Saturday, 10 November 2012

Wanita Dipotong Jari Kerana Buang Sampah Merata (foto)

Pada 3 November yang lalu, di persimpangan Tiexi Road dan Shifu Road di wilayah Hunan Zhuzhou, beberapa orang dari dalam sebuah van dilihat membuang sampah daripada kenderaan selepas selesai bersarapan. Para pekerja pembersihan kemudian menghampiri mereka dan meminta agar mereka yang terlibat mengutip sampah yang mereka buang itu. Namun, berlaku pertengkaran. Kemudian salah seorang pekerja tersebut telah bertindak membuka pintu kenderaan dan memotong jari tengah wanita bernama Zhou Ting yang berada dalam kenderaan tersebut.


Insiden terbabit berlaku ketika Zhou Ting (22 tahun), suaminya dan beberapa rakan sedang menunggu dalam van sementara menghantar barang. Tiba-tiba seseorang membuka pintu depan kenderaan dan menyerang Zhou dan suaminya dengan sebilah pisau. Tanpa berfikir panjang, Zhou bertindak melindungi suaminya dari ditikam di bahagian dada, dan akibatnya bahagian jari tengah tangan kirinya terputus sementara tangan kanannya turut luka. Manakala, suaminya turut cedera di lengan dan pinggang.

Menurut saksi kejadian, Puan Wu, penumpang van terbabit memang ada membuang sampah ke jalan selepas dilihat bersarapan di dalam kenderaan tersebut. Pekerja pembersihan datang dan meminta agar sampah terbabit dikutip. Akibat pertengkaran yang berlaku, pekerja pembersihan tersebut bertindak mengeluarkan pisau dan menyerang mangsa.


Selepas serangan, pekerja terbabit menyorokkan pisau yang beliau gunakan di belakang badannya, mengutip kembali penyapu dan meneruskan tugas membersihkan jalan itu. Apabila pihak polis tiba, pekerja terbabit lari dengan memanjat bangunan 14 tingkat berdekatan. Suspek hanya berjaya diberkas setelah Polis berjaya memujuknya supaya menyerah diri.


Penyerang terbabit dikenakli sebagai Guo Nengfang (33 tahun) berasal dari Yuangjiang. Beliau baru bekerja sebagai pekerja pembersihan sekitar 20 hari yang lepas setelah lama menganggur. Suspek dikatakan mempunyai masalah mental.

Laporan asal: ChinaSmack

No comments: