Wednesday 4 September 2013

The POD: Hotel Kapsul di Singapura (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Sangat nice

Hotel kapsul ialah hotel mikro yang sangat popular di Jepun. Di negara matahari terbit hotel mini ini dihuni oleh salarymen yang tidak mahu pulang ke rumah selepas bekerja. Mereka hanya perlukan tempat tidur semalaman sebelum kembali bekerja like a damn ass proletariat slave. Kami sudah paparkan beberapa hotel kapsul yang terletak di Jepun dan England. Sebagai contoh Yotel di Heathrow dan Hotel 9h, hotel 9 jam di Jepun

Hari ini mari ke negara jiran kita Singapura. The Pod ialah hotel kapsul dengan rekaan yang lebih kontemporari dan mewah. Hotel ini mungkin menawarkan bilik kapsul kecil tetapi hiasan dalamannya nampak sangat mewah. The Pod tidak menggunakan pod plastik seperti hospital kapsul biasa. Sebaliknya bilik dan perabot kayu digunakan. The Pod terletak di Beach Road dan sekiranya anda berminat bilik boleh disewa pada harga SGD 78 (RM200) semalam. Not bad eh? 




Laporan asal The Pod

No comments: