Friday, 23 September 2011

Gullwing America Ferrari F340 Competizione (11 Gambar)

"Cut n paste" dari sini: SUMBER
Woah!

Gullwing America ialah syarikat pembuat kereta custom yang terkenal di Amerika. Mereka kerap membuat kereta custom yang diilhamkan kereta-kereta klasik dunia. Dibawah ialah Gullwing America Ferrari F340 Competizione yang diilhamkan oleh Ferrari 340 Mexico Berlinetta 1952. Di dunia hanya ada 3 buah 1952 Ferrari 340 Mexico Berlinetta. Bagaimana pula dengan Gullwing America Ferrari F340 Competizione? Didunia hanya ada satu! Harga masih belum ditetapkan tapi sure mahal gila!





Laporan asal Amazo Effect

Tukar masjid

Sekitar jam 1.00 pm saya berjalan keluar office dan destinasi? Bath Street Mosque (hanya 10 minit berjalan kaki menuruni Headington Hill ke St Clement. Buat pertama kalinya saya bersolat Jumaat di Masjid yang baru dibuka semula itu sekalipun telah 'agak lama' menetap di kampung Oxford ini.

Terima kasih kepada Syeikh Arfian di atas makluman waktu solat. Hajat untuk bertemu ramai rakan dan sahabat "kita" tidak menjadi kenyataan, kecuali Khair, sahabat yang menetap di Allan Bullock.

Kepada sahabat sekampung yang tidak pernah bersolat di Bath Mosque, di sini suka saya promosikan masjid ini. Pengalaman pertama bersolat di sini tadi boleh saya simpulkan melalui sepatah perkataan iaitu "selesa" - ruang solatnya luas malah ada saf yang berbaki. Selain itu, untuk masuk dan keluar masjid juga 'aman', tiada orang yang berebut.

Cuma satu perkara yang mungkin buat anda sedikit "turn-off" iaitu ketiadaan parking. Ini kerana Bath Street itu sendiri jalannya sempit dan parking yang ada hanyalah untuk residents. Begitupun masih ada ruang parking 1 hour atau 2 hours no return di sekitar St Celement dan  Morrell Avenue.

Manakala, bagi yang ingin menaiki bas, amat selesa kerana St Clement adalah laluan masuk utama ke bandar Oxford. Jadi, dari arah manapun anda datang, perkhidmatan bas ke St Clement boleh didapati dengan mudah.

Sebelum azan, 2 sesi bayan akan diberi - 1 Urdu, 1 english. Sekitar jam 1.15pm Brother Saad akan menyampaikan bayan di dalam bahasa Inggeris (full english). Patutlah lama tidak saya temui Saad, yang selama ini dialah imam solat di surau Gipsy Lane and Wheatley campus, sekarang membantu komuniti dan kariah di Bath Mosque rupanya.

Bagi sahabat dan jiran sekampung yang ingin tukar angin dan sekali-sekala nak mengelak daripada berebut-rebut nak bersolat dan keluar masjid, datanglah ke Bath Street Mosque.

Bersamalah kita imarahkan masjid-masjid kita dan mendermalah sekadar yang termampu sebagai tanda kita ini hamba yang bersyukur di atas nikmat Allah yang memberi kita peluang bertemu Jumaat kali ini. Jumaat minggu depan belum tentu....

Wassalam.

Thursday, 22 September 2011

Undi-lah: untuk pilih pemimpin & kerajaan yang boleh berlaku adil

Iklan ni dah lama saya perhatikan di the Malaysian Insider tetapi tidak ada rasa untuk menontonnya, sehinggalah saya dapat tahu klip video ini telah ditarik balik penayangannya di semua stesen TV.


Saya sudah lama sedar bahawasanya kebebasan media di negara kita tidaklah sepertimana yang sering dilaung-laung oleh segelintir pihak. Mungkin kita ingin maju seperti Singapura, namun kita juga masih ingin mengawal media seperti di Singapura. 

Dan di dalam isu klip video ini, tidaklah dapat saya pastikan apa yang menjadi punca kekalutan dan ketakutan di pihak MCMC serta pengamal media tanah air terutamanya stesen-stesen TV swasta.

Saya tidak rasa klip video ini dibuat (dan ditayang) dengan tujuan mengajak rakyat mengundi pembangkang (walaupun ditampilkan beberapa pemimpin seperti Nurul Izzah, Nik Nazmi, Tony Pua dan Khalid Samad - ada bakat), bahkan ianya unik dan saya kira ia "matang" kerana turut menampilkan tokoh (KuLi) dan pemimpin dalam kerajaan Najib iaitu Rosnah Shirlin dan Wee Ka Siong selain turut dibintangi ramai artis tempatan.


Mesej yang ingin disampaikan juga jelas dan 'keras' iaitu "Malaysia adalah negara kita, walau apapun terjadi, Malaysia tetap negara kita". Justeru masa depan negara kita terletak di tangan kita (pengundi) sendiri.

Justeru, jika kita rasakan kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang telah dan sentiasa berlaku adil kepada rakyat, maka daftarlah sebagai pengundi dan keluarlah mengundi untuk mengekal dan mempertahankannya. 

Namun jika kita merasakan kerajaan yang ada hari ini (di peringkat negeri - tidak kira diperintah siapa, atau persekutuan) tidak cukup berlaku adil atau tidak menunaikan hak-hak rakyatnya (baik hak yang Melayu mahupun bukan Melayu; hak orang Islam mahupun bukan Islam), mendaftarlah sebagai pengundi dan keluarlah mengundi untuk perubahan.

Nota:

Bak kata kawan yang baru pulang dari Bhopal, India. Katanya, dahulu di Bhopal kerajaan Islamnya cukup kuat. Sehingga terlalu kuatlah para pemimpinnya akhirnya jadi mabuk kuasa dan gagal menunaikan hak-hak rakyat baik yang Islam dan Hindu. Allah perlingkupkan kerajaan Islam Bhopal dengan mengutuskan pemimpin lain (Raja) Hindu memimpin rakyatnya. 

Mendengar kisah dan sejarah tersebut, membuatkan saya sejenak berfikir...."masalah kita di Malaysia, isu perkauman kita yang terus disemarak, sebenarnya boleh diredakan andai hak-hak semua kaum dan agama ditunaikan"

Saya tidak kata ianya mudah dan boleh dibuat dalam satu malam, tetapi ianya (mendapatkan penyelesaian) juga bukanlah sesuatu yang mustahil...

Cuma barangkali (hanya sangka buruk saya), jika kita dapat selesaikan isu perkauman ini, akan banyaklah pihak yang akan 'rugi'....mungkin.

Muzium mee segera di Jepun (foto)

Artikel 'cut n paste' dari sini - SUMBER

Lapar lak tengok cup noodle!

Mee Segera ialah makanan ruji student di seluruh dunia. Masa di London dulu kalau tak ada Maggi sekarton aku beli aku rasa aku dah lama mampos. Seriously Mee Segera ialah penyelamat manusia jika apokalips Zombie menjadi realiti. 
 
Di Yokohama, syarikat Nissin Noodle membuka muzium mee segera yang menempatkan semua jenis mee segera yang ada didunia. Lihat gambar no 3 dibawah. Ada Maggi Perisa Ayam bro! LMAO. Nissin ialah syarikat yang bertanggungjawab mencipta mee segera. Momofuku Ando, pengasas Nissin mendapat idea mereka mee segera selepas melihat orang ramai beratur panjang untuk makan selepas perang. Beliau sedih melihat orang Jepun terpaksa menunggu untuk makan. Beliu percaya jika orang tidak kelaparan, mereka akan lebih gembira. 
 
Maka terciptalah Mee Sup Ayam segera yang dijual oleh Nissin pada tahun 1958. Dari idea untuk memudahkan orang Jepun pasca perang makan, idea Momofuku Ando kini sudah menjadi fenomena dunia. 
 
Lebih dari 95 BILLION dijual didunia pada tahun 2010! Gila! 
 
Di muzium Mee Segera ini anda boleh lihat patung Momofuku Ando , koleksi semua jenis mee segera yang ada di dunia dan juga boleh buat mee segera sendiri jika mahu! Awesome!






Laporan asal AFP

Susulan isu "jual pulau" - lanjut di MKini

Beberapa hari yang lepas saya ada buat satu posting berkenaan isu ini. 


Hari ini, perkara yang sama telah membuka mata dan mendapat perhatian pelbagai pihak.

Sekalipun ianya urusan/perniagaan persendirian, namun sekiranya wujud kesan buruk kepada alam sekitar dan kepentingan warga Sabah, ianya perlu disuarakan dan dicari suatu jalan penyelesaian.

Hari ini kita boleh jual pulau-pulau, mungkin nanti gunung-ganang pula....mungkin.

-----------------------

Laporan penuh dari MKini (sumber)

Penjualan pulau-pulau di Sabah tak adil, kata PAS

Pemuda PAS hari ini membidas kerajaan negeri Sabah kerana berdiam diri membiarkan tiga pulau di pesisiran pantai negeri berkenaan dijual di pasaran antarabangsa.

NONEMenurut ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu adalah tidak bertanggungjawab bagi kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada pemilik swasta untuk menjual pulau-pulau itu dan pada masa yang sama, tanpa ragu-ragu mengusir penduduk tempatan dari hak tanah adat (NT) di kawasan pedalaman.

Lahirul mempersalahkan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah dalam penjualan kontroversi tiga pulau - Mengalum, Pandanan dan Montukod - dan melahirkan rasa terkejutnya bagaimana pulau-pulau itu boleh dijadikan milik persendirian.

"Pemuda PAS terkejut bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur hanya boleh memberi kelonggaran kepada beberapa individu tertentu untuk memiliki pulau-pulau itu tetapi pada masa yang sama jabatan itu merampas hak tanah adat," katanya dalam satu kenyataan.

“Bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan?” soalnya.

Semalam, pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal mengesahkan bahawa ketiga-tiga pulau itu adalah untuk jualan, seperti yang diiklankan di www.privateisland.com dan bahawa pemiliknya mempunyai hak untuk melupuskan harta yang dimiliki mereka.

azlanAkhbar tempatan The Borneo Post memetik Osman sebagai berkata tiada lagi urusniaga membabitkan pulau-pulau berkenaan - yang tegasnya perlu terlebih dahulu melalui pejabatnya untuk pengesahan status hartanah itu.

“Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

“Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!” katanya.

Menurut Lahirul lagi, jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.

icj sipadan ligitan“Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan tiga buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing.

“Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka,” katanya.

Wednesday, 21 September 2011

Sekarang bukan intip, tetapi siap londeh!

"sebelum melaksanakan hudud, perlu banyak ijtihad dan analisa baru terhadap nas-nas hukuman itu...perlu dilihat teks dan konteks...dunia sedang mentohmah Islam dengan pelbagai tohmahan...kita perlu memberikan gambaran yang indah mengenai agama ini...dalam Seminar Hudud saya menyatakan bahawa hukuman rejam itu bukan hudud tetapi takzir yang terdedah kepada perubahan dan pemilihan pemerintah...perlu dilihat kontek zaman dan tempat.." - Dr Maza 
---------------------------
Daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Auf :
أَنَّهُ حَرَسَ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمَا لَيْلَةً بِالْمَدِينَةِ فَبَيْنَا هُمْ يَمْشُونَ شَبَّ لَهُمْ سِرَاجٌ فِى بَيْتٍ فَانْطَلَقُوا يَؤُمُّونَهُ حَتَّى إِذَا دَنَوْا مِنْهُ إِذَا بَابٌ مُجَافٍ عَلَى قَوْمٍ لَهُمْ فِيهِ أَصْوَاتٌ مُرْتَفِعَةٌ فَقَالَ عُمَرُ رَضِىَ اللَّهِ عَنْهُ وَأَخَذَ بِيَدِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ فَقَالَ : أَتَدْرِى بَيْتُ مَنْ هَذَا؟ قُلْتُ : لاَ. قَالَ : هَذَا بَيْتُ رَبِيعَةَ بْنِ أُمَيَّةَ بْنِ خَلَفٍ وَهُمُ الآنَ شُرَّبٌ فَما تَرَى. قَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ : أَرَى قَدْ أَتَيْنَا مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ (وَلاَ تَجَسَّسُوا) فَقَدْ تَجَسَّسْنَا فَانْصَرَفَ عَنْهُمْ عُمَرُ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ وَتَرَكَهُمْ  
“Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat. Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan ‘Abd ar-Rahman-: “Kau tahukah ini rumah siapa?”. Jawab: “Tidak”. Kata Umar: “Ini rumah Rabi’ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?”. Kata ‘Abd ar-Rahman: “Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: “Jangan kamu mengintip”. Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka”.
(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi. Juga al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra)
---------------------------
Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut: “Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan”
Sumber semua petikan: FB Dr MAZA
----------------------------
Tiada nota kaki, cukuplah sekadar mengingatkan sesama insan agar janganlah kerana mahukan kuasa, kita sanggup melondeh/membuka/mengintip keaiban insan lain. Takut nanti Allah buka pula aib kita.

Tuesday, 20 September 2011

Petikan Minggu Ini

Pada awalnya, walau pun Tunku mempunyai kemahiran dalam bidang sains politik dan sejarah serta pengalaman luas di peringkat antarabangsa, secara merendah diri akui, beliau lebih selesa dan merasakan lebih berguna untuk negara jika tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Jadi, apa yang saya kata, orang akan dengar,” ujarnya.

“Tetapi saya dok fikir jugak, kalau kita betul-betul nak ubah situasi, kita kena aktif, jangan dok asyik bercakap sahaja.

“Ya, memang senang nak cakap dan tulis. Tapi itu ertinya kita tak ada apa-apa komitmen. Tapi kalau kita masuk mana-mana parti, kita akan sendiri ada tanggungjawab.

“Macam orang putih kata, kita stand up and ready to be counted. Jadi orang akan tahu kewujudan kita. Orang tahu saya adalah orang DAP,” 

- Tunku Abdul Aziz Ibrahim, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP (rujuk: sini)

Monday, 19 September 2011

Untuk Dijual: Pulau-pulau di Malaysia (foto)

Sumber: pada foto

Dahulu kecoh seketika bilamana Singapura mendapat hak ke atas Pulau Batu Putih. Sekarang, 3 buah pulau nak dijual, semua orang macam OK je, tiada kecoh pun, kan?

Sunday, 18 September 2011

Yang meminati lori gergasi (banyak foto)





 
Banyak lagi koleksi foto dan info menarik mengenai trak-trak gergasi di sini - ELAKIRI

Pak Lah: Bukan mudah bawa perubahan.

Ianya berkait dengan posting saya sebelum ini yang menyentuh perihal pemansuhan ISA oleh Perdana Menteri. 

 

Kata-kata Pak Lah ini ada benarnya, tetapi apakah ada yang sudi mendengar dan mentaatinya nasihat "orang pencen" seperti beliau ini? 

 

Baca artikel berikut:

ISA: Pak Lah beri amaran mungkin pihak dalaman sendiri tentang Najib

TERKINI @ 12:08:07 PM 19-09-2011
September 19, 2011 (sumber: sini)
 
 

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap tidak akan ada pihak dalaman yang akan menentang secara “senyap seperti gunting dalam lipatan” usaha penggantinya Datuk Seri Najib Razak yang mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang lain.

“Saya harap barisan pimpinan di belakang Datuk Seri Najib, parti-parti politik baik dalam Barisan Nasional atau pun di luar akan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk merealisasikan perjuangan untuk membawa perubahan.

“Saya harap tidak akan ada mereka yang menentang dalam senyap seperti gunting dalam lipatan kerana dasar yang beliau ingin wujudkan dengan pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara dalam jangka masa panjang,” kata beliau hari ini.

Najib menggantikan Abdullah (gambar) sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Abdullah juga berkata beliau berharap mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal akta dan undang-undang baru keselamatan akan berfikiran progresif dan tidak cuba menggubal undang-undang yang dapat disalahgunakan untuk menyekat perkembangan minda rakyat yang waras, intelek dan berintegriti.

“Saya yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri dan barisan pimpinan di bawah beliau telah berfikir dengan dalam dan rasional sebelum mengumumkan pemansuhan ISA dan enakmen darurat, dan saya juga yakin bahawa beliau akan melakukan apa yang telah dijanjikan,” kata Abdullah ketika berucap menerima ijazah kehormat doktor keusahawanan dalam pembangunan modal insan sempena Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan.

Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan tiga deklarasi darurat serta langkah mengkaji semula beberapa undang-undang yang lain ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia Khamis lalu.

Dalam ucapannya, Abdullah menyifatkan pengumuman oleh Najib Khamis lalu sebagai satu perkara yang diharap akan mencatat sejarah kerana ISA dan beberapa enakmen keselamatan yang lain sudah lama menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

Kata Abdullah, semasa mengambil alih menjadi Perdana Menteri pada 2003 beliau telah bertekad untuk memberi lebih kebebasan supaya rakyat negara ini dapat memperkembangkan fikiran dan intelek tanpa sekatan dan tanpa ketakutan bahawa undang-undang seperti ISA akan digunakan terhadap mereka.

“Saya juga telah menjayakan tiga perundangan yang memberi perubahan kepada undang-undang berkaitan dengan pencegahan rasuah, pelantikan hakim dan integriti agensi penguat kuasa,” kata beliau sambil menambah, beliau juga berhadapan dengan tentangan dari dalam dan luar parti pimpinannya.

“Saya mengaku bahawa saya mendapat tentangan bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam kerana ada golongan ‘hardliners’ yang ingin mengekalkan sistem yang lama, yang masih ingin menguasai aliran maklumat serta menggunakan akta-akta dan enakmen untuk membisukan rakyat,” katanya lagi.

Namun tegas Abdullah, majoriti bersetuju bahawa dalam perkampungan dunia sekarang, menentang peralihan zaman akan membawa rebah.

“Dan, kita berjaya dalam usaha kita untuk memberikan hak kepada rakyat untuk bersuara dengan lebih kebebasan. Kebebasan ini amat perlu untuk membina modal insan kita yang lebih bertanggungjawab dan berintegriti,” katanya lagi.

Jelas Abdullah, ada juga yang menyalahkan beliau kerana memberi terlalu banyak kebebasan kerana mengikut mereka ia menjadi faktor ke arah keputusan pilihan raya umum 2008.

“Tetapi pada diri saya, saya tidak pernah menyesal memberi lebih kebebasan sebab itu adalah hak asasi manusia.

“Pada saya, masyarakat yang waras dan bertamadun akan satu hari kelak akan dapat membezakan antara kaca dan permata, dan mereka akan dapat tapis pembohongan dan fitnah dengan kebenaran dan keikhlasan,” kata bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN.

Justeru kata Abdullah lagi, beliau cukup bangga dengan tindakan Najib untuk memansuhkan ISA kerana “saya percaya itu adalah satu lanjutan dari tindakan kerajaan dahulu untuk menegakkan lagi hak asasi manusia.”

“Tetapi perjalanan ke arah mencapai matlamat penuh Perdana Menteri Najib mungkin juga berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti saya dalu... ‘the job of a reformist is not easy’.”