Thursday, 14 February 2013

KAWTHAR: Madrasah khas buat gadis-gadis malang di Kazakhstan (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Syaria Complianova

Kawthar ialah sebuah madrasah untuk gadis-gadis yatim dan malang yang terletak di Kazakhstan. Kawthar dibuka pada tahun 2005 dengan tujuan mendidik kanak-kanak malang dengan landasan Islam. Gadis-gadis kecil ini ditempatkan di asrama sepenuh masa dan diberikan pendidikan secukupnya. Mereka juga wajib bertudung dan mengambil kelas membaca Al Quran. Madrasah seperti Kawthar menyelamatkan anak gadis ini dari kehidupan yang sukar. Ada yang diselamatkan dari bapa pemabuk dan suka mendera. 

Nampak suasana Kawthar sangat aman dan damai. Lawa juga madrasah ini dan pelajarnya juga menggunakan komputer untuk menimba ilmu. Good balance antara kemajuan duniawi dan rohani.



Laporan asal Voxpopuli

Wednesday, 13 February 2013

Mari kita lihat Kabin A380 Emirates (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Mewah!

Emirates Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai armada pesawat Airbus A380. Setakat ini mereka sudahpun mempunyai 20 A380 dan akan menambah 70 lagi dalam masa terdekat. Armada super jumbo mereka sangatlah besar sehingga mereka mempunyai concourse khas hanya untuk pesawat gergasi ini di Dubai. Kabin pesawat A380 cukup mewah dan dilengkapi bilik mandi serta suite khas untuk mereka yang mahukan privasi. Very nice! Siapa dah naik A380 Emirates?



Laporan asal TheAge

COREN: BASIKAL FIXIE GENTIAN KARBON BERNILAI RM 100 000 (foto)

Sumber dipetik: Blogserius


Hipster Kaya

Rasanya kegilaan basikal Fixie sudah berakhir. Beberapa bulan yang lalu ramai bebudak menaiki basikal Fixie tetapi kini mereka kembali menaiki EX5 kerana lebih chill dan boleh rempitz. Tetapi jika anda mahukan basikal Fixie edisi mewah anda boleh cuba COREN oleh UBC. 

UBC sebenarnya sebuah syarikat yang menghasilkan bahan ganti gentian karbon untuk F1 dan Porsche. Tetapi mereka kini menghasilkan basikal untuk menunjukkan apa yang mampu dihasilkan jika teknologi gentian karbon dan F1 digabungkan. Coren ialah sebuah basikal fixed gear yang ringan. Berapa ringan? Ianya hanya seberat 7 kilogram! 

Harga sebuah Coren ialah USD 32 000 ataupun hampir RM100 000 sebuah. Apa lagi belilah untuk menjadi hipster sebenar!



Laporan asal FastCo

Saturday, 9 February 2013

Projek Pembangunan Semula Stesen Battersea, London (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Malaysia Boleh!


Stesen janakuasa Battersea yang terletak di London ialah sebuah bangunan yang ikonik di kota London. Ia digunakan sebagai set filem Batman Returns dan Aliens serta muka depan album Pink Floyd. Stesen janakuasa arang batu ini mula dibuka pada 1933 dan beroperasi sehingga 1983. Ketika perang ia menjadi landmark yang digunakan pesawat pengebom Jerman untuk mengebom London. Stesen ini ditutup kerana kos penyelenggaraan yang tinggi serta generator yang tidak lagi efisyen untuk menghasilkan kuasa elektrik.

Selepas penutupannya terdapat pelbagai rancangan untuk membangunkannya semula seperti membina taman tema dan juga kawasan perumahan. Tahun lalu syarikat Sime Darby dan SP Setia memenangi bidaan membangunkan tapak Battersea dengan bayaran mencecah GBP 400 Juta (RM 1.95 Billion). Bidaan mereka mengalahkan bidaan kelab bolasepak Chelsea FC untuk membangunkan Bettersea sebagai stadium baru mereka. 

Di dalam pelan pembangunan Sime Darby dan SP Setia, Battersea akan dibangunkan semula dengan 600 apartment kediaman, hotel, ruang pejabat, stesen keretapi bawah tanah, taman awam dan pusat membeli belah. Sebanyak 75% apartment yang ditawarkan sudahpun habis dijual sungguhpun dijual pada harga diantara GBP 350 000 (RM 1.2 Juta) dan GBP 6 juta (RM 29.23 Juta) sebuah. Pembinaan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2017. 

Nampak nice!



Laporan asal Mirror

Mari lihat bagaimana pesawat lama dilupuskan di Nigeria (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Manual labor!

Lapangan Terbang Murtala Mohammed yang terletak di Lagos, Nigeria dipenuhi puluhan pesawat yang terbiar. Pesawat ini terbiar kerana sudah tidak lagi layak untuk digunakan akibat usang. Kerana kesempitan wang untuk melupuskannya dengan selamat, pesawat-pesawat ini terbiar selama lebih 10 tahun dan lambakan ini kini dianggap sebagai mendatangkan masalah keselamatan. Oleh sebab itu kerajaan Nigeria akhirnya melupuskan sendiri pesawat-pesawat lusuh ini dengan tenaga buruh manual. Serpihan pesawat ini kemudiannya akan dikitar semula untuk kegunaan dalam negeri. 

Inilah cara mereka lupuskan pesawat. Selalunya pesawat dilupuskan menggunakan jengkaut dan jentolak khas. Kerana tak ada duit dan alatan sempurna, tenaga tulang empat keratpun berguna jua!



Laporan asal Times Union

Friday, 8 February 2013

T-28: Kereta Kebal Gergasi 4-Runut (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Overlord Tank Sebenar

Kereta kebal Overlord ialah kereta kebal kegemaran kami dari permainan komputer Command and Conquer Generals. Ianya kereta kebal gergasi China dengan 4 runut. Kami tak tahu bahawa semasa Perang Dunia Kedua dahulu terdapat kereta kebal gergasi seakan-akan Overlord.

Kereta kebal ini ialah T-28 yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat. Ia direka bagi menentang pemusnah kereta kebal Jagdpanther yang dimiliki oleh tentera Nazi. Kereta kebal M-4 Sherman yang digunakan pada waktu ini tidak mempunyai ketebalan perisai yang mencukupi bagi menghalang meriam 88mm Jagdpanther yang mempunyai kuasa pemusnah yang menakutkan.

T-28 dibina pada tahun 1945. Dua buah prototaip dihasilkan dan setiap satunya seberat 86.2 tan. Oleh sebab itu konfigurasi 2 runut yang biasanya digunakan pada kereta kebal tidak cukup untuk menyebarkan berat T-28 ke permukaan tanah. Oleh itu 4 runut digunakan bagi memastikan kereta kebal ini tidak akan tenggelam. T-28 diperkasakan dengan meriam 105 mm dan  enjin V-6 500 kuasa kuda yang mampu menggerakkannya pada kelajuan 19 kilometer sejam. Ketebalan armor pada bahagian depan ialah 300 mm, 130 mm pada bahagian bawah dan 64 mm pada bahagian tepi. Kerana armor yang tebal meriam T-28 tidak diletakkan di dalam rudal berputar. Untuk membidik keseluruhan kereta kebal harus digerakkan ke arah musuh. 

Antara keunikan lain T-28 ialah dua runut luarannya boleh ditanggalkan dan dilipat. Ini membolehkan T-28 melalui jalan yang sempit. Runut luar ini kemudian boleh ditarik di belakang kereta kebal.

Projek T-28 dihentikan pada tahun 1947 kerana didapati tidak praktikal untuk digunakan di medan perang. Pada tahun sebelumnya salah sebuah prototaip yang dihasilkan terbakar dan musnah. Satu-satunya kereta kebal T-28 yang masih wujud kini boleh dilihat di Muzium Armor dan Kereta Kebal Patton di Kentucky.



Laporan asal PenzerSerra
Gambar 8Hussar Photobucket

Thursday, 7 February 2013

Apabila Pekerja Pungut Sampah Mogok di Seville, Sepanyol (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Nakharomz..

Pekerja pemungut sampah di kota Seville, Sepanyol mogok selama 10 hari sejak minggu lalu sebagai tanda protes terhadap potongan gaji sebanyak 5%. Waktu bekerja mereka juga turut ditambah dan ini membuatkan mereka naik angin. Dianggarkan 6000 tan sampah berlonggok di seluruh Seville. Pemotongan gaji yang berlaku adalah kesan sampingan dari kegawatan ekonomi Sepanyol. 

Bersyukurlah kita tinggal di Malaysia. Pengutip sampah Malaysia majoritinya pekerja asing yang diimport. Mereka tak boleh nak demo walaupun dibayar gaji yang rendah. Sampah kita dikutip pekerja dari golongan migran. Does that make you sleep better at night? Terima kasih kerajaan! 

#Sarcasm



Laporan asal DailyMail

Mari lihat Korea Selatan di Tahun 1960 (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Wow!

Ini ialah gambar bandaraya Seoul Korea Selatan pada tahun 1960. Hanya 7  tahun selepas Perang Korea, Seoul nampak lebih teruk dari Kuala Lumpur. Tetapi kini kita semua tahu betapa modennya bandar Seoul. Kami pernah paparkan daerah Gangnam yang super mewah serta bangunan futuristik berbentuk bongkah Tetris. 

Just in case kalau anda berminat. Kami juga pernah paparkan gambar Seoul pada tahun 1949. Perubahan mendadak Korea Selatan menjadi sebuah negara maju yang futuristik sangat mengkagumkan. Kita berharap Kuala Lumpur juga boleh menjadi moden seperti Seoul. Marilah doakan Barisan Nasional akan kekal memerintah selepas PRU13 kerana berkat pemerintahan mereka yang bersih, cekap dan adil Malaysia kini setanding Korea Selatan......... oh waiiiiiiiiiiii.............   


Laporan asal KoreaBang

Wednesday, 6 February 2013

Kongsi Ilmu: Pembentangan Kertas Penyelidikan di ICTD - Local Stakeholders Participation in Developing Sustainable Community Based Rural Tourism (slide)

3-5 Februari 2013 (hari Ahad hingga semalam) saya berada di Pulau Pinang menghadiri dan membentang kertas penyelidikan di the International Conference on Tourism Development (ICTD) 2013 yang membawa tema Building the Future of Tourism.

Lazimnya, setiap kali keluar (bermusafir) saya akan bingkiskan catatan sepanjang perjalanan. Tetapi kali ini elok juga saya menukar angin dengan berkongsi bersama para pembaca blog sebahagian presentation slides yang saya telah bentangkan di seminar yang tersebut.

Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ini mendatangkan manfaat kepada yang sudi membacanya. Allah lebih mengetahui.


Kindly quote this material as:

- Kamarudin, K. H. (2013). Local Stakeholders Participation in Developing Sustainable Community Based Rural Tourism (CBRT): The Case of Three Villages in the East Coast of Malaysia. Proceedings. The International Conference on Tourism Development (ICTD) 2013, Penang, Malaysia. ISBN: 978-967-394-133-9.

Other publications by the same author:

- (forthcoming) Kamarudin, K. H. (2013). The Development of Economic Clusters in Community Based Rural Tourism: Case Studies of Three Villages in the East Coast of Malaysia, in Ghazali et al. (eds) Cluster Development in Benefiting Local and Regional Societies and Economies. USM Publisher (Chapter in Book).

- Kamarudin, K. H. (2012). The Economics of Community Based Rural Tourism: Case Studies of Three Villages in the East Coast of Malaysia. Proceeding. Rural Research Planning Group (RRPG) 3rd International Workshop 2012 Cluster Development in Benefiting the Local and Regional Societies and Economies: Revisiting Challenges and Way Forward". Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia.

- Kamarudin, K. H. (2012). Key Success Factors in Developing and Sustaining Sustainable Community Based Rural Tourism: Lessons from three villages in the East Coast of Malaysia. Paper presented in the Annual Research and Postgraduate Conference 2012, March 20 2012, Oxford Brookes University, UK.