ZAKAT
"Jika kita tinggalkan Solat, dosanya hanya melibatkan kita dengan Allah. Namun, jika kita tinggalkan Zakat, dosanya adalah dengan Allah dan Manusia (golongan-golongan penerima Zakat)".
Kuliah Jumaat semalam menceritakan kisah seorang Islam yang munafik, yang hidup di zaman Nabi SAW. Namanya ada disebutkan penceramah tetapi saya lupa pasal nama orang Arab biasanya disebut panjang (sehingga beberapa keturunan). Apapun, intipati kisah ini saya masih ingat, Insya-Allah.
1. Ceramah ini awalnya mengupas mengenai konsep sedekah, dan kemudian masuk kepada hal zakat. Sedekah tidak hanya terbatas kepada wang/harta sahaja.
- Menunjuk jalan kepada orang yang sesat juga sedekah.
- Melemparkan senyuman juga sedekah.
- Memberi makan kepada orang lain (orang miskin) juga adalah sedekah.
2. Kisah sahabat ini berkaitan akibat tidak mengeluarkan zakat. Ini kerana biarpun umat Islam diwajibkan berzakat dan digalakkan bersedekah, tetapi janganlah sehingga keperluan asasi diri dan keluarga tidak dipenuhi - jika keperluan asas pun kita tidak mampu, maka kita tergolong di dalam kumpulan 'penerima zakat' i.e fakir, miskin, etc.
3. Pematuhan terhadap kewajiban menunaikan zakat telah diperintahkan bersekali dengan kewajiban menunaikan solat (dirikan solat, serta tunaikanlah zakat) - ayat mana pembaca boleh rujuk dalam Holy Quran.
4. Sahabat ini datang berjumpa nabi dan meluahkan rasa gusar hatinya kerana beliau katanya tidak mampu memberi zakat kerana kemiskinan hidup, dengan haiwan ternakan (biri-biri) yang sedikit, 2-3 ekor sahaja.
5. Lalu beliau meminta nabi mendoakan agar beliau menjadi kaya, kerana dengan harta kekayaan itu nanti barulah beliau mampu mengeluarkan zakat bagi membantu fakir di kota Madinah.
6. Kali pertama dia datang, permintaannya tidak ditunaikan nabi. Kemudian dia pulang.
7. Kemudian beliau datang berjumpa nabi dengan permintaan yang sama, iaitu meminta nabi berdoa memohon kepada Allah agar menjadikan beliau kaya, tapi nabi tetap enggan. Beliau pulang.
8. Kali ke-3, beliau dengan permintaan yang sama dan bersungguh-sungguh. Beliau berpegang janji untuk berzakat (ternakan) jika menjadi kaya. Nabi bersetuju dan berdoa.
9. Allah makbulkan doa kekasih-Nya dan si polan itu, dan kemudiannya bilangan ternakan beliau bertambah dari hanya beberapa ekor kepada jumlah yang sangat banyak sehingga diumpamakan "jalan di kota Madinah menjadi sempit/pendek jaraknya kerana banyaknya haiwan ternakan beliau itu".
10. Melihat hartanya yang banyak, berfikir pula untuk berpindah ke luar bandar yang jauh dari kota Madinah demi memudahkan ternakan dan mencari suasana kehidupan lebih tenang.
11. Lalu berpindahlah beliau ke desa yang agak terpencil. Jika sebelum ini semasa tinggal di Kota Madinah, beliau solat 5 waktu secara berjemaah di masjid Madinah, kini disebabkan kesibukan urusan perniagaan, solat berjemaah di masjid telah ditinggalkan (1st curse by Allah di atas nikmat hartanya).
12. Apa yang mampu beliau lakukan kini adalah solat Jumaat di masjid Madinah. Namun, ujian Allah datang lagi.
13. Disebabkan bertambah sibuk menguruskan kekayaannya, beliau kini turut meninggalkan solat jumaat, yang hanya 1kali 1minggu (2nd curse).
14. Tidak lama selepas itu, datanglah utusan dari nabi (membawa surat dari nabi) menuntut janji beliau untuk mengeluarkan zakat bagi hartanya yang banyak itu.
15. Selepas membaca surat nabi, berkata beliau di dalam hati, "barangkali ini adalah satu lagi ujian nabi terhadap beliau" - mungkin tidak perlu untuk mengeluarkan zakat terhadap hartanya, bisik hatinya. Beliau berdalih dan disuruh utusan tersebut pulang dan datang lagi esoknya agar beliau ada masa untuk berfikir.
16. Esoknya, utusan tersebut datang lagi dan alasan yang sama diberi.
17. Beliau bertambah kaya, namun akhirnya tidak menunaikan janji dan tidak berzakat di atas hartanya (sama seperti Qorun dan Firaun yang mendakwa segala harta adalah hasil usaha, pemikiran dan kepandaian mereka, tidak ada hak untuk orang lain terhadap harta itu).
18. Hinggalah di hujung usia Rasul S.A.W, beliau datang untuk mempersembahkan hartanya sebagai zakat, dan Rasul menolaknya dengan berkata bahawa beliau adalah orang munafik (kan salah satu sifat munafik ialah "apabila berjanji, mereka mungkiri"), dan tidak diterima harta zakat orang munafik (harta dari sumber kotor).
19. Harta dari sumber kotor ini samalah dengan sebilangan manusia hari ini yang berniaga dari sumber haram (jual makanan tidak halal - arak di mini mart), lepas tu keluarkan zakat dengan alasan untuk menyucikan harta/pendapatan - ini Salah!
20. Selepas wafat nabi, beliau datang pula kepada Khalifah pertama - Saidina Abu Bakar membawa harta untuk zakat, namun ditolak Abu Bakar.
21. "Siapalah aku untuk menerima zakatmu, jika Rasul S.A.W sendiri pun enggan menerimanya".
22. Lama selepas itu, beliau datang lagi di zaman khalifah kedua - Saidina Umar dengan membawa harta untuk zakat, namun ditolak juga.
23. "Siapalah aku untuk menerima, sedangkan Rasul S.A.W dan Abu Bakar sendiri menolaknya".
24. Kemudian, beliau datang lagi pada zaman Khalifah ketiga - Saidina Uthman. Namun tetap ditolak.
25. Selepas itu, si polan itupun meninggal dunia dengan tidak mengeluarkan zakat. Minta Allah jauhkan kita semua dari tergolong ke dalam golongan orang yang tidak menyucikan harta dan golongan yang enggan berzakat.
Pengajaran di sini, bukan sahaja wajib menunaikan zakat, tetapi wajib menunaikan janji. Jika si polan ini pada asalnya enggan berzakat kerana miskin, namun setelah kaya pun enggan.
"Wama-alaina-illalbalarul-mubin"
Wassalam.

No comments:
Post a Comment