Sunday, 11 April 2010

Berhujung Minggu

Bertemu lagi kita,

Bagaimana hujung minggu anda? Cuaca di Oxford minggu ini indah dan cerah, Alhamdulillah.

Bunga-bunga pun mulai berkembang mekar sebagai menandakan telah tibanya musim bunga/spring.

Blossom yang cantik

Ini bunga misteri

Eh! Hellooooo......

Maafla ye, saya tengah sibuk sikit ni...

Tengok sajalah kerja-kerja tangan saya ni...

Ambik pasu

Ambik kompos

Dah nak penuh dah ni...

Hehehe..

Hari ini (Ahad) kami berkunjung ke Carboot meninjau-ninjau jika ada permainan murah dan menarik untuk Mawaddah.

Alhamdulillah, rezeki kami dapat beli permainan berkebun untuk kanak-kanak yang berharga GBP1.50 (RM7.50).

Dapatlah sebuah kereta sorong, 1 penyodok, 1 baldi berpenapis, 1 tong siraman dan 1 pongkes.

Petang-petang ni siram pokok pun ok juge...

Lalala...lala...

Siram, siram,siram...

"Siram sana tu..." - kata ayah

"Sini ke?" : "Aah" - kata ayah

Siram, siram, siram...dan siram lagi

Lettuces ini pun dah membesar hampir 2x ganda dari mula dibeli 2 minggu lepas

Dengan adanya peralatan berkebun sendiri, harapnya saya akan kurang mengganggu kerja-kerja ayah dan ibu setiap hujung minggu yang akan datang.

Sekian.

Friday, 9 April 2010

Konvo Brookes: April 2010

Pertamanya, syabas dan tahniah buat A. Wan dan Iskandar Malek di atas penganugerahan ijazah/Masters masing-masing pada majlis konvokesyen Oxford Brookes University semalam (Khamis).

Segak dan bergaya kedua-duanya. Harapnya juga benjol di dahi Iskandar akibat mamat yang tersilap baling mortar board semasa sesi bergambar semalam telah mulai surut hari ini. Kesian betul, macam dahi orang terlanggar pintu.

Saya seperti biasa berposing di hadapan kamera orang. Makanya foto di kamera sendiri tidaklah banyak.

Wartawan Kosmo (a.k.a Dr. Din) yang turut hadir membuat liputan banyak merakamkan foto kami semua.

Cuaca semalam juga adalah 'superb' menjadikan majlis graduasi menarik, meriah dan banyak foto yang cantik dapat diabadikan semua yang hadir.




Nota: A. Wan dan Kak M adalah orang yang paling awal menguruskan kedatangan kami ke Oxford 2008 yang lalu. Menumpang rumah, menumpang makan dan apa segala, hinggalah mendapatkan rumah sewa di Marston Road.

Budi baik dan jasa kedua-dua mereka manakan boleh kami balas. Namun, harapnya kami akan cuba untuk berikan layanan terbaik sepanjang mereka berada di sini.

Moga Allah rahmati dan sayang kita semua. Wassalam.

No. 6

Bagi mereka yang 'mengenali' saya, tentunya mengetahui akan minat (mungkin juga kegilaan) saya terhadap jam tangan. Hahaha...

Berbekalkan wang dari saku sendiri (bukan duit rakyat) sekitar RM90.00, saya telah menambah satu lagi (item) ke dalam barisan koleksi dan seleksi jam tangan yang ada.

Rasanya yang ini dah masuk nombor 6. Baru enam.

Jika mengambilkira harga sebelum diskaun, memang senak jugalah nak membayarnya. Tetapi selepas ditolak dengan diskaun dan kos pos, nampak jauh lebih murah dan di dalam lingkungan kemampuan poket saya.

Iyelah, dengan wang RM90.00 manalah nak dapat jam seperti ini. Jam yang saya belikan untuk ayoh itu hari (waktu pulang ke Malaysia), rekabentuknya biasa sahaja pun sudah beratus ringgit.

Inilah kenangan (pencapaian, mungkin). Sekiranya nanti ada orang bertanya: Eh! selain dapat PhD, apa lagi yang kau dapat semasa di sana? - Aku kumpul jam tangan. Banyak-banyak dan murah-murah punye....

Hoho...







Yang dipasang ketika ini adalah cermin cerah. Turut disertakan cermin 'gelap' - untuk ditukar ganti mengikut selera dan kesesuaian si pemakainya.

LOLZ!

Tuesday, 6 April 2010

Jika benar: Dr Asri dan parti politik baru

Sumber: Asri mahu tubuhkan parti politik?

Apo nak dikato....

Belumpun habis seronok bersembang (kosong) mengenai cadangan penubuhan Parkasa UK baru-baru ini, kini timbul pula perkhabaran sensasi daripada Harakahdaily (rujuk sumber) berkenaan hasrat bekas mufti negeri Perlis, Dr. Asri (a.k.a MAZA) menubuhkan parti politiknya sendiri bagi membolehkan beliau dan rakan-rakannya menyertai pilihanraya.

Mengarus perdanakan Wahabi

Sama ada sedar atau tidak, sama ada setuju atau tidak, Asri umumnya dilabelkan sebagai 'Ustaz Wahabi' - lihat ulasan oleh pihak akhbar Utusan pada sumber yang dinyatakan.

Justeru, penubuhan parti politik (jika tepat dengan apa yang telah dilaporkan), ianya merupakan suatu usaha berani dan terbuka ke arah 'mengarus perdanakan' fahaman Wahabi di Malaysia.

Ini kerana pastinya ahli parti dan calon-calon yang bakal bertanding (jika mereka menyertai pilihanraya) kelak, adalah dari kalangan pengikut fahaman Wahabi juga.

Tindakan membawa Dr Asri dan para pengikutnya kepada arus perdana boleh juga digambarkan sebagai tindakan dakwah secara lebih total, memandangkan kaedah sebelum ini seperti kuliah agama di premis kediaman, sering disulitkan dengan tindakan Pejabat Agama Islam negeri dengan menahan mereka-mereka ini atas alasan ketiadaan 'lesen' (tauliah).

Alasan 'tiada tauliah' merupakan cara yang 'sah' di sisi undang-undang untuk menghalang caramah dan kuliah mereka. Namun, pernahkan kita dengar apa yang dikuliah/diceramahkan itu haram? Tidak.

Biarpun ada usaha (dengar kata hingga 7 kali) dibuat bagi mengharamkan Wahabi, ianya tidak berjaya - kerana tiada sebab yang kuat boleh dijadikan asas mengharamkannya.

Ini kerana Wahabi berpegang kepada hujjah yang bersumberkan Qur'an dan Hadith - cuma menolak pendapat 'orang' berkenaan sesuatu isu, jika isu itu jelas telah diterangkan pada 2 sumber tersebut.

Justeru, adalah besar harapan setelah mendapat 'lesen' melalui parti politik yang berdaftar, penerangan dan kuliah agama akan dapat dijalankan tanpa ada lagi sebarang gangguan daripada Jabatan Agama Islam dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Ketuk kalau degil sangat

Setelah banyak teguran yang dibuat MAZA terhadap badan yang menjaga agama Islam berakhir dengan 'mencangkul angin', atau 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri', penubuhan parti sendiri boleh jadi jalan paling cocok untuk "menegur" pihak-pihak yang sukar ditegur sebelum ini - rasa sayalah.

Jika dahulunya banyak kerenah dan birokrasi selain tertib perlu dijaga (beliau sendiri kakitangan kerajaan di USM), jika direalisasikan penubuhan parti ini, dapatlah suara beliau didengar dengan lebih lantang dan harapnya mengetuk pintu-pintu hati dan gegendang telinga pemimpin-pemimpin atasan yang masih terlena.

Pecah undi Melayu, pecah undi Islam?

Buat masa ini masih sukar untuk meramalkan sejauh mana impak yang bakal dibawa oleh 'parti baru' ini (jika menjadi kenyataan) terhadap undi orang Melayu dan orang Islam.

Ini kerana masyarakat masih menunggu-munggu untuk melihat bentuk, corak dan aspirasi yang bakal diketengahkan parti baru ini.

Namun, jika ianya menjadi kenyataan (tertubuh), kelak akan berlaku pemecahan undi di kalangan kumpulan pengundi Melayu dan Islam.

Tidak cukup dengan pemecahan undi orang Melayu dan Islam kepada UMNO dan PAS secara tradisi sebelum ini, kini (bakal) wujud 'tawaran' baru oleh parti yang baru ini.

Mungkin parti-parti besar yang ahlinya berjuta (ahli tidak semestinya mendaftar sebagai pengundi) seperti UMNO dan PAS tidaklah begitu terjejas atau mengalami kejutan budaya, namun 'cabarannya tetap ada'.

Pro mana?

Persoalan ini juga menarik perhatian saya.

Adakah (nanti) parti Asri ini akan pro/condong kepada mana-mana pihak secara khusus? (seperti Perkasa?...hmmm)

Atau sanggup 'bersendirian' di dalam membawa dan memperjuangkan ideologi mereka?

Lihat begini: Jika Perkasa ditubuhkan untuk 'mengetuk' kerajaan dalam hal berkaitan hak-hak orang Melayu, apakah parti Asri ini kelak akan 'mengetuk' kerajaan juga, tetapi dalam hal berkaitan agama Islam pula?

Entah, saya tiada jawapannya kerana apa yang dilaporkan (parti baru) itu masih belum direalisasikan. Mungkin (penubuhan itu) jadi, mungkin juga bakal menjadi sebahagian daripada sejarah yang tidak menjadi....

Kita lihat dulu, dan jangan lupa, rajin-rajinlah membaca.

Pesanan buat adik-adik-ku

Kalau benar kita CINTA

Perkahwinan merupakan titik permulaan bukan sahaja dalam kehidupan berdua/berumahtangga, malah, permulaan ke arah melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah.

Justeru, mulakanlah atau pastikanlah permulaan kehidupan selepas berkahwin dan untuk "bakal anak-anak-mu" dengan kaedah dan cara yang terbaik.

Dan cara yang terbaik hanyalah dengan berpandukan tuntutan Islam (melalui rujukan terhadap Al-Quran dan Ahadith).

Janganlah dicemarkan kesucian perkahwinan dan permulaan untuk kehidupan "bakal anak-anak-mu" itu dengan mencampur-adukkan tuntutan agama dan adat, atau lebih malang lagi "budaya ciptaan/mazhab hiburan moden" yang bukan sahaja tidak selari , malah bertentangan pula dengan tuntutan Islam.

Jika benar-benar kita cinta Allah, cinta Rasul (s.a.w), buatlah apa yang kita cinta itu suruh.

Bukan di satu perbuatan kita cinta, dan di satu yang lainnya kita tentang (dengan membenarkan percampuran perkara 'ciptaan' yang bukan tuntutan agama).

Moga berkat (daripada perkahwinan yang menurut cara Islam gariskan) itu dapat dirasai dalam jiwa adik-adik, bakal isteri-mu dan keluarga kedua-duanya.

Sebagai renungan, lihat jawapan D. Abu Hassan Din Al-Hafiz dalam isu inai (untuk membaca persoalan lain, sila klik di link yang dinyatakan):

SOALAN

Apa pula hukum melukis inai pada tangan terutama bagi gadis yang mahu berumah tangga?

ABU HASSAN: Islam melarang perbuatan melukis pada mana-mana anggota badan tidak kira apa juga bahan yang digunakan sama ada kekal atau sementara.

Ini ditegaskan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Allah melaknat (washam) yang bekerja sebagai melukis di badan orang dan orang yang meminta supaya dilukis".

Sepatutnya, berkahwin itu adalah perbuatan yang baik, maka jangan dicampur aduk dengan benda atau perbuatan yang kurang baik lebih-lebih yang khurafat.

Dibimbangi akan kurang keberkatan dalam perkahwinan tersebut.

Tentang pakai inai ia memang diharuskan tetapi jangan dilukis.

Demikian juga dengan upacara menepung tawar yang kini dilihat sudah jadi tradisi dan sebati dalam masyarakat. Sedangkan ia bukan budaya Islam.

Sebab itu, ulama berpendapat perbuatan merenjis dengan tepung tawar itu untuk tujuan apa sekali pun adalah termasuk dalam bidaah dan khurafat. Ia patut ditolak.

Ada juga sebahagian ulama yang membolehkan merenjis dengan syarat jangan guna tepung tawar. Gantikan dengan benda lain seperti merenjis air mawar.

Kedua, jangan ada niat tertentu tetapi seelok-eloknya jangan amalkan budaya ini.

======================

Kepada Allah (bukan manusia yang macam kita) kita mohon khabar gembira, berkat kehidupan yang berpanjangan. Wassalam.

Sumber: sini

Thursday, 1 April 2010

Bergusti dengan beruang

Mawaddah sekarang ni bukan main lasak lagi. Memanjat? Tak payah cakap. Mengutip pelbagai benda kat lantai? Semestinya. Jatuh dan bangun, tak sakit dah.

Cuma 2 benda yang dia masih takut - bunyi vakum dan mesin basuh.

Pagi ni, dia bergusti dengan beruang kutub (polar bear) yang ayah beli. Penat bergusti, lepas tu berbaik-baik pulak dua tu...








Wednesday, 31 March 2010

Cuti-cuti Cornwall 2010: bahagian akhir

Seminggu-dua ini kami berdua agak sibuk dengan kerja-kerja penyelidikan yang tengah dibuat. Alhamdulillah, semalam saya telah selamat hantar bab-bab untuk urusan pindah status.

"Khairul, Oh finally!" - begitulah lebih kurang kata-kata penyelia saya, Jake (Piper) melihat saya terpancul di hadapan pintu pejabat beliau dengan laporan di tangan.

Dia dan orang rumah saya banyak bantu saya melengkapkan tugasan ini dan saya amat berterima kasih dan bersyukur.

Hujung minggu ini, bermulalah cuti Easter (dalam kalendar Christian) dengan esok depa panggilkan Good Friday. Bagus juga, kesempatan yang ada bolehlah dimanfaatkan untuk bersama keluarga.

Akhirnya

Posting kali ini saya ingin lengkapkan kisah percutian 2 keluarga ke Cornwall baru-baru ini, yang agak lama tertangguh. Saya juga akan turut melengkapkan posting Dr. Bleher yang tertinggal tempoh hari.

Jazakallah-khair.




Seingat saya sewaktu berborak dengan A. Din tempoh hari, pembentukan bandar-bandar awal di Britian menunjukkan 3 ciri persamaan iaitu:
- Gereja
- Pub/Bar
- Persimpangan utama (simpang 4 besar) berbentuk cross (salib)

Sampai saja di Truro, kami cari TLK, kebetulan di atas bukit, memberikan kami pemandangan keseluruhan (hampir) bandar Truro.

Selepas itu kami ke taman permainan, menghiburkan hati anak-anak (cuaca agak sejuk ketika itu). Mawaddah memang tak lekang senyum sampai menangis-nangis tak mahu berpisah dengan buaian tu...(menandakan ayahnya perlu dibelikan dia buaian untuk bermain musim panas nanti..huhu).








Penat berjalan, tangki nak kena isi juga

Bandar Truro dari kawasan tinggi

Eden Project - Datang terlebih awal, belum dibuka. Tetapi kami perlu pulang awal ke Oxford kerana urusan kereta. Melihat risalah yang diterima di bilik hotel, nama (tumbuhan dari) Malaysia dinyatakan secara jelas disamping pelbagai spesis tumbuhan dari seluruh dunia. Bangga beb!


Selesai paparan perjalanan kami ke Cornwall 2010. Perjalanan lain dalam tempoh terdekat ini? InsyaAllah ke sini pula:

6/5/2010 - Kembara...mencari jalan pulang kepada PenciptaMu.

Kan dah kena londeh...

APCO

Kepada anda yang berminat untuk membaca pendedahan ketua pembangkang mengenai APCO dengan 'panjang lebar' silalah klik di (sini-tranungkite) dan (sini-harakahdaily).

Namun, bukannya isu APCO, mahupun benar/tidak benar APCO berperanan di dalam membentuk konsep 1Malaysia yang ingin saya panjangkan di sini.

Artikel ini lebih berminat untuk mengupas perihal 'politik londeh-melondeh' yang saban hari menjadi sajian 'sarapan pagi' rakyat 1Malaysia.

Masihkah anda ingat serangan 'kamikaze' yang dilancarkan oleh YBebas Zahrain terhadap PKR dan Anwar baru-baru ini?

Bukan terduduk Anwar dengan pembongkaran projek 16 Sept yang tidak menjadi ini, malah sampaikan beliau angkat kaki keluar dewan.

Saya juga telah menulis berkenaan perkara ini (serang balas) dalam posting yang terdahulu.

Kini, Anwar kembali menggamatkan Dewan, bukan dengan serangan terhadap Zahrain, tetapi terhadap 1Malaysia (skala besar sikit).

Sekali lagi, kita rakyat 'bersarapan pagi' dengan menatap isu-isu hangat sebegini di akhbar dan blog.

Itu hari hang londeh aku, ini hari aku londeh hang

Sekarang banyak pihak yang terlondeh. Kalau yang disebut oleh Anwar tu orang macam Zahrain, mungkin tidaklah bergoncang sangat Dewan.

Tapi setelah wujud kecenderungan yang mengaitkan Kepala Negara dan besar kemungkinan wujud kerjasama dengan Israel/Yahudi laknatullah, ini telah menjadi isu sensitif yang lebih besar lagi.

Cumanya, berapa lama Dewan dan rakyat akan 'geger' dengan isu ini, tidaklah sesiapa dapat tahu.

Samalah juganya hal dengan skandal PKFZ dan lain-lain - seperti datang dan pergi. Tambahan pula, orang seperti Tee Keat pun sekarang telah 'turun takhta'.

Soi Lek boleh pergi jauh

Sebagai penutup dan renungan bersama, kita lihat kes D.S. Dr Chua Soi Lek.

Berbeza dengan orang Melayu kita. Apabila Melayu sama Melayu kena londeh, dua-dua telanjang dan hilang segalanya.

Tapi apabila Soi Lek kena 'londeh', dia diangkat menjadi Presiden!

Saya nampak keupayaan Soi Lek untuk mara seperti sukar disekat memandangkan sokongan yang agak baik oleh perwakilan MCA - biarpun tidak 'solid' jika mengambilkira gabungan undi Ka Ting dan Tee Keat tempoh hari.

Kini, ramai yang ingin melihat tindakan PM kita, adakah beliau akan kembali menyenaraikan Soi Lek ke dalam barisan kabinet? - Jika ianya berlaku, apakah pula justifikasi untuk tidak menyenaraikan Encik KJ kita tempoh hari, setelah menang Ketua Pemuda?

Saya fikir PM cukup berpengalaman dan beliau mampu untuk memberikan keputusan yang 'wajar' mengenai perkara ini.

Soi Lek...Soi Lek...

Sunday, 28 March 2010

Bicara Agama: Sebarkan Ia!


HAMZA ANDREAS TZORTZIS - is an international public
speaker on Islam. He is a writer with articles, essays and
commentaries on political philosophy, the philosophy of
religion and society. Hamza is an intellectual activist
actively engaging on issues pertaining to religion, social
cohesion and politics.

Hamza lectures all around the world on topics related to
Islam, philosophy and politics. He is one of the main
initiators of the contemporary emergence of Muslim public
speakers using Islamic and Western philosophy to shed
light on Islam and demystify its way of life.

Update berkebun: 28 Mac 2010

Hanya sempat masukkan foto. Sebab kena bergegas ke Tesco, hari Ahad kedai tutup awal (jam 4.00 pm, sekarang sudah 2.15 pm). Nanti tak sempat pulak.

Sebelum (foto itu hari)

Selepas (foto hari ini)







Kompos - untuk tanaman dalam pasu (salad, herbs dan tomato)

Lampu laman berkuasa solar - new addition




Selamat berhujung minggu!