Sunday, 23 August 2009

Tips khatam Quran di bulan Ramadhan

Caranya?

Baca 4 muka setengah Al-Quran setiap kali selepas solat fardhu, 5 kali solat, selama 30 hari.

4.5 x 5 x 30 = 604 muka surat - jumlah muka surat dalam Al-Quran.

Bersama jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan.

Saturday, 22 August 2009

The Tree - Nik Abdul Aziz

Saksikan kesemua 15 filem pendek di sini (15Malaysia). Mana yang baik ambil sebagai pengajaran dan mana yang tidak baik itu letakkan ia sebagai sempadan. Sesungguhnya Islam itu mengajar umatnya segala yang baik-baik.

Friday, 21 August 2009

Salam Ramadhan


Moga kita semua dapat merebut sebanyak mungkin ganjaran-ganjaran yang Allah s.w.t tawarkan buat hambaNya di bulan yang mulia ini. Tidak lupa juga ucapan selamat maju jaya buat anda dan diri sendiri yang berazam untuk khatam Quran di bulan Ramadhan ini.

Wassalam.

Thursday, 20 August 2009

Permatang Pasir: Giliran calon BN kena bubuh

Sudah terang lagi bersuluh

Pendedahan bekas rakan kongsi Rohaizat, saudara Yusri di dalam satu sidang akhbar hari ini sebagaimana laporan Berita Harian Online (sumber) terhadap usaha 'mengambing-hitamkan' beliau berkenaan kes pembatalan lesen guaman calon BN itu, telah merungkai satu lagi 'krisis imej dan persepsi' calon yang menjadi pilihan UMNO/BN.

Pendedahan ini dilihat semakin menghangatkan lagi bahan dan modal kempen pada PRK kali ini. PR pastinya sedang 'penuh saku' menjaja 'durian runtuh' ini kepada para pengundi di Permatang Pasir. Sementara BN pula boleh diibaratkan sedang 'kepanasan' akibat 'mabuk durian'.

Walau apapun alasan, jawapan dan maklumbalas oleh para pemimpin UMNO terutama melalui Ketua Penerangannya, persepsi para pengundi di Permatang Pasir khususnya dan rakyat terbanyak amnya terhadap imej dan keperibadian calon BN pastinya telah terjejas/berubah.

Para pengundi (sama ada yang membaca akhbar, mahupun yang menghadiri ceramah / kempen) kini terdedah kepada pelbagai maklumat yang kesemuanya akan menyediakan input kepada mereka untuk membuat keputusan 'yang rasional' pada hari pengundian kelak.

Bagaimana mungkin kes sebesar ini boleh 'terlepas pandang' semasa proses pemilihan dan penentuan calon?

Rasa saya, jika Timbalan Presiden UMNO sendiri yang mengetahuinya lebih awal, pastinya Rohaizat tidak akan diumumkan sebagai calon. Rasa sayalah...

Label

Sebagaimana telah saya kupas pada dua posting sebelum ini, iaitu berkenaan 'pengurusan persepsi' - dalam posting PRK Manek Urai dan Demo anti-ISA.

Seperti Manek Urai, timbul tagline 'Profesional vs Penjual Ikan'. Bagitu juga ianya ditimbulkan pada awalnya di PRK Permatang Pasir 'Peguam vs Peniaga'.

Namun, akhirnya menjadi 'bekas peguam' yang kontroversi. Dan ini telah mengubah persepsi ramai orang terhadap beliau.

Biarpun hal dan pendedahan ini boleh saja dianggap sebagai provokasi murahan yang cuba untuk memburukkan peribadi beliau, Rohaizat tidak dapat tidak, perlu menginsafi diri dan melihat bahawa perubahan persepsi telah berlaku kepadanya.

Calon UMNO dan partinya tidak boleh terus berada dalam penafian, selain segera menyediakan jawapan yang 'rasional, jujur, tepat, berfakta dan bersaksi' bagi menguruskan persepsi para pengundi di Parmatang Pasir (PP) dan rakyat keseluruhannya secara yang betul.

Jika tidak dijawab dengan jujur (atau lebih teruk lagi, cuba buat-buat lupa nak jawab), bukan sahaja peluang untuk menang di PP nampak kelam, tetapi hal ini juga boleh memberikan 'selesema' baru terhadap imej dan ketelusan parti yang memerintah kerajaan persekutuan ketika ini, yang baru hendak kebah dari hal Manek Urai tempoh hari.

Buat kerja rumah

Kepentingan pengurusan persepsi nampaknya semakin membuka mata banyak pihak yang terlibat kali ini.

Bukan sahaja pimpinan PR yang memberikan komen, malah 'orang dalam' UMNO seperti Ku Li sendiri turut bercakap mengenainya.

Pengajarannya, pihak yang dipertanggungjawabkan baik di peringkat bawah, mahupun paling tinggi, tidak terlepas daripada keperluan untuk melakukan kerja rumah (homework) dan siasatan yang terperinci.

Hendak menyesal pun sudah tidak berguna kerana nasi telah menjadi bubur. Apa boleh buat?

1) MUNGKIN: Kenalpasti apa kekuatan diri/parti dan bagaimana untuk 'memanipulasikan' (dengan cara yang betul?) kekuatan dan juga kelebihan ini untuk memikat hati para pengundi.

2) MUNGKIN: Menjauhi permainan sentiman yang berbentuk 'melaga-lagakan' masyarakat berbilang agama dan kaum. Ini kerana silap haribulan, permainan ini boleh 'makan tuan' - seperti sekarang?

3) MUNGKIN: Mengamalkan sikap yang jujur, benar dan rendah diri dalam sebarang tindakan dan percakapan - biarpun sukar, atau biarpun tidak berminat. Ini kerana sepahit manapun yang benar itu, ianya tetap manis. Manakala, semanis manapun yang palsu itu, ianya tetap pahit jua.

Penutup

Apapun, PRK kali ini nampaknya menyediakan 'rencahnya' yang tersendiri. Dan inilah yang menjadikannya menarik untuk diikuti setiap rakyat yang prihatin tidak kira di mana kita berada.

Pastinya banyak yang akan beroleh 'nikmat' dari pesta pilihanraya kecil ini terutama para peniaga kecil, pembekal kelengkapan PRK, orang-orang lapar projek mee segera, golongan miskin dan anak yatim, pelajar sekolah, petani dan pekebun kecil, etc.

Tidak kurang juga ramai yang 'terkorban' hasil penipuan, janji palsu, khianat, projek tidak siap, bantuan sekerat jalan, etc.

Masa masih ada, dan nampaknya masih banyak 'perencah' yang bakal ditambah untuk menyedapkan lagi proses PRK PP kali ini. Menunggulah kita dengan sabar.

Wassalam.

Wednesday, 19 August 2009

Bacaan ringan

Komen Ku Li berkenaan calon UMNO yang mewakili BN pada pilihanraya kecil Permatang Pasir yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sumber artikel dinyatakan.

a different set of rules

by: Tengku Razaleigh Hamzah

I don’t know En. Rohaizat. He may be a fine upstanding citizen. However, his public record of dishonesty would long ago have disqualified him from being a candidate for public office in any normal political party.

Is Umno so short of people that we have to find a lawyer disbarred for financial dishonesty to stand? Has financial misconduct become so common among us that we no longer see it as a factor in a candidate’s suitability? The party leaders who select and screen candidates must have known of this impediment but considered financial misconduct a trivial matter.

Honesty is a minimal condition for public office. Whatever the other virtues of the candidate, he should not be considered if he fails this test. The candidates we field for election must have a clean record because we are asking the public to place their confidence in him as their leader, and democratic government breaks down without public confidence. We are also saying this candidate represents us. I’m sad to have to say such obvious things.

By fielding a disbarred lawyer, today’s Umno is projecting the image that it lives by a different moral code from the rest of Malaysia. One set of rules for Umno, and another for everyone else. Either that, or this is the best we can do.

Source: here

Monday, 17 August 2009

Pertembungan bermula

Sumber: rujuk foto

Absolutely stunning!

Double tumbs-up! Memang berbaloi saya terpaku kat depan TV malam semalam. Usain Bolt did it again, and even better this time.

Dah dekat sampai penamat, sempat toleh kiri-kanan dan sempat tengok papan catatan masa "berapa masa aku kali ni ek?"

Lepas pukul dada, angkat tangan 'tembak pistol jari' - 9.58s, absolutely stunning!

Catatan baru rekod dunia 9.58s rasanya sukar dipecahkan oleh mana-mana atlet 100m - melainkan Bolt sendiri.

Melihatkan gaya larian beliau 'yang bersahaja' malam tadi, (itupun kerana ada 2 pencabar yang kuat), adalah tidak mustahil beliau 'usaha lebih sikit' untuk memecahkan rekod ini di masa depan.

Tengok muka Tyson Gay dari US (9.71s, rekod nasional USA) dan Dwain Chambers dari UK (10.00s) yang berlari macam nak terkeluar segala urat di muka, leher dan lengan, masih jauh ditinggalkan oleh Bolt.

Malah Asafa Powell (9.84s - Pingat Gangsa) sendiri memberi komen 'saya sukar mengejar Bolt biarpun setelah selesai perlumbaan' - kerana mamat Bolt tu berlari habis keliling padang dan berjoget serta mendepakan tangan - 'trademark' beliau.

Saya juga rasa geli hati namun di masa yang sama saya rasa kasihan kepada pelari-pelari lain dalam acara yang sama dengan Bolt malam tadi (dan di masa depan), kerana adalah sukar untuk mereka menang dalam situasi ini.

Buat pelari pecut Malaysia? Carilah jalan untuk belajar dari kejayaan Bolt ini.

Sunday, 16 August 2009

Cakap siang pandang-pandang

Sekadar melahirkan rasa sedih dengan akhlak segelintir umat Melayu. Janganlah emosi membakar keperibadian dan tatasusila (budi bahasa) orang Melayu yang indah.

Bahasa jiwa bangsa. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Sekarang ini semua orang mendengar, melihat dan menganalisa apa yang sedang berlaku.

Katakan anda ada anak kecil yang tertengok 'iklan' ini bersama kawannya, dan pulang ke rumah bertanya kepada anda:

Anak: Ayah, **kimak tu ape ye?
Ayah: Err...eeerrrr.... (baru ternganga-nganga hang nak jawab)



Komen ikhlas: 'Jangan hina Islam' itu perlu diganti dengan 'Jangan Hina Melayu', agar selari dengan kempen 'pengkhianat bangsa Melayu' dan demi menjaga kesucian Islam daripada perkataan mencarut yang kotor didengar.

Sumber foto (sini).

Perihal telur


Jangan tak tahu, telur pun ada perasaan. Foto-foto menarik seterusnya di sini.