Monday 15 April 2013

BENSON FORD SHIPHOUSE: Kapal yang kini dijadikan sebuah rumah (foto)

Sumber dipetik: BLOGSERIUS


Cool house bro! 

Rumah kapal Benson Ford ialah sebuah kapal yang diubahsuai menjadi sebuah rumah di Tasik Erie Amerika Syarikat. Ia memulakan hidupnya sebagai kapal kargo yang mengangkut bijih besi untuk syarikat kenderaan Ford Motors pada tahun 1924. Selepas berkhidmat selama lebih 50 tahun, Benson Ford akhirnya "bersara" pada tahun 1981. Pada tahun 1986 selepas beberapa tahun terbiar, bahagian hadapan kapal kargo ini dipotong dan diubah menjadi sebuah rumah oleh pemilik barunya Frank Sullivan. Benson Ford kini menjadi rumah musim panas keluarga Sullivan sebesar 7000 kaki persegi. Ia mempunyai 5 buah bilik, sebuah dewan makan, garaj kereta dan dek tinjauan yang mengekalkan rupa asal kapal ini ketika ia masih beroperasi. Cool house! 


Laporan asal HouseByTheBay

No comments: