Tuesday 20 August 2013

LARAKI MOTORS EPITOME : KERETA 1750 KUASA KUDA (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Vroom!

Epitome ialah konsep kenderaan berprestasi tinggi pertama dari Laraki Motors. Laraki Motors dimiliki oleh Abdussalam Laraki, seorang pereka kapal layar mewah yang berasal dari Maghribi. Beliau mahu mengembangkan sayap perniagaan beliau dengan mereka kenderaan pula. Epitome diperbuat daripada gentian karbon dan diperkasakan enjin V8 7 Liter dengan 1750 kuasa kuda. Keunikan Epitome ialah ia dilengkapi dua tangki minyak. Satu tangki untuk minyak petrol biasa manakala sebuah lagi untuk minyak dengan tahap Oktana yang lebih tinggi. Jika pemilik Epitome mahu memecut dengan lebih laju dia boleh menukar sumber minyak dengan menekan sebuah butang. Harga sebuah Epitome adalah USD 2 Juta  (RM 6.6 Juta) sebuah. Sila kumpul duit.



Laporan asal Autoblog

No comments: