Monday, 12 November 2012

Poster filem THE HOBBIT (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

The Hobbit......


Filem The Hobbit yang merupakan prekuel kepada Trilogi Lord of The Rings akan ditayangkan bulan hadapan. Bagi mempromosikan filem ini, poster watak-watak penting The Hobbit dipertontonkan. Bapak banyaknya lah watak yang kita perlu tahu sampai dah jadi macam Morning Musume pulak.



Laporan asal The Mary Sue

Encorp Marina Puteri Harbour di Johor (foto)

Sumber: Blogserius


Untung Orang Johor

Pembangunan di Iskandar Johor semakin pesat sejak kebelakangan ini. Bagi kebanyakkan rakyat Malaysia, Iskandar Johor ialah tempat dimana letaknya Legoland Malaysia. Tetapi jika anda ingin tahu terdapat pelbagai lagi projek pembinaan mega dan mewah di Nusajaya ini.

Encorp Marina Puteri Harbour ialah marina yang dibangunkan oleh Encorp bernilai RM500 juta. Ia akan dilengkapi dengan marina dan juga tempat kediaman bertaraf lima bintang. Kondominium di Encorp Marina Puteri Harbour dijual pada harga diantara RM 635 ribu sehingga RM 2.3 juta. Ianya terletak 10 minit dari checkpoint Tuas dan 30 minit dari pusat bandar Singapura (traffic permitting). 



Tambah: Tentunya lebih ramai rakyat Johor akan dapat membeli unit-unit kediaman yang ditawarkan, seterusnya menikmati kehidupan dan kemudahan yang lebih baik selepas ini.


Laporan asal iProperty

JABAL OMAR - Sebuah lagi projek mega Kota Makkah (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Untuk kesenangan yang kaya beribadat?

Projek Jabal Omar ialah satu lagi projek pembangunan mega yang sedang dijalankan di Kota Mekah. Ianya projek pembinaan tempat kediaman, hotel serta ruang perniagaan berhampiran Masjidil Haram. Apabila siap kelak ia boleh menempatkan 45 000 jemaah pada satu-satu masa. Projek ini sudah dalam perancangan sejak 1989 lagi. Syarikat rekaan Ateliers Lion Architectes Urbanistes dari Perancis memenangi pertandingan bagi mereka hutan konkrit terbaru ini. 

Kawasan pembinaan Jabal Omar seluas 230 000 meter persegi ini akan menempatkan 37 menara termasuk sebuah menara berkembar akan dibina dengan kos sekitar RM 14 billion. Apalah pendapat anda tentang projek mega ini? Bangga? Sedih? Indifferent?

Kami di Blogserius tak peduli langsung kerana at the end of the day kami miskin dan tak akan mampu duduk di dalam hotel mewah ini jika kami menunaikan haji. Semua projek mewah ini dibina bagi menampung keperluan golongan kaya dan berada.


Laporan asal World Arts

Kapal Layar filem "SKYFALL" Untuk Dijual (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Rich people please stand up!


Kapal layar yang dinaiki Bond dan Severine untuk menemui Gay Javier Bardem adalah sangat cool beans. Kapal layar Regina yang mampu menempatkan 12 orang tetamu di dalam 6 kabin berasingan ini dijual pada harga USD 14.2 Juta. Pemilik kapal mungkin menjualnya selagi filem Skyfall masih hangus di layar perak. 

Jika tidak mampu membelinya anda boleh menyewanya pada kadar USD 120 000 seminggu. Ini bersamaan dengan 1/4 harga jam Richard Mille yang dipakai oleh anak Nazri. Untunglah kaya. Bukti NEP berjaya mewujudkan Bumiputera kaya. Syabas! Polisi negara yang mapan jitu madani show me the money.



Laporan asal BornRich

Sunday, 11 November 2012

Selebriti & Anak Lelaki Mereka (foto)

Sumber dipetik: Blogserius

Like father like son?

Ada yang sama dan ada juga yang tak ada rupa!



Laporan asal DailyMail

Muzium BMW di Munich (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

BMW or 'Banyak Makan Wang'?


Ini ialah Muzium BMW yang terletak di Munich Jerman. Ianya mula dibuka pada tahun 2008 bagi menempatkan 125 bahan pameran yang terdiri dari kereta klasik, motosikal, enjin kapal terbang dan enjin kereta lumba buatan BMW. 
Sebanyak dua juta orang melawat muzium sebesar 5000 meter persegi ini. Nampak seperti tempat yang cool. Mohon Proton menghasilkan Muzium Proton di Shah Alam. Kami mahu melihat terknologi hebat yang digunakan Proton sejak penubuhannya serta kereta-kereta lagenda buatan mereka. #Sarcasm



Laporan asal Dezeen

Perarakan Kereta Berhias di Belanda (foto cun!)

Disumberkan oleh: Blogserius


Cantik!

Pada suatu ketika, perarakan kereta berhias sering diadakan di Malaysia. In the 90's kereta berhias negara kita kerap memenangi pertandingan kereta berhias flora di Pasadena USA. Namun kebelakangan ini kami tak tahu kenapa perarakan kereta berhias flora sudah jarang dianjurkan. Di Zundert, Belanda perarakan Bloemencorso diadakan setiap tahun. Kereta berhias flora pelbagai bentuk dibina sepenuhnya menggunakan bunga dahlia. Sungguh kreatif. It's mind blowing I tell you!



Laporan asal Bloemencorso

Saturday, 10 November 2012

Wanita Dipotong Jari Kerana Buang Sampah Merata (foto)

Pada 3 November yang lalu, di persimpangan Tiexi Road dan Shifu Road di wilayah Hunan Zhuzhou, beberapa orang dari dalam sebuah van dilihat membuang sampah daripada kenderaan selepas selesai bersarapan. Para pekerja pembersihan kemudian menghampiri mereka dan meminta agar mereka yang terlibat mengutip sampah yang mereka buang itu. Namun, berlaku pertengkaran. Kemudian salah seorang pekerja tersebut telah bertindak membuka pintu kenderaan dan memotong jari tengah wanita bernama Zhou Ting yang berada dalam kenderaan tersebut.


Insiden terbabit berlaku ketika Zhou Ting (22 tahun), suaminya dan beberapa rakan sedang menunggu dalam van sementara menghantar barang. Tiba-tiba seseorang membuka pintu depan kenderaan dan menyerang Zhou dan suaminya dengan sebilah pisau. Tanpa berfikir panjang, Zhou bertindak melindungi suaminya dari ditikam di bahagian dada, dan akibatnya bahagian jari tengah tangan kirinya terputus sementara tangan kanannya turut luka. Manakala, suaminya turut cedera di lengan dan pinggang.

Menurut saksi kejadian, Puan Wu, penumpang van terbabit memang ada membuang sampah ke jalan selepas dilihat bersarapan di dalam kenderaan tersebut. Pekerja pembersihan datang dan meminta agar sampah terbabit dikutip. Akibat pertengkaran yang berlaku, pekerja pembersihan tersebut bertindak mengeluarkan pisau dan menyerang mangsa.


Selepas serangan, pekerja terbabit menyorokkan pisau yang beliau gunakan di belakang badannya, mengutip kembali penyapu dan meneruskan tugas membersihkan jalan itu. Apabila pihak polis tiba, pekerja terbabit lari dengan memanjat bangunan 14 tingkat berdekatan. Suspek hanya berjaya diberkas setelah Polis berjaya memujuknya supaya menyerah diri.


Penyerang terbabit dikenakli sebagai Guo Nengfang (33 tahun) berasal dari Yuangjiang. Beliau baru bekerja sebagai pekerja pembersihan sekitar 20 hari yang lepas setelah lama menganggur. Suspek dikatakan mempunyai masalah mental.

Laporan asal: ChinaSmack

"What a day to be alive" - Berhujung Minggu

Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan hujung minggu. Sudah agak lama tidak saya update episod "what a day to be alive" - kegiatan hujung minggu bersama isteri dan Mawaddah.


Kesibukan kerja dan kelesuan tubuh badan pada minggu-minggu yang sudah membuatkan saya kurang aktif pada hujung minggu melainkan lebih serasi untuk bermalasan sahaja di rumah. Tetapi disebabkan banyak rancangan TV Malaysia ini mengandungi "sampah", menjadikan aktiviti menonton agak membosankan.

Tambahan pula, 2 minggu lagi semester baharu dan kuliah akan bersambung. I'm looking forward to meet new students and facing new challenges. Namun masih banyak tugasan di pejabat yang menuntut masa serta komitmen yang berterusan.

Begitupun, sama ada sibuk atau buat-buat sibuk, ia bukanlah faktor penyebab untuk tidak bersama memanfaatkan hujung minggu bersama keluarga. Saya sesungguhnya merindui masa lalu ketika bergelar pelajar di mana kami berdua memiliki masa yang lebih fleksibel untuk belajar, berjalan-jalan dan melakukan perkara yang kami ada minat bersama. Oh well, this is the life.


Hujung minggu ini kami membawa Mawaddah main kayuh basikal di Taman Tasik Shah Alam, berkebun sayur, mencuba android baharu yang berharga RM260, bermain dengan ibu kucing dan Mawaddah membaca Iqra'.

Amat menarik perhatian saya apabila memegang gajet pintar berkuasakan android ini. Bayangkan betapa harga sesuatu gajet itu boleh menjadi murah apabila sesuatu produk yang tiada jenama, tetapi memiliki keupayaan beroperasi di atas platform android. Terima kasih buat rakan-rakan group on yang mewar-warkan tawaran produk ini. 

Tidaklah secanggih iPAD mahupun Galaxy Note, but hey, you wouldn't expect too much from RM260.00 product, right? Ada kamera 4Mp, WiFi (check email, FB, blog, game, Word, etc. Cukuplah untuk dikongsi bersama Mawaddah. Sekurang-kurangnya tidaklah dia berebut laptop saya yang sudah berusia 6 tahun itu.


Semalam, selesai solat Maghrib, Mawaddah meminta Ibu menyambung pengajian Iqra'. Begitulah adat apabila berurusan dengan kanak-kanak yang banyak akal ini. Ada hari dia 'cabut lari' dan ada hari mood-nya baik, tidak perlu dipaksa. Apapun, eloklah minat itu datang daripada dirinya, dengan galakan kita sebagai ibu dan bapa.

Tapi macam biasalah, yang pening kepala apabila anak murid cuba jadi pandai lebih dari tok guru. Pening kepala tok guru jadinya.


Sekitar jam 7.30 pagi tadi (Sabtu) kami sudah keluar rumah untuk bersiar-siar (walking 10,000 steps a day - kononnyalah) di Taman Tasik Shah Alam (TTSA). 

Tasik Shah Alam merupakan taman rekreasi yang saya amat gemari (selain South Park). Pepohonnya yang merendang memberikan teduhan serta berbagai fasiliti disediakan untuk pejalan kaki, mereka yang berjogging, kanak-kanak, remaja bercanda dan keluarga. Kemudahannya juga diselenggara dengan baik. Kebanyakan pokoknya juga sudah matang dan berkanopi besar, menepati fungsi pokok sebagai pemberi teduhan kepada pengguna taman (selain membekalkan oksigen kepada warga Shah Alam). 

Pagi ini kami membawa Mawaddah berbasikal di TTSA. Kami pilih laluan yang tiada orang berjogging kerana tiada tempat berbasikal di situ. Tetapi Mawaddah agak malas berkayuh. "My feet are tired" dan "I want to sleep" merupakan alasan-alasan sudah kami jangkakan. Macam mana kaki boleh penat sedangkan Ayah yang pandu kereta, bukannya datang berjalan kaki. Macam-macam akal dia. Dia hanya nak naik basikal dan suruh kita yang tarik atau tolak. Kita pula nak suruh dia belajar kayuh basikal sendiri. 

Selepas berputus asa dengan basikal, kami berjalan-jalan dan kemudian ke Restoran Khalifah di Seksyen 3 dan dalam dia mengantuk itu habis licin 1 keping roti canai dibedalnya...Hoho. Mungkin ayah kena beli basikal elektrik kot lepas ni.


Pulang ke rumah, saya terus menyambung kerja berkebun yang tertangguh iaitu memindahkan anak kacang botol yang disemai ke dalam bekas yang lebih besar. Maklumlah sejak kebelakangan ini cuaca selalu tidak menentu. Hampir setiap petang hujan lebat dan petir.

Kali ini saya mengitar-semula botol air mineral yang Mak telah gunakan. Saya melihat saiz botol kosong itu amat sesuai untuk dijadikan bekas tanaman. Saya potong bahagian atas dan menebuk beberapa lubang untuk keluarkan air pada bahagian bawahnya. Selain mengitar semula botol saya turut 'menuai air hujan' ke dalam baldi. Cukuplah untuk menyiram herbs dan pohon halau nyamuk di tepi tingkap.

Mawaddah juga turut membantu memindahkan campuran tanah hitam dan kuning ke dalam pasu, dengan diperhatikan oleh mummy cat. Alhamdulillah, tanaman cili sudah lama memberikan hasil. Setiap 2-3 hari adalah 10 biji cili padi merah untuk dipetik oleh Mak. Manakala, masakan seperti kari dan rendang juga tambah mudah dengan adanya pohon daun kari dan kunyit hidup yang ditanam di luar rumah.


Selain mengguna semula botol kosong, saya turut mencuba-jaya penyelesaian masalah serangan semut pada pohon cili. Caranya adalah dengan memotong batang pokok (log) yang kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas makanan sebelum diisikan air (pastikan anda tukar air setiap 3 hari sekali untuk elak pembiakan nyamuk). Alhamdulillah, selesai bab semut. Tetapi kini timbul masalah lain seperti serangan kumbang (serangga yang terbang).


Selesai bermain tanah, Mawaddah kemudiannya kembali menyakat mummy cat. Itulah hobi dia, nak buat macam mana. Harap dia akan rajin untuk belajar Iqra' dan berjaya kayuh basikal. Harap cuaca juga akan bertambah baik. What a day to be alive, Alhamdulillah!

Lawan tenung eh?

Friday, 9 November 2012

The Free Socket - Inovasi Untuk Rumah Anda (foto)

Kurangkan Serabut, Kurangkan Bahaya

Pernahkah anda berjalan dalam rumah dan tersepak papan sesoket dengan wayar-wayarnya yang berselirat? Bagi orang dewasa mungkin anda lebih beringat, tapi bagaimana pula dengan anak-anak kecil terutama yang baru boleh merangkak? Tentunya mereka terdedah kepada risiko bahaya, tambahan pula jika kedua ibubapanya sibuk atau alpa. 

Sekumpulan pencipta dari East China Normal University telah tampil dengan rekaan soket pintar yang mereka namakan the Free Socket yang dilekatkan pada dinding, lengkap dengan sistem wayar tambahan dan soket bagi USB bagi keselesaan pengguna. Kerangka soket ini dilekat pada dinding namun badannya boleh ditanggal dan wayarnya boleh ditarik ke lokasi yang lebih jauh (extension cord). Rasanya rekabentuk dan konsep sebegini adalah pintar selain tepat dengan trend pengguna masa kini (di mana banyak kelengkapan elektrik menggunakan wayar USB). The Free Socket for the win! 

Sumber: YankoDesign