Tuesday, 24 July 2012

Sinar Ramadhan: PUASA DAN ADAB MAKAN

Dipetik dari: MindaTajdid

PUASA DAN ADAB MAKAN

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Apabila kita menyebut Ramadan, maka tidak boleh dipisahkan dari pelbagai jemputan berbuka puasa sepanjang bulan ini. Amalan menjemput orang berbuka, ataupun menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa merupakan satu amalan yang mulia yang digalakkan dalam sunnah Nabi s.a.w. Walaupun secara umumnya menjamu orang lain makan merupakan amalan yang digalakkan dalam hadis, namun menjamu orang berbuka puasa lebih banyak lagi ganjarannya. Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).
Justeru itu golongan salaf begitu bersungguh-sungguh menjamu makan untuk orang yang berbuka puasa. Amalan ini juga, Alhamdulillah hidup dalam masyarakat kita hari ini.
Islam satu agama yang bertamadun. Ia mengajar kehalusan budi dan pekerti, termasuklah ketika waktu makan dan minum. Islam bukan sahaja memerintah kita memakan yang halal, Islam juga mengajar etika ketika makan. Maka, bulan puasa ketika kita berbuka puasa kita sebenarnya sedang menghayati amalan sunnah. Seperti mana puasa itu sunnah, berbuka (iftar juga) sunnah. Maka apabila sedang mengamalkan sunnah berbuka puasa seperti berbuka dengan rutab ataupun tamar, janganlah pula kita lupa adab-adab makan yang lain.
Antara adab makan yang ditegaskan oleh Islam ialah memulakan dengan bismillah kemudian makan dan minum dengan tangan kanan. Hal ini seperti yang diajar oleh Nabi s.a.w kepada Umar bin Abi Salamah waktu dia hendak makan, ketika itu dia masih kecil:
“Wahai budak! Sebutlah nama Allah, makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang dekat denganmu.”( al-Bukhari dan Muslim).
Bismillah
Makanan yang kita makanan adalah kurniaan Allah semata. Makanan boleh terhalang dari menjadi rezeki kita bukan sahaja disebabkan kita tiada kemampuan membelinya, tetapi juga mungkin disebabkan penyakit ataupun halangan yang lain. Betapa ramai orang kaya yang tidak mampu makan sekalipun mampu membeli. Maka sebagai tanda ingatan kita atas kurniaan Allah, maka sebutlah namaNYA ketika makan. Juga bergantunglah segala harapan dan kekuatan dengan namaNYA apabila makan. Justeru kita bismillah bererti‘dengan nama Allah daku makan ataupun minum’. Kita mengambil kekuatan dalam hidup ini daripadaNYA.
Tangan Kanan
Makan dengan tangan kanan adalah adab makanan yang paling zahir dalam majlis makan muslim. Ia lambang yang nyata dan adab yang tertonjol. Dalam hadis lain baginda menyebut:
“Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri” (Riwayat Muslim).
Hadis ini hendaklah difahami di sudut spiritualnya. Baginda bercakap di sudut spiritual yang hanya dapat difahami oleh orang yang menghayatinya. Sikap anti-syaitan diajar oleh Islam sehingga kita disuruh berbeza dengannya dalam segala cara, termasuk cara makan.

Makan ataupun minum dengan tangan kiri adalah amalan syaitan. Islam menyatukan budaya makan dengan menjadikan tangan kanan sebagai adab makan yang jelas kelihatan bagi orang muslim.


Malangnya, masih ada yang makan ataupun minum dengan tangan kiri. Ini termasuk mereka yang menggunakan garpu (folk) untuk menyuap lauk ataupun makanan lain ke mulut. Juga mereka yang minum tangan kiri kononnya kerana tangan kanan ada bekas makanan. Kesemuanya ini amalan syaitan.
Berdoa Untuk Pemberi Makanan
Sikap berterima kasih amatlah ditekankan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia, dia tidak tahu berterima kasih kepada Allah” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi, bertaraf sahih).
Maka kita juga mesti demikian apabila mendapat jemputan. Kita disunnahkan berdoa untuk pemberi makan dan berterima kasih kepadanya. Dalam hadis
“baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menilainya sahih).
Mengikut Kadar
Setiap perkara dalam Islam diajar agar kita mengambil dengan kadarnya. Demikianlah makan dan minum. Apatahlagi dalam bulan Ramadan yang selepas berbuka kita akan bersolat dan beribadah yang lain. Juga, menjadi adab di hadapan orang ramai dan dalam majlis makan untuk kita tidak menunjukkan sikap gelojoh dan tamak. Makan dan bersederhanalah bagi kadar makanan yang diambil. Sabda Nabi s.a.w :
“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

Tarawikh & Iftar dari seluruh dunia (foto)

Dipetik dari: blogserius


Ramadhan Mubarak

Kita mula berpuasa Sabtu lepas tetapi di negara Arab, Eropah dan Amerika mereka sudah mula berpuasa sejak hari Jumaat. Di bawah ialah foto-foto umat Islam berpuasa dan iftar dari UK, Bosnia, Afghanistan, Indonesia, Nigeria, dan India. Semoga Ramadan ini memberi rahmat kepada kita semua.

1Malaysia... 1Muslim ...... Puasa 30 hari Ditepati!






Laporan asal Ibtimes

Monday, 23 July 2012

Motivasi: Berhenti MOROKOK, dan anda mungkin berpeluang menjadi JUTAWAN (mari saya tunjuk caranya)

Ini bukanlah entri mengenai iklan tipu MLM mengenai produk tipu untuk berhenti merokok dan merekut anda untuk menipu orang lain dan menjadi jutawan, hasil usaha sendiri memanipulasi orang.

Ini merupakan entri berbentuk motivasi dan pendidikan buat sahabat dan teman di luar sana yang jika sekiranya, berkebetulan anda ini seorang perokok.

Di sini ingin saya kongsikan dapatan pembacaan saya terhadap buku bertajuk "Ke mana wang anda?", karangan Rohani Mohd Shahir (2009) yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Survei perokok

Merokok, sekalipun lebih ditonjolkan keburukannya dari aspek kesihatan, namun ianya juga merupakan tabiat yang tidak bagus untuk ekonomi seseorang dan keluarganya.

Mengapa?

Mari kita lihat satu kajian yang dibuat terhadap Ketua Keluarga yang merokok dan bagaimana tabiat ini boleh memusnahkan peluang seseorang itu daripada bergelar jutawan.

Syarikat Puan Rohani telah melakukan survei kewangan di sebuah kawasan (kampung) di Sabak Bernam, Selangor. Fokus kajian adalah mendapatkan gambaran berkaitan perbelanjaan dan bajet bulanan sesebuah keluarga. Dan mereka dapati ramai golongan bapa merupakan perokok.

Justeru, timbul persoalan - "berapa banyak rokok yang mereka hisap setiap hari?"

Salah seorang responden ditemui dan menjadi subjek kes. Jawabnya - "Oh tidak banyak! Hanya 2 kotak sahaja".

"Berapa harga (wang yang dibelanjakan) untuk keperluan rokok tersebut?" Ditanya lagi.

Jawab beliau - "Saya membeli rokok yang paling murah, hanya RM3.00 sekotak". Selamba bak lembu kenyang sahaja jawapannya tanpa ada rasa bersalah sedikit pun.

Kemudian ditanya lagi - "Sudah lamakah pakcik menjadi perokok?"

"Ketika berumur 18 tahun lagi" - pantas dan yakin sekali jawabnya.

Sebagai rekod, pakcik yang menjadi responden itu berumur 48 tahun. Dan dicongak mudah, maknanya beliau telah menjadi perokok selama 30 tahun!

Besar kemungkinan beliau yang tegar akan terus merokok sehingga hayatnya....katakan 58 tahun. Maknanya, beliau mungkin akan menjadi perokok selama 40 tahun.

Pakcik boleh jadi jutawan tau!

Satu pengiraan menggunakan "financial calculator" mula dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh dari pakcik tersebut.

RM3.00 x 2 kotak = RM6.00/hari.
Satu bulan = RM6.00 x 30 hari = RM180.00

Katakan wang "kalau tak merokok" ini dilaburkan dengan pulangan 15% setahun selama 40 tahun (jangkaan hayat), terkejutnya kami apabila mendapati jumlah PEMBAZIRAN ini mencecah:

RM4,148,400.69!!

Hah! Naik seram-sejuk lagi terkebil-kebil mata pakcik yang ditemuduga itu tadi. Senyap sunyi seluruh dewan kampung itu apabila diperlihatkan hasil pengiraan menggunakan "financial calculator" itu tadi.

Justeru di sini timbul soalan: SIAPA KATA MELAYU TAK BOLEH JADI JUTAWAN? 

Siapa kata orang Melayu memang sentiasa di bawah orang Cina dari aspek ekonomi? Apakah silapnya kita? Silapnya kita ini tidak amanah dengan nikmat dan harta kurniaan Allah dengan membazirkan ia demi berterusan menyuburkan nafsu kita terhadap rokok.

Saya kekal berpegang dengan pernyataan ini sama ada anda setuju dengan saya ataupun tidak.

Firman Allah di dalam Surah al-Isra' (27) yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang boros, adalah saudara-saudara bagi syaitan-syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu tidak berterima kasih kepada Tuhannya".

Contoh di atas hanya menggunakan harga "rokok termurah", tetapi saya yakin para perokok di luar sana tidaklah "sedap tekak" kalau membeli rokok RM3 sekotak, bukan? Para perokok mungkin lebih arif dengan harga dan jenama rokok yang bersesuaian dengan mereka.

Mari kita lihat apa yang Puan Rohani perincikan sekiranya belanja untuk rokok dilaburkan demi sesuatu yang lebih bermanfaat dan beramanah. Kita gunakan "impian jutawan" pakcik yang merokok itu tadi iaitu apa yang boleh kita buat dengan wang RM4,148,400.69 itu. (nota: saya oleh beberapa elemen/angka tanpa menjejaskan nilai kiraan asal).


Ayuhlah! Janganlah kita membazir lagi. Binalah semangat baru sempena Ramadhan ini untuk berhenti merokok, bukan sahaja di siang hari, tetapi buat selama-lamanya.

Tentu bukan mudah untuk diserukan nasihat tersebut, tetapi terfikirkah kita mengapa hutang kita sering tak habis-habis dibayar? Hinggakan hendak melabur pun tidak ada baki wang.

Ini kerana, sedar tak sedar (atau sengaja buat tak sedar), anda telah membakar peluang yang terhidang dengan nikmat kurniaan Allah yang banyak ini untuk memiliki semua aset seperti yang tersenarai secara mampu (tunai).

Bolehkah anda bayangkan, berapa ramai keluarga yang ibu atau bapanya perokok, telah menidakkan kemampuan mereka untuk menyediakan dana pendidikan secukupnya buat anak-anak belajar, menyimpan untuk hari tua dan wakaf, disebabkan tabiat buruk merokok?

Belum terlambat

Anda yang merokok mungkin akan berkata "Aku dah terbabas". Memang anda sudah menghabiskan sejumlah tahun dengan menjadi perokok dan masa lampau sudah tidak boleh diputar semula (rewind).

Namun, jalan di hadapan masih ada dan terbuka buat anda. Katakan umur anda sekarang 30 tahun dan boleh hidup dengan sihat sehingga 60 tahun (tanpa rokok dah), maknanya anda masih ada 30 tahun untuk diharungi. Jangan bazirkan ia.

Jika anda mampu berjimat RM180/bulan selama 30 tahun dan melabur di dalam instrumen kewangan yang menawarkan pulangan sekitar 15% setahun, di usia 60 tahun nanti anda masih mampu bergelar jutawan dengan tabungan berjumlah RM1,013,718.67.

Timbul soalan lazim - apa aku nak buat dengan duit banyak-banyak di usia 60 tahun?

Saya ingin bawa sahabat dan teman hayati Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud:

"Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, (adalah) seperti satu biji (benih) yang menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap satu tangkai ada seratus biji; dan Allah akan menggandakan (pahala) kepada siapa yang Ia kehendaki; dan Allah itu Luas (pemberian-Nya), amat Mengetahui."

Kiraan matermatiknya, keuntungan wakaf KERANA ALLAH digandakan sehingga 70,000 peratus dan jangan lupa bahawa di akhir ayat tersebut Allah menyebut akan menggandakan lagi pahala buat sesiapa yang Dia kehendaki. Berapa banyak, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Buat kali yang terakhir, berhentilah merokok, mulakan tindakan dan rancang untuk menggunakan amanah wang dan usia kurniaan Allah ini sebaik-baiknya. 

Hidup di dunia hanya sekali, so make it count! 

Sunday, 22 July 2012

Sudahkan anda membuat & mengikuti "peta kewangan"? - (rajah)

Di dalam suasana ekonomi semasa yang kurang menentu, perancangan kewangan "yang asasnya baik" menjadi suatu keperluan, terutama kepada seseorang ketua rumahtangga (atau yang berhajat untuk berumahtangga).

Bagi anda yang seangkatan dengan saya, a.k.a suck at managing your financial book, panduan berikut, yang saya faham hasil pembacaan buku yang dikarang oleh jururancang kewangan, Rohani Mohd Shahir (2009) Ke mana wang anda? Selangor: Galeri Ilmu Sdn Bhd, barangkali mampu mendatangkan manfaat.

Sebagai permulaan, sila amati dan dapatkan gambaran keseluruhan maklumat dan isi penting pada rajah di bawah. Penerangan dan perincian akan saya sertakan selepas itu.


Penyediaan peta kewangan bolehlah diandaikan sebagai peta yang berfungsi untuk menunjuk arah kepada kita ke sesuatu destinasi yang hendak kita tuju. Dalam kes ini, beberapa destinasi telah disasarkan di dalam hidup kita, menurut peringkat dan sasaran kemampuan kewangan tertentu, hinggalah pemilikan tabung persaraan mencukupi (RM1 juta).

Baiklah, andaikan anda (saya sudah terbabas) memulakan peta kewangan di usia 25 tahun, dan gunakan jangka hayat 75 tahun (kalau hidup lebih panjang itu suatu "bonus" oleh Allah Taala). Lebih awal atau muda umur anda mulakan peta kewangan adalah lebih bagus.

Sasaran 1: Kahwin

Katakan ketika berusia 25 tahun, dan anda mensasarkan untuk berkahwin pada usia 27 tahun (2 tahun) dengan perbelanjaan dianggarkan RM25,000.

Maka apa yang perlu anda rancang adalah dengan melabur sejumlah RM850/bulan selama 2 tahun, dengan mengandaikan pulangan tahunan 15% dengan wang permulaan sebanyak RM1,000.

Sasaran 2: Kereta

Seterusnya, sasaran kedua adalah pemilikan kereta (2nd hand) berharga RM35,000, dalam tempoh 3 tahun selepas berkahwin (kesian, 3 tahun naik bas ni) (umur 30 tahun).

Setelah dikira menggunakan financial calculator, dengan mengandaikan pulangan tahunan 15% bagi saham amanah, anda perlu melabur RM744.25 sebulan selama 3 tahun, dengan menyediakan RM1,000 wang permulaan.

Sasaran 3: Rumah

Selepas memiliki kereta, sasaran ketiga yang anda rancang untuk miliki adalah sebuah rumah buat keluarga di usia menjejak 35 tahun. Nilai rumah yang anda inginkan ialah berharga RM100,000 (contoh).

Mengikut perkiraan di rajah di atas, anda perlu melabur sebanyak RM1,121.90/bulan selama 5 tahun dengan pulangan pelaburan tahunan setinggi 15% dan dengan permulaan RM1,000.

Sasaran 4: Tunai Haji

Pada usia 40 tahun, anda meletakkan sasaran untuk menunaikan ibadah Haji, dengan anggaran kos sebanyak RM50,000.

Bagi tujuan tersebut, anda perlu melabur RM434.94/bulan selama 5 tahun, dengan kadar pulangan 15% setahun bersama-sama wang permulaan RM1,000 bagi mencukupkan sasaran tabungan tersebut.

Sasaran 5: Tabung pencen (RM1,000,000)

Anda meletakkan sasaran untuk bersara di usia 55 tahun (15 tahun lepas tunai Haji) dengan kemampuan kewangan berjumlah RM 1 juta di dalam akaun atau tabung pencen tersebut.

Jumlah yang perlu dilabur setiap bulan hanyalah RM1,609.21 selama 15 tahun dengan kadar pulangan tahunan pelaburan 15% dan seperti biasa RM1,000 sebagai permulaan pelaburan.

Pelaburan untuk melengkapkan tabung pencen ini dilihat lebih mudah memandangkan anda telah merancang dengan baik sasaran sebelum ini terutama telah memiliki rumah, kereta dan menunaikan Haji secara tunai. Manakala pergerakan gaji tahunan juga memungkinkan pertambahan pendapatan buat anda.

Kiraan Tabung Pencen:

Bagi mendapatkan jumlah yang diperlukan dalam tabung di hari pencen, pertamanya anda perlu tetapkan jumlah wang pencen diperlukan setiap bulan. 

Contoh, anda perlukan RM2,000 sebulan dan anda jangka dapat hidup sehingga usia 75 tahun. Ini bermakna anda perlu sediakan:

RM2,000 x 12 bulan x 20 tahun selepas pencen di usia 55 tahun = RM480,000.

