Sunday, 26 August 2012

Anak-anak miskin (foto pilu)

Dipetik dari: Blogserius

Sad...

Anak-anak kita.......bagaimana masa depan mereka nanti? Kesian apabila melihat kehidupan yang ditempuh anak-anak malang di bawah ini. Nasib baik di Malaysia tak wujud kemiskinan yang sebegini parah. Bukanlah tiada langsung golongan yang miskin di Malaysia, ada, tetapi kebanyakannya masih dibantu. Justeru, kita kena bersyukur dengan perjalanan dan nikmat hidup yang telah dan sedang kita rasai. Moga akan terbit masa depan yang lebih baik buat anak cucu kita kelak.





Laporan asal Reuters




Nota kaki:

Berbicara mengenai syukur, suka saya kongsikan firman Allah Taala di dalam Surah Ibrahim, Ayat 7:



وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيْدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِىْ لَشَدِيْدٌ



Yang bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberitahumu; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.


Lihatlah, betapa luasnya rahmat Allah terhadap hambaNya yang bersyukur. Dan lihatlah betapa Allah senantiasa melimpahi rahmatNya buat mereka-mereka yang bersyukur. Syukur bukan sahaja perlu diungkapkan di kala kita mengecap kejayaan dan kecemerlangan, tetapi bersyukurlah di atas perjalanan hidup ini secara keseluruhannya.

Agama: Bersedekah

Derma dari harta yang terbaik

Anas r.a menceritakan perihal seorang sahabat Nabi SAW bernama Abu Talhah, yang dikatakan memiliki jumlah harta yang agak banyak berbanding sahabat-sahabat yang lain. Abu Talhah memiliki ladang-ladang kurma yang agak luas, sehingga dikenali oleh masyarakat Madinah ketika itu sebagai pengusaha yang mengeluarkan hasil kurma terbesar.

Antara ladang-ladang kurma yang dimilikinya, ada sebidang ladang yang cukup disayangi oleh Abu Talhah bernama "Baraha".

Foto hiasan - ladang kurma (google images)

Ladang Baraha ini mengeluarkan hasil kurma yang cukup banyak daripada jenis kurma yang terbaik. Ditambah pula dengan kewujudan mata air yang mengalir di celah-celah pepohon kurma tersebut, telah menambahkan lagi keindahan dan keistimewaan ladang kurma Baraha.

Rasulullah SAW juga sering berjalan-jalan di ladang kurma Baraha bersama Abu Talhah, menikmati buah-buah kurma yang ranum serta menghirup air yang dingin dari mata air yang sentiasa mengalir. Suasana di situ yang sungguh nyaman menyebabkan Abu Talhah sangat sayang dengan sebidang ladang kurma yang bernama Baraha itu.

Suatu hari, wahyu Allah SWT telah diturunkan kepada baginda Nabi SAW:

"Kamu sekali-kali tidak akan sampai kebaktian (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Surah Ali Imran: 92)

Dan apabila firman Allah itu dibacakan oleh Nabi SAW yang ketika itu Abu Talhah pun turut mendengarnya, lalu terkenanglah Abu Talhah akan kebun kurma Baraha yang sangat disayanginya. Oleh sebab keimanan Abu Talhah terhadap ayat-ayat Allah yang amat mendalam, maka beliau tanpa berlengah terus menemui Nabi SAW untuk memaklumkan hajat serta keputusannya bagi menyerahkan ladang kurma Baraha miliknya itu kepada Nabi SAW.

Ujar Abu Talhah, "Selepas aku mendengar firman Allah yang menyatakan tidak sampai kebaktian, sehingga seseorang itu menafkahkan hartanya yang dicintainya, maka dengan ini aku mendermakan seluruh ladang kurma Baraha itu kerana Allah, kerana kebun itulah harta yang paling aku sayangi. Aku berharap dengan (derma) ini, aku akan dapat mendekati kebaktian kepada Allah dan semoga Allah akan mengurniakan ganjaran pahala yang baik buatku. Sekarang aku serahkan kepadamu, wahai Rasulullah ladang bernama Baraha itu, terserahlah kepadamu segala hasil-mahsulnya hendak digunakan untuk apa-apa jua ataupun hendak diberikan kepada sesiapa jua", jelas Abu Talhah.

Rasulullah SAW yang sangat mengenali ladang Baraha itu, kerana kedudukannya berhadapan dengan Masjid Nabawi, dengan kesuburan pepohon kurma yang menghijau, menjadikan ia seperti sebuah taman.

Rasulullah SAW mengkagumi tindakan Abu Talhah dan menyampaikan khabar gembira buatnya, "Alangkah tingginya kebaktian, itulah sebenar-benar harta yang dapat menolongmu. Walau bagaimanapun engkau telahpun mendengar ucapanku, bahawa seafdal-afdal sedekah itu ialah kepada waris-waris atau kerabat," ujar Rasulullah SAW lagi.

Namun, Abu Talhah tetap dengan keputusannya dan terserahkan kepada Rasulullah SAW memanfaatkan ladang kurma tersebut.

Terdapat dua pengajaran penting yang dapat kita renung dan ambil iktibar menerusi peristiwa di atas iaitu, pertama, apabila seseorang itu bersedekah, hendaklah daripada harta benda yang baik. Contohnya, jika ingin memberi jamuan/makan kepada jiran, maka bukanlah daripada baki lebihan makanan atau memberikan sesuatu yang dia sendiri tidak mahukan. Sebaliknya, apa jua yang baik dan elok yang kita gemari, itulah yang sepatutnya kita berikan di atas niat bersedekah kerana Allah.

Kedua, peristiwa tersebut memperlihatkan keimanan yang unggul kerana seseorang itu tidak mudah terpaut hati dan jiwanya dengan ujian kemewahan atau kesayangan kepada harta dunia. Ujian sayang dengan harta dunia bagi mereka, tidaklah dapat mengatasi keimanan dan rasa cinta terhadap ayat-ayat serta janji Allah yang akan mengurniakan sebaik-baik balasan pahala ke atas orang-orang yang bersedekah daripada hartanya yang sangat dicintai olehnya sendiri.

Penutup - Tiga jenis harta

Sedang Nabi SAW pernah mengingatkan kepada kita akan sikap sesetengah golongan yang sering mendakwa "ini harta aku, ini milik aku", yang berbangga dengan dunia dan harta yang didakwa "miliknya" itu.

Nabi SAW mengajarkan kepada kita yang harta itu hanya terbahagi kepada tiga iaitu:

1) Harta fana atau punah. Iaitu harta yang dimakan. Harta itu setelah masuk ke dalam perut manusia akhirnya ia akan dikeluarkan menjadi najis. Setelah itu tidak ada sesiapa yang hendak berbangga dengan najis itu, malah tidak ada yang hendak mendakwa sebagai miliknya lagi.

2) Harta yang akan buruk seperti pakaian, kenderaan dan sebagainya. Semua harta tersebut akan melalui proses keusangan dan setelah ia buruk tidak ada siapa yang mengkehendakinya lagi. Pakaian buruk mungkin boleh dijadikan kain lap kaki dan jika kenderaan buruk ia hanya menjadi besi berkarat dan terbuang.

3) Harta yang diberikan kepada manusia, sama ada dalam bentuk nafkah atau sedekah atau hadiah. Harta itu adalah harta simpanan bagi seseorang. Walaupun pada zahirnya harta tersebut sudah bertukar tangan/milik kerana diberikan kepada orang lain, tetapi pada hakikatnya ia merupakan saham atau tabungan bagi seseorang di sisi Allah yang berupa ganjaran pahala.

Harta yang ketiga itulah sebenar-benar harta yang menjadi milik seseorang itu di sisi Allah. Selain daripada itu, ia hanyalah dunia yang akan binasa, menjadi usang dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat lagi.

Allah lebih mengetahui.

Nota: penulisan diilhamkan oleh pembacaan terhadap karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertajuk "Taqwa" terbitan Rijal Media (2010).

