Disumberkan oleh: Blogserius
Rumah Dalam Taman
Di Jepun rumah yang besar ialah suatu kemewahan yang tidak mampu dimiliki ramai rakyatnya. Rumah yang dimiliki biasanya kecil dan agak klaustrofobik. Ryue Nishizawa ialah seorang jurubina yang berasal dari Tokyo. Rumah lima tingkat berkonsepkan taman beliau di Tokyo seperti ditunjukkan di bawah ialah jawapan beliau kepada masalah rumah di ibu negara Jepun.
Rumah ini mempunyai dinding kaca dan dipenuhi tumbuhan hijau bagi menyelesaikan masalah ruang rumah kecil yang terasa seakan bilik penjara. Dengan meletakkan tumbuhan, rumah akan menjadi lebih sejuk serta menjadi penghalang kepada pemandangan orang ramai ke dalam rumah. Konsep yang menarik tetapi bagi orang seperti kami dinding kaca mungkin akan membuatkan kami rasa kurang selesa.
Laporan asal Architizer
1 comment:
Sangat Cool!! BANkami
Post a Comment