Sunday, 4 November 2012

TAWAR HATI

Saya kira pendirian Presiden MCA merupakan bukti yang terang lagi jelas akan "wajah sebenar" pemimpin kaum Cina terhadap agama Islam, yang secara kebetulannya dianuti oleh majoriti kaum Melayu di negara ini.


Rupa sebenar seorang Presiden parti yang mewakili masyarakat Cina di Malaysia itu bukan hanya digambarkan menerusi ucapan-ucapan beliau yang nyata begitu anti-hudud, bahkan penentangan (dan seperti sudah mengihstiharkan perang) terhadap Islam dan hukum Islam turut jelas dan ketara kelihatan menerusi cetakan-cetakan kekal pada t-shirt yang dipakai oleh para perwakilan MCA.

Sebagai seorang Muslim yang cakna politik, saya tidak boleh menyembunyikan perasaan saya yang kini sudah semakin tawar hati untuk bersahabat dengan orang Cina. Bagaimana mungkin untuk saya berkawan dengan seseorang yang benci kepada agama anutan saya? I'm sorry but I really do. Sampai begitu jelas dan nyata sekali penghinaan mereka terhadap Islam dan hukum Islam. Di manakah kewarasan akal mereka sehingga boleh mencabar secara terbuka akan hukum yang bersabit dengan agama Islam.


Sejahil pemimpin Islam yang lainpun, rasa saya tidak ada yang secara terbuka mengkritik dan menghina agama Budha mahupun Kristian, apatah lagi seorang pemimpin utama sebuah parti politik dalam kerajaan!

Setelah lama berfikir dan membuat pertimbangan, saya memutuskan bahawa saya yakin perasaan tawar hati ini tiada kaitan sama sekali dengan semangat rasisme (perkauman) mahupun kebencian terhadap orang Cina. Ini kerana Soi Lek tidak boleh memilih darah keturunan beliau atau ingin lahir sebagai bukan Cina, atau Melayu atau India sekalipun. Itu bukan pilihan sesiapapun. 

Cuma yang boleh beliau pilih adalah dengan menjadi seorang pemimpin berbangsa Cina yang menghormati agama kaum lain. Janganlah menampakkan kejelasan di dalam membenci hukum Islam, sehingga kini nampak sangat wajah sebenar beliau yang anti-Islam. Menyedihkan.

Barangkali tidak semua orang Cina bersetuju dengan pandangan Soi Lek tentang Islam. Tetapi apakah mereka (yang diamkan diri) ini juga berusaha untuk melakukan sesuatu bagi memperbetulkan keadaan? Apakah maksud diam mereka itu? Apakah "diam itu tanda setuju"?

Selama inipun saya tidak suka memberi komen dan lebih gemar mengambil sikap duduk diam. Ini kerana sebagai rakyat, saya mengharapkan para pemimpin yang bijak di atas itu dapat menyelesaikan kekusutan ini. Tetapi saya sekali lagi hampa. Malah, semakin rancak pula si Soi Lek berkempen agar masyarakat menerima gagasan anti-hudud beliau. 

Menambahkan lagi gundah di hati, muncul pula kelompok agamawan tertentu yang membela pendirian Soi Lek yang jelas anti-hudud. Mereka berhujah apa yang ditentang itu merupakan Hudud ala-pembangkang. 

Benarkah Soi Lek hanya anti-Hudud pembangkang? Bagaimana jika kerajaan yang mencadangkan Hudud versi mereka? Apakah Soi Lek dan seluruh masyarakat Cina akan segera mendakap dan menerima cadangan hukum Islam tersebut? 

Perihal maruah bangsa sudah tidak releven untuk kita bicarakan, apakah kini maruah Islam pula hendak dipersendakan? Apakah kita semua sudah "mati hati" untuk merasa marah dan tersinggung terhadap penghinaan ini? 

Saya tidak terkejut seandainya pada PRU-13 nanti, perebutan untuk membentuk kerajaan hanyalah di antara UMNO-DAP-PAS. Bargaining game akan bermula dari ketiga-tiga parti yang dominan ini. Orang Islam perlu "menjelaskan" pendirian mereka terhadap penghinaan oleh Soi Lek dan partinya, sebagaimana "jelasnya" pendirian orang Cina sendiri terhadap DAP.

Pendapat: BUDAYA ENDOWMENT (Alumni IPTA perlu baca)

Akhbar Sinar (dalam talian) hari ini menerbitkan berita mengenai seruan YAB Perdana Menteri kepada alumni UiTM agar mereka menggiatkan usaha menderma kepada tabung alumni universiti sebagai sumbangan ke arah memperkasa UiTM sebagai sebuah IPT yang unggul dan hebat. Lihat keratan berita berkaitan:



YAB PM juga turut mengambil contoh universiti terkaya dunia, Harvard University yang menyediakan tabung endowment mereka, yang sehingga hari ini telah berjaya mengumpulkan dana mencecah USD32 billion.

(Sinar tersalah petik, bukan RM32b tetapi USD32b - lihat laporan wikipedia di bawah)




Sebagai sebuah universiti dan institusi penyelidikan paling ulung di dunia hari ini, pencapaian Harvard tidaklah boleh dibandingkan dengan IPTA kita. Ia ibarat "tidak mengukur baju ke badan sendiri". Apapun, apa yang baik sepertimana ditunjukkan oleh Harvard ini wajar untuk kita contohi dan terapkan pula untuk kesemua institusi pengaji tinggi di tanah air, seandainya kita berhajat menjadi terbaik seperti mereka. 

Maksud saya, bukanlah angka 32 billion dollar itu yang perlu kita kejar, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kita dapat menyemarakkan lagi budaya endowment di kalangan warga Malaysia.

Apa itu endowment fund (EF) dan mengapa ianya perlu? Menurut apa yang saya faham, EF merupakan dana yang disumbangkan (didermakan) bagi tujuan menyediakan lebih banyak peluang pendidikan seterusnya mengurangkan pergantungan (atau beban) bagi kerajaan untuk bidang pengajian tinggi.




Dengan kata lain, EF yang "mengumpul dana" melalui sumbangan  alumni, wakaf korporat, keuntungan pelaburan strategik IPT dan derma orang kaya, akan "mengembalikan wang" terbabit ke dalam bentuk biasiswa kepada pelajar cemerlang yang terpilih masuk ke sesebuah IPT. 



Pelajar terpilih menerima biasiswa (percuma) ini juga tidak terikat kepada sebarang kontrak, di mana ia membenarkan mereka mencari pekerjaan yang sesuai apabila menamatkan pengajian kelak.

Saya lebih selesa menggambarkan konsep EF ini sebagai wadah ke arah menyediakan pendidikan percuma di Malaysia dan pengukur tahap kemajuan sistem pengajian tinggi kita sama ada mampu bergerak setanding dengan negara maju (seperti Jepun, US, Jerman dan UK), mahupun sebaliknya.


Salah sebuah IPTA yang giat membincangkan idea berkaitan EF ini adalah UTM dengan dikepalai Dato' NC nya sendiri. Mudah-mudahan langkah ini terus mendapat sambutan dan UTM berupaya menawarkan biasiswa dan seterusnya merealisasikan agenda "pendidikan percuma di peringkat universiti".




Kita akan berupaya untuk menambah jumlah biasiswa hasil EF setiap tahun, seterusnya bergerak makin hampir bagi menyediakan "pendidikan percuma", sekiranya lebih banyak pihak memahami hasrat dan aspirasi konsep EF ini.

Namun demikian, saya turut berpendapat sekalipun usaha ke arah membudayakan sumbangan bagi endowment fund ini perlu segera digiatkan, kita juga perlu mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang atau melambatkan budaya endowment ini berkembang. 


Benar kalau menurut pengiraan Perdana Menteri, jika semua alumni UiTM menderma RM10/minggu, institusi tersebut akan berupaya mengumpul sejumlah RM50 juta sebulan. Bayangkan jika setahun....(RM50 juta x 12 bulan = RM600 juta!!).


Cuba bayangkan jumlah biasiswa yang dapat UiTM sediakan kepada pelajar baharu yang cemerlang dengan dana RM600 juta tersebut.....Katakan kadar lazim biasiswa seorang penuntut:


= RM15,000/pengajian.


RM600 juta / RM15,000 = 40,000 biasiswa setahun!

Ini bermakna, UiTM akan berupaya menampung sekurang-kurangnya 40,000 pelajar dengan biasiswa penuh setiap tahun! Tidakkah ini menguntungkan dan menjadikan ia mencapai agenda "pendidikan percuma"?



Apapun, kita perlu berbalik kepada realiti juga. Alumni Harvard dengan alumni UiTM malah dengan lain-lain IPTA kita mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Kita perlu fahami perbezaan ini agar kita dapat merangka penyelesaian "yang kena dengan masalah kita". Justeru, kita boleh menyesuai model EF ini supaya bertepatan dengan "acuan kita".

Saya dapati antara isu yang memerlukan perhatian ialah:

1) Siapa alumni kita dan apa status kewangan mereka. Tidak saya nafikan IPTA kita berjaya melahirkan tokoh korporat terkemuka dan kaya. Namun, kita juga tidak boleh menafikan keadaan di mana ramai graduan keluaran IPTA kita kembali bekerja di sektor kerajaan dengan "gaji sederhana" (jika tidak cukup makan).

Kita juga sedia maklum bahawa garis miskin bandar hari ini adalah melibatkan isirumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Alumni juga perlulah mengkaji bayaran gaji buat fresh graduate workers di sektor awam mahpun swasta (apakah mereka menerima gaji yang lumayan >RM3,000/bulan)?

Tentu sekali dengan gaji yang sederhana (jika tidak jatuh ke dalam kategori miskin bandar), mereka turut memiliki bermacam hutang seperti hutang PTPTN, kereta sport, kad kredit, personal loans dan sebagainya, yang menjadikan mereka sangat berkira untuk menderma kepada EF.

Mungkin Harvard sudah lama menyelesaikan permasalahan ini....

2) Perubahan bermula dengan sikap kita. Kalau diikutkan saranan PM (RM10/minggu) tidaklah mustahil untuk dicapai. Namun, ianya berkait dengan sikap kita. Kita yang sudah bekerja ini perlu tanya diri sendiri, sebagai contoh; apakah kita boleh konsisten dengan derma RM10/Jumaat kepada masjid tempat kita bersolat? 

Kalaulah kita semua boleh berubah sikap kepada mudah menderma, rasa saya bukan sahaja IPT, malah masjid-masjid kita juga mampu memiliki wang lebih dan menyediakan biasiswa sendiri buat anak kariah yang cemerlang....Tapi, sampai sekarang kita perhatian kotak-kotak derma bertambah banyak pula di surau dan masjid kita..

3) Cara mendidik dan menggalak biarlah secara berhikmah. Saya pernah mendengar rungutan daripada pensyarah di sebuah IPT yang terlibat dengan gerakan menyediakan EF ini. Menurutnya, sewaktu idea tersebut mula digilai oleh pentadbir universiti (selepas pulang dari melawat Harvard), pihak universiti menyediakan perancangan seperti mandatori untuk setiap staf dipotong sejumlah kecil gaji mereka untuk dimasukkan ke dalam EF.

Memang, tindakan secara mandatori ini akan memberikan kesan besar lagi segera kepada jumlah wang di dalam EF (ibarat seperti potong gaji masuk KWSP). Tetapi ianya lebih menimbulkan "salah-sangka" terhadap niat murni tersebut. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Ini kerana staf di universiti berpendapat adalah menjadi hak mereka ke atas setiap sen wang pendapatan mereka. Apatah lagi sekiranya gaji staf baharu masih di bawah kumpulan miskin bandar. Mereka merasakan satu ketidakadilan buat mereka. Sekalipun matlamat akhirnya adalah murni (dikembalikan untuk generasi masa depan sebagai biasiswa), ianya perlu dilakukan secara berhikmah, perlahan-lahan kerana budaya Malaysia sukar menerima sesuatu yang mendadak (seperti penguatkuasaan kamera EAS juga).

Kesimpulan

Kita perlu meneruskan usaha yang telah dibina ini. Kita tidak boleh berhenti hanya kerana masih wujud beberapa halangan. Jika  berhenti, maka kita akan ketinggalan.  

Setiap kali kita bertangguh dan ketinggalan, kita akan kerugian masa. Ini menjadikan langkah dan usaha kita ke arah menyediakan pendidikan percuma di peringkat IPT akan menjadi semakin jauh daripada jangkauan.

Fikir-fikirkanlah.....

Saturday, 3 November 2012

Inovasi di sekitar kita (foto menarik)

Kadang-kala saya merungut: "Ada tak orang yang boleh cipta suatu alat untuk selesaikan masalah ni?", ataupun "Susahlah, takde cara lain ke nak bagi lebih mudah? Bagus kalau ada orang yang boleh cipta suatu alat untuk bantu orang ramai".

Kadang-kala daripada permasalahan sendiri dan pemerhatian terhadap masalah orang, telah membawa kepada tercetusnya idea-idea kreatif yang membawa kepada inovasi dan penciptaan alat mahupun cara untuk membantu kita.

Ada kalanya, idea dan penciptaan tersebut tidaklah serumit yang disangka ramai. Ianya sering dibuat dalam bentuk yang ringkas, mudah difahami, senang diikuti selain amat praktikal untuk memudahkan aktiviti seharian kita.

Di bawah merupakan beberapa contoh inovasi ringkas dan praktikal yang saya dapat melalui tinjauan ke YankoDesign. Mungkin anda juga turut terfikir dan "membayangkan penyelesaian". Tetapi kali ini mari kita lihat bagaimana pereka menunjukkan inovasi mereka pula! Silakan enjoice....







Sumber semua foto: YankoDesign

Friday, 2 November 2012

Pakaian Perkahwinan "Rumpun Melayu" di Indonesia (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Rumpun Bangsa Melayu

Ada ramai orang Melayu di Malaysia yang asalnya adalah produk kacukan dari pelbagai rumpun bangsa termasuklah yang berasal dari Indonesia. Sungguhpun ramai yang mendakwa mereka sebagai berketurunan Jawa, Bowean, Minang, Banjar, etc, apakah mereka berani meneruskan tradisi rumpun mereka itu? Do you think we Malaysian Malay sudah mengalami kepupusan budaya? Aku ada teman Minang dan Bugis tapi bila kawin tak pakai baju tradisional yang elaborate macam di bawah. Semua nak jadi 1Melayu....... inilah jadinya.




Kerenah Penumpang Keretapi di India (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Syukurlah!


Di Malaysia kita cukup gemar mengutuk betapa tidak efisyennya KTM. Ada juga kami dengar rakyat Malaysia enggan menaiki KTM Komuter kerana "banyak Indo, Bangla dan Nepal". Rakyat Malaysia mungkin tidak menyedari betapa beruntungnya mereka kerana sistem keretapi kita jauh lebih moden dari apa yang ada di India. 

Berikut ialah gambar yang diambil oleh Steve McCurry, jurugambar tersohor dari National Geographic. Selepas melihat gambar di bawah kami pasti anda akan rasa lebih bersyukur dengan apa yang ada di negara kita.

On a side note walaupun sistem keretapi di India ini kuno, tidak terdapat masalah kelewatan yang kronik. This I find amazing because you would expect with ancient engines and what not, the system should be crappier than our modern system. So KTM, sila majukan servis ok! Kami suka naik Komuter tetapi jika boleh tepati jadual tentunya lebih ooomph.!!



Laporan asal Blog Steve McCurry 

Thursday, 1 November 2012

Poster Filem-Filem Seram Dari Indonesia (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Indo horror!

Setakat September lalu, dari 10 filem terhangat di Indonesia, 5 daripadanya ialah filem dari genre HANTU MOMOK. Seperti di Malaysia, di Indonesia terdapat lambakan cerita hantu yang menyebabkan pencinta movie elitis jadi emo kerana kononnya filem horror adalah bangang dan tidak membantu memajukan industri filem Indonesia. Filem horror laku di Indonesia kerana diselitkan adengan panas. Bodoh macam mana pun ianya akan laku. See guys... kita dan Indonesia ada persamaan. Both our film industry flooded with crap but people still watch them!





Laporan asal Zikotube

UMNO & Unity (bahagian akhir)

Umno sudah seperti seorang pesakit kencing manis yang perlu dipotong kakinya demi menyelamatkan anggota badan yang lain - Tun Mahathir

Nota Kepala Penulis/Penterjemah:

1) Baiklah, hari ini saya ingin melunaskan tugas penterjemahan karya Tun Mahathir di bawah bab "UMNO & Unity". Rasanya saya tangguhkan artikel bahagian pertama dengan ungkapan "Hidup Melayu" (Long Live the Malays) yang mana ia telah menjadi laungan keramat parti terbesar yang mewakili kaum Melayu itu.

2) Sebelum ini saya telah membaca 2 naskah yang dikarang oleh pemikir PAS iaitu (1) Menuju PAS Baru oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, dan (2) Menerjang Badai: 60 tahun mempersada perjuangan oleh Ridhuan Mohamad Nor. Kesimpulan yang dapat saya buat selepas meneliti kedua karya ini adalah, sejarah PAS, biarpun muncul setelah berpecah daripada UMNO, agak berbengkang-bengkok serta susah difahami (oleh saya), ditambah dengan pelbagai istilah Arab yang jarang saya dengar berbanding  sejarah parti UMNO. 

3) Jadinya, lebih mudah untuk saya mengupas perihal UMNO (berdasarkan naskah lama Tun M), manakala bagi mereka yang berminat mengetahui sejarah PAS, dijemput membeli dan membaca kedua buku yang saya nyatakan seperti di atas tadi.

- Dr Sepet (doakan saya untuk ke Palestin 2013, insyaAllah).

-------------------------

BAHAGIAN AKHIR "UMNO & UNITY"

Hidup Melayu telah menjadi slogan dan Bersatu (unity) telah menjadi amalan Umno. Namun, sekalipun semangat untuk bersatu itu kuat, sikap berpuak dan taat setia kepada kumpulan-kumpulan kecil yang perbagai itu dilihat masih menebal (sehingga dapat dilihat semasa pertemuan di Kelab Sultan Sulaiman) dan masih sukar untuk dikikis. Umno telah menjadi pertubuhan kebangsaan bagi orang-orang Melayu - terma 'United' bukanlah merujuk kepada 'Union' bahkan ditujukan kepada 'Federation' di dalam Umno - disebabkan terdapat pertubuhan Melayu yang bersetuju untuk bekerjasama dengan Umno. Setiap negeri Melayu waktu itu memiliki organisasinya sendiri dan wujud juga badan-badan separa politik yang terpisah daripada pengaruh organisasi politik negeri dan menjalinkan kerjasama dengan Umno.

Bendera Umno (google images)

Di Kedah, Kesatuan Melayu Kedah (KMK) merupakan parti politik rasmi negeri. Namun, SEBERKAS, sebuah organisasi yang tidak seratus peratus politik, juga menjadi 'ahli' kepada Umno. Hal yang sama boleh dilihat di negeri-negeri lain dengan beberapa organisasi yang mewakili orang Melayu, turut menjalin kerjasama dengan Umno (ahli bersekutu).

Penentangan terhadap gagasan Malayan Union yang digerakkan oleh Umno yang ketika itu masih dianggap sebuah pertubuhan yang tidak kukuh (a loose federation) dan masih belum menjelma sebagai sebuah entiti yang jelas.

Kejayaan di peringkat awal perjuangannya memberitahu Umno bahawa usaha penyatuan Melayu sebenarnya memberikan kelebihan, berbanding perpecahan di dalam perjuangan politik. Malah, perjuangan (dan penyatuan) ini perlu bukan sahaja untuk orang Melayu, bahkan demi survival perjuangan politik negeri-negeri Melayu waktu itu.

Seandainya waktu itu negeri-negeri Melayu hanya bertindak secara berasingan di dalam menentang Malayan Union, tentulah pihak British tidak merasa begitu gerun dan tergugat. Namun, manifesto perpaduan yang dicetuskan Umno telah menjadikan ianya (tentangan) sebagai suatu gelombang besar sehingga berupaya menggerunkan British (biarpun mereka adalah satu kuasa dunia waktu itu).

Setelah mencapai kejayaan dengan mengenepikan Malayan Union, Umno kemudiannya kembali mendapati dirinya tanpa tujuan dan halatuju yang jelas. Gagasan perpaduan yang disemai mulai hilang kelunakannya. Namun, disebabkan muncul krisis dalam kepimpinan, usaha ke arah penyatuan disegarkan kembali. Hasilnya, apa yang di peringkat awalnya hanya bekerjasama di antara Umno dan pertubuhan politik dan separa politik negeri-negeri, kini mulai bersatu dengan sebagai Umno negeri yang mewakili perjuangan Melayu dan mereka-mereka yang mempercayai motif penubuhan Umno.

Kesatuan Melayu Kedah, Liga Melayu Perak, Kesatuan Melayu Singapura dan lain-lain organisasi seumpamanya, mula digantikan dengan Umno Kedah, Umno Perak, Umno Singapura dan seterusnya. SEBERKAS Kedah bagaimanapun masih kekal sebagai entiti yang 'bebas Umno' buat seketika, sebelum ia juga terpaksa/dipaksa untuk dibubarkan.

Begitupun, tugas menyatukan mereka dengan Umno itu sendiri tidak berakhir dengan menarik penyertaan pertubuhan-pertubuhan luar untuk bergabung bersama Umno semata. Umno negeri yang muncul waktu itu dilihat sangat berkuasa dan seringkali membuat keputusan dan mengeluarkan arahan secara tidak selaras dengan Umno Pusat. Begitupun, fenomena federalisma mulai berkurangan apabila kesemua bahagian diselaraskan mengikut arah Pusat, dan Umno negeri hanya berperanan sebagai badan pemudahcara.

Dengan fasa terakhir tersebut, Umno kini menjadi sebuah entiti yang sebenar. Setiap seksyen, setiap polisi, telah diputuskan oleh di peringkat pusat melalui sebuah badan yang diiktiraf oleh kesemua ahli. Ianya dipanggil Majlis Tertinggi Umno - yang memegang kuasa secara menyeluruh. Dan untuk itu (besarnya kuasa MT) ianya tertakluk kepada penganjuran Perhimpunan Agung, suatu pertemuan paling besar kesemua wakil dalam Umno, sebagai melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli Umno disegenap peringkat.

Umno tidak wujud untuk Umno. Sebaliknya Umno wujud untuk orang-orang Melayu. Malah, perpaduan yang dicari adalah perpaduan orang-orang Melayu. 

Ini kerana perpaduan di kalangan ahli Umno masih tidak dianggap sebagai perpaduan orang Melayu. Namanya sahaja Melayu Bersatu (United Malays), namun Melayu masih berpecah dan terbahagi kepada pelbagai organisasi politik, yang setiap satunya saling menentang (oppose) yang lainnya.

Biarpun bangsa Melayu mula menampakkan jalan ke arah penyatuan (seperti di dalam Umno), kita perlu akui bahawa Kongress Pertubuhan Melayu pada tahun 1946 telah gagal untuk meyakinkan parti politik Melayu yang utama, Partai Nasionalis Melayu (PNM) untuk menerima konsep penyatuan yang dibawa Umno. PNM menolak penyatuan tanpa ideologi. Memandangkan PNM meletakkan kepentingan ideologi itu di atas kepentingan penyatuan kebangsaan (national unity), PNM tidak menyertai persekutuan yang dipanggil Umno, sekalipun jika disertai, semua parti gabungan masih diberi kebebasan untuk mengekalkan identiti masing-masing.

Kemudiannya, orang Melayu terheret ke kancah perpecahan ideologi politik yang lebih ketara apabila munculnya berbagai parti di atas pelbagai sebab. Partai Kemerdekaan Malaya (IMP), Parti Negara, Parti Al-Islam (PAS) merupakan antara parti yang menarik penyertaan dan juga sokongan oleh orang-orang Melayu. Daripada kesemua parti ini hanya PAS sahaja yang survived sebagai sebuah parti utama dengan mendapat sokongan yang signifikan daripada orang-orang Melayu.

Apa jua janji yang ditaburkan oleh Umno, ia tidak berupaya untuk menarik sokongan dan penyertaan keseluruhan orang Melayu. Sebahagian mereka teru menyokong PAS. Penyatuan Melayu tidak akan berjaya dicapai. Umno (atau di dalam 'bahasa Melayunya', PEKEMBAR) tidak berupaya mencapai objektif utamanya - untuk menyatupadukan orang-orang Melayu.

Fakta (kegagalan) ini akhirnya diterima jua oleh para pemimpin Umno. Apabila menyedari bahawa penyatuan Melayu itu tidak semestinya dicapai apabila kesemua parti menyertai Umno; dan Umno itu tidak diwujudkan semata untuk Umno, tetapi untuk orang Melayu seluruhnya; perubahan sikap mulai mengambil tempat. Perubahan sikap ini mempercayai bahawa tidak mustahil untuk mewujudkan 'kerjasama' di antara Umno dengan PAS - iaitu kerjasama Melayu sesama Melayu. Menyatukan PAS dengan Umno mungkin tidak berjaya, tetapi ada harapan untuk menyatukan orang Melayu di dalam kedua-dua parti ini.

Kerjasama Umno-PAS (google images)

Dan dengan pencapaian kerjasama ini, penyatuan dan perpaduan nasional telah dicapai dalam tempoh dua tahun. Melayu yang dahulunya mustahil bersatu akhirnya bersatu jua. Orang-orang Melayu mula nampak masa depan yang cerah kerana mereka mula bersatu. Parti politik itu hanyalah wadah (platform). Apa yang penting adalah penyatuan. Penyatuan inilah yang membawa kejayaan.

Umno telah kembali mencapai sasaran matlamat asal penubuhannya - untuk menyatupadukan orang-orang Melayu. Sedari awal lagi Umno telah bekerja keras ke arah penyatuan. Tetapi di dalam sistem demokrasi yang memiliki amalan pilihanraya, agenda penyatuan sekali lagi dipinggirkan. Insiden Mei 1969 telah mengembalikan kejutan dan kesedaran. Hasil kesedaran itu, usaha penyatuan kembali orang Melayu telah digerakkan dan kerjasama Umno-PAS berjaya dibentuk. Peristiwa ini menandakan titik tertinggi pencapaian perjuangan Umno yang ketika itu di bawah pimpinan Tun Razak.

Namun tabiat dan budaya tidak selalunya boleh kita tinggalkan. Sementara aliran pemikiran-kanan Melayu, yang mewakili majoriti, gembira dengan penyatuan yang dicapai melalui kerjasama Umno-PAS, sesetengah kelompok pula melihatnya dengan penuh kecurigaan. Penyatuan ini menjadikan mereka tiada peranan untuk dimainkan dan tidak lagi mendapat perhatian orang ramai. Ia diumpamakan seorang raja yang tidak bertakhta yang sedang bersiap-sedia untuk mengkhianati rakyatnya di dalam ketamakan mengejar kuasa. Kelompok ini bersedia menggunakan apa jua cara untuk mengorbankan penyatuan Melayu yang sedang dinikmati rakyat demi memenuhi kepentingan mereka. Bahasa, agama, bangsa dan lain-lain isu mula dieksploitasi untuk tujuan tersebut.

Penyatuan Melayu kembali diancam, sedangkan mereka belum menikmati jaminan keselamatan (untuk bina hidup yang lebih baik). Mampukah Umno mendepani cabaran ini? Dapatkah Umno mengekalkan perpaduan yang dicapai ini? Atau orang Melayu yang telah dijajah selama lebih 400 tahun ini, sekali lagi kembali terpinggir, lemah dan tidak dihormati hanya kerana "perpaduan itu bukanlah adat bangsa Melayu?".

TAMAT

Diterjemah (dengan penambahan kata minima), sumber asal: Mohamad, M. (1986). The Challenge. Pelanduk Publications. (petikan muka surat 156-158).

-------------------------
Nota Kaki Penulis/Penterjemah:

1- Melayu, tambahan Islam lagi, memang perlu bersatu. Mana-mana bangsa yang berpecah-belah sekalipun majoriti jumlah mereka, tetap akan menjadi lemah dan tak dihormati. Justeru, mampukah Umno menjadi wadah penyatuan Melayu seluruhnya dan bukan hanya ekslusif kepada ahli Umno semata? Ataupun, agenda penyatuan Melayu ini perlu melangkaui garis politik dan ideologi kepartian tidak kiralah Umno, PAS ataupun PKR? Saya juga telah turut melontarkan tentang "bagaimana saya melihat isu perpaduan Melayu-Islam di Malaysia" (klik tajuk untuk membacanya).

2- Sebagai satu-satunya parti yang membentuk gabungan di bawah Barisan Nasional yang sudah memerintah Malaysia sedari era kemerdekaan, Umno juga tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan pelbagai tuduhan korupsi dan salah guna kuasa.

3- Anda yang celik politik tentunya lebih maklum perkara ini berbanding saya yang kurang membaca ini. Apapun, berikut saya pautkan artikel-artikel lama yang telah saya tulis berkaitan "Korupsi & Kesannya Kepada Negara" (di dalam 3 siri yang menarik), serta kupasan buku oleh Jomo "Warisan Ekonomi Mahathir" (di dalam 3 artikel berkait dengan penswastaan PLUS, PROTON dan 'Kejayaan' Penswastaan).

3 Siri "Korupsi & Kesannya Kepada Negara (klik tajuk)

- Siri 1 - Korupsi: bagaimana ianya bermula.
- Siri 2 - Korupsi: penyakit yang berulang.

3 artikel oleh Jomo (klik tajuk)


Moga beroleh manfaat melalui perkongsian ilmu yang terbatas ini. Sekian.

USB dan USB Hub Yang Cute (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Tak perlu nak samak pon!


Dayyum ini sangat genius dan cute! Ianya hasil rekaan We Play Good. For the first time ada matching USB dengan USB hub macam ni. 

In B4 "Nanti mesti ada orang buat versi lucah.. USB Ehem dan USB you know who".




Laporan asal We Play Good

Wednesday, 31 October 2012

Kereta Perisai Buatan Sendiri Kartel Dadah di Mexico (foto)

Sumber dipetik: Blogserius

Pablo McGuyverito


Kartel dadah di Mexico mempunyai tentera mereka sendiri bagi menentang pihak berkuasa dan juga bagi melawan kartel dadah lain yang cuba menyaingi perniagaan mereka. Sungguhpun mereka memiliki wang yang banyak, mereka tidak mampu mendapatkan kelengkapan kereta perisai sebagaimana milik tentera. 

Oleh sebab itulah mereka terpaksa membuat inovasi dengan menghasilkan kereta perisai buatan sendiri dengan mengubahsuai kenderaan biasa. Ada yang sekadar melakukan pengubahsuaian mudah dengan meletakkan kabin berperisai and ruang tambahan untuk kargo. Ada juga yang diubahsuai secara menyeluruh dengan keseluruhan badan lori dipasangkan besi kalis peluru.

At the end of the day....... lori kawan Antonio Banderas dalam DESPERADOS jugak yang paling cool. This is fact. That chibi lorry is damn awesome.





Laporan asal Esmas via Izismile

KACAU-GANGGU SEMASA SOLAT

Pernahkah sewaktu anda merasakan sedang berada dalam zon Khusyuk solat, tiba-tiba muncul pula kacau-ganggu dan memusnahkan fokus solat anda? Kadang-kala untuk menjadi lebih proaktif sewajarnya kita berusaha untuk mengelak diri daripada menimbulkan gangguan luaran ketika sedang solat (dan malang kalau kita turut kacau solat jemaah lain). Elakkan ia!

1) The Scratcher (si penggaru)

Kadang-kala, secara malang (dan Tuhan ingin menguji) saya sering "berpasangan" dengan beberapa jenis orang yang berkelakuan menjengkelkan sewaktu solat berjemaah. Ada kalanya mereka ini melihat-lihat jam di tangan dan main pusing-pusing jam di lengan. Ada juga orang yang bernafas terlalu kuat sehingga menyukarkan jemaah lain mendengar suara dan bacaan Imam. Namun, kategori yang paling teruk di sebelah anda ialah si penggaru (the Scratcher).


Sebermulanya solat dengan Takbir hinggalah hampir selesai, mamat ni akan asyik menggaru di setiap tempat pada tubuhnya. Dia juga mungkin menggaru pada bahagian-bahagian yang saya sendiri tidak tahu wujud pada tubuh badan manusia. Namun, rosaklah solat saya bilamana asyik terganggu kerana memikirkan apa terjadi sekiranya "gatalnya itu" berpindah ke badan saya pula? Bukankah makruh jadinya?

Sekiranya anda mempunyai masalah kegatalan yang sangat serius, mungkin anda terkena jangkitan kutu dan perlu mendapatkan rawatan dengan kadar yang segera.

2) Daycare (Pusat jagaan harian)

Sesetengah orang yang kekurangan kemahiran keibubapaan merasakan mereka memerlukan sejenak waktu di sebelah malam hari di masjid untuk beribadat dan membersihkan dosa-dosa. Saya maksudkan, masjid adalah tempat yang bagus buat keluarga, bukan? Kita boleh juga membawa anak-anak yang kecil ke rumah Allah bersama ditemani kereta Hot Wheels dan patung Barbies bukan? Tetapi apa yang di akhirnya terjadi? Ibu bapa hanya letakkan anak-anak di satu sudut atau bilik supaya mereka dapat meneruskan solat mereka tanpa gangguan anak-anak.

Tetapi di mana selalunya anak-anak yang ditinggalkan ini berada, sebenarnya?


Saya tidak pernah boleh faham mengapa ibubapa tidak boleh berkorban atau mendapatkan khidmat penjaga di sebelah malam sekiranya mereka ingin menikmati malam di masjid. Tentulah, kanak-kanak seharusnya didedahkan supaya rapat dengan masjid tetapi janganlah pula dengan mengganggu solat jemaah lain hanya kerana ibu dan bapa si anak itu tidak berani untuk berkata "Diam dan Duduk" atau "Pakai balik lampin tu" di khalayak ramai.

Ataupun juga, masjid-masjid yang baru boleh mengambil langkah menyediakan ruang berasingan untuk bayi dan kanak-kanak bergerak bebas (seperti zon khas untuk kanak-kanak). Seperti juga tempat bermain di restoran McDonald. Tetapi jika di McDonald kanak-kanak lari dikejar "Hamburglar", mungkin di zon kanak-kanak di masjid, kanak-kanak akan lari kerana dikejar Jin atau syaitan serta diberi minuman jus kurma dan sebagainya.

3) Unnecessary Repeater (Si Pengulang yang tak kenal waktu)

Sesetengah masjid tidak menyediakan kemudahan sistem audio (suara) kerana semua khatib boleh menjerit dengan kuat sewaktu menyampaikan khutbah. Bagaimanapun, hal ini memberikan kesan apabila jemaah mula bersolat. Masalah juga dihadapi bagi jemaah yang tiba lewat atau kaum wanita yang diletakkan bersolat di ruang belakang - menyukarkan mereka mendengar bacaan Imam. Di sinilah munculnya "si pengulang". Si pengulang mempunyai satu tugas - memastikan mereka yang dibelakang dapat mendengar arahan Imam semasa solat.

Kadang-kala si pengulang menjadi terbawa-bawa dengan "tugasnya" dengan menjadi pengulang bagi setiap kali waktu solat. Walaupun ada waktunya suara Imam lebih kuat berbanding si pengulang. Atau walaupun waktu itu hanya terdapat 3 orang makmum sahaja. 


Music to my ears.

4) Shirts-With-Essays-On-The-Back (Baju dengan karangan di bahagian belakang)

Sesetengah orang memakai pakaian yang bangan sekali untuk bersolat di masjid. Sesetengahnya pelik dan pernah sekali seorang budak memakai t-shirt yang bertulis mesej "I like to do it all night long". Apa yang berlaku budak itu bukan sahaja dimarahi oleh jemaah yang tua, bahkan mendapat pujian pula kerana dijelaskan mesej pada t-shirt itu merujuk kepada "solat malam" dan menggalakkan pemuda lain mengerjakan "Qiamullai".

Ada juga t-shirt lain yang mempunyai karangan panjang di belakangnya. Sungguh besar dan panjang sehingga mengambil beberapa rakaat untuk makmum di belakangnya selesai membaca karangan itu. Tambah bangang lagi, buat apa engkau baca karangan tu "in the first place"? Terrible.


The t-shirt was probably designed by the enemies of Islam to distract you during prayer.

5) Head-Butt

Sebagai Muslim, kita bangga setiap kali kita berjaya mencipta sesuatu yang berguna buat masyarakat. Sains kimia contohnya, dan juga sosiologi, dan Algebra, dan Nintendo...etc. Sesetengahnya mungkin benar kita cipta dan selebihnya diada-adakan. Tetapi satu benda ini saya rasa ia dicipta oleh Muslim iaitu perkataan "head-butt".


Dari manakah asalnya perkataan ini? Mungkinkah daripada perbuatan kita semasa solat? Apabila saf (baris) dibentuk terlalu rapat dan ada jemaah yang tidak ikut "rentak" sehingga menimbulkan perlanggaran kuat bilamana bontot jemaah hadapan berlaga dengan kepala jemaah belakang. Ini gerakan yang merbahaya.

Tambah bahaya lagi sekiranya makmum di depan tu terbatal wuduknya ketika perlanggaran berlaku (terkentut misalnya). Apa yang berlaku mungkin terjadinya "knock out' (which I guess we invented that as well).

6) Obnoxious Ring-Tones (Bunyi nada dering yang mengganggu)

Perkara mengenai gangguan bunyi telefon sewaktu solat telah saya kupas dengan panjang lebar sebelum ini. Namun, tak kiralah berapa juta kali diingatkan supaya mematikan nada dering telefon sewaktu solat, akan sentiasa ada si bodoh yang akan bersolat "mengikut rentak nada dering".

Di samping sikap kita, yang lebih membingitkan adalah gangguan bunyi telefon itu. Anda tahu, nada dering irama Bollywood yang anda gunakan bagi menunjuk-nunjukkan kepada seluruh makmum juga memberitahu orang ramai betapa buruknya citarasa anda. Tindakan yang betul sekiranya telefon berbunyi ketika sedang solat adalah dengan segera mematikannya, ataupun mencampakkan telefon anda keluar tingkap. Perkara yang salah pula ialah dengan membiarkan telefon tersebut berbunyi sewaktu solat dan mula terhangguk-hangguk mengikut rentak!


Tahukah anda bilamana solat kita bertukar menjadi "korup" (tercemar) adalah apabila ada manusia lain di sekitar anda yang mula mengangguk-angguk menurut irama bunyi telefon. Hell, when the Imam starts bopping you know the right thing to do is to save the prayer. Jadi anda perlu buat apa yang sepatutnya seorang "Hero" itu akan lakukan....you pull out the obstruction!

Prayer aside, ring tones are the worst idea in history next to low-rise pants (bila rukuk nampak alur bontot).

7) Low-Rise Pants 

Kadang-kala apabila saya cuba untuk khusyuk dalam solat, apa sentiasalah pula muncul orang di depan saya yang suka nak memusnahkan kekhusyukan solat saya. Mereka tidak memakai tali pinggang. Mereka tidak masukkan baju ke dalam seluar. Hasilnya? Sesuatu pemandangan yang sangat menjelik dan menjijikkan di mana hanya boleh saya tunjukkan melalui foto di bawah. Itupun saya terpaksa sensor jugak!


Komuniti Islam di mana-manapun boleh berbeza pendapat di dalam melihat anak bulan dan menentukan tarikh mula Puasa dan Hari Raya. Tetapi komuniti Islam di seluruh dunia rasanya setuju untuk menyatakan: this is the one moon sighting we don't need to see. Malang kalau ia turut didatangkan bersama bulu yang banyak...Ew!

Sumber tanpa terjemahan: SINI