Saturday, 25 August 2012

Penjara di China - apa pendapat anda? (foto)

Dipetik dari: Blogserius


Menuju negara maju


Kebanyakkan penjara negara komunis terkenal dengan kedhaifannya. Ini adalah kerana fahamn komunis tidak percaya kepada konsep pemulihan secara humane. Mereka percaya pesalah harus dihukum secara keras bagi membasuh dosa mereka terhadap komrad-komrad mereka. Oleh sebab itulah penjara-penjara di dalam negara komunis kelihatan seperti Gulag era Stalin.

Di China mereka cuba merubah keadaan penjara negara mereka bagi memperbaiki imej hak asasi manusia. Bagi menampakkan imej yang lebih progresif terhadap hal asasi manusia, banyak penjara baru dibina mengikut piawaian negara maju. Penjara moden China seperti di Provinsi Jiansu di bawah ini dilengkapi kompleks sukan dan riadah untuk banduan. Rekabentuknya juga lebih mirip sebuah kampus universiti berbanding rekabentuk penjara yang tipikal. Pembinaan penjara moden yang lebih selesa ini mendapat pelbagai reaksi dari rakyat China. Golongan tua merasakan penjenayah tidak sepatutnya diberi keselesaan. Manakala golongan muda pula percaya penjara harus lebih berperikemanusiaan dan bukannya zoo manusia.

Pendapat siapakah yang betul? Kami di Blogserius percaya penjara terbuka seperti di Norway adalah contoh sistem penjara yang harus diguna pakai. Instead of punishing, Norway prison system try to treat inmates as humans. Sungguhpun penjara mereka selesa, peratusan banduan kembali semula ke penjara kerana melakukan jenayah adalah paling rendah di dunia.

Pendekatan Norway membuktikan bahawa menghukum dengan keras tidak semestinya mampu mendidik dan seterusnya mengurangkan jenayah. Then again NORWAY ialah negara yang progresif. Di Malaysia kalau gunakan sistem yang sama orang ramai akan butthurt pasal minda masih di kepala bana yang lama...






Laporan asal ChinaSmack

Stesen Keretapi di Quebec, Kanada (foto)

Dipetik dari: Blogserius


Nice!

Ini ialah sebuah stesen keretapi yang terletak di Petite-Rivière-St-François, Quebec, Kanada. Ianya diperbuat dari kayu dan bersebelah dengan stesen ini terdapat sebuah stesen kereta kabel. Stesen keretapi Le Massif de Charlevoix ini dibina bagi memudahkan pelancong pergi melawat pergunungan Le Massif de Charlevoix. Bagi mengurangkan impak terhadap kawasan persekitaran, kayu kayan dari kawasan sekitar telah diambil untuk pembinaan. Very nice! Stesen keretapi ini simple dan kemas. Mungkin kerana ia tidak dibanjiri poster Janji Ditepati...LOLZ!!



Laporan asal ArchDaily

Tun M


Friday, 24 August 2012

Pusat Serenti di China (Foto)

Dipetik dari: Blogserius


Tempat rehab


Masalah penagihan dadah bukanlah perkara baru di China. In fact, dari dulu lagi sudah ada masalah penagihan candu yang kronik. Bagi menyelesaikan masalah kronik ini China juga mempunyai program SERENTI mereka sendiri. Di bawah ialah pusat pemulihan dadah di Kunming, Provinsi Yunnan. Di sini, para penagih dadah cuba dipulihkan melalui rawatan psikologi, terapi muzik dan aktiviti fizikal. Aku tak tahu camne rupa pusat Serenti di Malaysia tapi nampak gayanya pusat Serenti di China nampak lebih mewah. Aku paling suka gambar rawatan secara psikologi di bawah. Pakai anak patung dan mainan? Why? I dunno.......






Laporan asal Reuters

Manusia hidup bagaikan anjing di Hong Kong (foto pilu)

Dipetik (dengan sedikit pengubahsuaian) dari: Blogserius


Sadness


The life of everyday people who can't even afford a house they have to live in what are essentially kandang anjing. Di Mongkok, Hong Kong mereka yang tidak berada menyewa "sangkar anjing" sebagai tempat tinggal. Walaupun kecil, sewa sebulan untuk setiap sangkar ialah USD200. Di dalam sebuah apartment, 20 sangkar sebesar 4 x 2 1/2 kaki boleh disumbatkan dengan manusia pada satu-satu masa. Untuk memaksimakan keuntungan tuan rumah tidak menyediakan ruang dapur, menyebabkan para penyewa kandang terpaksa berbelanja lebih untuk makan di luar. Keadaan hidup yang dhaif ini amat mengejutkan kerana kotara raya Hong Kong memang terkenal dengan kemewahannya. Tahukah anda terdapat lebih banyak kedai Louis Vuitton di Hong Kong dari bandaraya Paris? Rich people wasting their money on luxury while the poor live in squalid condition.

Keadaan ini amat menginsafkan. I do sincerely hope that the world can be a better place for us and our future generations because it is really sad to see fellow human being living in such shitty conditions.





Laporan asal Daily Mail

Kopi 3 in 1

Kelmarin semasa sedang sibuk menolong mengemas rumah, saya kehabisan kopi. Waktu itu, keadaannya samalah seperti seorang perokok tegar yang resah sepanjang hari akibat belum pekena "ubat". Maka saya pun bergegas mencari bekalan di 99 SpeedMart yang ada berdekatan rumah.


Kopi Turki jenama Kurukahveci Mehmet Afendi Mamdunlari (perniagaan keluarga bermula tahun 1871)

Selang beberapa pintu dari SpeedMart itu terdapat sebuah toko jamu dan ubatan tradisional, selain pelbagai minuman alternatif berasaskan herba.

Pada fikiran saya, jika ke SpeedMart dahulu, sudah tentu saya akan terus membeli "kopi yang biasa". Makanya saya menuju ke kedai jamu dan herba itu dahulu. Manalah tahu ada produk yang lebih bagus dan lebih "kaw".

Nasib saya baik kerana memang terdapat pelbagai produk berasaskan herba terutama teh dan kopi yang dijual di kedai jamu itu. Bermacam jenama dan berbagai keluaran telah ditawarkan.

Sayangnya, tiada kopi 3 in 1 (kopi + krimer + gula). Paling sedikitpun kopi campuran 5 in 1 (kopi + gula + krimer + tongkat ali + ginseng). Rata-rata kopi berperisa yang lain ditawarkan adalah 7 in 1.

Memandangkan kopi campuran 7 in 1 ini benda pelik kepada saya, maka perlulah saya meluangkan sedikit masa membelek dan membaca "karangan" mengenai kandungan yang dimasukkan bersama kopi tersebut.

Tentulah kesemua produk tersebut disahkan Halal, keluaran Bumiputra Islam, mempunyai maklumat tarikh dikilang dan luputnya, di samping beberapa produk menunjukkan kod pengesahan oleh KKM (Kementerian Kesihatan).

Selain itu, turut dinyatakan bersekali dengan produk adalah khasiat-khasiatnya yang dijamin akan merawat bermacam penyakit, melebihi segala yang mungkin mampu ditawarkan menerusi ubatan klinikal yang lain.

Begitupun saya tidaklah begitu tertarik dengan jaminan khasiat kopi campuran 7 in 1 tersebut sebaliknya cuma ingin melihat sepintas lalu kandungan herba-herba yang dicampurkan ke dalam kopi terbabit.

Rentetan lawatan saya ke Institut Pembangunan Bio Produk UTM baru-baru ini (catatan lawatan boleh dibaca di sini: kunjungan melihat produk herba oleh IBD UTM.), mengingatkan saya sebagai penggemar kopi agar meneliti satu perkara mengenai kopi yang dicampur herba iaitu:

"lihat kandungan sama ada herba yang dicampurkan itu adalah ekstrak, ataupun sekadar campuran (habuk yang terhasil oleh proses mengisar herba)".

(NOTA: IBD tidak mengeluarkan sebarang produk kopi yang dicampur herba).

Ini kerana besar perbezaan di antara produk yang menggunakan ekstrak herba dengan campuran (habuk kisaran) herba. Baca lanjut laporan berikut: 100% ekstrak akar - myMetro.

Di antara petikan laporan tersebut (contoh pemprosesan Tongkat Ali):

ekstrak akar tongkat ali yang larut dalam air sepenuhnya dan tidak mengandungi habuk kisaran daripada batang mahupun akarnya. “Dengan penghasilan produk menerusi kaedah ekstrak yang larut dalam air dan dingin kering ini ia mempunyai kelebihannya tersendiri bagi memastikan ketulenan herba dapat dikekalkan serta kualiti sari patinya serta yang dapat menghasilkan herba ini sehalus molekul air.

Menurut pegawai di IBD juga, pengambilan kopi yang dicampur dengan herba yang dikisar, secara jangka panjang, mampu memudarat dan merosakkan fungsi buah pinggang disebabkan organ penting itu terhalang oleh "habuk-habuk kayu" yang halus yang TIDAK LARUT. Habuk-habuk tidak larut ini seterusnya berkumpul dan menghalang fungsi buah pinggang (jadi penapis yang tersumbat). Habuk ini terkandung di dalam, salah satunya, produk minuman kopi yang tidak menggunakan ekstrak herba.

google image

Justeru, suka saya ingatkan kepada para penggemar kopi di luar sana, berhati-hatilah di dalam memilih kopi herba kegemaran anda. Jangan kerana mempercayai segala jaminan khasiat yang ditawarkan sesuatu produk kopi herba itu, buah pinggang sendiri pula yang rosak.

Bagi saya, petang itu saya pulang dari 99 SpeedMart dengan membawa kopi 3 in 1 yang biasa.

Menyedihkan

Peristiwa waktu Maghrib di surau tadi benar-benar meruntum hati dan nurani saya selaku salah seorang ahli kepada kariah di situ.

"Tuan, saya mau azan (maghrib), boleh?" Seorang jemaah mengajukan soalan (lebih kepada permintaan) kepada salah seorang AJK surau.

"Awak Bangla, tak boleh azan sebab takut sebutan awak lari dan jadi salah maksud. Kalau Melayu atau Indon tu saya boleh benarkan sebab sebutan lebih kurang sama". Lebih kurang begitulah jawapan yang "Tuan" tersebut berikan.

Saya lihat raut wajah saudara Bangla yang bertanya itu jelas kecewa apabila permintaannya ditolak mentah-mentah. Tambah memilukan (memalukan kalau kena pada saya), perbualan tersebut mengambil tempat betul-betul di depan saya yang sedang duduk berhadapan sejadah Tuan Imam yang akan memimpin solat berjemaah sebentar lagi.

Tersentak saya. Sedih pun ada apabila memikirkan bagaimana mungkin seseorang itu mampu menilai kemampuan (agama) seseorang yang lain hanya kerana bangsanya, walhal sahabat itu belum-pun diuji (dengan diberikan peluang dengan sewajarnya)?

Teruk sangatkah sebutan atau makhraj serta nahu saudara seagama tetapi berbangsa Bangla itu? Saya tidak tahu. 

Atau mungkin "Tuan" itu telah terkhilaf sehingga tidak sempat memikirkan jawapan terbaik untuk diberikan buat saudara Bangla tersebut. Mungkin juga.

Walau apapun alasannya, peristiwa tersebut telah mengembalikan ingatan saya terhadap pengalaman sepanjang hidup di bumi asing, suatu ketika dahulu.

Sepanjang pengalaman saya tinggal dan beranak-pinak di bumi Oxford (sahabat di sana yang membaca entri ini mohon betulkan fakta sekiranya saya salah), komuniti Islam Bangladesh merupakan antara kelompok yang aktif menjaga dan mengembangkan syiar Islam di bumi Oxford dan UK. 

Bandar ilmu Oxford telah menjadi bukti keunggulan dan kesungguhan masyarakat Islam Bangla di dalam memastikan saudara se-Islam yang lain termasuklah orang Melayu seperti saya tidak terkontang-kanting mencari tempat untuk mempraktikkan Islam-nya di bumi asing.

Masjid Bangladesh di Cowley Road dan Bath Street Mosque ditadbir oleh komuniti Bangladeshi Oxford dan besar jasa mereka di dalam menyembangkan syiar Islam.


Justeru, maaf katalah, saya MENG-ANDAIKAN (kemungkinan sahaja) "Tuan" itu seorang yang kurang mengembara untuk melihat bagaimana perkembangan Islam berlaku di tempat orang, justeru selera beliau lebih berpaksikan "sajian tempatan".

Berdasarkan pengalaman bersolat (fardhu mahupun tarawikh) di kedua-dua masjid ini, saya dapati mutu bacaan para imam mereka adalah baik. Sekalipun lidah mereka bukanlah Arab, masih, pada penilaian saya kualiti bacaan mereka lebih baik berbanding sesetengah para Imam Melayu kita.

Bukan untuk mencetuskan kemarahan sesiapa, jauh sekali untuk menghina "Tuan" tersebut, tetapi itulah sekadar berkongsi pengalaman saya sepanjang mengembara dan tinggal di tanah Barat, yang indahnya kerangka Islam itu jelas kelihatan setelah dicorakkan oleh pelbagai kaum Muslimin dari pelbagai negara.

Saya berdoa agar insiden tadi tidak akan berulang. Ini kerana saya tidak mahu menyibukkan diri. Memalukan imej Islam sahaja kalau itulah cara kita menilai (kualiti) orang. 

Sepatutnya sebagai orang lama, AJK pula tu, kita dianjurkan agar bermanis muka dan mengalu-alukan kesudian dan kerelaan saudara se-Islam. Bagi peluang untuk dia buktikan, dan barulah kita nilaikan. 

Bagi seorang buruh kasar (Bangla itu) yang boleh istiqamah ke surau setiap malam bagi saya itu sudah cukup baik, andai nak dibandingkan dengan ramai lagi orang Melayu kita yang selesa bersolat di rumah masing-masing. 

Moga Allah Taala granted satu peluang buat sahabat Bangla itu untuk melaungkan azan di surau itu, suatu hari nanti.

Thursday, 23 August 2012

Ada wang, ada amoi - di China (foto)

Dipetik dari: Blogserius


Untunglah Kaya...

Di China terdapat ramai taikun kaya yang terlalu sibuk bisnes hingga tak sempat nak dating dan akibatnya terpaksa membeli bini. Terkini 11 orang hartawan berstatus billionaire menawarkan ganjaran Yuan 50,000 kepadaa agensi cari jodoh sekiranya berjaya menemukan isteri yang sesuai buat mereka. Tidak mengejutkan, tawaran ini menyebabkan lebih 2,000 wanita berpusu-pusu untuk mencuba nasib menjadi calon isteri kepada billionaires ini. Wanita yang menawarkan diri mereka datang bukan sahaja dari China malahan ada yang sanggup datang dari Singapura dan Australia. Daripada 2,000 yang memohon hanya 320 orang diminta menghadiri sesi temu bual bagi mengecilkan selection pool kepada hanya 28 orang. Mereka ditemurah di Guangzhou bagi memastikan:

1) Mereka tidak pernah menjalani pembedahan plastik. Seorang doktor akan memeriksa tubuh mereka bagi memastikan mereka ori.

2) Sesi temu-ramah berkenaan tahap pendidikan dan pemahaman seni. Billionaire mahukan waifu yang ada status dan bukan bimbo semata-mata.

3) Ujian psikologi.. bagi memastikan calon bini tidak mental.

4) Pemeriksaan bintang Astrologi - Kerana billionaire superstitious dan mahukan waifu yang sesuai dengan bintang zodiak mereka.

5) Saringan akhir di mana calon waifu dipasangkan dengan salah seorang dari 11 billionaire.

Oh! dan paling best billionaire ini semua mahukan bakal bini yang masih dara. Oh noes.....

Inilah dunia moden. Lelaki yang terlalu bekerja keras sampai bini dibeli macam membeli gajet di kedai Seng Hup. Tak sangka ada juga wanita yang sanggup menawarkan diri mereka untuk dibeli sebegini. Well inilah kelebihan lelaki berduit. Bak kata forum Low Yat. "Ada Wang Ada Amoi"




Laporan asal ChinaSmack