Saturday 2 February 2013

Jambatan Roboh Di China Setelah Lori Membawa Mercun Meletup (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


RIP

Sebuah kemalangan yang sadis berlaku di provinsi Henan China semalam. Setakat ini 26 orang dilaporkan meninggal dunia apabila sebuah jambatan yang merentasi lebuhraya Lianhuo runtuh dan menyebabkan dua buah lori dan 10 buah kereta menjunam jatuh sehingga 100 kaki ke bumi. Menurut laporan media China, salah sebuah lori dikatakan membawa mercun untuk perayaan tahun baru China dan lori tersebut meletup selepas kemalangan dan ini menyebabkan jumlah kematian meningkat. 

Pihak berkuasa China mengatakan jambatan runtuh kerana lori mercun ini meletup terlebih dahulu namun rakyat jelata tidak mempercayai berita yang dilaporkan. Mereka percaya kejadian jambatan baru yang runtuh sudah terlalu kerap berlaku di China dan kali ini lori membawa mercun digunakan oleh kerajaan untuk menutup jenayah korupsi ketika jambatan ini dibina.

Orang China-pun dah bijak tak percaya berita milik kerajaan. Orang kita juga masih percaya Buletin Utama. This is why China is great.



Laporan asal ChinaSmack

No comments: