Tuesday 10 April 2012

Berpengalaman kehidupan di kampung (Mawaddah balik kampung)

Pagi Ahad (8 April) kami pulang sebentar ke kampung ayah Mawaddah di Ajil, Terengganu. Perjalanan dari Meru adalah lancar dan selepas 6 jam, kami bertiga selamat tiba di kampung.




Sepanjang 2 hari di kampung, berbagai aktiviti dilakukan dan kami cuba mendedahkan Mawaddah dengan sebanyak mungkin "apa yang ada di kampung".

Saya mahu Mawaddah bukan sahaja melihat dan mendengar bunyi-bunyi haiwan, bahkan turut "menyentuh" dan mengusap/merasai rupa bentuk haiwan seperti kucing, kambing dan lain-lainnya dengan tangannya.


Sewaktu berkunjung ke kolam ternakan ikan tilapia dan udang yang diusahakan oleh adik dan ayoh. Benih ikan dihasilkan sendiri, diternak dan dijual sendiri. Lebih memuaskan hati sekalipun hasil jualan tidaklah seperti pemborong pukal.


Ayoh juga mengajar budak mengaji. Selama 2 malam di kampung, inilah rutin Mawaddah. Dia juga sudah boleh melafazkan beberapa doa mudah/pendek.





Berbagai haiwan ternakan hidup bebas dan dikandangkan di sekitar rumah Tok dan Tokki. Ada ayam kampung, itik, kambing dan lembu. Ada ketikanya Mawaddah ditunjukkan haiwan-haiwan ini, maklumlah selama ini hanya mengenali kesemuanya melalui buku bergambar.




Kepulangan singkat tidak cukup untuk Tok, Tokki dan Tok-Tok Saudara melepaskan rindu kepada cucu mereka. InsyaAllah jika ada cuti, kami akan pulang lagi.

1 comment:

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Menarik tu... bercuti d kampung halaman