Thursday, 29 January 2009

Saat Terindah Waktu Remaja-Ku

MRSM MUAR (1997-1998)

Beberapa minggu yang lalu aku dihubungi rakan lama, Sukri yang kini berada di Australia meminta aku mengemaskini alamat dan maklumat pribadi. Katanya si Khalidi sedang giat mengumpulkan contact number semua rakan di MRSM dulu untuk dijadikan data base.

Sebelum daripada tu pun aku dah termimpi-mimpi dan teringat kawan-kawan semasa sama-sama menuntut di MRSM dulu, entah apa perkembangan hidup mereka semua.

Mungkin dek kebosanan hidup di UK ni menjadikan segala aktiviti harian aku jadi rutin. Dengan winter dan kesibukan belajar, tambah rindu aku dengan suasana di Malaysia (rasa nak balik pun ade).

Dalam banyak-banyak member semasa di MRSM, yang aku pasti,si Sukri memang ok sebab kami satu tempat kerja, sama-sama mengajar di UTMKL (international campus). Yang lain-lain tu, hanya tau cerita dari kawan-atas-kawan je.

Lama rasanya kami terpisah (hampir 11 tahun), selepas SPM masing-masing membawa haluan hidup dan mengejar cita-cita masing-masing, termasuklah aku.

Waktu graduasi MRSM dulu, aku bukanlah pelajar yang bijak. Kiranya dalam kelompok GPA 2.5 gitu. Graduasi pun dalam kelompok beberapa orang yang dibelakang. Namun, mujurlah SPM aku dapat pangkat 1.

Betul kata orang. Keputusan SPM tidak semestinya menggambarkan prestasi kita di universiti dan ianya terbukti betul dalam kes aku. Mungkin juga corak belajar di universiti kena dengan cara belajar aku dan aku banyak improve waktu tu, hinggalah graduate diploma, first degree dan masters degree.

Sungguh, perancangan Allah memang tiada siapa yang tahu. Dulu aku tidak pernah langsung terfikir ape benda lecturer tuh? apatah lagi nak bercita-cita menjadi lecturer...

Daripada perbualan telefon dengan hampir semua bebudak lelaki kelas aku (aku call sorang2), Alhamdulillah, ade yang dah jadi jurutera, lecturer, akauntan, guru, eksekutif kewangan, pegawai MARA, businessman, kerja ngan TV3 etc.

Tidak kurang juga yang dah berumah tangga dan dah ada anak. Aku pun sama, sedang berdebar menunggu kelahiran yang sulung. Jauh dari tanah air ni, cuma doa dan tawakkal sajalah bekalan kami berdua.


Kelas 4 Sains 16 (1997)


Kelas 5 Sains 16 (1998)

Apapun, aku harap selepas dah lengkap data base ni, setiap ahli Sc16 akan kerap berhubung satu sama lain. Aku berdoa moga Allah berikan kelapangan dan kemudahan untuk kita semua sama-sama berjumpa dan berkumpul satu hari ini.

Aku juga berdoa supaya akan ada kelapangan untuk aku kembali ke MRSM Muar bertemu dengan guru-guru dan adik-adik di sana, mungkin ada ruang untuk aku pulangkan jasa mereka kerana menjadikan aku manusia macam sekarang.

Cuma, sebelum apa-apa, hendak aku tegaskan bahawa rupa aku secara fizikal sudah tidak seperti di dalam kedua-dua foto di atas lagi...hehe

Moga Allah makbulkan doa aku ini.

1 comment:

Anonymous said...

fuyo..
rambut tu mmg berubah..