Dengan kata lain, di usia 55 tahun, anda perlu pastikan memiliki sejumlah RM480,000 di dalam akaun sebagai persediaan sehingga "selesai" usia 75 tahun.

Walaupun kehidupan ini ada kalanya tidaklah sejelas hitam dan putih, jika anda seorang yang berdisiplin, rancangan-rancangan yang terkandung di dalam peta kewangan seperti contoh di atas tadi tidak mustahil untuk dicapai.

Di samping pentingnya seseorang ketua keluarga itu melakarkan peta kewangan, adalah perlu baginya mengambil polisi insuran perlindungan (takaful mungkin) sebagai persediaan dan manfaat isteri dan waris lain sekiranya berlaku kematian dan sebagainya.

Moga beroleh manfaat!

Akibat editor majalah yang malas buat research (foto kena TROLL)

Dipetik dari (sumber): SINI


Cari logo olimpik (1), lepas tu bagi photoshop, letak pedo bear (2).

Upload di internet, then tunggu sampai keluar dekat google image. Akhir sekali kita tunggu sampai ada editor majalah yang pemalas nak buat research dan ambik gambar dari internet terus je untuk letak dalam majalah diorang. hahahahaha..trolllolololol...



Saturday, 21 July 2012

Bilik merokok, yang menyentuh hati...

Dipetik dari (sumber): SINI


Hangpa rasa, perokok tegar boleh tersentuh hati tak dengan cara ini?

Apabila "ayam" naik minyak (foto)

Dipetik dari (sumber): SINI

Apabila ayam yang penat mula naik angin.....(please be considerate towards others, mereka juga bayar tiket, bukan?)


Perjalanan hidup keluarga "the Simpson" (foto/kartun)

Dipetik dari (sumber): SINI

Jom kita lihat perjalanan hidup keluarga Simpson (yang penting Homer & Marge tak dimamah usia)...


Jelasnya Bart la yang paling tak mendatangkan hasil. Hahaha

Friday, 20 July 2012

Sinar Ramadhan: HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH

Dipetik dari: FB Asyik.tv


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. 

Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. 

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai ke malam yang ke-tiga puluh.

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. 

Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. 

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. 

Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (al-Bukhari, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan ke atas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`

Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. 

Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. 

Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Petikan dari terbitan dan edaran percuma:

DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit.
Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Thursday, 19 July 2012

Tolong hargai nyawa: Cubaan bunuh diri di China berakhir tragis (foto)

Dipetik dari: blogserius

Kalau kita rasa susah, ingatlah bahawa ada orang yang diuji lebih susah dan mereka tak bunuh diri

Selalunya bila ada orang mahu membunuh diri, pihak polis akan menghantar negotiator untuk memujuk mereka supaya tidak menDARWINkan diri mereka. Di Changhsa seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Chen (41) mengugut untuk membunuh diri. Menurut laporan media China, Chen nekad membunuh diri kerana tidak puas hati dengan pampasan yang diterima akibat sebuah kemalangan. Pasal tak puas hati pampasan pun sanggup nak bunuh diri. Beliau terus ke sebuah jambatan dan mahu melompat. Orang ramai segera menelefon polis dan selama empat jam pihak polis cuba memujuk beliau untuk turun dengan selamat. Malangnya dalam kes ini tiada happy ending. Walaupun puas dipujuk, Chen akhirnya melompat dan meninggal dunia walaupun setelah diberikan bantuan kecemasan. Pihak netizen China marah dengan pihak polis kerana tidak menyediakan beg udara selama 4 jam mereka memujuk Chen. Pihak polis juga dipersalahkan kerana dikatakan tidak serius dalam cubaan memujuk lelaki ini. Me? Personally I don't think you can blame the police here.

Protip kepada anda semua.Jika mahu bunuh diri just fucking jump. Tak payah buat drama swasta selama berjam-jam dan mengakibatkan kesesakan lalulintas. Protip no 2 ialah kalau nak bunuh diri at least make the reason logical. Kalau setakat tak puas hati pampasan akibat kemalangan buat apa? Pointless! Oh protip terakhir, kalau di Belgium organ orang yang mati disebabkan bunuh diri boleh didermakan kepada orang yang masih hidup dan memerlukan organ yang anda tak mahu. In the end everybody win.




Laporan asal ChinaSmack