Tuesday, 4 August 2009

Sudah 6 bulan hidup ber-3

Alhamdulillah, hari ini 4hb Ogos, genaplah usia Mawaddah menjadi 6 bulan. Begitu cepat masa berlalu, sudah 6 bulan jugalah kami hidup bertiga di bumi UK ini (tolak masa keluarga datang melawat dan masa menziarah rakan-rakan).

Berkat juga dia lahir semasa kami tidak bekerja (buat sementara), kerana dapat kami selia dan pantau perkembangan dia secara dekat. Bakal adik-adik dia nanti pun harapnya dapat diberi pemantauan dan penjagaan yang sama.

Memandangkan hari ini hujan dan di sana-sini terdengar berita tentang selesema babi, wajarlah kami menghadkan aktiviti luar rumah.

Pejam-celik dah 6 bulan melihat bumi Allah ini..

Nyum-nyum...

Dah tak nak orang tolong, nak pegang sendiri..

Huh?

Bila dah kenyang, mata pun kuyulah...

Perihal kopi pula

Di tempat saya ini, orangnya suka minum kopi. Mulanya saya kurang berminat, tapi lama kelamaan berjangkit sama penyakit gian minum kopi.

Cumanya saya tidak fanatik dengan satu-satu jenis/rasa kopi saja, saya cuba pelbagai perisa dan jenis.

Tesco Oxford pula suka buat jualan murah @ potongan harga. Maka, bertambah meriahlah saya membeli kopi.

Setakat yang telah saya cuba, kopi Kenco adalah kegemaran saya. Kopi Columbian (enak diminum dengan susu segar) sedap diminum di waktu pagi, kopi Costa Rican (rasa macam kopi kampung) sedap diminum di kala malam dan kopi Peruvian boleh diselang-selikan mengikut keperluan. Kopi Brazilian pula tidak berani dicuba minum kerana rasanya yang "keras".

Tawaran istimewa di Tesco, 2 botol untuk GBP 5.00 - memboronglah pakcik!

Monday, 3 August 2009

Reasons Why Never Visit A 5 Star Hotel

Source: here

=============

Waiter : "What would you like to have ..Fruit juice, Soda, Tea, Chocolate, Milo, or Coffee?"

Customer: "tea please"

Waiter : " Ceylon tea, Herbal tea, Bush tea, Honey bush tea, Ice tea or green tea ?"

Customer : "Ceylon tea "

Waiter : "How would you like it ? black or white ?"

Customer: "white"

Waiter: "Milk, Whitener, or Condensed milk ?"

Customer: "With milk "

Waiter: "Goat milk, Camel milk or cow milk"

Customer: "With cow milk please.

Waiter: " Milk from Freeze land cow or Afrikaner cow?"

Customer: " Um, I'll take it black. "

Waiter: " Would you like it with sweetener, sugar or honey?"

Customer: "With sugar"

Waiter: " Beet sugar or cane sugar ?"

Customer: "Cane sugar "

Waiter quot; White , brown or yellow sugar ?"

Customer: "Forget about tea just give me a glass of water instead."

Waiter: "Mineral water or still water ? "

Customer: "Mineral water"

Waiter: "Flavored or non-flavored ?"

Customer: "I'll rather die of thirst

============

Sunday, 2 August 2009

Pendapat: Pengurusan persepsi

Sehari-dua ini, berita dan foto berkaitan demonstrasi ISA (1 Ogos) dan Bubar DUN Perak (2 Ogos) begitu mendominasi paparan akhbar online arus perdana dan laman-laman blog.

Hampir setiap jam akan ada sahaja kemaskini dan pemberitaan terbaru, perkembangan yang sedang berlaku.

Beribu-ribu foto dan klip video dari pelbagai sumber dapat diaksess dengan mudah oleh para pelayar internet ketika ini.

Jurugambar dan jururakam video sekarang ini nampaknya amat bijak mendapatkan sudut-sudut yang menarik dan menempatkan diri di posisi yang strategik merakam detik sesuatu peristiwa itu berlaku untuk tatapan pelayar internet.

Sudah berlalu

Media arus perdana menyiarkan berita betapa demonstrasi semalam hanya membuang masa, membahayakan diri sendiri dan orang lain, mencalar imej negara, etc. kerana kerajaan telah menyatakan kesanggupan untuk menjalankan semakan semula terhadap ISA (sumber).

