Saturday, 8 September 2012

Agama: 70 tahun untuk sampai ke dasar neraka

Sirat adalah laluan tunggal yang tiada pilihan bagi manusia untuk menyeberang menuju destinasi terakhir.

Kejayaan seseorang melintasi satu-satunya jambatan terhalus dan maha tajam di akhirat itu bererti mereka terhindar daripada azab api neraka. Kemuncak kejayaan itu ialah dapat menjejakkan kaki ke syurga untuk menikmati kebahagiaan yang abadi.

Pernahkah kita berfikir bahawa sebaik sahaja manusia dibangkitkan dari kubur, mereka terhuyung-hayang bagaikan sedang mabuk. Sedangkan di atas kepala mereka terjunjung segala dosa yang menggunung. mampukah mereka melangkah ketika dihalau oleh Allah SWT untuk berhimpun di dataran Mahsyar?

Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah r.a, katanya:

Bahawa di hari akhirat kelak Allah SWT memberikan mandat kepada nabi-nabi dan rasul-rasul serta mengirimkan kepada mereka "amanah" dan juga "rahim". Keduanya akan diletakkan di kiri dan kanan sirat. Barangsiapa yang menjaga amanah dan begitu juga orang yang menjaga rahim akan selamat menyeberangi sirat" - Hadis no. 13/987, dinilai sahih oleh al-Albani.

Menjaga amanah iaitu sama ada amanah Allah berupa perintah agama, yang melibatkan kewajiban melaksanakan yang wajib dan meninggalkan laranganNya.

Justeru, apabila seseorang melibatkan diri di dalam perjuangan Islam semata-mata hendak memelihara dan melaksanakan tuntutan agama, bererti mereka berusaha melaksanakan amanah Allah. Tugas menjaga amanah Allah ini adalah suatu tugas yang berat kerana ia akan melibatkan pelbagai tenaga, termasuk fizikal, fikiran, masa, harta-benda bahkan nyawa.

Hanya orang yang benar-benar amanah sahaja yang sanggup melaksanakan segala pengorbanan dan jerih-payah semata-mata hendak menjaga amanah tersebut.

Begitu juga rahim yang bererti kekeluargaan. Setiap manusia mempunyai hubungan kekeluargaan, yang mana di dalam hubungan tersebut terkandung unsur-unsur tanggungjawab dan amanah iaitu terdiri saripada hak diri setiap ahli kepada pendidikan agama, tempat tinggal, pakaian, makanan dan sebagainya.

Sekiranya kedua-dua amanah dan rahim ini dijaga dengan sebaik-baiknya, maka ia akan menyelamatkan manusia di atas sirat.

Apabila rasulullah SAW menyebut mengenai berjalan di atas sirat seperti kilat yang menyambar, maka Abu Hurairah bertanya kepada baginda, bagaimanakah kelajuan kilat yang menyambar itu? Baginda menjawab, "Bukankah engkau melihat kilat memancar kemudian hilang serta-merta pancaran itu?".

Foto hiasan (Google images)

Rasulullah SAW bersabda lagi; Ada orang yang berjalan di atas sirat seperti kelajuan angin, kemudian ada yang berjalan seperti kelajuan burung yang terbang, dan ada yang berjalan seperti orang yang berlari. Peringkat kelajuan itu bergantung kepada tahap amalan seseorang yang diterima oleh Allah SWT.

Ketika umat Muhammad menyeberangi sirat itu, Rasulullah SAW berdiri di tepi sirat itu memerhatikan umatnya, sambil berdoa kepada Allah SWT; "Allahumma Rabbi Sallim Sallim". Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah (umatku), selamatkanlah. (at-tazkirah, p. 383).

Baginda berkata kepada Abu Hurairah; bahawa ada pula di kalangan manusia yang melalui sirat dalam keadaan mengengsot. Di kiri dan kanan sirat itu terdapat besi-besi cangkuk yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya menyambar orang-orang yang diperintah supaya disambar. Ada yang jatuh ke dalam neraka dan ada pula yang hanya luka-luka terkena cangkuk itu tetapi tidak jatuh ke dalam neraka.

Baginda bersabda lagi:

"Demi Allah yang jiwaku di dalam genggaman-Nya, ahli neraka yang terjun ke dalamnya akan sampai ke dasarnya tujuh puluh tahun" - Riwayat Muslim; hadis no. 288, Al-Mustadrak 'Ala Sahihain; hadis no. 8901.


-----------------
Dipetik: 

- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (2009). Bertemu Janji Allah: Siri 2. Anbakri Publika Sdn Bhd

Demo anti-empangan yang aneh di India (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Bersih sebenar!

Di Malaysia demo Bersih ialah demo paling hip sekarang. Semua manusia anti pihak pemerintah menggunakan Bersih untuk meminta kerajaan membersihkan senarai nama pemilih.

Di India terdapat sebuah demo yang kami rasakan lebih cool. Penduduk perkampungan Golgalgaon di Khandwa, Madhya Pradesh berdemo menentang cadangan kerajaan tempatan untuk menaikkan paras air empangan Omkareshwar berhampiran perkampungan mereka sebanyak empat meter. Paras air ini dinaikkan bagi menambah kapasiti penghasilan tenaga elektrik dari stesen janakuasa hidroelektrik.

Penduduk tempatan berdemo kerana perkampungan mereka akan ditenggelami air dan pihak kerajaan tempatan dikatakan enggan memberi pampasan setimpal terhadap kehilangan tanah milik mereka dan tempat tinggal. Seramai 51 orang penduduk kampung mula berdemo enam hari lalu di dalam air sedalam paras pinggang. Kini paras air sudah mencecah tahap tengkok peserta demo. Selepas berdemo dan berendam selama ratusan jam, kulit peserta demo mula mengelupas dan gatal. Peserta demo hanya keluar dari berendam untuk makan dan bertinja.

Demo ini dikenali sebagai Jal Satyagraha oleh penduduk setempat dan mereka berharap tindakan nekad mereka berendam sehingga hampir lemas akan memaksa pihak kerajaan menghentikan cadangan menaikkan paras air atau akhirnya beralah dengan memberi pampasan seperti yang mereka tuntut.
<--!more-->


Laporan asal HindustanTimes

Friday, 7 September 2012

Karakter Filem : Konsep Asal vs Versi Filem (foto menarik+geli)

Dipetik dari: Blogserius


Menarik!

Sebelum sesebuah filem itu dihasilkan, pelukis konsep akan melakukan visualisasi bagaimana watak filem akan kelihatan di layar perak. Dalam kebanyakkan kes, watak akhir yang muncul di layar perak kelihatan berbeza dari konsep asalnya. Di bawah ialah beberapa konsep asal vs rupa watak yang difilemkan. Menarik bagi penggemar filem seperti kami di Blogserius. Konsep art Cicakman paling power kami rasa.




Laporan asal ScreenCrush

Samsung ATIV - hibrid tablet & komputer (foto)

Sumber: Blogserius


Percubaan sulung

Samsung Ativ PC ialah percubaan sulung dari Samsung untuk menghasilkan hibrid tablet dan komputer riba berasaskan Windows 8. Seperti yang anda mungkin sedia maklum, Windows 8 ialah sistem operasi pertama Microsoft untuk menselarikan sistem operasi pada komputer, tablet dan telefon pintar. Ini diharap dapat memudahkan pengguna menggunakan kesemua peranti milik mereka kerana penggunaan antaramuka dan sistem yang sama.

Samsung Ativ ialah komputer riba dengan papan kekunci boleh ditanggalkan. Bila ditanggalkan skrin tersebut menjadi sebuah tablet. Terdapat dua versi Ativ PC iaitu versi Ativ biasa dan PRO. Perbezaan di sini ialah penggunaan chip pemproses Intel Atom ataupun Intel i5/i3 dan jumlah RAM. Seperti Samsung Galaxy Note 10.1 , Ativ juga didatangi dengan sebatang stylus bagi memudahkan anda melakar dan menulis secara terus.

Buat masa ini tiada tarikh pengeluaran ataupun harga saranan. Kami pernah paparkan Microsoft Surface beberapa bulan yang lalu dan kami agak teruja dengan konsep tablet menggunakan sistem operasi selaras dengan PC kami. Adakah ianya mampu mengubah lanskap dan pasaran tablet? Kami tidak tahu tapi jika kami mendapat review unit kami akan cuba lakukan ulasan yang penuh diWWW.AMANZ.MY kelak.




Laporan asal Samsung

'Quack' & Penjual Obat

"You mahu dengar nasihat saya ke (doktor pakar), atau quack (penjual ubat tanpa tauliah), terpulang pada you-lah, I dah separuh umur dihabiskan untuk dalami ilmu perubatan". - begitulah lebih kurang komen yang diberi seorang sahabat apabila saya tanyakan beliau beberapa perkara berkaitan fungsi badan manusia dan kemujaban ubatan alternatif.

Minum Air Batu

Sudah lama saya menderita sakit di bahagian belakang khususnya di kawasan pinggang. Telahan saya ialah disebabkan terlalu banyak duduk. Yelah, setiap hari memandu jauh ke tempat kerja. Kemudian pula, kerja pun hanya duduk di dalam pejabat. Makan pun duduk. Kemudian memandu lagi pulang ke rumah. Justeru, seharian itu dipenuhi dengan "kedudukan" sahaja.

Kata orang kepada saya, jangan minum air batu kerana ia adalah punca sakit urat dan besar kemungkinan itulah juga punca kepada sakit belakang yang sentiasa saya alami.

Soalan ini saya ajukan kepada sahabat yang menjadi doktor pakar, dengan PhD perubatan dari Universiti Oxford itu. Ini kerana semasa Summer BBQ itu saya perhatikan beliau sendiri gemar minum air sejuk/air batu.

Beliau adalah doktor pakar kedua yang gemar minum air batu (dan tidak merokok) selepas seorang lagi sahabat yang dahulu saya temui berkhidmat di Hospital Kuantan.

Kata sahabat itu, "Allah menjadikan tubuh kita cukup unik. Apabila benda sejuk masuk ke dalam tubuh (katakan salur kerongkong), sistem tubuh akan segera bertindak balas bagi menstabilkan suhu badan kita. Apabila kita telan sebiji ais, apabila ia melalui kerongkong, bahagian dalam badan akan segera bertindak balas dan mencairkan ais itu sebelum tiba ke dalam perut. Memang kita rasa sejuk tetapi hanyalah seketika sementara tubuh berfungsi menstabilkan suhu yang sepatutnya untuk tubuh manusia. Begitu juga dengan makanan panas yang dimakan, juga akan distabilkan tubuh melalui tindak balas tertentu bagi memelihara organ dalaman badan kita. Itulah kebesaran Allah yang menciptakan kita".

Tambahnya lagi "Saya tidak pandai bercakap dan kamu boleh dengar orang lain kata apa, tetapi saya boleh menjelaskan kepada kamu berpandukan kajian perubatan, kerana saya bukanlah seorang penjual ubat".

Bangga saya apabila orang terpelajar seperti beliau apabila bercakap mengenai perubatan dan kesihatan turut menyelitkan "kebesaran Allah yang mencipta tubuh manusia" - moga Allah memeliharanya.

Sesungguhnya kata-kata sahabat itu secara langsung mengajak saya supaya berfikir dan insaf melihatkan kebesaran ciptaan Allah taala - iaitu diri kita sendiri!

Tidak lama dahulu (agak lama juga sebenarnya), saya ada beli sebuah buku yang "sinis dan kelakar" bertajuk "SUCKERS - How alternative Medicine Makes Fools of Us All" tulisan Rose Shapiro (2009). Saya yakin para pembaca boleh memahami English yang mudah, justeru saya hanya "copy n paste" beberapa petikan menarik di dalam buku tersebut.


How to spot a quack

(p. 25 - 28) If it walks like a duck and it talks like a duck, you can be reasonably sure it is a duck.

quack! quack! here I come (google images)

Promoters of quackery and health fraud can be harder to identify. It is especially confusing when, as it so often the case, they offer a package composed of contradictory diagnostic or therapeutic methods.

The Oxford English Dictionary defines a quack as "someone who is an imposter in medicine or one who professes a knowledge or skill concerning subjects of which he is ignorant".

The word is derived from the Dutch "kwakzalver": one who prattles or boasts about their supposedly healing salves". It is more complicated than that though. Such definitions "suggest that the promotion of quackery involves deliberate deception, but many promoters sincerely believe in what they are doing".

But because they are likely to be offering the same type of diagnostic and treatment methods the difference between the two is largely academic - quackery is quackery regardless of the merits or otherwise of the practitioner's character.

The task of spotting quackery is made easier once you know that there are large areas of medicine in which it is never found. These are the ones that involve outcomes which are easily measurable, or where there is a risk imminent death.

There is no homeopathic contraceptive, for example. Nor will reflexology to be used following a stabbing, or Chinese herbs in the treatment of acute conditions like a broken leg, appendicitis or heart attack. Chinese Alternative Medicine (CAM) practitioners know better than to compete with mainstream doctors in the provision of trauma care. As one of American CAM provider says, "If you got hit by a truck there's nothing better than the modern medical system".

Instead, alternative practitioners are mostly to be found diagnosing and treating chronic conditions such as back pain, fatigue, and food intolerance or when, as one Bristol CAM provider describes it, people "feel unwell in themselves but are not 'ill' in the Western sense".

It is usually quite hard to measure what they do. When they claim to be able to 'rebalance energies' or 'correct yin/yang imbalance at cellular level' it becomes difficult to measure diagnostic accuracy and whether or how a treatment has worked.

There are a number of common identifying features which, once familiar, make the identification of quackery surprisingly straightforward:

1) the disclaimer (p. 28)

We start with what usually, almost as if it is an afterthought, comes at the end of nearly all dubious health claims or pseudoscientific information in newspaper, magazines and the internet. It will go something like this:

WARNING!!! The following information is not intended as a substitute for the advice provided by your own physician or health care provider of any health problem or disease. Before following any of these recommendations you should consult your GP (general practitioner) about any medical problems or special health conditions. You should not use the information as a substitute for professional medical advice when deciding on any health-related regimen, including but not limited to diet or exercise. Featured products are not intended to treat, cure or prevent any disease.

The disclaimer is the equivalent of the small print in financial adverts, warning that the value of your investment may go down as well as up and is usually the only truthful statement on the page. It is designed to protect both the author and the publisher from legal action when the CAM method fails to work or if a serious condition is left medically unattended because of bad advice.

2) the universal diagnosis (p. 29)

Holistic therapies are said to be able to treat 'the whole person' rather than the symptom or outward manifestation of disease. And because many alternative medicines claim to treat the whole of you, they can by definition treat everything. Or nothing in particular!

Conversely, they may promote a single remedy or therapy, promised to address a wide range of disparate conditions, making it a truly universal panacea!

3) it's based on centuries-old ancient wisdom and the method has not changed over time (p. 30)

It is curious to see what a virtue 'ancient wisdom' has become, especially considering the nature of many ancient cures.

Whilst it is true that a substance's relative safety might be suggested by the fact that people have used it for centuries, that doesn't necessarily mean it works. Sometimes the claim are breathtaking - "in this pages you will learn the health secrets that allowed out ancestors to live long, disease-free lives...etc."

4) the evidence of their discovery is anecdotal and supported only by testimonials (p. 34)

Personal testimony is NOT permitted in scientific articles or other approved evaluations of drugs or medical procedures, as it is a practice open to bias and abuse. It would be all too easy to round up satisfied patients who offer positive reports about a chosen treatment or procedure in letters or interviews. 

'Quacks' may not go in for presenting research evidence for efficacy, but they love to give a simple cure rate, which is frequently given at around 80 per cent - not too high to be thoroughly unbelievable, but high enough for the needy to find irresistible.

No details of the user group are given - not even the number of people surveyed. Such assertions could easily be fabricated and the patients don't even have to exist. Patient testimonials substitute for evidence throughout CAM. They are usually headed "Success Stories", "How I got my life back" or "What our customers say" and tell exhilarating tales of lives enhanced and prolonged. 

"In the three weeks leading up to my cancer operation, I consumed 100ml of Colloidal Silver per day. Day day before the operation, they performed a camera search inside of my bladder. The search revealed that the tumour had reduced significantly in size. The surgeon said to me whatever I had been doing, continue doing it, "that is truly a miracle". 

Such statements, attributed to an anonymous and mystified medic, represent an interesting subset of the testimonial genre.

5) it sounds too good to be true (p. 38)

Here we are really spoilt for choice. How about HeightMax (TM). Designed "for 12 to 25 year old height and health conscious consumers only. It is the only all-natural, completely safe nutrition supplement that enhances your height potential to the maximum your genetic composition will allow".

The HeightMax (TM) company has been heavily fined for making bogus claims for the product, even featuring a fictitious specialist and product inventor to appear in their advertising!

Penutup - beberapa perkara untuk difikirkan

Di Malaysia, kebajiran produk ubatan alternatif adalah terlalu banyak. Bukan sahaja produk yang "diimport" yang sememangnya mudah dirodok ke dalam kotak pemikiran orang Malaysia (yang mudah terpengaruh seperti gangnam), malah beribu produk tempatan yang 'dicipta menurut resepi turun-temurun'.

Apakah resepi kita itu diwarisi dari 5000 tahun yang lepas sebagaimana dakwaan pengamal rawatan akupuntur di China? Atau setidaknya 500 tahun yang lepas, tanpa terputus riwayat (ubroken chain of story), atau sekadar 50 tahun yang lepas? Atau ianya "warisan" sejak 5 tahun yang lepas? Ini kita sebagai pengguna kena perhatikan juga.

Bahan yang digunakan seperti Tongkat Ali memang diakui oleh rawatan perubatan moden berupaya mengurangkan beberapa masalah kesihatan. Tetapi itu tongkat ali yang diperoleh di dalam persekitaran yang asli, tumbuh di hutan tanpa campurtangan manusia. Namun, setelah dikomersilkan, tongkat ali ditanam secara ladang moden, dibaja dan dijaga untuk mempercepatkan proses pembesaran demi pengeluaran berskala besar. Apakah kandungan dan khasiatnya masih seperti yang tumbuh asli di dalam hutan? Ini pun kita sebagai pengguna ke fikirkan.

Di Malaysia, kadang-kala sebagai pengguna kita "tersepit" di antara produk "hasilan orang Melayu" dan "produk Sunnah", atau kedua-duanya. Tambahan pula jika di botol produk itu disekalikan rupa tok-tok guru dan alim ulama, lagilah "rasa bersalah" jika tidak mencubanya, sekalipun ianya tiada bukti secara kajian klinikal.

Kekurangan aspek pemantauan dan penguatkuasaan oleh badan berkaitan juga menjadikan tanggungjawab seseorang pengguna bertambah berat. Di bahu para pengguna sendirilah terletak inisiatif untuk mendapatkan kesedaran dan pendidikan yang berkaitan. Bukan sahaja pengguna perlu mendidik dan menyedarkan diri sendiri agar berhati-hati untuk memilih dan menggunakan produk alternatif, bahkan di bahu pengguna jugalah tanggungjawab bagi membuat pilihan yang mereka "rasakan" terbaik, tidak menipu dan selamat. 

Tidaklah saya menafikan ada di antara produk alternatif yang ditawarkan menepati janji mereka, namun kebanyakkannya masih "too good to be true".

Moga beroleh pencerahan dan manfaat!

Oh UTM!

Semakin besar saiz universiti, semakin bertambah jumlah fakulti, semakin kecil pula bilangan pelajar baru yang diambil belajar. Saya masih ingat lagi kalau dahulu, waktu itu sampai berebut untuk mendapatkan tempat tinggal di kolej kerana bilangan pelajar terlalu ramai (persaingan sengit), sedangkan tempat kediaman yang ada sangatlah terhad. Hari ini? Kolej kediaman pelajar bukan sahaja banyak, malah besar kapasitinya. Namun, lihatlah pula jumlah pelajar yang diambil.

Sumber: FB sahabat


Justeru, nasihat saya bagi ibubapa yang berkeinginan untuk menghantar anak-anak menuntut di UTM, minta di perbanyakkan doa moga mereka akan terpilih. Kalau sekarang angkanya sudah 2,800, bayangkan untuk tempoh 5-10 tahun akan datang. 

Dahulu-kala saya selalu didengarkan oleh istilah "best of the best", kemudiannya "cream of the cake", kemudiannya lagi "cream of the cream" - bagi menggambarkan pemilihan hanya mereka-mereka yang terbaik.

Selepas ini, saya pun dah tak tau apa lagi istilah yang layak dipakai bagi menggambarkan “kesengitan” sesebuah persaingan untuk merebut sesebuah tempat di menara gading itu.

Dahulu, saya difahamkan bagi sesebuah kursus, ramai jumlah pelajarnya. Sebagai pendidik, walaupun zaman dan cabaran sering berubah, di sanubari saya secara peribadinya, Program Diploma di IPTA (termasuk yang ditawarkan oleh UTM) banyak membantu:

(1) anak- anak Melayu serta Bumiputra Sabah dan Sarawak yang mana keputusan SPM mereka tidaklah “cream of the cream”. Justeru (keputusan tersebut) tidak melayakkan mereka ke matrikulasi (dan ke Ijazah Pertama). Jadi mereka sambung ke kursus Diploma selama 3 tahun. Kemudian setelah tamat, Diploma itulah sebenarnya yang menjadi 'tiket' buat mereka untuk akhirnya menyambung ke kursus Ijazah dan akhirnya berpeluang menggengam segulung Ijazah. Tentu, jalannya jauh sedikit berbanding rakan yang terus ke matrik dan kemudian terus ke Ijazah. Tetapi akhirnya kedua-dua kelompok ini berjaya sampai ke matlamat yang sama.

(2) ramai kaum lelaki lazimnya berminat dengan aspek kemahiran yang ditawarkan kursus di peringkat Diploma. Dengan kemasukan pelajar lelaki ini juga secara tidak langsung membantu menyeimbangkan komposisi gender penuntut di IPTA. Isunya bukan mengenai kesamarataan gender mahupun feminisme, tetapi untuk proses pembuatan keputusan, perlu juga menghadirkan pegawai dari kalangan lelaki. Jika majoriti yang berkelulusan tinggi (dan terlibat di dalam proses pembuatan keputusan dan dasar/polisi) adalah kaum wanita, disebabkan  kaum lelaki lebih ramai berada di bidang teknikal dengan kelulusan yang rendah (justeru tidak layak terbabit), maka dikhuatiri jurang ketaksamaan akan melebar dan menimbulkan konflik susulan di dalam proses pembuatan keputusan dan dasar yang berkaitan di masa hadapan akan berkembang dan berlarutan.

Allah lebih mengetahui.

Thursday, 6 September 2012

At.Mosphere : Restoran Tertinggi Di Dunia (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Makan sambil enjoice pemandangan


Hari ini mari lihat restoran tertinggi di dunia. At.Mosphere ialah restoran tertinggi di dunia pada ketinggian 422 meter dari aras laut. This is about halfway up the Burj Khalifa. Restoran ini memberikan world class dining with a view that is quite unbeatable. Kalau nak makan di sini, sila sediakan wallet yang tebal. Ini kerana untuk makan malam anda wajar bersedia untuk membelanjakan minimum AED 450 (RM 387) per kepala. Kalau nak private dining area pula anda kena book dulu dengan harga AED 650 (RM 559) per kepala. Kalau miskin sangat dan hanya mahu minum dan makan jajan saja, sila bayar AED 200 (RM 172) per kepala. Murah bukan? Macam setan.





"Pasar" mencari jodoh di Shanghai, China (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


What the what?

Di Malaysia ada pasar basah dan pasar malam. Pasar malam sudah dianggap sebagai sesuatu yang unik di Malaysia. Di Shanghai, China ada sejenis pasar yang tiada di Malaysia. 

Ianya dikenali sebagai Pasar Mencari Jodoh. Di dalam pasar ini, ibu bapa menempatkan iklan untuk anak mereka dengan harapan iklan yang berisi biodata si anak akan menarik ibubapa lain yang juga mencari jodoh untuk anak mereka. Di Shanghai, golongan muda terlalu sibuk dengan karier masing-masing sehingga tiada masa untuk mencari teman hidup. Pasar yang berlngsung setiap hujung minggu ini adalah inisiatif ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka mencari pasangan hidup yang sesuai. 

Tahap pengajian, gaji, ukuran badan dan jenis calon yang dicari diletakkan di atas iklan kecil yang digantungkan di People's Square. Apa pendapat ada sekiranya pasar sebegini diwujudkan di Malaysia? Dapatkah ianya membantu golongan-golongan "yang memerlukan"?




Laporan asal CNNGO

A'uzubillah (lagi kes buang bayi)

Apakah telah lenyap nilai kemanusiaan? 

Bayi ditemui mati dalam mangkuk tandas hospital

Cetak
KUANTAN: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kira-kira jam 4.45 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, berkata berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi itu ditahan di hospital berkenaan.
"Bayi lelaki berkenaan dijumpai mati di dalam mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas. 
"Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu," katanya. 
Beliau berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh petugasnya. 
Mohd Jasmani berkata, pelajar berkenaan berada di hospital itu kerana menemani ibunya yang menerima rawatan di situ. 
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. 
Pengarah HTAA, Datuk Dr Marlia Muhammed Salleh mengesahkan penemuan mayat bayi itu. 

- BERNAMA

Wednesday, 5 September 2012

Kerjaya di bidang Tenaga, Oil & Gas

Kebelakangan ini, saya berpeluang menemani ayah ke majlis kenduri-kendara kawan-kawan lama beliau. Setelah berpencen, sekali-sekala dapat bertemu dengan kawan-kawan lamanya, saya dapati banyak menceriakan beliau di samping membantunya mendapatkan info serta perkembangan terkini yang berlaku di dalam industri. Kebanyakan rakan yang di dalam circle beliau adalah orang-orang lama lagi kaya pengalaman di bidang tenaga, minyak dan gas (O&G).

Antara kawan beliau yang pernah saya temui sewaktu mengikutinya, ada yang berkhidmat sebagai geologi dan petroleum engineers (PE) di Petronas, Shell, dan tidak kurang yang telah membuka pejabat konsultasi di London, mengurus operasi di Yaman, Sudan, Mesir, Saudi, Nigeria, Chad dan sebagainya. Pendek kata, majoriti mereka ini merupakan orang-orang yang memiliki pengalaman luas (lebih 20 tahun - 30 tahun) di bidang yang berkait dengan eksplorasi dan operasi pengeluaran minyak dan gas. 

Pelantar minyak (google images)

Dan jika mereka tidak berkhidmat dengan syarikat minyak kebangsaan (seperti Petronas) dan kontraktor (seperti Shell, SapuraKenchana, etc.), mereka akan menyertai atau set-up syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat (sebagai konsultan) kepada syarikat induk minyak dan gas kebangsaan serta kontraktor.

Saya akui bahawa bidang kejuruteraan ini merupakan sesuatu yang sangat asing bagi saya. Juga, tidaklah saya memiliki ilmu yang mendalam mengenainya. 

Namun, apa yang saya boleh katakan adalah, banyak wang berlegar-legar di sektor yang berkait dengan tenaga serta O&G ini. Malah, bagi mereka yang memiliki pengalaman kerja yang luas, adalah lebih tinggi peluang untuk mereka melipatgandakan pendapatan, baik sewaktu belum bersara mahupun setelah bersara (bekerja secara kontrak dan lebih fleksibel).

Pernah saya mendengar cerita mengenai seorang PE yang asalnya bertugas dengan Petronas selepas tamat belajar dengan gaji sekitar RM2,500. Namun, beberapa tahun selepas itu, dia telah ditawarkan jawatan oleh Shell Brunei dengan gaji sebanyak USD10,000. Dan dia ke sana (Brunei) untuk berkhidmat selama 4-5 tahun, sebelum terbang ke Nigeria di mana pihak Shell Nigeria pula menawarkan gaji yang lebih tinggi (x4 daripada gaji di Brunei).

Saya tidak pasti apakah tahap rizab simpanan minyak dan gas yang Petronas miliki hari ini dan apakah syarikat minyak negara ini menemui telaga-telaga minyak yang baharu. 

Begitupun, sekiranya Petronas berupaya menemui telaga minyak yang baru, maka akan adalah sumber ekonomi buat negara serta mereka-mereka yang terlibat di dalam industri ini.

Melihat kepada prospek kerjaya yang menarik ini, maka suka saya galakkan kepada ibubapa di luar sana, yang mempunyai anak-anak lelaki supaya dipupuk minat mereka untuk berkecimpung di bidang kejuruteraan dan sains berkaitan tenaga, minyak dan gas - sama ada sebagai ahli geologi (terlibat di dalam eksplorasi mencari kawasan yang mungkin ada sumber minyak berpandukan ilmu tanah dan batuan), PE dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Galakkan ini bukan bermotifkan wang semata, malah ianya turut menjadi suatu keperluan supaya kita (orang Islam) dapat melahirkan pakar-pakar di bidang O&G dari kalangan orang-orang Islam itu sendiri.

Sekian.