Monday, 6 August 2012

Nilai pemberian 20 meter padu AIR PERCUMA di Selangor

Tak perlu merepek panjang macam kerepek mengenai perkara ini, terus kepada tujuan perbincangan:

1) Lihat laporan berita di bawah, berkaitan kadar purata penggunaan air per hari (dalam liter) untuk setiap isirumah di Malaysia. Data kajian dan laporan diterbitkan pada tahun 2010. Anda perlu benarkan sedikit ralat (plus & minus; +/- beberapa liter).

Menurut laporan tersebut, secara puratanya setiap isirumah di Malaysia menggunakan 226 liter air sehari.


2) Nilai 20 meter padu air percuma yang dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor ditukar nilai (converted) untuk disamakan dengan jumlah isipadu dalam liter. Hasilnya, nilai tersebut adalah bersamaan 20,000 liter. Pengukuran ini menggunakan kalkulator tukar nilai yang mudah didapati di internet.


3) Satu kira-kira mudah dibuat menggunakan Microsoft Excel. Perisian asas ini memang paling mudah dan tepat untuk memenuhi tujuan ini.


Hasilnya, anda mendapati bilangan hari rakyat Selangor nikmati penjimatan bayaran bil air melalui pemberian 20 meter padu air percuma adalah sebanyak 88.5 hari.

NOTA: Apa yang dinyatakan di atas hanyalah anggaran. Namun pengiraan awal bagi penggunaan pelbagai jenis utiliti-pun (elektrik, gas, petrol), banyak disandarkan kepada anggaran dan purata penggunaan. Di akhirnya, perincian mengenai kadar penggunaan dan kos sebenar adalah tertakluk kepada corak penggunaan serta bilangan ahli di dalam isirumah itu sendiri secara spesifik.

Science is fun: Apakah Mars Curiosity Rover? (15 Gambar)

Pelengkap kepada entri blog Dr Sepet yang ke-1,500. Dipetik dari: blogserius

Misi Jelajah Angkasa


Baru beberapa jam yang lalu NASA mengumunkan bahawa probe terbaru mereka iaitu Mars Sicence Laboratory (MSL) berjaya mendarat dengan jayanya di permukaan planet Marikh. MSL atau nama timangannya Mars Curiosity ialah rover robotik ketiga yang berjaya mendarat di permukaan planet Marikh. Tujuan utama penghantaran Mars Curiosity ialah:

- mengkaji sama ada Marikh mampu menampung hidupan.
- mengkaji cuaca Marikh.
- mengkaji geologi (batuan dan tanah) Marikh.
- mengumpul data sebagai persediaan sebelum misi penghantaran manusia ke Marikh.

Mars Curiosity ialah rover terbesar yang pernah dihantar oleh NASA. Ianya dua kali ganda lebih besar dan lima kali ganda lebih berat dari rover Spirit dan Opportunity yang dihantar pada tahun 2004. Berat keseluruhan rover ini ialah 900 kilogram! Kerana itulah NASA mencipta sistem pendaratan yang baru khas untuk Curiosity. Kerana atmosfera Marikh yang tidak mempunyai udara, pendaratan menggunakan payung terjunan sahaja tidak memadai. Sebelum ini, untuk misi pendaratan berkembar rover Spirit dan Opportunity, sistem pendaratan menggunakan beg udara digunakan. Impak pendaratan diserap oleh beg udara. Untuk Curiosity, sistem ini juga tidak memadai dan tidak boleh memastikan pendaratan yang selamat.

Sebuah sistem "Kren Angkasa" dicipta oleh NASA untuk misi terbaru ini. Pada ketinggian 7.5 meter dari tapak pendaratan di Gale Crater, sistem pendaratan menggunakan roket akan diaktifkan bagi memperlahankan kelajuan. Ianya kemudian akan terapung sebelum menurunkan Curiosity dengan menggunakan sistem kabel Kren Angkasa. Selepas itu kabel akan diputuskan dari sistem pendaratan sebelum ianya terbang ke kawasan lain dan terhempas. Sistem ini tidak pernah digunakan dalam mana-mana misi angkasa sebelum ini. In all honesty sistem Kren Angkasa ini lebih mengingatkan kami kepada sistem pendaratan dari permainan video Sci Fi LANDER yang popular akhir 90-an dahulu. Awesome!

Curiosity akan melakukan misi saintifiknya selama 2 tahun dan dijangka akan bergerak sekurang-kurangnya 17 kilometer dari tapak pendaratan. Ianya diperkasakan dengan Generator Thermoeletrik Radioisotope yang menggunakan Plutonium 238. Haba yang dihasilkan dari tindak balas isotop ini akan diubah menjadi tenaga eletrik sepanjang misi Curiosity. Secara keseluruhan 4.8 kilogram Plutonium 238 akan digunakan. Nasib baik tak meletup semasa pelancaran.

Oh just so you know misi ini bermula 26 November 2011. Lama juga untuk menghantar robot ini ke Planet Marikh. Diharap misi ini akan berjaya kerana NASA hanya membelanjakan USD 2.6 Billion untuk misi ini. Mungkin ianya nampak macam mahal tetapi akibat masalah ekonomi yang teruk di USA, USD 2.6 billion ini bolehlah dikatakan murah untuk standard NASA.

Godspeed!





laporan asal Wikpedia
Gambar NASA

Sunday, 5 August 2012

Apabila India mengalami gangguan elektrik (foto serius)

Dipetik dari: blogserius

O.M.G..


Isnin lalu India mengalami gangguan elektrik terbesar dalam sejarah dunia. Seramai lebih 650 Juta rakyat India bergelap dan berkuap apabila bekalan elektrik terganggu selama dua hari. Ini bermakna pada awal minggu lalu hampir 10% populasi dunia bergelap. Gangguan elektrik berlaku pada bahagian utara dan timur India. Kesesakan lalulintas India yang memang sudah lagendary semakin kronik senggama atas kerana ketiadaan lampu isyarat. Sistem keretapi di Delhi juga terhenti kerana ketiadaan elektrik.

The sad part about all this is walaupun gangguan ini sadis, di India masalah bekalan elektrik yang tidak stabil adalah perkara normal. Di sesetengah kawasan di India, anda perlu membeli generator elektrik sebagai back up apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba. Tambah menyedihkan, sebenarnya ialah ramai warga India yang memang tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik yang asas. Hidup macam zaman batu atau kalau ada skill macam McGyver terpaksa mencuri bekalan elektrik.

Buat masa ini, sebab berlakunya gangguan elektrik ini masih sedang disiasat. Suspek utamanya ialah sistem penjanaan dan pengedaran elektrik yang sudah ketinggalan zaman. Walaupun India ialah sebuah negara yang ekonominya semakin berkembang, sistem pengangkutan, pelabuhan dan penyaluran bekalan elektriknya masih lagi ketinggalan zaman. Sungguhpun Perdana Menteri Manmohan Singh berjanji kerajaan akan melaburkan 1 Trillion Dollar untuk projek penaiktarafan menjelang 2017, ramai merasakan ia tidak akan berjaya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi hari ini.

Di India, masalah korupsi yang melampau menyebabkan dana yang diberikan lesap. Selain daripada itu, sistem pengedaran elektrik akan terus mundur kerana keengganan kerajaan menaikkan tarif elektrik. Akibatnya, syarikat pembekal elektrik milik kerajaan (tak ada syarikat swasta macam TNB) kerugian berbillion dollar setahun. Kenaikkan harga bahan api juga menyebabkan kerugian yang semakin kronik. Pelan asal untuk membina reaktor nuklear pula dibatalkan atas bantahan pihak pro-alam sekitar. Why? Kerana di India terdapat undang-undang liabiliti yang lemah serta mendahulukan golongan pemodal. Jika kesilapan kefakapan berlaku, undang-undang yang sedia ada tidak akan menghukum mereka yang cuai fakap dengan sewajarnya. Macam tragedi BHOPAL. Lepas dah bocor fakap pihak Union Carbide boleh chillax walaupun jutaan warga Bhopal mati dan kecacatan sehingga ke hari ini. Sadness.

Marilah kita bersyukur dengan kerjaan menepati janji Barisan Nasional. Mereka memberi kita elektrik. Mereka bagus. Bekalan elektrik untuk melayan blog dan Youjizz sudah ditepati, kini masa membalas budi...

Foto oleh Associated Press







Digubah semual dari laporan asal WallStreetJournal
Foto Associated Press via Big Picture

Renungan: Harga sebuah kehidupan bagi yang telah mati (teladan bagi yang hidup)

Saya mulakan posting ini dengan membawa firman Allah Taala dalam Surah al-Munafiqun (Ayat 10-11):


Terjemahan:
"Lalu mereka berkata: Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematianku) walau sejenak, agar (dengan waktu yang singkat itu) supaya aku dapat bersedekah dan aku termasuk dari kalangan orang-orang yang soleh. "Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan."

Berharganya sebuah kehidupan

Perjalanan hidup ini adalah sesuatu yang misteri. Nikmat hidup yang dikecapi dan ujian yang menimpa juga memberikan "warna" serta asam-garam kepada kehidupan. 

Insan yang melalui (kehidupan ini) juga melihat perjalanan hidup ini menurut dimensi masing-masing. Ada yang bersyukur dan menjadi mukmin yang soleh dan beriman, malah tidak kurang juga yang terus alpa dan  mensia-siakan waktu hidupnya.

(google image)

Pun begitu, pada ayat di atas Allah Azza Wajal telah mengingatkan kepada kita yang masih hidup ini bahawasanya kesemua mereka yang diambang kematian dan telah mati, mereka kesemuanya cukup mengetahui akan harga sebuah kehidupan.

Di dalam hal ini termasuklah mereka yang (mati) ini semasa hayatnya di dunia itu adalah hamba Allah yang beriman, atapun yang kufur dengan nikmat dan nilai kehidupan yang dikurniakan Allah Taala.

Orang-orang mukmin yang telah dijemput pulang oleh Allah kita lihat semasa hayatnya memang menghargai dan menilai tinggi harga sebuah kehidupan. Kerana itulah mereka tidak bisa melakukan sesuatu perbuatan yang sia-sia lagi merugikan. Kehidupan yang sejenak di dunia telah dimanfaat sepenuhnya dengan melakukan amal ketaatan kepada Allah Taala.

Dan setelah mereka bertemu ajal, bergembiralah mereka setelah dipertemukan oleh janji-janji Allah sewaktu hayat di dunia (melalui ajaran Al-Qur'an) dan menerima sebaik-baik balasan di atas amalan tersebut.

Manakala, bagi golongan kuffar dan ahli maksiat pula, yang semasa hayatnya di dunia tidak tahu menilai betapa mahalnya harga sebuah kehidupan yang dikurniakan Allah Azza Wajal, setelah matinya, diselubungi penyesalan yang amat sangat.

Setelah didatangi ajal, barulah mereka ingin menghargai kehidupan dunia, betapa sia-sianya masa dan umur yang diberikan kepada mereka, dengan melakukan perbuatan dan amalan yang mungkar lagi bertentangan dengan suruhan Allah.

Pun begitu, mereka masih cuba merayu kepada Allah agar ditangguhkan kematian mereka sekalipun hanya sejenak supaya dengan penangguhan itu, kononnya mereka akan menghargai baki kehidupan dengan melakukan amal-amal yang soleh.

Latih diri dengan disiplin urus waktu

Apabila sudah mati, tiada lagi jalan kembali kepada kehidupan dunia, apatah lagi untuk merubah dan memperbaiki apa-apa. 

Justeru, sebagai persediaan bagi menempuh perjalanan yang kekal abadi, bekalan yang hendak dibawa perlu dipastikan ada dan disediakan secukupnya. Di sini wajarlah kita mengambil pengajaran atau iktibar dari sifat golongan yang soleh.

Iaitu menghargai dan memenuhi masa serta umur yang Allah kurniakan kepada diri kita dengan amal kebaikan. Mereka yang soleh tidak akan merayu kepada Allah Taala apabila ajal mereka tiba. Ini kerana semasa hayatnya, mereka telah menggunakan umur yang diberi semaksima mungkin dengan berbuat kebaikan yang membawa mereka kepada redha Allah.

Justeru, orang-orang yang beriman (yang tahu mengurus masa dan umur) juga tidak bersedia untuk menjadi penagih masa di hari akhirat kelak. Sesungguhnya kedatangan qiamat telah menutup segala rayuan dan penyesalan.

(google image - urus masa)

Berbeza sekali dengan mereka yang kuffar dan pelaku maksiat bilamana mereka berusaha merayu agar Allah dapat mengembalikan mereka ke dunia untuk berbuat kebaikan, walaupun sejenak. Ini kerana mereka inginkan (dengan amal kebaikan) Allah akan meringankan azab-Nya ke atas diri mereka.

Namun, rayuan mereka gagal. Pun begitu, mereka kemudiannya berharap agar mereka akan mati apabila berada di dalam bakaran api neraka sebagaimana matinya insan itu di dalam api di dunia. Dengan berfikiran begitu (mati dibakar api di dalam neraka), mereka fikir tentulah tidak lagi merasai pedihnya azab Allah ke atas mereka.

Tetapi Allah Azza Wajal telah menisytiharkan bahawa tiada lagi mati kepada ahli syurga dan ahli neraka, sedang mereka akan kekal hidup di dalamnya sepanjang masa.

Ahli-ahli syurga akan kekal menikmati kelazatan syurga tanpa mati lagi, demikian jugalah dengan ahli-ahli neraka yang kekal meratap dan diseksa di dalamnya tanpa mati lagi.

Namun, apakah peringatan dan amaran oleh Allah Taala ini didengari setiap kita?

Sebagai penutup, saya bawakan ingatan berikut iaitu firman Allah di dalam Surah Nuh, ayat 7:


Terjemahan:
"Dan setiapkali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutup bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan terlalu sangat".

Moga diri kita, isteri-isteri kita, anak-anak kita dan seluruh kaum keluarga dan masyarakat kita terhindar daripada kerugian dan penyesalan ini (kerana alpa dan tidak menghargai masa dan umur yang dikurniakan Allah). 

Ingatlah bahawa pemberian (masa dan umur) ini amatlah mahal harganya dan terlalu tinggi nilainya. Manakala kesemua pemberian ini tetap akan ditanya dan dihitung (terhadap apa yang telah kita kerjakan semasa hidup) di hadapan Allah pada hari kita bertemu dengan-Nya.


(idea penulisan dicetuskan hasil penelitian karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (1996). Melihat Qiamat dari jendela Al-Qurán <--- bukan buku politik).

Thursday, 2 August 2012

Inovasi pembinaan "Rumah PPRT" di India (foto)

Masa untuk semak status inovasi

Q1: Berapakah kos penyediaan bagi seunit Rumah Rakyat Termiskin (PPRT) di Malaysia? 

Q2: Berapakah subsidi yang kerajaan perlu tanggung (bagi setiap unit rumah) menggunakan wang pembayar cukai bagi program ini? 

Q3: Adakah kerajaan memiliki mekanisme lebih berkesan untuk memastikan wang pembayar cukai ini digunakan secara seoptimum mungkin untuk membela golongan termiskin, dan bukannya 'tertiris' sehingga kualiti rumah yang dibina tidak menepati piawai 'for habitable house'? 

Posting kali ini (Rumah Murah Untuk Fakir, sumber: blogserius) ingin saya bawakan satu contoh projek pembinaan rumah bagi golongan super-miskin yang digerakkan oleh WorldHaus (WH). WH merupakan sebuah badan NGO yang berperanan membantu golongan termiskin di India yang tidak memiliki rumah yang proper sebagai tempat tinggal. 

Kebanyakan golongan fakir ini hanya tinggal di rumah yang mereka bina daripada kayu-kayu yang dikutip dan berdinding dan beratapkan karung guni yang dikitar semula. Melalui satu inisiatif, WH berjaya menghasilkan inovasi proses pembinaan rumah dengan kos serendah USD1,500 (RM4,800) seunit, yang mampu disiapkan dalam tempoh hanya 10 hari.

Masih, saiz rumah yang dibina itu kecil dan tentunya tidak memadai untuk menampung saiz keluarga yang ramai. Saiz ruang bilik tidur kita sahaja mungkin lebih besar. Namun, bagi golongan yang dibantu ini, ianya mungkin menjadi permulaan bagi sebuah kehidupan yang baru.

Sebagai refleksi, kita juga wajar bersyukur dengan nikmat hidup yang telah dan sedang kita kecapi. Justeru, jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar dihindar daripada kefakiran ilmu dan harta. Bacalah "Ya Allah, berikanlah kami kecukupan rezeki, hingga tidak perlu meminta-minta daripada orang lain". Tunaikanlah juga zakat agar nasib golongan miskin di Malaysia dapat dibela dan dibantu. Amin.





Janji ditepati?

Laporan asal WorldHaus Facebook

JOM kita melawat perkampungan Olimpik London 2012 (foto menarik)

Daripada korang dok sibuk sebarkan dan timbulkan perasaan paranoid di kalangan saudara yang seagama mengenai "agenda Illuminati dan Freemason" di Olimpik, ada baiknya korang highlight sama perkara positif mengenai Olimpik seperti atlit-atlit muslim yang menutup aurat, penganjur yang menyediakan iftar dan bersahur, penyediaan makanan halal kepada atlit, atlit berdoa selepas kemenangan dan pelbagai lagi. Ini tidak, hal pokok Yahudi dan mata satu itu lah yang diparanoidkan. Susah sungguh orang kita ni.

Waahhh...

Dipetik dari: blogserius

Selamat datang ke perkampungan Olimpik London 2012. Perkampungan sukan ini dibina dengan kos hampir GBP 6 billion yang menempatkan segala keperluan atlit. Sepanjang Olimpik 17,000 orang atlit akan menduduki perkampungan yang terletak di Lower Lea Valley, London Timur. Perkampungan sukan ini mula dibina pada tahun 2008 dan selepas berakhirnya temasya OIimpik kelak ia akan diubah menjadi rumah kediaman orang ramai. Antara kemudahan yang disediakan ialah kawasan hiburan, dewan makan (dengan dapur halal) dan gimnasium. Nampak menarik. Atlit kita nampaknya tinggal di perkampungan sukan yang selesa. Kalau tak menang pingat memang keji. Mungkin kena pijak lutut dari kecil macam atlit cilik China...LOLx3...







Laporan asal Telegraph

Bagaimana "Berjimat" di dalam membayar hutang kad kredit

Hutang tak baik

Pertamanya, ingin diingatkan kepada diri saya sendiri dan rakan pembaca di luar sana bahawasanya berhutang adalah tidak baik. Jika dibelenggu hutang, pencarian kehidupan yang selesa, tenang dan berkat juga jadi tambah mencabar, malah sukar diperolehi. Masakan tidak, di setiap waktu, perasaan dan jiwa ini sentiasa bercampur-baur, selain sukar tenteram sekiranya asyik dihantui kebimbangan hutang yang hanya "menunggu masa" untuk dituntut...

Sesetengah kita sering bertanya; bagaimanakah caranya untuk mengenalpasti yang diri kita sedang berhadapan dengan masalah kredit?

Jawapannya; 

(1) seandainya bayaran bulanan anda bagi kad kredit dan hutang peribadi melebihi 20% daripada jumlah gaji bersih, maknanya anda berada di dalam masalah kredit. 
(2) jika ansuran bulanan (kereta, rumah, kad kredit dan hutang peribadi) melebihi 30% daripada jumlah gaji bersih, pun menjadi petunjuk yang anda sedang berhadapan masalah kredit.

Bagi mengetahui tanda-tanda awal anda sedang berhadapan dengan masalah hutang ataupun tidak, lihat sama ada anda:

(1) Tidak mampu membuat bayaran minimum ke atas hutang kad kredit
(2) Pinjam dari Kad A untuk menyelesaikan hutang di Kad B, dan seterusnya
(3) Lazimnya didenda kerana lewat membuat bayaran bagi hutang kad kredit
(4) Kad kredit yang dimiliki menjadi mod (cara) pembayaran perbelanjaan yang utama berbanding tunai atau kad debit
(5) Tidak mampu mengadakan simpanan kerana tiada baki wang di dalam akaun
(6) Lebih 20% daripada jumlah gaji bersih dihabiskan untuk membayar hutang kad kredit dan hutang peribadi

(sumber: google image)

Jadilah “pemegang” kad kredit, bukannya “dipegang” kad kredit

Kalau kita ditakdirkan menghadapi kematian tanpa meninggalkan sebarang hutang, itu merupakan suatu rahmat yang besar, Alhamdulillah. 

Namun, jika hal yang sebaliknya berlaku, kepada siapakah bakal kita bebankan segala hutang-piutang tertunggak ini? 

Menjadi matlamat setiap insan untuk bahagia di alam sana kerana selain membawa bekalan amal sendiri (dibantu juga dengan sedekah jariah sewaktu hidup), selain doa anak-anak yang soleh.

Namun, sekiranya semasa hidup penuh hutang (kerana sikap sendiri), manakan ada ruang untuk bersedekah jariah. Peninggalan bermacam bentuk hutang juga bakal menyusahkan waris si mati. Justeru, di manakah dapat diperoleh doa-doa waris yang soleh jika mereka hanya akan mengutuk si mati yang pergi dengan meninggalkan hutang?

Contoh menguruskan hutang kad kredit dan cara berjimat

Sesungguhnya tiada cara termurah di dalam urusan membayar hutang. Jumlah yang dihutang, itulah yang perlu dibayar. Cuma berapa lama tempoh bayaran balik dan “sumbangan” kita terhadap interest (faedah) masih boleh kita jimatkan. 

Mari lihat contoh di bawah:

Hutang kad kredit semasa berjumlah RM15,000, dengan bayaran faedah sebanyak 18% setahun, bayaran minimum bulanan RM750 (iaitu 5% daripada baki). Masa yang diambil untuk bayaran balik adalah 24 bulan (2 tahun) dengan jumlah faedah sebanyak RM2,967.00 (Rajah 1).

Walaupun memiliki jumlah hutang tersebut, (katakan) anda masih mampu menabung lebihan RM200.00 duit gaji setiap bulan (kakitangan awam yang mendapat kenaikan gaji perlu berikan perhatian). Anda ingin gunakan wang lebihan tersebut sebagai tambahan bayaran hutang kad kredit anda. Dengan situasi ini, berapa cepat boleh diselesaikan hutang kad kredit tersebut?

Lihat proses biasa yang sedang dan perlu anda lalui bagi menjelaskan hutang tersebut:

RAJAH 1:

HUTANG KAD KREDIT
Baki kad kredit
RM15,000.00
Kadar faedah tahunan: (%)
18%
Kadar bayaran minima sebulan: (%)
5%
Jumlah bayaran MINIMA
RM750.00
Tidak bayar pada bulan Disember (Ya/Tidak)
Tidak
Cadangan bayaran lebih setiap bulan?
RM0.00

Tahun
Baki awal
Faedah
Bayaran tahunan
Baki akhir
1
RM15,000.00
RM2,153.00
RM9,000.00
RM8,153.00
2
RM8,153.00
RM814.00
RM8,967.00
RM0.00


RM2,967.00



JIKA sekiranya kita mengambil lebihan daripada simpanan bulanan yang berjumlah RM200 tadi (Rajah 2):

RAJAH 2:

HUTANG KAD KREDIT
Baki kad kredit
RM15,000.00
Kadar faedah tahunan: (%)
18%
Kadar bayaran minima sebulan: (%)
5%
Jumlah bayaran MINIMA
RM750.00
Tidak bayar pada bulan Disember (Ya/Tidak)
Tidak
Cadangan bayaran lebih setiap bulan?
RM200.00

Tahun
Baki awal
Faedah
Bayaran tahunan
Baki akhir
1
RM15,000.00
RM1,945.00
RM11,400.00
RM5,545.00
2
RM5,545.00
RM302.00
RM5,847.00
RM0.00 (7 bulan)


RM2,247.00



Berdasarkan kedua rajah di atas, kita dapat lihat dua bentuk penjimatan iaitu:

(1) Tempoh bayaran balik hutang dipendekkan dari 24 bulan, kepada 19 bulan. Penjimatan tempoh sebanyak 5 bulan telah menyelamatkan wang RM750.00 anda daripada dikeluarkan bagi tempoh yang tersebut.

(2) Dari segi penjimatan kadar faedah. Jika proses biasa anda perlu menanggung faedah berjumlah RM2,967, melalui proses baru ini anda hanya membayar faedah sebanyak RM2,247 iaitu penjimatan sebanyak RM720.00.

Berbincanglah

Di samping contoh di atas, anda juga boleh mencuba beberapa kaedah perkiraan bagi membantu anda membuat keputusan untuk membayar hutang-piutang anda.

Anda boleh layari Yahoo! dan klik pada “Finance” dan klik lagi pada “Personal Finance”. Pelbagai jenis kalkulator yang boleh membantu anda mengira dengan mudah.

Yang utamanya di sini, anda harus sedar di manakah kedudukan anda sekarang (status hutang)? Adakah belum terjemurus ke dalam masalah kredit? Atau tanda-tanda penyakit hutang itu telah mula kelihatan?

Jika ada (tanda-tanda itu), bawalah berbincang bersama pasangan anda dan rancanglah untuk mengeluarkan diri dan keluarga daripada belenggu hutang. Jika boleh, latihlah diri secara berdisiplin terhadap mengurus perbelanjaan. Cuba wujudkan lebihan wang melalui penjimatan setiap bulan. Catatkan perbelanjaan di belakang slip resit ATM.

Gunakan bonus tahunan (atau bonus raya!) anda untuk membayar hutang. Sepatutnya apabila gaji meningkat, tabungan dan pelaburan lah yang meningkat, bukannya perbelanjaan pula yang terus meningkat.

Moga beroleh manfaat!

Baca lanjut: Rohani Mohd Shahir (2009). Ke mana wang anda? Selangor: Galeri Ilmu Sdn Bhd (muka surat: 136-140).

Wednesday, 1 August 2012

Latihan Sadis Atlit Muda China (Gambar)

Dipetik dari: blogserius


Pengorbanan..

China mendominasi sukan Olimpik sejak kebelakangan ini. Apakah rahasia kejayaan mereka? Latihan intensif dengan teknik terkini? Penggunaan ginseng Rahib Esa? Sup chivet cat?

Sebenarnya rahsia kejayaan China ialah latihan intensif atlit masa hadapan mereka sejak mereka masih lagi berumur 5 tahun. Kanak-kanak yang dirasakan berpotensi dimasukkan ke sekolah berasrama penuh dan berlatih menjadi atlit harapan negara sepenuh masa. Inilah pengorbanan yang dilakukan atlit China dari kecil untuk mengharumkan nama negara.

Kami mencadangkan anak kecil Malaysia juga dimasukkan ke dalam kem penyeksaan sebegini bagi memastikan beberapa pingat emas boleh kita miliki. Janji pingat emas harus ditepati, kini masa menyeksa bayi!



Motosikal elektrik "Shavit" yang futuristik (foto)

Dipetik dari: blogserius

(nota: apa jua ciptaan boleh kita guna, asalkan untuk kebaikan. Tak percaya boleh tanya kaki Facebook, kan?)

Beli untuk buat pegi surau, tau!

Shavit ialah sebuah konsep motosikal elektrik yang dihasilkan oleh Eyal Melnick, seorang pelajar tahun akhir rekaan industri dari Israel. Shavit berbeza dari motosikal elektrik lain kerana ia boleh berubah dari sebuah motosikal lumba menjadi motosikal kegunaan harian melalui perubahan pada sistem suspensinya. Shavit dalam bahasa hebrew bermaksud Komet. Jadi bolehlah anda merempit seperti sebuah komet menggunakan Shavit kerana ianya diperkasakan dengan motor elektrik 180 kuasa kuda. Win!






Laporan asal Coroflot

UPDATED 2: Aduan Sampah (selesai)

Alhamdulillah, sebagaimana yang telah saya nyatakan di blog ini beberapa hari yang lepas berkenaan aduan longgokan sampah haram berdekatan tempat tinggal saya, selepas 3 hari, aduan berkenaan akhirnya terjawab. 

Foto ini diambil pada 27 Julai 2012 (Jumaat)



Aduan melalui email seterusnya saya panjangkan kepada (1) pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) (bahagian aduan) dan (2) kepada Skuad Sinar Harian Zon Klang. Harapan saya "salah satunya akan mengena", kalaupun tidak keduanya.

Alhamdulillah, Sinar Harian memberi maklum balas segera melalui penyiaran aduan ini pada cetakan keesokan harinya. Tiada tindakan dari MPK mungkin disebabkan sudah masuk hujung minggu.

Laporan Sinar Harian (Sabtu, 28 Julai 2012)


Alhamdulillah, petang semalam (Selasa) sewaktu pulang, saya terpandang situasi seperti foto di bawah.

Foto ini diambil pada 1 Ogos 2012 (Rabu)


Pihak MPK nampaknya telah bertindak, dengan menyampaikan isyarat yang terang lagi jelas bahawa "kami menjawab aduan anda" dengan membakar sahaja longgokan sampah tersebut.

Sekalipun nampak sedikit kurang sensitif dengan isu pembakaran terbuka, namun setidaknya langkah tersebut telah melenyapkan sampah-sarap yang kotor dan busuk itu daripada terus menimbun di situ saban hari. Harapnya, akan kuranglah sedikit bilangan nyamuk dan lalat setelah isu ini ditangani.

Syukur kepada Allah, semuanya lancar dan membuahkan hasil. Perubahan juga telah dirasai. Kombinasi inisiatif (aduan) penduduk, dibantu oleh media (Sinar Harian) dan tindakan agak pantas pihak berkuasa (MPK), satu permasalahan rakyat (seperti hal sampah ini) berjaya ditangani.

Saya masih skeptikal, tetapi tetap mengharapkan tiada lagi tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab yang akan kembali melonggokkan sampah-sarap di tempat ini di masa yang akan datang.