Perhimpunan terbabit juga disifatkan sesetengah pemimpin kerajaan sebagai hanya bermotifkan politik (sumber).

Dengan pelbagai halangan, sekatan dan larangan dari pihak berkuasa, para peserta perarakan yang dijadualkan tiba di pintu Istana Negara telah dapat dihalang (sumber).

Akhirnya, semua pihak yang berada di lokasi-lokasi perhimpunan hari semalam, tidak kira penonton, kaki shopping, peserta perarakan dan para peniaga, kesemuanya dapat merasa sedikit seorang mandian air kimia dan bom asap yang memijarkan biji mata.

Bagi yang tertangkap pula, mungkin dapat pengalaman lebih dengan bermalam di lokap Polis.

Memang berjaya

Bagi para penyokong dan mereka yang pro-ISA, pastinya menganggap perhimpunan semalam sebagai gagal, atau "digagalkan" dengan kerjasama pihak-pihak tertentu.

Malah, segala usaha para pendokong anti-ISA yang hadir semalam juga dianggap membuang masa kerana ianya tidak sampai ke pintu Istana, dan pernyataan bahawa kerajaan sedia mempertimbangkan untuk menyemak semula peruntukan di dalam ISA.

Bagi saya, memang secara lahiriah (nyata di mata) peristiwa semalam tidak berjaya mencapai matlamat asal iaitu menyerahkan memorendum bantahan ISA kepada Yang Di-Pertuan Agong, tetapi semua pihak, tidak dapat tidak perlu melihat secara "tidak nyata di mata" perhimpunan semalam berjaya dari satu sudut yang lain.

Sudut tersebut ialah menyediakan persepsi kepada rakyat terbanyak tentang apa yang berlaku dan mengapa mereka-mereka ini memperjuangkannya sedemikian rupa.

Persepsi ini pula dengan segera telah melahirkan perasaan simpati di kalangan rakyat terbanyak yang sebelum ini hanya berminat memerhati dari jauh.

Persepsi ini lahir daripada pemerhatian orang luar dengan mata kepala sendiri yang kebetulan berada di ibu negara, dengan menatap foto-foto bagaimana pihak berkuasa menguruskan peserta perhimpunan, menonton klip video bagaimana cabaran dalam "perjuangan" golongan ini.

Hati mana yang tidak tersentuh dan bersimpati setelah melihat foto dan rakaman klip video yang disiarkan di laman-laman blog (pandai jurufoto sekarang). Ada yang sehingga menitiskan air mata, mengertap bibir menahan marah, memaki-hamun dan menyumpah pihak-pihak "tertentu" dan sebagainya.

Ini semua pada saya merupakan "kejayaan" di sebalik "kegagalan" perarakan hari semalam - membangkitkan perasaan simpati rakyat.

Dan persepsi inilah yang wajar diurus dengan bijak pihak kerajaan dan badan penguatkuasa undang-undang.

Pengurusan persepsi inilah juga yang telah dibicarakan oleh Dr Agus Yusoff semasa mengulas berkenaan PRK Manek Urai bulan yang lepas.

Persepsi ---> Simpati ---> Protes ---> Nasib di PRU-13

Lihat depan

Perbincangan mengenai ISA dan kewajaran menyertai/tidak menyertai perhimpunan telah banyak diulas di laman-laman web dan blog. Anda yang berminat bolehlah melihat dan membacanya sendiri.

Saya lebih melihat bagaimana jalan di depan kita telah menjadi terlalu mencabar. Bukan sahaja kita telah memasuki era baru cara berpolitik - yang menjangkau sempadan perkauman dan keagamaan, malah untuk melihat Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020 seakan-akan kelam, maaf jikalau saya silap.

Ke mana ingin kita bawa Malaysia bersandarkan perkembangan mutakhir ini?

Berpolitik adalah tuntutan, tetapi bukanlah sepanjang masa kita perlu isi dengan hal-hal politik. Tetapi itulah realitinya.

Thursday, 30 July 2009

Demam datang lagi

Ketentuan ilahi

Baru nak kebah demam PRK Manek Urai kini datang satu lagi demam yang baru. Kali ini di negeri Pulau Mutiara iaitu di DUN Permatang Pasir.

Al-Fatihah buah Allahyarham Hamdan Abd Rahman. Beliau dijemput pulang penciptaNya pada pagi Jumaat (masya-Allah) setelah seminggu bertarung dengan kesakitan di bahagian jantung, di IJN, Kuala Lumpur (sumber) dan (sumber).

Pihak SPR telah diumumkan berkenaan perkara ini dan keputusan untuk diadakan PRK dijangka dibuat sebelum 10 Ogos ini (sumber).

DUN Permatang Pasir adalah salah satu DUN yang terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh yang telah dimenangi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. DUN Permatang Pasir merupakan satu-satunya kerusi DUN milik PAS di Pulau Pinang yang dimenangi Allahyarham pada PRU-12 yang lalu.

Isyarat awal

UMNO Pulau Pinang melalui pengerusinya Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan kesediaan jentera parti untuk menggerakkan kerja-kerja kempen di Permatang Pasir pada bila-bila masa sahaja (sumber).

Beliau juga turut melahirkan keyakinan bahawa UMNO akan dapat memenangi PRK tersebut dengan syarat semua anggota partinya mempamerkan bekerja kuat.

Peluang

Namun, apa yang pasti siapa jua yang bakal bertanding kelak, memang perlu mempamerkan kerja kuat.

UMNO pastinya masih bermotivasi hasil kekalahan "tipis' mereka di Manek Urai baru-baru ini. Namun, pelbagai isu kontroversi melibatkan kerajaan persekutuan di peringkat nasional terutama yang melibatkan demonstrasi ISA (mansuh & sokong), kematian Teoh, penghijrahan bekas orang kuat BN ke dalam PKR dan sebagainya, dilihat terus membayangi peluang UMNO untuk menambah bilangan kerusinya di Pulau Pinang.

Begitu juga halnya dengan PAS, yang luka akibat kemenangan "tipis" mereka di Manek Urai terus menimbulkan tanda tanya dan persoalan kepada kebanyakan orang, baik di dalam mahupun yang memerhati dari jauh.

Apapun sentimen masyarakat di Pulau Pinang mungkin agak berbeza dengan Kelantan. Pada peringkat DUN, adalah lebih afdal isu-isu, permasalahan dan rintihan masyarakat setempat diberikan lebih tumpuan dan penekanan di dalam proses berkempen pihak-pihak yang bakal bertanding - local issues need local solutions.

Bagi calon PR/PAS, mereka boleh dikatakan berada "di dalam kasut yang selesa" kerana DUN Permatang Pasir terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh yang dinaungi Ketua Umum PKR sendiri.

Namun, strategi memancing undi yang digunapakai oleh UMNO pada PRK Manek Urai yang lalu nyata telah menghadirkan cabaran dan tamparan yang cukup perit buat PAS.

Apapun, kita tunggu perkembangan yang selanjutnya.

Dr. Sepet: Demam datang lagi...

Galakan penulisan ilmiah di blog

Setelah beberapa ketika aktif sebagai salah seorang "blogger" @ penulis blog, saya mendapati medium baru ini (blog) bukan sahaja menjadi wadah bagi seseorang itu belajar mengarang dan melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa yang berkisar tentang kegiatan seharian, ataupun menceritakan sesuatu peristiwa, sambutan yang istimewa dan sebagainya yang dialami dan diketahui.

Malah, fungsi blog turut diperluaskan sebagai platform atau medan mencari kawan, meluaskan pergaulan, bertukar-tukar pandangan, ilmu, berkongsi perasaan, mencari pengaruh, mencari pasal dan sebagainya - medium komunikasi.

Tidak terkecuali ada yang menjadikan blog sebagai diari elektronik. Cuma bezanya diari mereka ini tidak rahsia, di mana segala kisah peribadi, yang sensitif atau juga yang mungkin kelak akan memalukan diri sendiri, atau mungkin juga membanggakan diri sendiri dapat dibaca sesiapa jua, dan di mana jua - boleh di "save as.." sesiapa jua, untuk tujuan yang tidak diketahui.

Terdapat juga "bloggers" yang mengkhususkan corak penulisan serta halatuju blog mereka kepada bicara dan wacana berkaitan politik dan gosip-gosip kepolitikan yang mungkin agak "berat" untuk dihadam khalayak yang umum.

Manakala, sesetengah yang lain lebih gemar menjadikan aktiviti penulisan di blog sebagai kaedah untuk "melarikan diri" daripada hal-hal yang berat dan memeningkan kepala dengan menulis hal-hal berbentuk santai, enjoy, malah hal-hal yang dirasakan sesuai dengan peringkat umur masing-masing di blog mereka.

Teknologi maklumat dan komputer serta penulisan blog yang mudah dan ringkas masa kini dilihat bukan sahaja telah dimanfaatkan oleh golongan remaja, malah pelbagai golongan baik profesional, bukan profesional, pemimpin politik - mantan PM, Tun M sendiri turut berkecimpung di bidang penulisan blog, menunjukkan begitu berpengaruhnya penggunaan blog bagi pelbagai tujuan sebagaimana telah saya nyatakan di atas.

Kepada saya, apapun motif kita terlibat dengan penulisan di blog, pertamanya, hendaklah diniatkan ia adalah untuk membawa kebaikan, manfaat dan pendidikan buat sesiapa jua yang terlintas membaca blog kita.

Justeru, di sini saya ingin berkempen kepada rakan "bloggers" sekalian agar bersamalah kita mempertingkatkan lagi kandungan penulisan ilmiah pada blog masing-masing.

Ilmiah di sini bukan bererti hanya menyentuh perihal sains dan teknologi, malah hal-hal kehidupan yang ringkas juga boleh diterjemah kepada artikel yang bermanfaat kepada orang lain. Begitu juga penulisan berbentuk pengajaran yang terhasil daripada pengalaman diri sendiri.

Jikalau tidak mampu atau malas untuk "memberatkan kepala" mencari bahan, menyusun idea dan menterjemahkannya kepada penulisan, sebagai langkah permulaan, cuba lakukan sekurang-kurangnya 1 posting ilmiah dalam 1 bulan.

Adalah besar hasrat saya untuk melihat para mahasiswa khususnya (golongan bijak-pandai, harapan negara), agar tidak hanya menjadikan blog sebagai laman bersembang kosong, bercerita kosong yang penuh riang-ria tetapi tiada pengisian bermakna, ataupun juga menjadikan blog sebagai tempat meluahkan rasa tension kepada pakwe-makwe, perampas kekasih orang, pensyarah, pak cik jaga dan sebagainya.

Asahlah bakat menulis bahan ilmiah (nanti kena buat disertasi juga bukan?) dengan menjadikan blog sendiri sebagai medan berkreativiti. Beranikan diri anda untuk menulis artikel yang bercorak hujahan (argumentative) dan percambahan idea.

Bagi bekas pelajar saya tidak kira di mana anda berada, di ketika ini pelbagai isu berkaitan pembangunan, alam sekitar, pencemaran alam, pengangkutan, sosio-budaya, kajian kesan, perbandaran, luar bandar, integrasi nasional, kelestarian dan sebagainya - boleh menjadi modal penulisan di blog anda.

Sekurang-kurangnya dengan menulis, ilmu anda akan terus berkembang dan tidak berkurang.

Kerana jika ilmu itu didengar mungkin anda akan lupa. Begitu juga jika hanya dibaca, mungkin juga akan terlupa.

Tetapi jika apa yang anda dengar, dan apa yang anda baca itu anda tulis dan kongsi, nescaya ilmu tersebut akan lebih diingat, difahami malah akan turut memberikan manfaat yang besar buat orang lain yang membacanya.

Selamat berkarya!

Wednesday, 29 July 2009

Hasil dasar liberalisasi

Untuk membaca lanjut berita ini, klik sini

Antara petikan menarik:

1) Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

2) Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.

3) Bagaimanapun, ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, dipercayai masih menguasai pegangan majoriti Bernas, iaitu 36.81 peratus menerusi Budaya Generasi dan Serba Etika.

4) Difahamkan, kumpulan Wang Tak membeli saham Bernas di pasaran terbuka secara berperingkat sehingga pemilikannya dalam syarikat itu meningkat daripada antara empat dan lima peratus pada 2003 kepada melebihi 30 peratus sekarang.

5) Felo Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, pula berkata aktiviti jual beli saham Bernas wajar diberi perhatian, terutama berhubung urus niaga pemegang saham utamanya bagi mengelak syarikat strategik itu dikuasai pelabur asing.

6) Menurut bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur itu, jika mana-mana pemegang saham tunggal syarikat itu meningkatkan pegangan melebihi 33 peratus, maka ia boleh membuat tawaran am mandatori (MGO) untuk membeli keseluruhan pegangan dalam syarikat berkenaan.


Dr. Sepet: Kasihan tengok pegangan entiti orang Islam melalui Tabung Haji, terhadap syarikat yang mengurus jual-beli komoditi (makanan asasi) masyarakat Malaysia yang majoritinya diusahakan golongan pesawah Orang Melayu-Islam, yang kini berpotensi berpindah tangan kepada pelabur kaya dari Hong Kong.

Tuesday, 28 July 2009

Apakah maksudnya?

Tidak perlu saya ulas panjang, sekadar meluahkan rasa janggal dengan pernyataan oleh KP Kuala Lumpur mengenai kegiatan kumpulan kongsi gelap, dan kaedah pihak berkuasa menanganinya.

Daripada ayat yang saya warnakan kuning di bawah, adakah "harimau tanpa taring" a.k.a kongsi gelap yang kurang aktif - tidak dianggap berbahaya oleh pihak keselamatan kita?

Kegiatan yang menyalahi undang-undang memerlukan tindakan segera diambil sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Jangan biarkan pernyataan sebegini terus dikeluar dan dibaca oleh rakyat pelbagai lapisan masyarakat di negara kita. Jangan masyarakat menganggap pihak berkuasa "lembut hati" terhadap kumpulan-kumpulan gelap ini.

Keyakinan masyarakat kepada badan keselamatan perlu sentiasa di tahap yang terbaik, dan sebarang salah faham perlu diperbetulkan.

=====================

Sebahagian petikan berita dari Utusan online:

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman ketika diminta mengulas fenomena kongsi gelap di Kuala Lumpur memberitahu, jenayah itu masih berada dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan.

Katanya, kumpulan kongsi gelap di ibu negara tidak bergiat secara aktif dan pihaknya sentiasa memantau dan berjaga-jaga mengenai jenayah itu.

Tegas beliau, jika kumpulan berkenaan dilihat mengganggu dan menimbulkan kekacauan kepada keselamatan orang awam, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Kita memang menyedari terdapat beberapa kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, tapi saya tidak boleh mengulas lanjut mengenainya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

=====================

Ilmu buat bakal Ibu & Ayah



















Sumber semua foto: sini

Lawak 18SX: Bile dah kemaruk sangat!

Kisahnye:

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh "hubungan seks yang terlalu kerap".

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga "berpuasa" dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"

====== hahaha, pecah perut ketawa nih!...hahaha...

Sumber: sini

Sunday, 26 July 2009

Sambutan kelahiran: Adat vs Ibadat

Komen saya:

Agak lama tidak menjengah Al-BanjariOnline, dan artikel beliau ini rasanya layak saya kongsikan bersama para pembaca yang budiman.

Bukanlah niat saya (malah beliau juga saya rasa) untuk "kondem" adat yang telah diamalkan turun-temurun oleh kebanyakan orang Melayu kita, tetapi lebih kepada untuk mendidik dan membuka minda masyarakat bahawa ada ketikanya kita perlu bertegas membezakan di antara tuntutan Adat dengan Ibadat, tambahan pula jika perbuatan kita itu mempunyai implikasi terhadap Aqidah kita sebagai seorang Muslim.

Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, satu perkara yang perlu sentiasa kita ingat dan pegang ialah "dalam Islam, tiada amalan yang boleh kita buat tanpa perlu kita tahu (i.e. apakah sebabnya ia dibuat)".

Ringkasnya, sesuatu perbuatan/amalan itu (tambahan pula yang ada kesan pada aqidah kita dan mereka yang turut-serta bersama kita), bolehlah dibuat setelah kita pasti bahawa ianya dibenarkan oleh agama dan hukum Syarak - berpandukan dalil Al-Quran dan Hadith sahih.

Janganlah kita mengambil Islam hanya sebahagian, dan meninggalkan sebahagian yang lain hanya kerana ianya tidak selaras dengan adat dan budaya yang kita orang Melayu telah amalkan sejak turun-menurun lagi.

Moga Allah tunjukkan kita jalan yang lurus, jalan orang-orang yang diberikan nikmat kebenaran, dan bukan jalan orang-orang yang dimurkai.

Sila baca artikel penuh di bawah:

======================

Sumber: sini - ada beberapa kesalahan ejaan yang saya betulkan.

Oleh : MRK albanjari
Betapa gembiranya bagi pasangan suami isteri dan anak saudara lain apabila mendapat kelahiran seorang cahaya mata kurniaan dan amanah Allah yang bakal menyerikan lagi kehidupan pasangan suami isteri. Menimang cahaya mata adalah suatu impian yang sangat di idamkan kerana itulah tanda pengikat kasih sayang dan cinta suci antara pasangan suami isteri.

Namun bagi kebanyakan orang melayu kita , mereka sangat teruja apabila mendapat cahaya mata tersebut lalu mereka akan mengadakan pelbagai majlis bagi meraikan kehadiran orang baru itu. Antara majlis yang sering dilakukan oleh pasangan suami isteri atau datuk bagi bayi tersebut dengan mengadakan majlis kesyukuran, potong jambul, majlis berzanji dan marhaban dan sebagainya.

Dalam kegairahan mereka menyambut dan mengadakan majlis-majlis tersebut rupanya mereka terlupa dan terleka sesuatu mengenai ajaran Islam tentang menyambut kelahiran bayi ini.

Kita dapati ramai dari kalangan ahli masyarakat kita sibuk dengan majlis kesyukuran yang dipenuhi dengan acara bacaan berzanji dan merhaban dan diikuti pula dengan majlis potong jambul dan berendui. Tidak dapat dipastikan dari mana sumber rujukan mereka mengadakan majlis yang sedemikian rupa.

Islam tidak mengajar kita untuk memenuhi majlis kesyukuran itu dengan bacaan marhaban dan berzanji semata-mata apatah lagi majlis potong jambul dan berendui, tetapi inilah sunnah orang Melayu yang sukar untuk diperbetulkan.

Islam mengajar kita apabila kita menyambut kelahiran orang baru dalam hidup kita ialah menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan setelah tujuh hari kelahiran tersebut maka kita disunatkan untuk menyembelih Aqiqah serta diikuti dengan memberi nama kepada bayi tersebut dengan nama yang baik-baik dan mentahnikkan bayi tersebut serta dicukur rambut bayi berkenaan.

Berbeza dengan amalan dan budaya orang melayu yang lebih mengutamakan majlis yang dinyatakan seperti di atas dengan menanggung perbelanjaan yang tidak kurang hebatnya tetapi mereka seakan menidakkan amalan menyembelih aqiqah, mencukur rambut, mentahnik dan memberi nama.

Nyata ia sangat berlawanan dengan ajaran dan kehendak islam. Kita amat hairan kenapa kita masih meneruskan majlis dan upacara tersebut dan merasakan bahawa bacaan marhaban dan berzanji itu lebih utama, memotong jambul itu lebih utama, berendui itu lebih utama.

Bila ditanya mengapa tidak di aqiqahkan sekali bayi ni? Pelbagai jawapan jahil yang diberikan. Ada yang menyatakan kosnya terlalu tinggi, saja nak buat majlis kesyukuran dulu, nak tunggu bayi ni besar dulu sebab nanti dia boleh tengok orang sembelihkan aqiqah dia dan pelbagai alasan yang diberikan.

Kos terlalu tinggi? Buat majlis kesyukuran biasa pun kadangkala mencecah RM 1000.00. Cuba kita kira kos yang dibelanjakan bila majlis tersebut dibuat dengan bunga telurnya, bunga rampainya, hadiah utuk tetamunya, makan dan minumnya dan jika kita mengikut kehendak Islam kita hanya membeli seekor kambing yang berharga sekitar RM 600.00, perkakasan memasak dan ia tidak sampai pun RM1000.00 jika kita pandai berhemat dalam perbelanjaan dan jika ia lebih sekalipun, tanggungjawab terhadap melaksanakan ibadah Sunat Mua'kad sudah selesai dan dimanakah ruginya?

Saya meyeru kepada seluruh warga muslim agar kita dapat memahami keutamaan dalam melaksanakan sesuatu ibadah dan jangan terlalu mengikut adat yang membelakangkan tuntuan sesuatu ibadat seperti yang dibahaskan di atas. Bukan maksud saya untuk menidakkan majlis-majlis yang biasa dibuat untuk bayi tersebut tetapi pada saya ia sangat merugikan apabila kita meninggalkan ibadah aqiqah yang dihukumkan sebagai Sunat Mua'kad ini. Wallahualam.

====================