Saturday 20 April 2013

Shams 1: Stesen janakuasa suria terbesar dunia di UAE (foto)

Dipetik dari: BLOGSERIUS


Go green!

Negara Emiriah Arab Bersatu adalah sinonim dengan minyak, kekayaan melampau yang tidak syariah compliant dan pembinaan monumen mega yang tidak masuk akal. Hari ini for the first time ada projek di UAE yang boleh dibanggakan. Shams 1 ialah stesen janakuasa solar terbesar di dunia dan ianya mampu menjanakan 100 MW tenaga elektrik setiap hari. Ini mampu membekalkan tenaga untuk 20 000 rumah di Abu Dhabi. Shams 1 yang bermaksud Matahari 1 mempunyai keluasan 2.5 kilometer persegi yang memuatkan 258 048 keping cermin. Ianya dibuka secara rasmi pada 19 Mac yang lalu selepas tiga tahun pembinaan dengan kos USD 600 Juta (RM 1.8 Billion)

Dua lagi stesen janakuasa solar dengan keluasan yang sama akan dibina bagi mengurangkan pergantungan UAE kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik. Malaysia bila lagi? 


Laporan asal DailyMail

No comments: