Friday 6 February 2009

Perak

"Pemimpin sama pemimpin berperang, rakyat tersepit di tengah-tengah"

Haru-biru sekali nampaknya situasi politik dan kepimpinan di negeri Perak ketika ini. Terkejut saya apabila pulang dari hospital semalam dan baca akhbar online.

Apapun, saya tidak nampak apa untungnya krisis ini berlaku. Namun satu yang pasti rakyat dan orang biasa di Perak tidak mungkin mengecap kesenangan darinya.

Pada saya, krisis kali ini bukanlah berkenaan rakyat hilang kepercayaan kepada Ir Nizar, namun krisis pemimpin yang dipilih (ADUN) itu sendiri yang rakyat sama sekali tidak patut diheret ke dalamnya.

Kalau masalah ini melibatkan rakyat, mudah saja iaitu buat pilihanraya semula. Biar rakyat negeri Perak sendiri yang pilih pemimpin. Tapi kes kali ini lain, iaitu bukan melibatkan rakyat, tetapi mereka-mereka yang di atas.

Sedih, Malaysia kita ni hanya satu sahaja, tidak ada lagi Malaysia yang lain.

Janganlah kerana berebutkan kuasa politik, kita sanggup letak belakang nilai dan ilmu yang benar, soal agama (dosa dan pahala) dan etika, apatah lagi prosedur/undang-undang.

Saya dari jauh cuma berdoa dan berharap agar biar apapun yang telah berlaku, jangan sampai esok-esok kita jadi macam di SELATAN THAI, yang bunuh, tembak, bakar, potong orang dah jadi benda biasa.

Waktu tu, semua kuasa dan kegembiraan akan berlalu pergi dan akhirnya generasi orang melayu Perak kelak akan mengenang akan 'jasa' peninggalan pemimpin mereka terdahulu ini.

Moga Allah selamatkan Tanah Airku...

2 comments:

umizue said...

Aminnn....
InsyaAllah, Msia akan kekal aman sejahtera..
kepimpinan di atas sepatutnya bijak dalam membuat kptsn dan bertindak..
InsyaAllah xde ape la tu..
Msia ni suke perang mulut je..

SaifulAzri said...

Kotak lompat...pemimpin pun macam katak gak, suka lompat2. cakap tak serupa bikin