Heathrow - Oxford 'memberitahu' saya bahawa beliau adalah seorang yang mudah didekati, selain peramah dengan pelbagai isu terkini (terutamanya Politik) yang berlaku di tanah air telah beliau kupas sepanjang perjalanan.

Ada yang menyentuh: Bajet 2012, Najib dapat salah penasihat, Arak Langkawi (bukan sedikit pemimpinan Pas yang hentam beliau), calon PM dari Pas - bukan calon 'luar parti', isu Hudud, hati budi Nik Aziz, Umno salah pancing, PRU13 dan banyak lagi, insyaAllah akan saya selitkan pada posting-posting yang berkaitan di masa akan datang.

Kami tiba di Oxford sekitar jam 9.15 am dan bersarapan di rumah 'Penghulu Kampung Oxford' sebelum bertolak ke Town Centre bagi menguruskan penginapan Dr MAZA.

Semoga warga OxfordMalaysian khususnya akan dapat memanfaatkan masa 10 bulan Dr MAZA berada di sini dengan belajar/bertanya/berdiskusi dan seterusnya mengambil manfaat mana-mana ilmu yang berharga yang beliau miliki. 

Ini kerana jika di tanah air, peluang seperti bukanlah muncul setiap hari....

Ahlan-Wasahlan ya sahabat!

Thursday, 6 October 2011

Universiti terbaik dunia: IPT Malaysia terkeluar senarai 400 terbaik

Saya kira pelbagai pihak wajar lihat kembali, kaji semula pendekatan yang digunapakai sebelum ini kerana pencapaian IPT kita bukan sahaja tidak meningkat, bahkan gagal mengekalkan kedudukan sepertimana tahun lepas, dan tahun ini, tambah merosot.

- Silap strategi? (mengapa tidak kita perbanyakkan jalinan MoU dengan universiti-universiti dan di antara kerajaan untuk menarik staf dan pelajar mereka datang buat postgrad courses di IPT kita. Kaedah MoU memberikan kita lebih kawalan dengan terma-terma yang kita tentukan selain mewujudkan kerjasama jangka panjang di antara kedua pihak)

- Salah pentadbir? (bukan nak kata, tetapi sesetengah pentadbir di IPT bertukar menjadi 'rigid' apabila di kerusi kuasa. Cakap orang lain enggan didengar. Adalah malang bagi institusi yang dibentuk oleh golongan cerdik-pandai tidak memanfaatkan sumber (ramai orang pintar) yang ada. Saya cuma berharap janganlah disebabkan kemerosotan ranking ini staf-staf akan 'diperah' lagi)

Sedihnya juga, bukan sejuta-dua ringgit dibelanjakan untuk tujuan "masuk ranking" ini, mencecah beratus juta RM wang anda (dari cukai yang anda sumbangkan).

Sumber foto dan artikel penuh boleh anda baca di sini: Malaysia terkeluar dari senarai 400 universiti terbaik

azlan

Wednesday, 5 October 2011

Tuesday, 4 October 2011

Petikan Minggu Ini - II

"Di bawah dasar 1Malaysia, Chin Peng berharap kerajaan akan membenarkan beliau untuk kembali ke negara ini untuk membuktikan tiada dendam disimpan terhadap PKM kerana kedua-dua pihak menentang musuh kolonial yang sama."

Koon Yew Yin (sebagaimana dipetik MKini - sumber)

Guna konsep magnet: Lampu terapung (foto)

Nota:

- penghasilan lampu ini mengaplikasikan teknologi yang telah saya dengar kira-kira 15 tahun yang lepas.

- waktu itu ada pencipta yang ingin mengkaji kebenaran konsep 'kereta terbang". 

- adalah tidak mustahil tidak lama lagi kereta boleh terbang andainya konsep kutub magnet ini digunakan iaitu kutub berlawanan akan menarik dan kutub yang sama akan menolak.

- maka, kereta boleh terbang jika di bawahnya dijadikan kutub negatif dan permukaan jalan juga diturap dan dijadikan kutub negatif = kereta tidak cecah permukaan jalan, a.k.a terapung!

- percaya tak?

----------------------

Artikel cut n paste: sumber

Woahhh

Lampu dibawah direka oleh Angela Jansen dan Ger Jansen dari Holland. Lampu LED terapung ini diberi nama Silhouette dan Eclipse. Dengan menggunakan elektromagnet bahagian atas lampu akan terapung macam UFO apabila digunakan. Setiap satu dijual dengan harga EUR 980 sebuah. FFFUUUUU







Laporan asal Lights

Petikan Minggu Ini

"Kenapa perlu saya diam? Maksud saudara apabila mereka melakukan sesuatu yang salah kepada negara saya dan saya tidak perlu berkata apa-apa? Saya menjadi orang yang tidak bertanggungjawab sekiranya saya melakukan sedemikian."

Mahathir Mohamed, BBC HardTalk (Sumber: FB KakTik)

Sunday, 2 October 2011

Arak berlambak di Langkawi, jangan kita buat-buat tak nampak!

Klik foto untuk besarkan (sumber dinyatakan)


(Kenali Permanis Sdn Bhd - website. Syarikat ini keluarkan minuman berkarbonat yang terkenal di kalangan pengguna Islam seperti Pepsi, MountainDew, Revive, Tropicana Twister, Lipton IceTea, Sting, Chill, Bleu mineral water, Excel, 7Up, Mirinda, Gatorade, Kickapoo, Boss, Everness, Frost dan lain-lain)

Selepas terbengkalai 16 tahun, Hotel Ryugyong di Korea Utara akhirnya bakal siap (9 foto)

Dipetik dari sini: blogserius

Siap jua...

Hotel Ryugyong ialah sebuah hotel yang dibina Kim Il Sung sebagai bukti Korea Utara lebih bagus dari Korea Selatan. Mula dibina pada tahun 1986 ianya sepatutnya dibuka pada tahun 1989 tetapi selepas mengalami beberapa penangguhan ianya bakal siap menjelang 2012. Hotel Ryugyong sebenarnya ialah projek keegoan kerajaan komunis Korea Utara yang pada ketika itu jeles tahap gaban dengan kejayaan syarikat Korea Selatan SsangYong menyiapkan Hotel Stamford Raffles di Singapura pada tahun 1986. Hotel tersebut ialah pemegang rekod hotel tertinggi dunia pada ketika itu. Korea Utara tanpa berfikir panjang membina hotel yang mempunyai ketinggian 105 tingkat ini. Masalahnya pada ketika itu keadaan ekonomi Korea Utara dalam keadaan nazak dan akibatnya pada tahun 1992 pembinaan terhenti. Kesatuan Soviet yang bubar mengejut pada tahun 1991 tidak lagi memberi dana kepada negara "persaudaraan Komunis" mereka. Maka Ryugyong menjadi bisul gergasi yang memalukan Kil Il Sung dan Kim Jong Il. Jika gambar Ryugyong diambil, Pyongyang akan dipadamkan. Sampai begitu sekali.

Pembinaan hanya disambung semula pada tahun 2008 oleh sebuah firma dari Mesir. Julai lalu pemasangan cermin luaran Ryugyong akhirnya siap. Kini tinggal proses menyiapkan bahagian dalaman hotel sebanyak 3000 bilik ini. Apabila siap kelak ia akan menempatkan pusat beli belah, hotel berpusing, kasino dan rumah mandi Jepun. I find this both funny and sad. Funny pasal walaupun negara komunis tegar anti Jepun, Ryogyong masih menempatkan benda yang sangat kapitalis. Sedih kerana diakatakan USD2 billlion dibelanjakan bagi menyiapkan Ryogyong. Ini ialah wang yang sepatutnya diberikan kepada rakyat Korea Utara yang makan tak cukup. Sad!





Laporan asal Pic2Fly

Lambakan Filem Seram/Hantu - Eh, baru sedar ke?

Apa kes? 


Sedikit petikan:

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mahu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu yang cukup popular sekarang kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Kalau seperti "pahat dengan penukul" pada saya bolehlah tahan lagi sebab sekali diketuk si penukul (sekali isu lambakan filem hantu ini timbul), pahat akan bekerja (akan adalah tindakan/perbincangan mengenainya). 

Tapi di dalam isu ini perumpamaan "pahat dengan penukul" telah tidak lagi releven, malah lebih cocok dengan perumpamaan "carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga" "hangat-hangat tahi ayam" - sekarang baru nak sedar, tapi lama-kelamaan sejuk dan diamlah isu ini dan keadaan kembali sepertimana biasa... 

Soalan 1: Sekarang baru sedarkah pihak-pihak yang berwajib berkenaan isu lambakan filem hantu/seram/tahyul ini?

Bukankah isu filem seram/hantu/tahyol ini sudah lama? Sebagai bukti lamanya filem hantu ini "dipandang sebelah mata" oleh pihak berkuasa agama (hingga menjadi santapan minda masyarakat Islam kita), lihatlah keuntungan berpuluh juta ringgit yang dijana saban tahun filem-filem hantu ini kepada industri hiburan tanah air.

Bahkan, bukan sedikit pelakon baru yang popular tidak naik tanpa berlakon filem hantu, kan?

Soalan 2: Baru sedar ke yang filem seram itu tidak membantu pembangunan minda yang kreatif dan daya insan yang progresif?

Dulu-dulu di kampung memanglah orang tua kita ada guna cerita hantu untuk takutkan anak-anak supaya tidak pulang lewat petang, atau merambu di malam hari. 

Tetapi hari ini, hantu dan ustaz dah disamakan taraf, menjadi bahan hiburan masyarakat.

Itulah realiti dunia hiburan. Ada permintaan adalah penghasilan. Ada pasaran, adalah produk.

Disebabkan pasaran dan permintaan yang sentiasa memuaskan inilah, rasa saya semua 27 spesis hantu yang pernah diketahui wujud di bumi Malaysia, telah di"cover" di dalam semua filem seram yang ditayangkan di pawagan-pawagan yang berdekatan dengan anda. 

Mengapa 27 spesis hantu? Entah, lihatlah senarai wikipedia mengenai "hantu di dalam masyarakat Melayu" (KLIK). 

Siap masuk wikipedia tuh!

Saya berharap janganlah perbincangan yang dicadangkan ini senyap di tengah jalan. Iyalah, hendak juga tengok apakah pendirian pihak yang berwajib: apakah mereka akan mampu mempertahankan pendirian untuk menjaga akidah ummat melebihi tuntutan komersil dan hiburan.....?

Bersama kita tengok.

Saturday, 1 October 2011

Berhujung Minggu


Alhamdulillah, Rabu-Khamis-Jumaat & Sabtu cuaca begitu baik. Cerah, panas dan berangin. Suhu pula berlegar di sekitar 25-27 degree. Makcik orang puteh yang saya temui menggelarkan hari cerah di dalam musim luruh ini sebagai fenomena 'Indian Summer'. 

Bukan sahaja orang menjadi pening, malah pokok-pokok yang sedang luruh daunnya juga barangkali pening semacam musim panas masih belum berakhir....

Seperti biasa, jika ada saja hari yang cuacanya baik, kami akan keluar rumah, sambil membawa Mawaddah berjalan dan bermain di taman.

Ibu....nak main situ?

 Main dalam tu rupenye....

 Berlari dan berlari, sampai mengah dan batuk-batuk

 Inilah pokoknye....diikat menjadi bentuk 'Iglu'


Di rumah juga bukan sedikit bersepahnya, tetapi lazimlah bagi keluarga yang memiliki anak seusia Mawaddah, mana ada yang rumahnya kemas dari pagi sampai ke petang.

Cuma yang melegakan saya ialah Mawaddah tidak banyak 'songel' kerana apa jua yang berkaitan dengan 'Mickey Mouse' dia akan suka dan akan main (tengok TV, dengar lagu) walaupun itulah mainan yang ada dan ianya diulang berkali-kali.


Dari satu segi, dapatlah saya dan isteri buat kerja kami di kala dia leka dengan mainan kesukaannya itu.

 Hello Pete! Says Daisy...

 You want some more?...ha..ha?


 This one, Ayah!


Jualan gudang Le Creuset

Pagi tadi kami ke depot Royal Mail untuk mengambil parcel dan kemudian, meneruskan perjalanan ke Andover (kira-kira 1 jam dari Oxford) kerana ingin merasa pengalaman menyerbu ke jualan gudang - Le Creuset.



Kami tiba awal dan di sana bertemulah dengan beberapa sahabat sekampung (nama dirahsiakan). Sebelum itu kami ingin ucapkan terima kasih kepada sahabat di atas info dan kopun untuk jualan gudang ini.

Sekalipun agak lama tinggal di sini, inilah pertama kali saya merasai pengalaman menyerbu jualan murah. 

Minggu lepas, sekalipun gedung pakaian 'Next' (dekat juga dengan rumah) mengadakan jualan separuh harga untuk semua barang, pun saya tidak berminat untuk keluar awal pagi dan beratur menunggu kedai buka. 

Sebaliknya saya ke Tesco membeli barang dapur, yang berjiran sahaja dengan 'Next'.

Disebabkan kami tiba agak awal, makanya kenalah beratur di luar sementara menunggu pintu gudang dibuka. Tetapi bagusnya semua orang tertib, dan beratur dengan sabar.

Waktu masuk pun sama, tidak berebut dan semuanya terkawal. Sayangnya saya tertinggal telefon di dalam kereta, kalau tidak bolehlah saya kongsikan foto betapa ramainya orang dan betapa panjangnya barisan dan situasi di dalam gudang Le Creuset itu.

 Barang kami yang itu je, selebihnya mengambil pesanan orang...

Harga biasa tanpa diskaun untuk casserole saiz 28cm ini adalah £155.00 (tengok sini)



3 pot mini ini pula ditawarkan pada harga £5.00 berbanding harga biasa tanpa diskaun £35.00 (anda jimat 85%)


Di sana, kami hanya membeli 'cast iron casseroles' kerana Le Creuset memang terkenal dengan produk itu. Tetapi produk lain seperti kuali juga turut dijual (namun ia tidak menarik minat kami).

Keseluruhannya, pengalaman hari ini memang menarik perhatian saya yang pertama kali "nak merasa" (patutlah orang sanggup pasang khemah jika ada jualan murah, sebab memang berbaloi). 

Makcik yang beratur di belakang saya pun cakap memang untung (kami bersembang sementara menunggu gudang dibuka).

Dia orang Andover (tinggal 10 minit dari situ) dan tahun lepas dia datang memborong barang Le Creuset sebanyak £300.00, tetapi jika membeli barang yang sama di kedai jumlahnya menjadi £750.00 (jadinya dia telah jimat £450.00 hasil datang awal dan sabar beratur panjang...) Masih begitu berbaloi kan?

Setakat itu sahaja kisah hujung minggu kali ini.

Bye-Bye!