Monday, 5 November 2012

HOTEL RYUGYONG PYONGYANG AKAN DIBUKA TAHUN HADAPAN (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Update!

Tahun lalu kami ada paparkan berita penyambungan pembinaan Hotel Ryugyong di Pyongyang yang sudah terbengkalai selama dua dekad. Hari ini kami difahamkan hotel yang sudah dalam pembinaan sejak 1986 akan dibuka pada tahun hadapan (2013). Pada asalnya hotel setinggi 105 tingkat dengan 3,000 buah bilik ini dirancang dibuka pada tahun 1989, setahun selepas jiran mereka Korea Selatan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Seoul. Ianya sebagai bukti Korea Utara juga mampu membina bangunan moden setanding jiran kapitalis mereka.  

Hotel Ryugyong sudahpun hampir siap. Kami di Blogserius mengharapkan di Malaysia pembinaan Plaza Rakyat juga akan disambung semula. Adalah memalukan bagi sebuah negara Islam Demokrasi terbaik dunia yang dipimpin oleh tokoh dunia DS Najib masih gagal menyiapkan stesen pengangkutan bersepadu yang hanya setinggi 6 tingkat. 

Jika Korea Selatan, sebuah negara atheist komunis kegemaran Lim Kit Siang boleh menyambung pembinaan hotel 105 tingkat masakan Malaysia tidak boleh. Mana mahu kita letakkan semangat Malaysia Boleh jika Plaza Rakyat kekal menjadi rumah homeless, sarang pembiakan Aedes dan padang besi berkarat!!!

 
 

Gambar dari KoryoGroup

No comments: