Need for Speed
Beberapa tahun yang lalu ada sebuah permainan komputer bernama Need For Speed Most Wanted Black Edition. Dalam edisi Black Edition ini terdapat beberapa kenderaan bonus dengan kelajuan maksimum lebih tinggi. Well you know what? Mercedes Benz akan mengeluarkan AMG SLS Black Edition, ia merupakan SLS AMG dengan penaiktarafan kemampuan enjin bagi memberikan prestasi yang lebih tinggi dari edisi AMG SLS biasa. Ia diperkasakan dengan ejin 6.3 Liter V8 dengan 622 kuasa kuda. Berat keseluruhan kenderaan ini hanya 1,550 kilogram dan ini membenarkan AMG SLS Black Edition memecut sehingga 315 kilometer sejam. Kenderaan ini akan dipertontonkan secara rasmi di Pameran Kenderaan Antarabangsa Los Angeles tidak lama lagi. Harga sebuah AMG SLS Black Edition dikatakan bermula dari USD 400 000 (RM 1.2 Juta) sebuah dan akan dipasarkan pada pertengahan 2013. Sila booking kalau anda kaya lagi berada!
Laporan asal Mercedes
No comments:
Post a Comment