Alang-alang terjumpa tadi, layan jelah...
Thursday, 26 February 2009
Tuesday, 17 February 2009
Majlis Cukur Kepala
Sukacita kami sekeluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada warga oxford (maaf, kerana jemputan tidak melibatkan semua) di atas kesudian anda dan keluarga melapangkan masa menghadiri majlis cukur kepala anak perempuan kami Ahad yang sudah.
Ramai orang 'di balik tabir' yang telah bersusah-payah dan bertungkus-lumus membantu meringankan bebanan kami sekeluarga sebelum, semasa dan sesuah majlis tersebut. Ada yang datang awal sehari menyiapkan bahan-bahan masakan, datang awal pagi sebelum majlis untuk memasak dan siapkan tempat etc, hanya doa kepada Allah bagi kesejahteraan anda sekeluarga jualah yang mampu kami panjangkan. Amin.
Dan kepada jemputan yang datang dengan buah tangan serta hadiah (yang pelbagai) tu, doa kami agar Allah rahmati anda dan keluarga.
Di sebalik penganjuran majlis yang serba ringkas dan juga mungkin tidak teratur (pertama kali sebenarnya kami anjurkan di rumah kami), dan pertama kali juga merasai pengalaman cukur rambut bayi, segala kekurangan, ketidakpuashatian para hadirin pada hari itu, (tempat sempit, bising, panas, makan tak kena citarasa etc) kami sekelurga menyusun jari meminta maaf.
Secara pribadi, saya belajar sesuatu yang berharga "Sesungguhnya ramai yang prihatin dan sanggup membantu sesama kita di oxford ini, janganlah terlalu segan atau tebal muka untuk meminta pertolongan sebab mana yang termampu, insya-Allah orang akan tolong kita, dan dengan kudrat yang ada juga, kita hendaklah tolong rakan yang lain pula".
Inilah antara pengalaman yang indah untuk kami kenang ketika tinggal di UK, dan untuk terus diingati bila tamat belajar dan pulang berkhidmat di tanah air kelak.
Doa balas kami buat semua hadirin:
"Semoga Allah juga memberkatimu dan melimpahkan kebahagiaan buatmu. Semoga Allah membalasmu dengan sebalik-baik balasan, mengurniakan kepadamu sepertinya dan melipatgandakan pahalamu". (Lihat Al-Adzkar, karya An-Nawawi, hal.349, dan Sahih Al-Adzkar Nawawi oleh Salim Al-Hilali 2/713)
Wassalam.
Monday, 16 February 2009
Al-Kisahnya...
Kenyataan Media Tengku Razaleigh Hamzah Feb 15
“Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”
Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.
Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.
Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.
Dua prinsip perlu dijelaskan:
Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.
Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.
Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.
Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.
Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.
Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.
Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.
Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.
Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.
Dipetik dari: http://perakdaily.com/?p=646
Tengku Razaleigh Hamzah
Friday, 6 February 2009
Perak
Haru-biru sekali nampaknya situasi politik dan kepimpinan di negeri Perak ketika ini. Terkejut saya apabila pulang dari hospital semalam dan baca akhbar online.
Apapun, saya tidak nampak apa untungnya krisis ini berlaku. Namun satu yang pasti rakyat dan orang biasa di Perak tidak mungkin mengecap kesenangan darinya.
Pada saya, krisis kali ini bukanlah berkenaan rakyat hilang kepercayaan kepada Ir Nizar, namun krisis pemimpin yang dipilih (ADUN) itu sendiri yang rakyat sama sekali tidak patut diheret ke dalamnya.
Kalau masalah ini melibatkan rakyat, mudah saja iaitu buat pilihanraya semula. Biar rakyat negeri Perak sendiri yang pilih pemimpin. Tapi kes kali ini lain, iaitu bukan melibatkan rakyat, tetapi mereka-mereka yang di atas.
Sedih, Malaysia kita ni hanya satu sahaja, tidak ada lagi Malaysia yang lain.
Janganlah kerana berebutkan kuasa politik, kita sanggup letak belakang nilai dan ilmu yang benar, soal agama (dosa dan pahala) dan etika, apatah lagi prosedur/undang-undang.
Saya dari jauh cuma berdoa dan berharap agar biar apapun yang telah berlaku, jangan sampai esok-esok kita jadi macam di SELATAN THAI, yang bunuh, tembak, bakar, potong orang dah jadi benda biasa.
Waktu tu, semua kuasa dan kegembiraan akan berlalu pergi dan akhirnya generasi orang melayu Perak kelak akan mengenang akan 'jasa' peninggalan pemimpin mereka terdahulu ini.
Moga Allah selamatkan Tanah Airku...
Thursday, 5 February 2009
Wednesday, 4 February 2009
Mawaddah_040209
Bukan ape, lazimnya aku melawat anak orang lain di hospital
Main-main dengan anak rakan yang datang bertandang
Aku dah jadi ayah?
Aku menangis gembira kerana ummat Muhammad SAW bertambah 1 lagi
Kesihan isteri yang bertarung dengan kesakitan fizikal dan mental
Aku hanya pegang tangan, suruh dia teran dan selawat
Ini pembakar semangat kami
Semangat untuk menjadi ibu dan bapa
Semangat untuk terus tekun belajar
Semangat untuk tekun mendidik anak-anak
Dan yang paling penting...
Dia ini mengajar aku supaya cinta kepada Ibu dan Ayah (aku dan isteri) di atas segala keperitan dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada kami
Lepas aku sendiri perhati saat betapa sukarnya ibu hendak melahirkan
Memang wajarlah kalau seseorang anak yang derhaka tu, tuhan hukum dia masuk neraka.
Lambang cinta dan kasih sayang
Kasih kepada Allah
Kasih kepada Rasul (SAW)
Cicit pertama Mok Som
Anak saudara pertama Khairul Efendy, Mardiah Noor, Khairul Anuar, Mohd Azmi, NurAin, Muhd Ridhuan, Mohd Hafizi, Mohd Faiz Luqman
Anak saudara pertama Muhammad Izad, Siti Nurhana, Siti Aisyah, Siti Fatimah Maisarah, Siti Hamima Soraya.
SNOW@Oxford_01/02/09
Foto ini saya ambil hanya dari dalam rumah saya (kami baru pindah rumah, mencari kediaman lebih selesa, selari dengan pertambahan ahli baru dalam keluarga, dan hampir dengan school kami).
Lain-lain panorama musim salji@Oxford saya pakukan ke dalam rakaman video yang tidak tahu cara untuk di post kan di blog ini.
Apapun, disebalik kecantikan salju/salji, UK terpaksa membayar harga mahal di mana beberapa sektor terutama pengangkutan (awam, train dan udara) menghadapi kerugian akibat salji tebal ini.
Selamat bermain salji, aci-aci jumpa lagi...
Puteri Sulung Kami
Ringkas saja:
Orang rumah saya/huda setelah bertarung dengan sakit nak bersalin bermula malam Ahad, di bawa ke Isnin, semakin sakit di hari selasa, akhirnya dengan rahmat Allah telah selamat melahirkan puteri sulung kami pada 11.50am di John Redcliff Hospital hari Rabu.
Bayi seberat 3.18kg diberi nama Mawaddah@cintakasehsayang bersama ibu masih ditempatkan di observation area untuk pemantauan lanjut. Jika semua ok, insya-Allah akan dibenarkan pulang esok hari (Khamis).
Berkat doa seluruh kaum keluarga, rakan, guru-guru etc, alhamdulillah bertambah seorang lagi ummat Muhammad SAW di muka bumi ini.
Moga kelahiran ini mencetus keinsafan buat diri saya dan isteri dan menguatkan tekad saya untuk memperbaiki diri bagi menjadi ayah dan pendidik yang lebih baik.
Di kesempatan lain, akan saya update kisah ini dengan susunan lebih baik, selepas saya mandi, solat dan mendapat tidur yang sewajarnya.
Wassalam
Monday, 2 February 2009
Sukarnya ibu nak melahirkan-mu
Isnin (2/2/2009)Jam 4.10am - kami bergegas keluar rumah dan bergerak ke JR Hospital, diiringi suhu bawah takat beku dan salji yang turun dengan lebat.
Tiba di JR jam 4.20am - kami terus ke level 2 untuk pemeriksaan dan pemantauan. Midwife memantau perkembangan bayi (degupan jantung) serta contraction.
Bayi (is a happy baby), menunjukkan keputusan yang baik. Keadaan tidak begitu membimbangkan. Kami disaran untuk pulang semula ke rumah jam 6.10am, mendapatkan rehat dan memantau perkembangan seterusnya.
Apabila pulang, isteri terus merasa contraction hampir setiap 5-10 minit dengan tempoh setiap satu berlarutan sehingga 60-80 saat. Isteri juga tidak dapat tidur, terlelap seketika tetapi terpaksa terjaga kerana sakit.
Baby juga bergerak dengan aktif kat dalam perut ibu.
Jam 9.30pm, ibu merasa sakit contraction makin kuat, makin kerap dan tempoh setiap kali, semakin panjang. Kami naik kereta dan bergegas ke JR.
Kali ini kami terus ke Level 7, midwife centre dan bertemu Ann Bird yang bertugas malam itu.
Ibu diperiksa luar dan dalam. Pemeriksaan bahagian luar mandapat semua normal dan baby juga menunjukkan perkembangan yang baik.
Pemeriksaan dalaman mendapat contraction telah membuka sedikit ruang dan kepala baby telah berada di posisi yang sepatutnya. Midwife menyifatkan ibu kini di peringkat awal untuk melahirkan.
Kerana tempoh untuk benar-benar mencapai bukaan ruang yang sesuai untuk baby keluar masih (agak) lama, kami dinasihatkan pulang dahulu, mendapatkan tidur, rehat dan sebagainya.
Dan memandangkan jarak antara rumah dengan hospital adalah dekat (5-10 minit berkereta), kami mengambil keputusan pulang dahulu sambil-sambil memantau keadaan selepas itu. Kami pulang ke rumah jam 11.10pm.