Sunday, 18 April 2010

PRK: Melebarkan Perpecahan Melayu?

1) Ini hanyalah pandangan peribadi saya, setelah membaca, melihat foto, video dan pelbagai jenaka.

2) Pokok pangkal cerita dan pengajarannya adalah sama, iaitu setiap kali berlangsungnya pilihanraya.

3) Lihatlah pelbagai gelagat pemimpin Melayu dan penyokong Melayu di sana. Jika gelagatnya tidak sama, mungkin bertambah parah pula adanya.

4) Implikasinya? Calon yang disokong dan menang, akan tetap menang (tidak kira bangsa apa). Tetapi para pemimpin dan penyokong Melayu yang bagai nak tercabut anak tekak berceramah dan berkempen, semakin lama semakin berpecah-belah pula.

5) Sudahlah sebelum adanya PRK pun orang Melayu sukar berpadu dan bermuafakat sesama mereka. Kini jiran benci jiran, malah ada yang tidak mengaku saudara.

6) Hendak dibicarakan tentang 1Malaysia? Buang masa sahaja. Bicara 1Melayu pun tidak nampak ke mana. Maaf kata, tapi inilah senario semasa.

7) Hulu Selangor pula kini jadi topik hangat yang semua orang dok kata. Dalam blog, akhbar semua dok bercerita.

8) Dulu ada kata, kita tak serang calon (peribadi) mana-mana. Kini, janji ke mana, yang nyata londeh-melondeh dah ada di sini-sana.

9) Orang Melayu, baik makcik tua, baik bebudak muda, ke hulu ke hilir dok junjung bendera. Waktu solat berlalu begitu sahaja. Macam tiada apa-apa.

10) Semangat Melayu tu semangatlah juga. Tapi kalau nak Syurga, dengan Melayu sahaja tidaklah kemana.

11) Sebelum PRK kita dengar lantangnya Perkasa. Pejuang bangsa, pejuang agama. Menuntut yang hak untuk anak bangsa.

12) Kini di Hulu Selangor, sokong bukan calon sebangsa.

13) Melayu sama Melayu berperang sebab nak menang pilihanraya. Rela tak pulang semua berkampung di sana.

14) Soalnya pula, Soi Lek dan MCA-nya di mana? Kit Siang dan DAP-nya pun jarang jumpa. Baik jadi macam orang Cina. Suara tak serak, tangan tak kotor tapi poket penuh juga.

15) MIC, Samy dan Palanivel pun seronok memerhati pelbagai gelagat dan gaya. "Untung aku orang lama", pusing mana-mana MIC akan dapat tempat juga esok-lusa.

16) Inilah orang Melayu kita. Baik yang kiri mahupun yang kanan macam sama sahaja. Kata P. Ramlee dua kali lima. Bercakap nak membela, tapi sendiri yang bubuh tuba.

17) Akhirnya....baik juga jadi orang India dan Cina. Lawan-lawanlah juga. Tapi bab untung janganlah buat-buat lupa.

18) Sekianlah adanya.

Terkenang daku

Oleh:
Mawaddah
Headington, Oxford

Pabila duduk saja-saja dan mengemaskini telefon bimbit (membuang pesanan-pesanan yang tidak perlu, etc.), terlihat foto-foto 'lama' yang telah bersarang di dalam telefon ini.

Daripada terperam begitu saja, eloklah juga rasanya dikongsi bersama. Harapnya pakcik dan makcik yang berminat, kelak boleh 'save as' foto-foto mereka sebagai kenang-kenangan.

Emmm...nak mula dengan cerita apa ye?

Cerita KAMPUNG. Lahir-lahir sahaja saya dah ada 7 pakcik (6 orang belah ayah dan seorang belah ibu).

Sebagai anak saudara sulung kedua-dua belah keluarga, makanya saya mendapat perhatian yang baik daripada pakcik dan makcik.

Semasa meronda di belakang rumah Tok - lokasi memancing dan ber'bubu' saban tahun

Kedua-dua pakcik saya ni akan berumahtangga bulan 6 ini, insyaAllah

Yang 2 lagi tu masih belajar

Paksu 'busuk' tak suka mandi...tengok rambut dia

Jangan tergesa (don't rush), cerita belum habis lagi...

Semasa pulang ke tanah air, kami sekeluarga turut meluangkan masa bercuti ke Cameron Highland bersama Atok dan Nenek.

Semasa di sana, ayah dan ibu 'balun' durian tak ingat punye...maklumlah lepas gian.

Berdekatan dengan hotel (equatorial) tempat kami menginap, ada taman rama-rama dan serangga.

Ada bermacam spesis rama-rama 'terkurung' di sini

Kita tengok dekat lagi

Eh, ini bukan rama-rama...

Aktiviti bersama di lobi hotel - main foosball

Kumpulan inilah yang paling 'happening' kat lobi tu

Sayangnya PakNgah Izad tak dapat ikut sekali

Saya pula hanya berikan arahan (dari atas dokong)

Baiklah, sekadar itu sahaja yang dapat saya kisahkan pada posting kali ini. Mungkin jika rajin lagi selongkar foto-foto lama pada telefon ayah, akan ada lagi sambungannya.

Saya nak rehat, a.k.a tidur dulu. Wassalam...

Kroh....kroh....zzzz...aaaa....

Berhujung minggu

Pejam-celik-pejam-celik, berlalulah satu lagi minggu di dalam kehidupan saya.

Alhamdulillah, disebalik kegusaran ramai terhadap letusan gunung berapi di Iceland 3-4 hari lepas yang dijangkakan boleh berterusan hingga berbulan lagi, cuaca hujung minggu ini nampaknya cerah, panas dan indah sekali.

Seperti biasa, hari yang indah jangan disia-siakan dengan tidur, makan hot dog dan menonton F1 semata. Luas lagi alam ini untuk kita teroka dan bermacam benda boleh dibuat dan dipelajari.

Sebagaimana lazim jugalah apabila tibanya hujung minggu buat saya dan ayah-ibu, kami akan meluangkan masa dengan kerja-kerja 'belakang rumah'.

Bunga-bungaan berkembang di merata tempat

Ada yang rendah, ada yang tinggi, cantik belaka

Tak sabar saya nak keluar rumah

Nak kena tukar 'uniform' dulu...

Haha...inilah kepandaian terbaru saya

Menolak kereta sorong yang ayah belikan untuk saya berkebun

Eh, alamak! Tergelincir pulak...

Vrom.....vrommm...

Herbs yang disemai berminggu yang lalu mulai membesar

Yang ini pun sama...

Jam 11.00 pagi tadi kami ke Ferry Sport Centre kerana ayah sudah tempah gelanggang badminton.

Berbaloilah meluangkan masa bersukan sedikit. Keluar peluh dan dapat juga buang toksin yang tidak diperlukan tubuh.

Bukan main nak menang, sekadar bersama keluarga. Semua yang ada di dewan besar tu pun bersama keluarga.

(nota: patutnya Kelab UMNOxford dapat buat aktiviti seperti ini - main badminton hujung minggu. Bukan susah mana pun, reket boleh disewa. Nak tempah dewan pun ada 4 orang boleh tolong. Satu kepala GBP 3/jam. Kalau kelab tidak berduit, rasanya boleh keluar duit sendiri. Kalau boleh berbelanja di carboot, takkan nak berkira keluar duit untuk berhujung minggu bersama jiran sekampung...)

SABTU: semalam ayah bawak pakcik Ruslan ke carboot di bicester. Tunjuk jalan dan kenal-kenal tempat supaya jika berkelapangan lain kali, dah tahu tempat yang elok dituju.

Cuaca semalam juga indah. Ramailah orang berdatang. Kami juga ada memborong beberapa lukisan (oil on canvas) terutama untuk dihadiahkan kepada ayah sempena pindah rumah baru.

Banyak lukisan yang cantik (tapi banyak pemandangan UK dan negara Mediterranean).

Apapun, jika nak dibanding kualiti dengan harga, kata orang tua-tua "alah membeli, menang memakai".

Jumpa lagi!

Saturday, 17 April 2010

Suatu penghinaan

Nyata sekali orang buat ini berniat jahat.


Sumber foto dipetik di sini

Friday, 16 April 2010

Petikan minggu ini

"Apa yang dapat diperhatikan di Madinah dan Mekah, misalnya sekarang di Mekah orang datang puluhan ribu, bertukar ganti (bertali-arus), tidak ada yang paksa pun untuk datang, tetapi punca semua orang itu datang ialah kerana mereka ingatkan Padang Mahsyar. Di sana kelak mereka dihidupkan semula, mereka akan hadapi mahkamah Allah dan mereka akan berdepan dengan Syurga atau Neraka. Maka, inilah daya tarikan sebenar umat Islam untuk datang sangat ke tanah suci."

Nik Abdul Aziz Nik Mat - sumber
1 Jamadilawal 1431 / 15 April 2009
Mekah

Thursday, 15 April 2010

HOPE and FEAR

"Choose hope over fear" - kata kata penutup oleh David Cameron, salah seorang calon bagi merebut kerusi Perdana Menteri UK pada pilihanraya umum 6 Mei 2010 ini.

Sebentar tadi baru selesai program debat "TV Election Debate" (pusingan pertama) - di Manchester, juga program julung kali dibuat seumpanya di televisyen UK.

Foto (sumber)

Sepanjang debat (selama 1 jam 30 minit) tadi dapat dilihat bagaimana pembangkang (Conservatif dan Liberal Demokrat) memasarkan 'harapan/hope' buat rakyat British, dan di masa yang sama menggesa pengundi menolak/memikir semula segala macam 'ugutan/fear' yang dibuat parti Labour yang telah selama 13 tahun memegang kuasa.

Sekarang semua orang (termasuklah ketiga-tiga orang lapar kuasa ini) bercakap mengenai 'perubahan/change'. Perubahan yang akan membawa Britian ke arah yang 'lebih adil/fairer'.

Isu imigran, jenayah dan tingkah laku anti-sosial, pengurusan pencen dan khidmat sosial, NHS dan defisit menjadi topik yang hangat diperbincang, diperdebat dan cuba dijawab oleh ketiga-tiga mereka (yang lapar kuasa ini).

Apapun situasinya, kurang sebulan dari sekarang para pengundilah yang menjadi 'tuan' sebenar dan memilih siapa yang akan menjadi PM baru UK.

Buruh yang telah lama memerintah pastinya mahu terus kekal dan diberikan kepercayaan oleh rakyat.

Pelbagai polisi kononnya telah dirangka sepanjang 13 tempoh pemerintahan, dan kini baru hendak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh. Ini telah menimbulkan kecaman oleh parti lawan.

--------------------
(DOSA parti Labour/Buruh yang paling besar pada saya (jika tanya saya) adalah semasa krisis kewangan/perbankan yang hampir memufliskan Britian tidak lama dahulu. Berapa banyak wang rakyat hangus untuk 'bail out' bank yang tidak pandai berniaga seperti Royal Bank of Scotland, krisis Iceland - macam mana ni. Bank pegang duit, tapi tidak pandai berniaga. Pelaburan rugi di sini-sana. Apabila rugi rakyat kena tanggung. CEO bank dapat bonus berjuta. Ada yang diberhentikan turut dapat pampasan yang tinggi jumlahnya...)
--------------------

Di pihak pembangkang pula, nampak masih tidak begitu kukuh dari segi menawarkan polisi yang mampu menandingi janji Buruh. Banyak tawaran masih bersifat gula-gula. Rasa manis, tapi lama-lama boleh dapat diabetis pula.

Apapun, debat ini belum tamat, malah baru sahaja bermula. Masih ada 2 pusingan lagi dan pasti ianya akan semakin menarik, hangat dan tengoklah siapa yang mampu mengekalkan momentum hingga ke garisan penamat.

Saya sememangnya berminat nak tengok dan perhati bagaimana 'orang putih' di negara maju seperti UK ini berpolitik.

Bukan nak banding dengan politik Malaysia, tetapi jika ada benda-benda yang positif yang dapat dipelajari dari sini (UK), tidaklah salah rasanya, malah berguna mungkin di kemudian hari.

Wassalam.

Wednesday, 14 April 2010

Penangan Palanivel

Ribut dalam belanga?

Bahagian PR telah selesai. Zaid Ibrahim secara sah dan rasminya dicalonkan sebagai wakil PR-PKR untuk kerusi P94 Hulu Selangor pada PRK, 25 April ini.

Semua mata kini terarah kepada kem BN pula dengan situasi di dalam MIC sedikit 'panas' dengan dijangka akan lebih banyak aksi yang seumpama babak dalam drama bakal disaksikan.

Bagi yang sudi membaca apa yang sedang hangat mengenai bakal calon MIC dari sumber alternatif (Malaysiakini) sila klik tajuk-tajuk berita di bawah:

1) MIC threatens to sack Mugilan (klik)
2) Hulu S'gor MIC branches issue 'final' ultimatum (klik)
3) S'gor MIC demands that BN picks Palanivel (klik)

Nampaknya semua tajuk berita bersifat negatif, malah mungkin laporannya juga bersifat berat sebelah. Tapi tipikal-lah media Malaysia, ada ke akhbar yang betul-betul telus? (sekadar bertanya...)

Yang saya yakin, dalam dunia hari ini tiada lagi istilah "jika tiada angin, masakan pokok bergoyang".

Sekarang ini, ada angin ke, tiada angin ke, atau hanya sekadar 'khabar angin' ke, semuanya bergoyang.

Bertiup ke sebelah sana, melambai-lambai isu APCO, bertiup sebelah sini bergema pula isu pengkhianat bangsa.

Sekarang orang ramai tidak perlu bersusah-payah nak cari berita, tunggu saje angin yang lalu.

Namun, sedikit berbeza pula dengan situasi dalaman MIC terutama dalam isu memuktamadkan calon mereka untuk berentap di Hulu Selangor ini.

Apa tidaknya? Angin perubahan yang dicanangkan PM melalui agenda 1Malaysia beliau, kini nampaknya bertukar menjadi ribut dalam belanga untuk BN-MIC sendiri di Hulu Selangor.

Siapa untung?

PR untung? Mengapa pula PR yang untung? Zaid Ibrahim bukannya anak jati/tempatan Hulu Selangor. Usahkan Hulu Selangor, negeri Selangor pun bukan. Zaid orang Kelantan.

Kriteria 'anak tempatan' sudah tiada pada Zaid.

Ramai (kononnya) di peringkat akar umbi ('masyarakat di situ') mahukan orang muda, bak kata Encik KJ kita (rujuk - sini dan sini).

Pokoknya, mahukah S. Velly dan orang besar MIC melapangkan telinga mendengar 'khabar-khabar angin' ini?

Sekali lagi kriteria 'orang muda' tiada pada si Zaid.

Tapi kalau tanya pada saya, jawabnya pengundi yang telah 4 penggal memberi undi kepada Palanivel, kini inginkan 'muka baru'.

Tidak kiralah 'muka tua' atau 'muka muda', janji 'muka baru'.

Tetapi al-kisahnya sekarang, mengapa sukar bagi MIC menampilkan 'muka baru'? Sudah ketandusan barisan pemimpin baru ke MIC? (Ini Tok Samy kena ulas lah).

Nak nilai calon @ nak nilai parti?

Semasa Pak Isa Samad (oh, by the way selamat pengantin baru Pak Isa) bertanding di Bagan Pinang, pimpinan UMNO-BN heboh meyakinkan para pengundi dan rakyat jelata bahawa pilihlah parti.

Ini kerana siapa calon pun yang dipilih parti, adalah 'pekerja' parti.

Sebabnya, kalau nak dikira 'track record' Pak Isa, senak jugalah nak yakinkan para pengundi kat sana.

Justeru, apa masalahnya dengan MIC? Mugilan hanya 'pekerja' bagi parti, bukan parti yang bekerja untuk dia.

Jika UMNO-BN masih berkira-kira untuk menyerang Zaid dari 'luar dan dalam', samalah juga menelan ludah sendiri, yang membela Pak Isa sebelum ini.

Biarpun terdapat 'sisi gelap' Zaid yang tidak menyenangkan, saya 'masih' menilai beliau sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip.

"Saya tidak letih. Saya hanya kecewa" (sumber). Kerana tidak dapat menerima tindakan PM Tun Pak Lah dalam hal undang-undang (ISA), beliau bertegas untuk meletak jawatan (sumber).

Siapa lagi menteri yang letak jawatan (kecuali Soi Lek la) dan jika ingin lebih spesifik, ada atau tidak Pak Menteri Melayu berbuat sedemikian?

Apapun, dari segi peribadi dan akhlak, saya kena akui yang Zaid juga ada "handicap" (something that makes doing something more difficult: a disadvantages: kelemahan/kekurangan - New Oxford Dictionary 2006) - mengikut yang saya tahu, yang saya dengar dan yang saya baca. Jika masih berminat nak tahu lebih lanjut, taip sahaja di Google atau cari di mana-mana blog anti-PR.

Persoalannya kelak, bagaimana jika kedua-dua calon yang diketengahkan itu 'handicap'?

Hahaaa....mahu pilih calon ke, mahu pilih parti?

Keluarlah mengundi

Untuk pastikan sistem demokrasi terus berfungsi, rakyat perlu diberi kesedaran agar mengundi.

Bukan sekadar mendaftar sebagai ahli parti politik (sebab nak rebut/rembat/rompak projek), tetapi kena mengundi juga.

Jangan jadi seperti di sini (UK), jika angka yang keluar mengundi mencecah 30% pun sudah dikira cukup tinggi.

Akhirnya, sesiapa jua calon yang menang, sebenarnya dia hanya diundi 30% daripada populasi kawasan yang ditandinginya.

Daripada jumlah 30% itu pula, bukan semua mengundi beliau. Mungkin 12% undi lawan dia. Jadinya dia hanya mendapat 17% undi, a.k.a sokongan masyarakat.

Bayangkan jika PM hanya mendapat 17% sokongan pengundi di Pekan. Mesti senak, kan?

Senak-senak PM pun, tidaklah sesenak Palanivel dan Samy sekarang ni.......Huhuuuu....

Bukan sengaja bang, saya panik je...

Learner flips car on roof

Learner driver Krisztina Jaksa ended her second driving lesson by crawling out of an upside down car.

The bizarre accident happened in Headington, near Oxford, when the 24-year-old was crossing a junction.

The BSM Fiat 500 she was driving hit a gatepost then flipped onto its roof, smashing the side windows and windscreen. When local resident Ross Dunne heard a crash he rushed to the scene and helped Ms Jaksa out of the car; the instructor was already getting himself out.

Both Ms Jaksa and her instructor emerged relatively unscathed. According to witnesses, Ms Jaksa said that the steering locked and, panicking, she hit the accelerator hard.

There is no indication that a mechanical fault contributed to the accident in any way.

An ambulance arrived shortly afterwards and police closed the road briefly, but both the driver and instructor were treated only for minor cuts.

BSM Communications Manager Paul Shepherd said that the company had "spoken to the learner driver who is fine and is already hoping to book her next lesson with us soon."

Source: click

------------------

Nota kaki:

Kejadian di atas tu berlaku di 'kampung' tempat saya tinggal sekarang (Headington). Kesian, mesti trauma budak tu. Mujurlah 'speed limit' kat jalan utama Oxford-Headington tu 20 mph (kena bawak kereta slow macam kura-kura).

Kat UK ni kita boleh pilih kereta transmisi automatik atau manual untuk diuji bagi mendapatkan lesen memandu.

Tidak sebagaimana di Malaysia. Semua orang kena bantai pakai kereta kancil manual. Kereta 'belajar' terasa macam nak tertanggal semua - pintu, tayar, gear, brek, etc.

Kereta nak pakai masa 'test lesen' bersinar macam baru.

Masa test, mulalah gelabah sebab brek 'kereta baru ni, tekan sikit dan 'makan habis'. Kereta lama brek kena 2, 3 kali dan dah dekat nak sondol bontot kereta kat depan, baru nak 'makan'.

'Kereta test' punyelah mantap. Tekan minyak sikit dah berdesup. Kereta masa belajar 'tiada istilah pick-up' pun. Macam kura-kura.

Waktu ujian naik-turun bukit tu memang best. Tengok semua 'orang baru' tekan minyak bukan saja macam nak masuk F1, tapi sampai berkepul-kepul keluar asap.

Memang dahsyat. Tapi pedulilah. Apa nak kira, janji lulus ujian dan dapat lesen.

Macam-macam...

Monday, 12 April 2010

Berita Dari Kampung: Sudahlah hidup miskin, belajar malas pula...

Bukan senang

Awal pagi tadi (sebelum subuh lagi) saya menerima panggilan telefon dari Ayoh.

Kali pertama Ayoh menelefon saya dalam tempoh beberapa (banyak) tahun kebelakangan ini. Entah, tidak dapat saya ingat bilakah kali terakhir Ayoh menalefon saya.

Justeru, bukan senang untuk menerima panggilan dari Ayoh. Adik-adik yang lain pun pastinya sedia maklum.

Tetapi dalam kes saya, mungkin dia tahu yang saya selamat dan sejahtera setelah berumahtangga ini.

Dalam keadaan separa jaga saya bertutur dengan Ayoh. Biasalah, ada 'lag' sikit, makanya dia bercakap, saya pun turut bercakap sama.

Lepas tu dua-dua bertanya soalan, lepas tu dua-dua senyap sebab menunggu siapa yang akan menjawab dahulu...Huhu.

Katanya Mok suruh saya telefon semula sebab ada benda yang ingin 'dikirimkan'.

Apabila tak pandai pilih kawan

Balik kerja pukul 8 tadi, menalefonlah saya akan Mok. Rupanya dia teringat yang dua orang adik ipar akan ke Oxford pertengahan bulan hadapan.

Ditanyalah saya jika ada pesanan dari kampung yang ingin dikirimkan kelak.

Tipikal orang Terengganulah, keropok keping dan ikan pari kering (ikan pari yang dijadikan ikan kering). Memang meleleh air liurlah jawabnya.

Selain bersembang kosong, bertanyalah saya akan keadaan kesihatan saudara-mara di kampung. Ada pakcik yang sakit jantung, tetapi Alhamdulillah makin pulih.

Apa lagi perkembangan dari kampung? - tanya saya.

"Ada tu ha budak yang tidak mahu bersekolah. Itulah padahnya apabila terlalu sayang (buta-tuli) pada anak, dibelikan motosikal, budak tu pulak semakin panjanglah langkah dia".

"Yang terbaru, dah tak nak sekolah. Rasanya baru tingkatan 4. Sekarang duduk merambu ke hulu ke hilir dengan motor macam orang tiada tujuan hidup. Lapar karang balik minta nasik kat mak dia".

Ini kisah benar yang berlaku dekat dengan rumah mok. Apakan daya, kesian juga melihatkan mak ayah dia. Mula-mula pujuk...tak makan pujuk. Lepas tu cikgu datang bertanya khabar....buat keras kepala. Jumpa tok bomoh (haha?), tok bomoh memang penipu je.

Sekarang duduk berkawan dengan pelesit-pelesit kampung yang 'gong', tapi apabila lapar balik minta nasi ngan mak depa juga. Bodoh tapi kelakar.

Apakah mahu susah dan miskin lagi?

Bagi generasi yang seusia dengan Ayoh, agaknya sudah terlewat untuk kembali ke sekolah dan belajar dan mengejar cita-cita yang tidak kesampaian - orang dulu-dulu ramai bercita-cita nak jadi bomba, polis, askar dan cikgu.

Tetapi apa kejadahnya dengan bebudak muda sekarang ni? Hendak bersekolah bukannya kena bekerja kumpul duit sendiri. Mak ayah masih mampu untuk tanggung.

Hidup di kampung pun susah. Ditambah pula tiada pelajaran, bertambahlah susah (ini susah yang dicari).

Kesihan melihat orang tua, dan adik-adik yang berderet kat belakang dia. Ada abang pun bukan boleh dibuat contoh.

Apabila Mok tegur, dijawabnya "tak belajar tinggi pun boleh hidup juga. Kerja @ membanting tulang pun boleh kumpul duit juga". Inilah mentaliti bodoh yang susah nak diajar.

Akhirnya Mok diam saja. Kalau tak fikir perasaan dan hati kedua-dua orang tuanya, mau saja dikerjakan budak tu.

'Kuasa' ilmu

"Kita nasihat sebab kita sayang. Tengok orang yang tinggal dekat dengan kita, yang kita bagi makan dan tumpang tidur masa kecil-kecil dulu, yang datang mengaji dengan Ayoh, berubah jadi macam ini".

"Kita nak malu pun benda dah jadi (tinggal persekolahan). Kita tumpang sedih jelah".

Saya pun terasa panas telinga juga setiap kali Mok mengadu, (mujur aku tinggal jauh.) Dulu masa saya pulang sekejap pun budak tu langsung dah tak melintas depan rumah. Segan ke, takut ke, entahla.

Semasa kecil kami adik-beradik sentiasa diingatkan untuk baiki hidup, hanyalah dengan menjadi orang yang berilmu - tidak kiralah apa jua lapangan ilmu yang dipelajari.

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi dan berkat doa orang tua (di samping sedikit ikhtiar), kami adik-beradik merasa juga alam menara gading.

Ilmu yang bermanfaat ibarat pokok rendang, yang memberi teduhan kepada orang lain.

