Agak terkilan dengan situasi yang dihadapi masyarakat berbilang kaum di Malaysia ketika ini. Masing-masing bangsa nampaknya saling cabar-mencabar. Lebih buruk lagi, bukan saja antara bangsa, malah di antara agama pun sama. Golongan yang sebelum ini lebih low-profile, kini mula naik tocang dengan tuntutan yang bukan-bukan.
Jika di era Tun Dr M. dulu, tiadalah hal-hal sebegini timbul (secara nyata), mungkin kerana ianya diselindungi atau berjaya ditutup dari pandangan umum rakyat. Keadaan kini biarpun dikatakan lebih terbuka nampaknya membenihkan perpecahan yang ketara di kalangan penduduk berbilang kaum. Bukan kerana saya ini terlalu agungkan Dr M, tapi ini salah satu realiti yang dapat kita semua lihat hari ini.
Perjalanan masih jauh, situasi ini baru 8 bulan selepas PRU-12. Bagaimanakah pula tahun-tahun yang mendatang? Apakah kita selamat untuk keluar dan bersiar-siar? Ataupun perasaan sangsi dan sakit hati semakin tidak dapat dibendung?
Orang Melayu pastinya tidak berpuas hati dengan pencapaian (monopoli?) kaum Cina dalam ekonomi, dan Cina pula tidak berpuas hati dengan dasar yang dikandung Perlembagaan terhadap Hak Orang Melayu/Bumiputra.
Sesama Melayu pun berpecah disebabkan perbezaan ideologi. 1 mendokong fahaman kebangsaan (kaum) dan satu lagi berdasarkan prinsip Islam. Yang mendokong fahaman Nasionalis masih kuat (kerana menang paling banyak kerusi dalam PRU-12 lalu) dan yang mendokong fahaman Islam semakin mendapat tempat dan kini mentadbir 3 negeri sebagai Menteri Besar.
Sokongan Melayu terpecah.
Dalam parti kebangsaan itu sendiri pun berlaku keretakan (lihat dan baca sahaja Blog Dr. M), betapa kroniknya amalan rasuah sesama ahli dalam pemilihan parti - biarpun belum ada mana-mana pemimpin di bawa ke muka pengadilan, namun laporan salah laku yang disiarkan akhbar arus perdana telah menjelaskan segalanya.
Belum lagi isu pengekalan kuasa oleh golongan kontraktor vs. golongan 'minoriti' guru, pendidik atau bukan kontraktor dalam parti berkenaan.
Sokongan Melayu terpecah lagi.
Telah muak dengan seruan 'bersatu', jauhi pemimpin rasuah dan sebagainya. Sedarlah wahai pemimpin Melayu, jangan apabila nanti telah terlambat untuk kembali kepada keadaan aman dan sejahtera, barulah kita masing-masing menuding jari dan menyesal.
Meniupkan sentimen perkauman tidak akan membantu usaha memperkasakan negara dan mengubat luka dalam hubungan antara kaum. Malah menyemai kebencian dan semangat perkauman yang makin menebal dalam diri masing-masing. Yang kasihan nanti adalah generasi anak-cucu kita juga.
Justeru, janganlah jadi "Harapkan Pagar (untuk menjaga amanah rakyat), Pagar Makan Padi (khianati amanah). Dan Harapkan Padi (seruan untuk bersatu-padu), Padi Pula Tak Menjadi (makin berpecah-belah jadinya).

No comments:
Post a Comment