Wednesday, 13 October 2010

Sumber tenaga masa depan


Sumber: SINI

8 lokasi dikaji untuk loji janakuasa nuklear

13/10/2010 3:40pm

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr. Daud Mohamad berkata, lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.

"Antara kriteria yang mesti ada untuk membina loji janakuasa nuklear ini ialah kita memerlukan kawasan yang berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir.

"Jika ada penduduk di kawasan yang dipilih itu, mereka harus berpindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan pula kita perlu pindahkan tetapi kosnya sangat mahal.

"Apa-apa pun segala keputusan akhir akan dibuat oleh kerajaan dan dijangka ditetapkan dalam tahun 2012,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengurusan Kualiti 2010 di sini hari ini. - Bernama.

------------------------
nota: 

- nampaknya kerajaan begitu komited untuk menjadikan nuklear sebagai antara penjana utama tenaga negara pada masa hadapan.

- saya pernah bersembang dengan John, 2 kali mengenai isu tenaga nuklear ini.

- John telah berbelas tahun terlibat secara langsung di dalam kajian dan konsultansi berkaitan pembangunan loji tenaga nuklear di UK, dan kini sedang menguruskan kontrak besar jangka panjang dengan EDF, pengeluar tenaga nuklear terbesar dunia dari Peranchis. 

- banyak boleh ditulis, tetapi mungkin tidak banyak yang boleh difahami dari kacamata orang terbanyak berkenaan isu ini.

- cuma, John menasihatkan, berpandukan pengalaman beliau yang semasa, Malaysia perlu memikirkan 2 perkara pokok iaitu; dari mana mendapatkan sumber/bahan mentah (sekarang Australia merupakan pengeluar bahan mentah utama dunia), dan kedua, ke mana hendak dilupus/dibuang/diurus bahan sisa nuklear tersebut.

- jika ini dapat dijustifikasikan, mungkin nuklear akan menjadi lebih 'hijau' untuk dipilih sebagai sumber tenaga utama bagi negara di masa hadapan.

- malah, mungkin juga kerajaan pada akhirnya dapat mengkaji semula kontrak-kontrak bernilai berbilion ringgit yang telah dibelanjakan untuk penjanaan tenaga tidak perlu (lebih kapasiti) oleh penjana tenaga bebas, yang dibayar menggunakan wang rakyat.

Only 1 day to go.........and counting..

1 comment:

DK Desaku said...

Pada tahun 2009, Roland Emmerich telah berjaya melakarkan sebuah filem sains fiksyen berjudul 2012. Filem itu mendapat inspirasi oleh beberapa hipotesis menyatakan yang bahawa kaum mayans purba meramalkan peristiwa kiamat akan berlaku di sekeliling musim sejuk solstis 2012.

Admin DK sempat menonton filem itu di KLCC hujung tahun lepas.

Apa yang nak dikaitkan dengan isu nuklear ini ialah dibimbangi jika tiada kajian dan pengurusan yang cekap oleh pihak kerajaan, bumi Malaysia yang aman damai ini akan musnah sepertimana yang terjadi dalam 2012. Sama juga bimbangnya akan berulang tragedi Chernobyl April 1986.

Harapan kami warga desa DK, semoga kerajaan buat keputusan yang terbaik pada 2012 nanti...