Baca lanjut - Sumber berita: SINI
Ali Rustam kayuh basikal kempen Go Green
01/07/2011 2:43pm
MELAKA — Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, barisan anggota
Exco dan ketua serta pegawai jabatan kerajaan hari ini berbasikal sejauh
kira-kira dua kilometer berbasikal ke tempat kerja bagi menjayakan misi
“go green”. Memulakan kayuhan dari kediaman Ketua Menteri di Seri
Bendahara, di Ayer Keroh, di sini,
Mohd Ali yang berbaju Melayu warna
hijau berkonvoi bersama hampir 100 peserta dan memasuki perkarangan Seri
Negeri tepat pukul 8 pagi.
Kempen berbasikal ke tempat kerja itu bagi mengurangkan pencemaran
alam sekitar dan merealisasikan matlamat Negeri Bandar Teknologi Hijau
menjelang 2020.
"Saya galakkan semua rakyat di seluruh negeri ini mencontohi program
jom berbasikal ini dalam menyokong usaha kerajaan melaksanakan misi “go
green” ini,” kata Mohd Ali kepada pemberita.
Kerajaan Persekutuan baru-baru ini menetapkan Melaka sebagai negeri model pertama negeri teknologi hijau. - Bernama.
--------------------
Nota kaki:
1) Mendidik minda masyarakat Malaysia yang telah lama serasi dengan bermotosikal dan berkereta untuk kembali kepada "pedal power" semestinya memerlukan masa dan perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan disertai dengan "kepimpinan melalui tauladan".
2) Ini bukan pertama kali dapat kita lihat para pemimpin / pentadbir berbasikal demi mempromosi dan menggalakkan orang ramai supaya berbasikal.
3) Malah, bukan pertama kali juga kita dapati kebenaran kata-kata pepatah iaitu "bak ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus" - lazimnya berakhir dan senyap tanpa menampakkan apa-apa kemajuan.
3) Malah, bukan pertama kali juga kita dapati kebenaran kata-kata pepatah iaitu "bak ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus" - lazimnya berakhir dan senyap tanpa menampakkan apa-apa kemajuan.
4) Saya telah mengupas mengenai perkara berbasikal ini tidak lama dahulu, di mana saya berpandangan setakat seruan sahaja tidak cukup untuk mendidik dan mengubah minda serta iltizam orang ramai berbasikal, tanpa disokong oleh penyediaan kemudahan-kemudahan, insentif serta galakan yang bersesuaian untuk pengguna berbasikal.
5) Sebelum Melaka, rasanya pengerusi Perbadanan Putrajaya juga telah berbasikal "sebentar" sebelum ini. Sebelum itu, kelihatan di foto NC UTM bersama pegawainya berbasikal ke sekitar kampus induknya di Johor.
6) Malu saya nak beri contoh mengenai amalan berbasikal di Oxford ini. Tapi saya berikan juga sedikit fakta sebagai pembakar semangat buat rakyat Malaysia, bumi yang tercinta:
- terdapat sejumlah 22,000 orang berbasikal keluar-masuk Oxford SETIAP HARI.
- terdapat sejumlah 22,000 orang berbasikal keluar-masuk Oxford SETIAP HARI.
- secara perbandingan dengan 48,000 pengguna kereta 5,000 bas 1,000 motosikal dan 9,000 van/kenderaan komersil.
- dalam Oxford, kira-kira 17% populasinya ke tempat kerja berbasikal, jauh lebih tinggi daripada purata nasional iaitu 3%.
- dalam Oxford, kira-kira 17% populasinya ke tempat kerja berbasikal, jauh lebih tinggi daripada purata nasional iaitu 3%.
- disediakan lebih 3,000 ruang letak basikal di kawasan pusat bandar Oxford.
- diwartakan laluan berbasikal sejauh 37 batu di Oxford (termasuk off-road routes).
Berbasikal dan kesihatan
- berbasikal secara 'santai' selama 20 minit akan membakar sehingga 100 kalori
- berbasikal secara rutin menjadikan anda 'fit' pada purata umur 10 tahun lebih muda.
- dapat meningkatkan tahap metabolism dan membantu kita menguruskan berat badan.
- mengurangkan tahap 'stress' and memperbaiki tahap kesihatan umum.
- 'memantapkan' punggung dan peha selain bahagian 'lower abdominals'.
Moga selepas ini kita pakat-pakat minat nak berbasikal. Mulakan ia sebagai hobi yang 'santai'.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment