Sunday 21 April 2013

Vert-a-Pac: Sistem kargo mengangkut kereta menggunakan gerabak keretapi (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Cool

Apabila memandu di atas lebuhraya, kami yakin anda sering terserempak dengan treler yang membawa kereta. Kereta baru dibawa dari kilang ke pusat jualan mereka di serata Malaysia. Di Amerika Syarikat kerana jarak kilang ke pusat jualan yang jauh, mereka menggunakan keretapi sebagai mod pengangkutan utama bagi stok kereta baru dari kilang. Sekitar tahun 1970an, syarikat Chevrolet bekerjasama dengan syarikat keretapi Southern Pacific bagi menghasilkan sistem kargo Vert-A-Pac. Kereta Chevy Vega diangkut secara menegak di dalam gerabak khas bagi menggunakan ruang secara maksimum. Sistem Vert-A-Pac mampu memuatkan 30 buah kereta di dalam sebuah gerabak berbanding hanya 18 untuk sistem sebelum ini. Ini memastikan kos penghantaran kereta Chevy Vega dikurangkan dan sekaligus harga jualan kereta ini juga boleh dikurangkan bagi menjadikannya mampu milik. Sistem ini tidak lagi digunakan kerana telah dihentikan pada tahun 1977. Cool system though. 



Laporan asal WastedWheels

No comments: