I will write properly about my journey to Indonesia for research projects and field visit soon. But in the meantime, please feel free to browse these pictures!
Monday, 25 March 2013
Friday, 22 March 2013
ELECTION CEREAL: Bijirin untuk PRU ke-13 (mesti miliki ya!)
Disumberkan oleh: BLOGSERIUS
LOWL!
Election Cereal ialah projek seni yang dihasilkan oleh Vern Lee, Ben Wong dan Eunice Ong. Ianya merupakan parodi politik yang menggunakan bijirin sarapan pagi sebagai mediumnya. Bijirin Special A dan Najib Treats menjanjikan anda pelbagai khasiat jika anda memakannya. Sebagai contoh Najib Treats menjanjikan pertumbuhan ekonomi yang bagus manakala Special A menjanjikan pelajaran percuma. Hanya 1000 Election Cereals akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga RM15. Anda boleh membelinya disini. Kami nak beli sebagai koleksi LULZY untuk tatapan masa hadapan. Cool idea yo!
Thanks @Zarakahan for the tip.
Laporan asal Facebook Election Cereal
Thursday, 21 March 2013
P120 Fighter, motosikal buat lelaki gagah (foto)
Dipetik dari: Blogserius
Woah nice!
Sebelum ini kami ada paparkan Confederate X132 Hellcat, sebuah motosikal jalanan dengan harga USD 50 000 (RM 150 000) sebuah. Hari ini mari lihat sebuah lagi motosikal keluaran Confederate iaitu P120 Fighter. Seperti Hellcat ianya sebuah motosikal yang mempunyai rekaan yang sangat industrial dan berbeza dari kebanyakkan motosikal yang ada di pasaran sekarang. Sebagai contoh ia mempunyai tangki minyak lutsinar yang memudahkan anda melihat berapa banyak minyak yang tinggal di dalamnya. Ia diperkasakan engin V Twin 1966 cc 150 kuasa kuda serta tayar depan dan belakang yang diperbuat dari gentian karbon. Sebuah Confederate P120 Fighter dijual pada harga USD 80 000 (RM240 000) sebuah. Damn nice!


Heinkel He 111 Zweitung - Pesawat Pengebom Kembar WW2 (kisah dan foto)
Disumberkan oleh: Blogserius
Laporan asal Wikipedia dan WW2 Vehicle
Siamese Plane!
Heinkel He 111 Zweitung ialah pesawat aneh yang direka oleh jurutera Nazi untuk digunakan Luftwaffe ketika Perang Dunia Kedua. Ianya dihasilkan dengan menggabungkan dua pesawat pengebom Heinkel He 111 untuk menjadi sebuah pesawat yang kelihatan seperti sepasang kembar siam. Tujuan utama Heinkel He 111 Zweitung dihasilkan ialah bagi menjadi pesawat yang menarik pesawat peluncur Messerschmitt Me 321 Gigant yang pada ketika itu merupakan pesawat tanpa enjin terbesar dunia. Kerana saiz Gigant yang besar, pesawat kargo yang sedia tidak mampu menariknya untuk diterbangkan.
Heinkel He 111 Zweitung diperkasakan oleh 5 enjin berkuasa 1360 kuasa kuda. Sungguhpun ia merupakan dua pesawat yang digabungkan menjadi satu, hanya kokpit sebelah kiri pesawat mempunyai sistem kawalan. Kokpit pada pesawat sebelah kanan tidak dilengkapi apa-apa. Selain menjadi pesawat kargo bagi menarik Gigant, Zweitung juga direka supaya boleh digunakan sebagai pesawat pengebom anti perkapalan. Sungguhpun begitu ketika perang dunia kedua ia tidak digunakan sebagai pengebom kerana kekurangan jumlah pesawat. Hanya 10 pesawat kembar siam ini dibina bagi kegunaan penarik pesawat peluncur. Semasa perang kesemua Zweitung dimusnahkan oleh serangan Tentera Perikatan.
Yang kelakar ialah sungguhpun direka untuk menarik Messerschmitt Me 321 Gigant, ketika ujian dilakukan Zweitung gagal melakukan tugasan ini. Pihak Nazi terpaksa memasang sistem roket bagi menambahkan tujahan Zweitung bagi membolehkan ia menarik Gigant.
Heinkel He 111 Zweitung bukan satu-satunya pesawat kembar siam yang pernah dicipta. Kami akan paparkan beberapa lagi pesawat aneh sebegini di masa hadapan.


Laporan asal Wikipedia dan WW2 Vehicle
Thursday, 14 March 2013
Coco Prive, resort percutian peribadi di Maldives (foto)
Disumberkan oleh: Blogserius
Swag!
Jika anda mahukan percutian yang benar-benar peribadi, anda harus tinggal di Coco Prive di Kepulauan Maldives. Resort peribadi ini hanya menempatkan 12 orang pelawat pada satu-satu masa di dalam 6 chalet peribadi dengan keluasan keseluruhan 13 000 kaki persegi. Ianya dibina di atas pulau Kuda Hithi Maldives. Ini bermakna anda dapat menikmati pemandangan lautan biru dan pasir putih sejauh mata memandang tanpa perlu risau diganggu pelawat yang lain. Ini adalah percutian sebenar. Kalaulah kami pencacai Cybertrooper parti politik pastinya kami sudah ke sini. Ha ha ha!





Laporan asal Coco Prive
Wednesday, 13 March 2013
Yuck! Hijabista? Mangsa Fesyen? Pembedahan Plastik? - versi Iran (foto Yuck!)
Haha....Dipetik dari: Blogserius
(ada banyak lagi kat blogserius tapi tak payah tengok lagilah, tak sanggup pakcik!)
They are back!
Lagi gambar hijabista mangsa fesyen dan pembedahan plastik edisi Xerxes. Holy crap!


Laporan asal Izismile
Kerja Membersih Parit ISTANA LARANGAN di China (foto)
Disumberkan oleh: Blogserius
Istana Larangan Beijing ialah antara tarikan pelancong utama di Beijing, China. Masalah utama istana larangan ini adalah sama seperti tempat tarikan pelancong yang lain iaitu pembuangan sampah oleh pelawat yang kronik.
Masalah lambakan sampah di sekitar kompleks Istana Larangan semakin kronik ketika musim sejuk kerana parit gergasi yang mengelilingi perkarangan istana yang membeku. Sampah yang dicampak pula tidak tenggelam dan terkumpul di atas permukaan ais. Setiap musim sejuk sampah ini perlu dibersihkan oleh krew pembersihan.
Tahun ini sebanyak 4 tan sampah sudah diangkut keluar. Proses pembersihan sampah ini sukar dan bahaya kerana sekiranya pekerja terjatuh ke bawah permukaan ais yang tiba-tiba pecah, proses menyelamat adalah sukar. Jadi kawan-kawan janganlah membuang sampah merata-rata. Kita Malaysian bukan komunis macam penduduk China. Kita negara pembersih dan pandai mengemas. Bila kita ke IKEA dan McDonalds semua rakyat Malaysia tahu bersihkan meja sendiri kan? Oh waiiiiiiiiiii


Laporan asal Shangaiist
Tuesday, 12 March 2013
Selepas DVD, kini muncul "Blue-Ray" Ring pula (DeFuq)
Diceduk sambil ketawa dari: Blogserius
DEFUQQQQQ
Dah dah la tu jual produk dengan menggunakan agama sebagai pelaris. Baik pergi mampos! Beli filem BLU-RAY lagi berfaedah dari cincin bangang ini! Retard!
Thanks @HazrilHaizan for the LULZ
Laporan asal Facebook
Monday, 11 March 2013
SU-34 Fullback: Pesawat Pengebom Terpantas Russia (foto)
Disumberkan oleh: Blogserius
Woah!
Jika Amerika Syarikat mempunyai program Joint Strike Fighter dimana dua pesawat tempur terkini mereka mempunyai sistem persenjataan yang bersesuaian antara satu sama lain, Russia juga tidak mahu ketinggalan. Perbezaan antara program JSF dengan program kelolaan Russia adalah di Russia peruntukan perbelanjaan yang dibenarkan adalah jauh lebih sedikit.
Jadi bagaimanakah Russia menjimatkan kos penghasilan pesawat baru mereka? Sukhoi SU-345 Fullback ialah pesawat pengebom berkelajuan tinggi terbaru Russia bagi menggantikan SU 24 Fencer yang sudah beroperasi sejak 1974. Ia mula beroperasi tahun lalu selepas menjalani proses rekaan dan percubaan semenjak 2006. Jika anda lihat rupa pesawat pengebom ini, anda pasti perasan ia kelihatan seperti pesawat tempur SU-30 MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia.
Ini adalah kerana program penghasilan pesawat baru Russia menggunakan konsep penggunaan semula komponen dari pesawat lama bagi menghasilkan pesawat baru. Jika SU-30 MKM ialah pesawat tempur, SU-34 Fullback ialah pesawat pengebom moden. Bahagian hadapan pesawat SU-30 diubah. Kokpit yang lebih besar dengan susunan juruterbang dan pemandu arah duduk sebelah-menyebelah digunakan. Dari segi enjin dan bahagian lain pesawat tidak banyak perubahan dilakukan. Sayap diperkukuhkan sedikit bagi memberikan kemampuan membawa 8000 kilogram lebih banyak senjata dari pesawat tempur SU-30. Yang menariknya SU-34 dilengkapi dengan tandas bagi memberikan keselesaan kepada krew.
Harga sebuah SU-34 bermula dari USD 36 Juta (RM 111 Juta).




Laporan asal TheBrigade
Subscribe to:
Posts (Atom)
