Contoh terdekat: Adik yang bekerja di UMT (perikanan), menggunakan ilmu yang dia belajar untuk buat projek ternakan ikan keli dan talapia di kampung.

Kalau ada ilmu dan ada kehendak, bukan susah manapun. Dapatlah juga menambah pendapatan, di samping ilmu yang dipelajari tidak hilang, malah makin berkembang pula (setelah teori menjadi praktis).

Malah dia kini banyak membantu orang kampung yang lain dalam urusan ikan ini. Good for you.

Jangan hanyut

Apa lagi yang boleh disandarkan.

Harapan saya - selalu saya cakap pada Mok, jika dia tidak ingin belajar pun, janganlah rosakkan diri sendiri, masa depan dan jangan diguris hati orang tua.

Susah payah membesarkan dia, belum tentu dapat ditebus dengan wang berjuta.

Selalu juga Mok 'busy body' - jaga tepi kain orang, tetapi dengan niat yang baik. Ditanya pada mak dia betul ke anak dia ke rumah nenek dia? Bukannya berkampung di ciber cafe kat kepala simpang ke Felda Bukit Bading tu?

Bukan apa, nak elakkan budak muda ni daripada hanyut, dan kelak akan terpalit dengan benda-benda yang negatif (minta dijauhkan).

-------------------->>>

Hidup di kampung pun macam-macam juga....

Sunday, 11 April 2010

Hulu Selangor

Milik siapakah PRK ini?

Pilihanraya Kecil (PRK) Hulu Selangor yang akan mengambil tempat pada 25 April ini bakal menjadi kayu pengukur (yang penting) bukan sahaja kepada calon yang bertanding, malah kepada kedua-dua pihak (BN dan PR).

Hulu Selangor adalah medan terbaru selepas T.S. Isa Samad memulakan fasa (baru) kemenangan BN dengan memenangi kerusi Bagan Pinang di dalam PRK Oktober 2009 yang lalu.

Ini kerana fasa sebelum Bagan Pinang dianggap sebagai fasa PR dengan kali terakhir mereka telah memenangai PRK Permatang Pasir melalui wakil PAS, Mohd. Salleh Man pada Ogos 2009.

Bagi mendapatkan gambaran lanjut, yang juga pendapat di dalam ruang perbincangan secara lebih 'neutral', saya sarankan para pembaca meneliti artikel yang dinukilkan oleh Saudara Wan Nik sebagaimana di bawah.

Sumber artikel ini juga turut dinyatakan.

=============================

SUMBER: Sini

Oleh: Wan Nik Wan Yussof

Barisan Nasional (BN) telah menetapkan calon dari parti India (MIC) bakal bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor bermula 17-25 April nanti. Demikianlah jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib selaku Pengerusi BN.

Jaminan itu dianggap selari dengan tradisi kuota kerusi yang bakal meneruskan cabaran di bahagian pilihan raya campuran yang majoriti pengundi Melayu mewakili Barisan Nasional (BN). Ia adalah suatu keputusan yang diumumkan Mohd Najib pada Konvensyen BN Selangor di Shah Alam, 7 April lalu. Ia satu konvensyen BN yang dianggap sebagai konvensyen Umno oleh komponen BN sendiri berikutan dominasi Umno sepanjang penganjurannya.

Sudah pasti ia mengecewakan Datuk Ramli Abd Rahman, bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor merupakan orang kuat Tan Sri Muhammad Mohd Taib, mantan Menteri Besar Selangor. Ini kerana Ramli (dalam mStar.com, 3 April) pernah membuat kenyataan media yang meminta supaya kerusi parlimen Hulu Selangor dikembalikan ke pangkuan Umno selepas hampir 51 tahun 'diserahkan' kepada MCA dan MIC. Mungkin pendirian Ramli itu selari dengan kehendak 53 peratus pengundi Melayu di parlimen pedalaman negeri Selangor itu.

Bagi BN, kata putus kuota calon parlimen Hulu Selangor adalah kepada parti MIC dilihat sebagai penyelamat maruah MIC khususnya Presiden MIC, Samy Vellu. Ini kerana Samy sejak awal lagi menegaskan calon dari parti MIC akan bertanding mewakili BN. Sebagaimana lapor MyKMU.net (5 April), Presiden MIC, Datu Seri Samy Vellu tetap mahukan timbalan beliau, Datuk G Palanievel bertanding di situ.

