Saturday 3 March 2012

Mari lihat apa kata Tun Daim mengenai iklim politik negara...


Saya syorkan kepada generasi muda untuk mengenali Tun Daim. Beliau adalah seorang yang secretive dan low-profile, tetapi saya banyak dapat tahu tentang beliau apabila membaca naskah terbaharu Tun Mahathir. 

Beliau memiliki pengalaman dan kepintaran di dalam menduga arus politik dengan dibantu data/maklumat yang dikeluarkan think-tank yang berkhidmat untuknya. Beliau telah memberikan ingatan kepada Pak Lah bahawa BN boleh kehilangan beberapa negeri jika tergesa-gesa membubarkan parlimen. Sayangnya, waktu itu Tun Pak Lah terlalu yakin dengan maklumat yang dibekalkan oleh pihak yang sokong beliau yang memberitahunya bahawa BN kuat dan tidak akan tewas. Apa hasilnya? Adalah seperti yang kita lihat hari ini. 

Tidak semestinya apa yang beliau kata akan betul terjadi, tetapi politik adalah seni segala kemungkinan. Tidak hairanlah di dalam politik, kawan boleh jadi lawan, dan lawan boleh jadi kawan. Macam-macam...

------------------------------------------------------------------------
SUMBER: http://bloglistpolitik.blogspot.com/2012/03/pas-kedah-akan-tumbang.html


Sebelum kita membaca ramalan Tun Daim Zainuddin yang dibuat melalui wawancara khas dengan akhbar China Press, adalah amat penting untuk kita mengingati bahawa Daim adalah satu-satunya pemimpin yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa negeri dan mencatatkan keputusan terburuk dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu. 

Justeru, bersandarkan pengalaman sebelum ini, maka ramalan yang dibuat Daim pastinya memiliki nilai politik yang tinggi dan perlu diberikan perhatian. Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah : 

1) Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament

2) Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas. 

3) Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim) 

4) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13. 

5) Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama. 

6) PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah. 

7) BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak. 

8) Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.

9) BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor. -Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda. 

**Parlimen tergantung juga adakalanya dikenali sebagai Parlimen seimbang. Ia biasanya wujud dalam negara demokrasi dengan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak. 

**Tun Daim adalah Menteri Kewangan negara antara tahun 1984 hingga 1991. Beliau juga merupakan seorang usahawan dan ahli ekonomi yang amat disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam dunia perniagaan peringkat global. 


No comments: