Saturday, 9 February 2013

Mari lihat bagaimana pesawat lama dilupuskan di Nigeria (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Manual labor!

Lapangan Terbang Murtala Mohammed yang terletak di Lagos, Nigeria dipenuhi puluhan pesawat yang terbiar. Pesawat ini terbiar kerana sudah tidak lagi layak untuk digunakan akibat usang. Kerana kesempitan wang untuk melupuskannya dengan selamat, pesawat-pesawat ini terbiar selama lebih 10 tahun dan lambakan ini kini dianggap sebagai mendatangkan masalah keselamatan. Oleh sebab itu kerajaan Nigeria akhirnya melupuskan sendiri pesawat-pesawat lusuh ini dengan tenaga buruh manual. Serpihan pesawat ini kemudiannya akan dikitar semula untuk kegunaan dalam negeri. 

Inilah cara mereka lupuskan pesawat. Selalunya pesawat dilupuskan menggunakan jengkaut dan jentolak khas. Kerana tak ada duit dan alatan sempurna, tenaga tulang empat keratpun berguna jua!



Laporan asal Times Union

No comments: