Budak 11 tahun hampir hilang tangan akibat mercun
16/09/2008 2:00pm
ALOR STAR 16 Sept. - Seorang budak lelaki berusia 11 tahun hampir hilangan tangan kanannya akibat terkena letupan mercun buatan sendiri.
Kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang ketika Mohd Najmi Shamsul Yusri cuba menyalakan mercun itu di kawasan sawah di Batu 8, Tokai, Pendang, dekat sini.
“Saya masukkan karbaid dalam botol kaca, tapi mercun tu meletup kat tangan saya sebelum sempat saya baling,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Tangan kanannya hampir hancur manakala pipi kanan dan lehernya turut terkena serpihan kaca. - Bernama
No comments:
Post a Comment