Sunday 20 January 2013

RALAT: Jualan Pakaian Berjenama Secara Online

Ralat: Posting ini telah saya ubahsuai. Artikel asal adalah mengenai pakaian berjenama "terpakai", yang sebenarnya merupakan perniagaan menjual pakaian berjenama BAHARU. Maaf di atas kekeliruan yang timbul.

Sebenarnya saya ada menyatakan komitmen kepada seseorang bahawa saya akan membantu mempromosi perniagaan kecil-kecilan beliau di blog Dr Sepet. Ianya (komitmen itu) saya katakan padanya sejak 3 minggu yang lepas. Namun, disebabkan kekangan masa dan pelbagai tugasan di pejabat, terpaksalah saya lupakannya buat seketika. Namun hari ini, Alhamdulillah, barulah saya memiliki sedikit kelapangan.

Beliau merupakan bekas pelajar saya (lama dulu) tetapi kini sedang menimba pengalaman dan mempelbagaikan kemahiran dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual pakaian berjenama (stok pakaian berjenama yang baharu saya kira pakaian terpakai) di laman Facebook.

Justeru, sebagai tanda sokongan saya terhadap minat orang muda untuk bergelar seorang usahawan, maka wajarlah bagi saya menggunakan platform blog ini membantu usaha mempromosikan perniagaan beliau, mana yang termampu. 

Berikut adalah maklumat berkaitan perniagaan beliau:

Nota: Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook yang dinyatakan

Saya dan Pakaian Terpakai

Bukan sahaja saya, bahkan hampir kesemua adik-beradik saya adalah peminat pakaian terpakai. Setiap hari Jumaat, kunjungan ke pasar minggu Bukit Diman, Ajil tidak lengkap tanpa tidak menjengah premis Abang Bundle.

Bagi adik-adik yang ada "shape" maka memboronglah mereka seluar jeans dan kemeja ketat. Manakala, bagi yang tak "muat perut" seperti saya, lazimnya hanya mencari t-shirt berslogan yang "pelik-pelik", lazimnya diimport daripada luar negara.

Setelah semua besar, dan ramai yang mula meninggalkan rumah untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja di merata tempat, banyak stok pakaian terpakai kami telah dilonggokkan oleh Mok dan dibakar (menyemak rumah sahaja katanya).

Minat terhadap pakaian terpakai terus kekal hingga ke hari ini di mana beberapa helai baju kerja saya sendiri adalah baju terpakai (yang berjenama) yang saya kumpul secara "sehelai demi sehelai". Yelah, setelah bekerja dan memiliki sedikit wang, saya menjadi lebih selektif mengenai kualiti baju Bundle sebelum menimbang untuk membelinya.

Secara spesifiknya saya hanya meminati baju jenama Fat Face - besar kemungkinan kerana ianya selesa dan lebih penting kesemua baju Fat Face yang saya miliki adalah yang "muat perut"! 


Sebagai penutup, anda yang berminat untuk melihat-lihat pakaian yang ada, silalah berkunjung ke Facebook beliau.

Saya berharap perniagaan beliau akan mendapat sokongan dan berjaya memberi dan mengekalkan khidmat (servis) terbaik buat bakal pelanggannya. Khidmat yang bagus sentiasa dikenang pelanggan!

No comments: