Thursday 15 May 2008

HARI GEMBIRA

Assalamualaikum, wbt.

Bertemu kembali bersama Dr Sepet.

Pertamanya syukur kita kepada Allah yang Maha Besar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan yang telah memberikan kehidupan buat kita semua, selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga, sahabat-sahabat dan mereka yang mengikuti mereka itu sehingga ke hari kiamat.

Sebenarnya ada berita gembira (bukan untuk membangga diri) yang nak dikongsi bersama para pembaca blog hari ini. Masihkah anda ingat 1 post Dr Sepet yang bertajuk "Tolong Promosi Buku" yang dihantar bulan lepas? Haaaa.....petang tadi (malam-waktu Malaysia) sahabat yang juga penulis bersama buku terbabit, Prof. Madya Dr Ibrahim Ngah dari UTM Skudai telah menghantar email memaklumkan bahawa buku tulisan kami berdua itu telah berjaya merangkul Anugerah Utama Buku Karya Asli Bahasa Melayu, sempena majlis Anugerah Penerbitan UTM 2007 (15 Mei 2008). Setiap kami memenangi hadiah cek RM1500.


Secara peribadi Dr Sepet sangat gembira, biarpun tidak pernah menaruh sebarang harapan yang buah tangan sulung ini untuk memenangi apa-apa anugerah. Niat (kami) sewaktu itu hanyalah untuk menerbitkan satu karya ilmiah, kerana sayangkan ilmu dari tesis (saya) akan terperap sahaja di dalam pusat sumber tanpa mereka yang di luar sana (yang sedang mencari bahan untuk rujukan) tahu mengenainya.

Harapan Dr Sepet agar selepas ini, karya yang bertajuk "Pembangunan Mapan Orang Asli" akan mendapat pendedahan yang lebih di kalangan warga intelek dan khalayak umum, supaya ilmu yang dibukukan ini dibaca dan dihayati semua.....kepada yang telah membacanya, saya ucapkan terima kasih!

Wassalam.

4 comments:

madam teacher said...

Congrats Abang. You deserved it. And I believe, there is more to come.. Insya-Allah.

madiah said...

TAHNIAH!!! LONG MEMANG THE BEST

Dr. Sepet said...

TQ, eh novel yang dok tulis hari tu bile plok nak diterbitkan?

madiah said...

takdop idea la..lagipun komputer rosak, xbaiki lagi..jgn bimbang, kalu release pun xmboh oyak ke sape2. hehe :-)