Disumberkan oleh: BLOGSERIUS
Kuda Korea
Hyundai mengeluarkan kenderaan limosin Equus untuk menandingi Mercedes dan BMW. Kenderaan eksekutif ini sudah dijual sejak 1999. Bagi menunjukkan ke SWAG-an mereka, tahun ini mereka memperlihatkan Equus by Hermès. Ianya kerjasama Hyundai dengan syarikat pengeluar barangan kulit terkenal dari Perancis, Hermès. Kemasan dalaman Hyundai Equus digantikan dengan kulit buaya dan ruangan penumpang direka untuk kelihatan lebih mewah. Equus Hermès diperlihatkan secara rasminya di Pameran Kereta Seoul 2 minggu lalu. Sesuai dengan nama Equus (kuda), kenderaan konsep ini mensasarkan pembeli dari golongan kaya di Gangnam dan Dubai.
Laporan asal RPM9 dan TopSpeed
No comments:
Post a Comment