Friday 19 April 2013

Hacineda Napoles: Taman tema bagi mengenang Pablo Escobar (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Raja Dadah!

Ketika masih hidup, Raja Dadah Pablo Escobar mengawal 80% pasaran kokain dunia. Beliau dilaporkan mengeksport 80 tan kokain ke Amerika Syarikat setiap bulan. Dalam sebuah serbuan, sebuah pesawat milik Escobar berjaya ditahan pihak berkuasa dan 23.5 tan kokain ditemui dalam ruangan kargo. Beliau juga dikatakan memiliki harta bernilai USD 3 Billion.  

Hacineda Napoles ialah ladang milik beliau seluas 20 kilometer persegi. Ianya adalah salah sebuah dari puluhan rumah milik beliau. Rumah agam ini dilengkapi zoo yang dipenuhi dengan haiwan yang diimport dari Afrika. Sebuah lapangan terbang juga dibina bagi memudahkan Escobar bergerak tanpa dikesan pihak berkuasa. Selepas kematian beliau pada tahun 1993, Hacienda Napoles dijarah oleh musuh-mush Escobar. Koleksi kereta Escobar dibakar dan rumah ini musnah kerana musuh beliau percaya Escobar menyimpan harta di dalam peti rahsia yang disembunyikan di dalam dinding. Ini semua hanyalah khabar angin dan tiada harta ditemui. 

Hak milik Hacienda Napoles diserahkan oleh kerajaan Columbia kepada kerajaan tempatan sungguhpun mendapat tentangan waris Escobar. Rumah agam ini kini menjadi tarikan pelancong yang mahu melihat tinggalan harta raja dadah terkenal dunia ini. Pesawat pertama yang digunakan Escobar untuk menyeludup dadah masuk ke Amerika Syarikat diletakkan di pintu gerbang utama. Sejarah rumah agam dan kisah hidup Escobar juga diletakkan sekeliling taman tema ini. Pada tahun pertama taman tema ini dibuka, 50 000 pelawat datang dari serata dunia. Kini Hacienda Napoles mempunyai sebuah taman air dan hotel 5 bintang bagi kegunaan pelawat. Aneh...... tetapi siapa sangka rumah raja dadah boleh menjadi taman teman mesra keluarga! 



Laporan asal NPR

No comments: