Monday 25 February 2013

Iskandar Malaysia


Adalah menarik untuk memperkatakan impak yang dijana oleh projek Iskandar Malaysia di Johor, projek pembangunan holistik yang berkeluasan 3 kali saiz Singapura atau 2 kali keluasan Hong Kong. 

Dari segi nilai hartanah sahaja, ia telah melonjak sehingga purata kenaikan 40% setiap tahun sejak 2006 (untung bagi mereka yang simpan tanah di sana). Manakala pasaran rumah pula meningkat bermula tahun 2009 di mana harga siling bagi unit pangsapuri mewah yang bermula RM500/kakipersegi telah naik kepada sekitar RM700/k.p. (untung bagi mereka yang simpan unit rumah di sana).

Tentunya pelaburan asing yang masuk ke Iskandar (dianggarkan 80% pelaburan asing) bakal menaikkan taraf pendapatan warga Johor dengan terbabit di dalam sektor "bernilai tinggi" selain berpeluang membeli dan memiliki hartanah/kediaman terbaik.

Iskandar juga diberitakan bakal memiliki 5 taman tema. (negeri berjiran, Melaka juga diberitakan bakal ada Jurassic Park theme park). Hari ini hanya Legoland baru memulakan operasi (itupun belum full force kerana hotel Legoland masih dalam proses penyiapan). Dengan 4 taman tema baharu yang bakal muncul, tentunya membawa kesan rantaian terhadap nilai ekonomi Johor, yang mana golongan profesional tempatan anak Johor wajar mengambil peluang ini bagi memajukan negeri mereka.

Beberapa isu timbul setelah saya melihat progress pembangunan Iskandar, terutama dari perspektif saya sebagai pembaca di bidang pelancongan dan perbandaran iaitu:

1) Iskandar dibangunkan dengan dwi-fungsi iaitu (1) untuk bersaing; (2) untuk melengkapi - Singapura yang terkenal dengan strategi pelancongan "bernilai tinggi" (value for money, less is more). Ini terbukti apabila Malaysia yang menerima 25 juta pelancong tahun 2012 berbanding Singapura yang sekadar menerima 13 juta pelancong, tetapi perolehan janaan (revenue) kita hanya dibezakan sebanyak RM1 billion sahaja berbanding Singapura.

Ibarat kita bekerja 25 hari sebulan dan rakan kita hanya 13 hari tetapi dengan perbezaan bayaran gaji yang kecil.

2) Dengan pakej yang ditawarkan di Sentosa Island dan Marina Bay (kasino dan Universal Studio), Iskandar perlu memikirkan bagaimana untuk menarik jumlah pelancong yang ramai. Soalnya, dari mana hendak didapati jumlah pelancong yang ramai untuk sustain 5 taman tema yang bakal beroperasi di Iskandar? Strategi mempromosikan Legoland kepada anak-anak sekolah di sekitar JB dan Johor (untuk datang lawatan sekolah) bukanlah strategi pemasaran yang ampuh bagi kelangsungan projek di Iskandar secara jangka-panjang.

3) Perancangan sistem lebuhraya yang lebih baik berbanding pengalaman di Lembah Klang. Ini kerana, sebaik sahaja Johor Premium Outlet dilancarkan, warga sekitar JB dan yang ingin ke JB melalui PLUS (Kulai) telah mengalami pengalaman kesesakan jalan raya yang luar biasa. Jika tidak ditangani setelah ada 5 taman tema ini beroperasi kelak, tentunya ia (kesesakan ini) bakal menghindarkan pelancong daripada datang ke Iskandar, selain menimbulkan ketidakselesaan kepada warga asal JB sendiri.

Isu-isu sebegini menuntut para jururancang dan pihak berkuasa menilai kembali pendekatan yang diadaptasi di Singapura iaitu "Less is more" untuk model pembangunan Iskandar - menggerakkan aktiviti ekonomi (khususnya pelancongan) hampir ke rantaian aktiviti ekonomi yang "bernilai tinggi".

(lain-lain isu bakal menyusul apabila saya menyambung ulangkaji berkenaan topik ini)

No comments: