Friday 25 January 2013

Handley Page Victor: Pesawat pengebom era konfrontasi Malaysia-Indonesia (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Boom shakalakala!

Handley Page Victor ialah pesawat pengebom Perang Dingin yang dibina oleh Britain dari tahun 1952-1963. Pesawat ini dibina sebagai pendinding kepada ancamam bom nuklear Soviet selepas era Perang Dunia Kedua. Victor ialah salah sebuah dari 3 V-Bombers yang dibina Britain bagi menggantikan Avro Lancaster yang sudah dimamah usia. Victor direka untuk membawa bom konvensional dan juga nuklear yang boleh digunakan untuk menyerang Russia jika peperangan meletus. Bom terbesar yang boleh dibawa oleh Victor ialah bom seberat 10 000 kilogram!

Sepanjang tempoh tahun 1964-1965 empat pesawat pengebom jenis ini dihantar ke Pengkalan Udara Tengah di Singapura bagi membantu mempertahankan Malaysia ketika Konfrontasi dengan Indonesia. Kehadiran Victor di Singapura adalah salah satu cara menakutkan Indonesia dari menyerang Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kerana kemampuan membawa bom nuklearnya.

Pada tahun 1969, Britain merubah strategi nuklearnya dengan menggantikan sistem pertahanan nuklear dengan kapal selam yang mampu membawa misil antara benua POLARIS. Victor mula dihentikan penggunaanya sebagai pesawat pengebom strategik.

Victor yang masih boleh beroperasi telah diubah menjadi pesawat tangki minyak. Setiap Victor mampu mengepam minyak kepada 3 pesawat secara sekaligus. Oleh kerana usia yang telah lanjut dan kehadiran pesawat tangki yang lebih moden, Handley Page Victor ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 1993




Laporan asal Wikipedia 
Foto ColdWarArchives

No comments: