Friday, 16 November 2012

Timbunan 'Parcel' Selepas Hari "Double Eleven" di China (foto)

Timbunan parcel terus meninggi di syarikat perkhidmatan penghantaran segera (express delivery services) selepas perayaan "Double Eleven" --> bersempena tarikh 11.11.2012. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, jualan jangka pendek sempena Double Eleven ini adalah sama konsepnya dengan jualan sempena "Black Friday" (di USA) atau "Boxing Day" (di UK).


Segalanya bermula pada tanggal 12 November bilamana banyak kedai pembekal barangan elektrik tempatan mengadakan jualan runtuh 24 jam sehari selepas sambutan hari "Double Eleven" (11/11/2012). Hasilnya? Syarikat khidmat penghantaran mula menerima parcel hadiah yang jauh melebihi kapasiti dan kemampuan operasi mereka. 

Di gudang milik syarikat STO Express Delivery di daerah Guangzhou Liwan, China, parcel (bungkusan barangan pos) mula diangkut pekerja, dilonggok untuk pengasingan dan pengesanan kod bar, sebelum bilangannya dilihat mula melimpah hingga keluar gudang simpanan tanpa ada tanda-tanda untuk surut. Biarpun pihak syarikat mendakwa mereka sudah mula menghantar parcel-parcel tersebut seawal jam 4 pagi, bilangan yang tiba dan belum diproses tetap juga menggunung.


Berpandukan statistik, setiap kali tiba sambutan "Double Eleven", jualan barangan elektrik yang dicatatkan oleh syarikat Taobao sahaja dalam sehari adalah dianggarkan bernilai 19.1 billion yuan. Angka ini adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding kutipan jualan 130 syarikat lain di Beijing sepanjang 8 hari sambutan Hari Kebangsaan "October First" tahun ini yang hanya berjumlah sekitar 7.16 billion yuan.


Menurut salah seorang kakitangan yang bekerja di syarikat pengasingan dan pemprosesan parcel di Nanchang, bilangan parcel yang dihantar pada 12 November melebihi 50,000 bungkusan, iaitu lebih 25% daripada kadar biasa yang diterima syarikatnya. Keadaan dijangka bertambah kritikal menjelang 13 November.

Laporan asal: ChinaSmack

No comments: