Saturday, 22 October 2011

Hotel Air Terjun di Patagonia, Chile (foto)

Artikel 'cut n paste' dari sini: SUMBER
WOWOWOW!

Montaña Mágica Lodge ialah sebuah hotel yang unik yang terletak di Patagonia, Chile. Ia dibina lengkap dengan air terjunnya sendiri dan pengunjung sekaligus dapat merasa seolah-oleh tinggal di dalam hotel yang dibina di dalam air terjun. Terdapat dua jenis bilik di sini iaitu bilik biasa atau cottage. Harga semalaman ialah antara USD 156 hingga USD 280. Paling awesome to me ialah bila musim sejuk. 





Lapram asal Huilo Huilo

Fakta mengenai bahan pengawet dalam makanan (foto)

Artikel 'cut n paste' dari sini: SUMBER
Apakah yang kita makan sebenarnya?



Laporan asal Walton

Thursday, 20 October 2011

Hidupkan Kembali Semangat 'Se-Kampung'

Lepas yang pertama

Syukur kepada Allah Taala kerana memberi kemudahan ke atas segala urusan saya minggu ini. Bantuan Allah telah datang di dalam pelbagai bentuk; sama ada kesihatan fizikal (tidak diserang penyakit), sihat mental (boleh berfikir dengan cepat, tajam dan berkesan), bantuan peneman setia (isteri), bantuan berperangai baik (Mawaddah) dan banyak lagi.

Kesemua rahmat dan kemudahan ini 'dihantar' Allah secara berasingan tetapi amat berkait rapat antara satu sama lain. Benarlah orang tua-tua kata "perancangan Allah". Alhamdulillah.

Begitupun, ini baru halangan pertama. Perjalanan masih berbaki dan hanya doa dan tawakkal mampu saya panjangkan.

Waktu saya sibuk 2-3 hari yang lepas jugalah muncul pelbagai kisah yang membuatkan saya 'gatal tangan' hendak memaki menulis (bayi kena liwat dengan bapak sendiri; budak kena langgar di China; bayi mati dikelar ibunya dan bermacam lagi), tetapi saya bersabar kerana tugasan di tangan juga penting.

Masyarakat sakit, apa pilihan kita ada?

Maka bermesyuaratlah saya dan isteri memikir idea-idea/pendekatan yang mungkin boleh diterapkan untuk membantu komuniti mengurangkan kadar penyakit mental dan sosial dalam masyarakat hari ini.

Ini kerana, mahu tidak mahu, kita setiap hari perlu berdepan dengan masyarakat. Anak-anak kita akan bersekolah, kita akan keluar rumah ke pasar, bercuti, bertemu rakan dan bermacam lagi kegiatan di luar yang mendedahkan diri kita dan keluarga kita dengan orang luar.

Contoh: "Ahhh...aku tak percayalah dia sanggup buat macam tu" - komen apabila orang yang kita kenal masuk paper pasal terlibat dengan jenayah.

Ini kerana sukar untuk kita menilai sifat dan perangai orang. Saya sendiri bukannya pandai membaca tingkah-laku orang. Mana nak tahu orang itu "betul atau tidak", "normal atau abnormal"?

Di antara perkara yang disentuh dalam "mesyuarat" tu adalah keperluan untuk masyarakat atau komuniti kita hidupkan semula semangat hidup se-kampung di kawasan kejiranan di bandar.

Contohnya, menganggap "anak jiran, anak kita juga". Ini benar. Mok saya di kampung menganggap anak-anak yang tinggal berjiran dengannya seperti anak-anak sendiri (kebetulan saudara-mara juga).

Maka, ada hari anak-anak mereka datang ke rumah belajar mengaji dengan Ayoh, diberi makan, minum dan bermain. Tetapi ada juga hari mereka dihambat dengan ranting Senduduk kerana buat bising, bergaduh, panjat pokok, kejar/dera itik atau degil tidak mahu dengar kata.

Walaupun anak-anak mereka di'ajar' oleh Mok, jiran-jiran tiada yang datang rumah marah-marah kerana kita kenal perangai dia (Mok) yang kalau dia pukul tiada niat selain nak bagi budak tu dengar cakap dan tidak buat benda-benda yang mengarut.

Maka agak terkawallah juga perangai anak-anak ini kerana dia tahu Mok anytime boleh report dan kantoikan mereka di depan mak-bapak mereka. Tambahan pula kalau nak harapkan mak bapak sendiri yang tegur, mungkin tak tegurlah (lebih sayang (biar jelah) dari nak membetul/untuk mengajar).

Dari pengalaman saya tinggal di bandar besar, memang kirim salamlah kita nak "jaga tepi kain orang". Bukan kita nak jadi "mami jarum" yang jaja kisah buruk jiran, tetapi lebih kepada "ambil cakna".

Padahal ramai juga yang tinggal di bandar, asal mereka ini adalah dari kampung, yang pernah ada pengalaman seperti yang saya sebutkan.

Tetapi apabila tiba di bandar, ramai yang mula luntur nilai-nilai kejiranan dan ambil cakna tersebut.

Apabila sesuatu yang perlu ada, ditiadakan, maka nilai-nilai baru (moden) akan mengisi ruang kosong itu. Dan yang sedihnya nilai-nilai ini bukanlah yang murni, tetapi yang berpenyakit.

Maka wujudlah taman-taman permainan yang tidak lagi menjadi tempat anak-anak bermain, bahkan menjadi medan orang berdating dan memadu kasih, etc.

Perangai buruk ini terkena pada hidung saya juga. Bukan nak jengah lagi anak-anak jiran dan dengan siapa mereka berkawan, dan bila mereka balik rumah. Bahkan makin tinggi pula tembok/pagar itu kita bina. 

Sudahnya, hidup moden tetapi tanpa kita sedari, kita kembali menjadi masyarakat yang hidup di dalam gua.

Surau aku, surau kita = kita bina komuniti cakna

Saya berazam (moga Allah bgi jalan untuk permudahkan), untuk mendekati masjid dan surau-surau di tempat saya tinggal (apabila pulang kelak), insyaAllah.

Pengalaman hidup di bumi UK ini membuatkan saya insaf betapa apabila kita (Islam) itu minoriti, cara untuk menggembirakan kita apabila kita berkumpul di masjid.

Dan setiap pound wang yang kita dermakan, dirasakan begitu bernilai untuk kegunaan masjid yang kita tumpang bersolat itu (bayar bil etc).

Sebenarnya, kebanyakan masjid dan tempat solat di sini (UK) dibina amat mirip dengan pembinaan dan pengisian masjid dan surau di kampung (dahulu-kala).

Mungkin generasi saya terlalu muda untuk ingat, mungkin generasi Ayoh dan pakcik-pakcik saya masih ingat bagaimana kalau di kampung waktu itu surau didirikan secara bergotong-royong, bersama seluruh penduduk kampung.

Bahkan kalau nak pindah surau (usung ramai-ramai) ke tapak baru, pun dibuat bergotong-royong. Masyarakat tidak mengeluh seperti hari ini, semua orang gembira dan terlibat dengan hati terbuka. Masya-Allah.

Sumber: google image for "gotong royong"

Kerana jerih-perih, keringat dan sumbangan (tenaga, wang, tanah wakaf) inilah timbulnya "strong sense of belonging" di kalangan orang kampung.

"Ini surau aku! Ini surau kami, yang didirikan hasil usaha dan susah-payah semua orang". Kerana itulah semua orang tidak kita tua-muda, besar-kecik, mereka ada "attachment" (pertalian rapat) dengan tempat rumah Allah itu.

Sayang. Tidak seperti hari ini. Segalanya disediakan kerajaan, masjid dan surau segalanya lengkap dan megah (bahkan ada yang berhawa dingin), tetapi surau dan masjid masih kosong dan tiada pengisian.

Tiada "sense of belonging" walaupun surau hanya selang 1-2 rumah. 

Alasan sibuk dengan kerja membuatkan orang susah ke surau, masjid apatah lagi. Tetapi perlu juga kita ingat bahawa ramai orang telah pergi bertemu Allah sebelum sempat pencen, sebelum sempat menunaikan niat mereka "aku nak ke masjid lepas pencen nanti"!

Bukan ke surau semua masalah selesai, tetapi ia adalah salah satu jalan untuk kita kuatkan keluarga dan komuniti kita. Kalau tidak ke surau, mana nak kenal jiran satu kariah. Mana nak minta tolong apabila ada kematian, kecemasan dan sebagainya.

Apa yang saya coretkan ini menjadi ingatan kepada diri saya. Harap anda yang membaca beroleh manfaat.

Bukannya apa, sekurang-kurangnya membina kesedaran untuk diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang lain, adalah langkah awal yang positif ke arah membina "komuniti cakna".

Banyak nilai-nilai murni komuniti kampung yang tidak kita manfaatkan. Gapailah nilai-nilai murni ini sebelum kampung-kampung kita lenyap ditelan arus kemodenan.

Sungguhpun ada ketikanya kita akui yang apa yang dinilaikan "moden" oleh komuniti kita hari ini telah membawa banyak keburukan, mengapa masih kita ingin bergayut pada "dahan yang rapuh" itu?

Wassalam.

Monday, 17 October 2011

Tiada kemaskini - tiada rehat...

Adalah dimaklumkan bahawa sepanjang minggu ini Dr Sepet berkemungkinan tidak memiliki kelapangan masa untuk duduk menulis/update blog ini kerana terlalu banyak urusan keduniaan yang perlu dikejar. Harapnya, yang dikejar dapat yang dikendong pun tidak tercicir jua.

Semoga kita bertemu lagi di minggu hadapan, insyaAllah. Wassalam.

Friday, 14 October 2011

Kreatif: Botol air mesra pengguna (foto)

Cut n paste: sini

Easy Drink for the win

Rekaan botol air plastik tidak banyak perubahannya sejak zaman berzaman. Rekaan botol Easy Drink oleh Hsu Hsiang-Min, Liu Nai-Wen dan Chen Yu-Hsin mempunyai kelainan dimana muncung botol dibengkokkan sebanyak 45 darjah bagi memudahkan kita minum darinya. 
 
This is yeat another cool and genius design yang memnbuatkan aku berkata "Why didn't i think of this! it's so obviously simple!"

Thanks Dr Bong for the tip



Laporan asal Yanko

Thursday, 13 October 2011

Sifir - "PAS ganti UMNO"

Inilah bulan yang saya rasakan saya paling sibuk. 

Sibuk dengan menampakkan hasil-lah hendaknya. 

Sambil-sambil menyemak formula dan statistik sebentar tadi, terlintas di kepala ini perkara berikut, yang ingin dikongsikan dengan para pembaca semua.

Ianya tentang "sifir mudah - PAS ganti UMNO", saya kembangkan dari program atau gerak saraf yang ampuh dari PAS bagi menghadapi strategi perang saraf UMNO. Dan apa yang dihasratkan oleh pihak PAS adalah nyata jika anda faham maksud nama program itu sendiri, maka tidak perlulah saya ulas panjang.

Yang saya nak kongsikan dengan para pembaca adalah sifir "mudah" berikut:

----------------------

Al-kisah 1

1) Melayu + Islam (BN)  =   UMNO
2) Melayu + Islam (PR)  =   PAS


UMNO   =   PAS   =   Melayu + Islam   
[juga dikatakan sebagai "asas penyatuan"]

----------------------

Al-kisah 2

1) UMNO   =   Perdana Menteri Malaysia
2) PAS ganti UMNO

UMNO   =   Perdana Menteri Malaysia
PAS        =   ganti UMNO

= PAS   =   "ganti" Perdana Menteri Malaysia
[juga dikatakan sebagai "asas penggantian"]
----------------------

Maka di sini, timbullah persoalan berikut (Big Q):

"Siapa calon PAS untuk jadi PM Malaysia?"

(nota 1: Saya bertanya dari konteks Nasional/Malaysia (yang berbilang kaum dan agama), BUKAN dari konteks Negeri Kelantan, Kedah, Terengganu mahupun Perak. Tidak juga dari konteks calon yang hanya diterima di kalangan penyokong PAS)

(nota 2: Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim tidak dikira sebagai calon DARI Pas. Harap maklum).

Sebagai penutup: Ada sesiapa dari kalangan pembaca blog ini yang boleh bantu saya dengan menyebutkan hatta 1 nama yang berpotensi DARI Pas (yang boleh diterima  rakyat satu Malaysia), untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri Malaysia andainya Pakatan menang besar selepas PRU-13 nanti? 

Buat peminat Star Wars: Info Death Star (foto)

Peperangan Bintang
 
Daya imaginasi manusia ni memanglah tinggi tetapi menarik untuk direnungkan. Jika anda peminat Star Wars, tentu anda akan meminati posting ini.

Enjoy!
 
Cut n paste dari sini: blogserius





Laporan asal Techi

Wednesday, 12 October 2011

Dr MAZA: Mengupas persoalan "Halal & Haram"


Like! - Sila pamerkan "Logo Haram" anda.

Tuesday, 11 October 2011

Rekaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait (Foto)

Cut n paste dari sini: SUMBER

Ini ialah rekaan lapangan terbang Kuwait yang bakal dibina tidak lama lagi. Ianya rekaan Firma Foster and Partners yang turut mereka kampus terbaru Apple berbentuk UFO dan Universiti Teknologi Petronas.  

Seperti kebanyakan rekaan Fosters, bangunan ini banyak menggunakan ruang terbuka dan atap yang tinggi. Lapangan terbang ini bakal menjadi lapangan terbang paling mesra alam dengan pensijilan tahap emas LEED. Bahagian atapnya mempunyai lubang terbuka yang memberikan pencahayaan semula jadi diwaktu siang. Ini menjimatkan penggunaan lampu. Very much like our awesome KLIA. Atapnya juga diletakkan panel photovoltaic yang dapat menghasilkan tenaga elektrik. 

Apabila siap kelak dua terminal berbentuk tiga segi ini mampu menampung sebanyak 13 juta penumpang setahun.





Laporan asal Dezeen