Ekoran keputusan Presiden BN menetapkan calon parti MIC sebagai calon, Umno Bahagian Hulu Selangor dilihat patuh. Kenyataannya, Umno Hulu Selangor (seperti dilapor Malaysiakini.com, 9 April) telah menamakan Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V. Mugilan sebagai calon mewakil BN. Sikap itu boleh dianggap sebagai membantu Presiden MIC dalam mengenal pasti calon yang terbaik sekiranya Presiden MIC tidak memilih Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel.

Pun begitu, tindakan Umno Hulu Selangor itu adalah membuktikan strategi bersetuju menjadi pilihan secara terpaksa kerana realiti politik di paras bawahan (terutama pemimpin Umno cawangan) dilihat kecewa dan terpaksa bersetuju. Apa pun, mesej penting dari Umno Hulu Selangor itu ialah mereka boleh bersetuju sesiapa sahaja menjadi calon, tetapi terpampang sikap tidak bersetuju terhadap Datuk G. Palanivel sebagai calon. Jelasnya, mereka mahukan perubahan yang menjurus kepada calon yang lebih muda dan kalangan pemimpin lokal. Mungkin Umno di Hulu Selangor telah serik dengan perkhimatan Palanivel yang sudah empat penggal (1990-2004) mewakili mereka.

Maka, pemerhati politik melihat penentuan calon BN di Hulu Selangor bertaraf rumit dan mungkin mendatangkan masalah. Justeru itu, pandangan ahli politik vateren Umno, Datuk Abdullah Ahmad (dalam kolum Sinar Harian, 11 April) boleh dipertimbangkan. Menurut Abdullah, “kalaulah saya berpengaruh, saya akan menggesa Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk melihat jauh ke depan: mencalonkan seorang muda yang berpotensi, muka baru yang belum ada ‘kudis’ lagi walaupun belum teruji…”

Mungkin Abdullah berpandangan begitu kerana melihat Palanivel sebelum ini gagal memikul amanah rakyat sehingga parlimen Hulu Selangor terkenal dengan beberapa isu keterbelakang dari segi pembangunan. Kesannya, di ketiga-tiga bahagian dewan negeri adalahcpaling sarat dengan projek perumahan terbengkalai, peneroka Felda terabai dan ramainya golongan belia tidak berpekerjaan serta permasalahan parit dan banjir. Di samping tinjauan dibuat (The Sun, 12 April) juga mendapati kuil Hindu Sri Sithi Vinayagar yang terbengkalai sejak 2007 dan tiadanya pusat beli belah bertaraf hypermarket.

Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, calon yang bakal dipilih adalah dari parti KeADILan. Ia sesuai dengan prinsip pematuhan kepada kuota parti bertanding yang dicapai ketika pilihan raya umum 2008 lalu. Namun, melihat kepada senario pilihan raya kecil Bagan Pinang pada Oktober 2009 lalu, Pakatan Rakyat perlu cermat dan mengambil kira kehendak pengundi tempatan. Ini kerana kemerosotan besar undi ketika itu disebabkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat tidak selari dengan aspirasi setempat berbanding Barisan Nasional yang mencalonkan Tan Sri Isa Samad, tokoh yang dianggap rapat dengan rakyat. Apakah KeADILan akan mengambil model Bagan Pinang atau Permatang Pauh untuk menampilkan calon?

Apapun, isu calon hendaklah dilihat sebagai sebahagian daripada factor kemenangan. Bagi KeADILan dan Umno isu calon pasti dilihat sebagai faktor pertama untuk meraih sokongan oengundi Hulu Selangor. Meskipun di sana sarat dengan isu dan permasalahan rakyat yang perlu diurus, tetapi petanda kepada berkeupayaan atau tidak untuk menang ada kaitan erat dengan siapa calon yang bakal dipilih nanti. Apabila calonnya tepat pada hemat parti dan rakyat, sudah pasti ia akan mempengaruhi mood dan rentak kempen dan pengundian.

Segala-galanya akan terjawab nanti. Sekiraya tiada apa-apa halangan bagi Pakatan Rakyat akan mengumumkan calonnya pada 13 April dan Barisan Nasional 15 April. Kedua-duanya akan pasti sebaik selesainya proses pencalonan bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor pada jam 11 pagi, 17 April nanti.

==============