Thursday, 5 July 2012

UAI: hukum makan di kedai jual arak


Nota/Soalan lanjut:

- Ustaz kata kena basuh (bersihkan) dulu pinggan dan bekas makanan sebelum makan di kedai makan milik orang Kafir atau yang menjual arak. 

- Saya nak dua perkara ni jelas iaitu: (1) Zaman Nabi SAW pun baginda berurus-niaga dengan orang Kafir (Yahudi dan Nasara) dan (2) disebut sebagai "basuh/bersihkan", maknanya ia tidak melibatkan "samak" pinggan dan bekas makanan. Betul?

- Betulkan saya, jika saya tersalah dengar.

Allah lebih mengetahui.

DS Rosmah Mansor: Kalaupun tidak suka, janganlah sampai memfitnah

Dipetik dari: blogserius


FAIL!

Di Twitter dihebahkan gambar di bawah. Kononnnya TV3 melakukan kesilapan menamakan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Perdana Menteri. Ini adalah photoshop paling fail di dunia. Sungguhpun fail masih ramai yang menyebarkannya di Twitter dan Facebook. Visual asal adalah seperti di bawah. Janganlah kita memfitnah Ummu 1Malaysia. Tak elok dan salah disisi agama. Dosa yo! #LULZ

Thanks @Hazrey for the ori photo.




Wednesday, 4 July 2012

Jalan Kembali - rahmat sebuah pencarian..(teringat pada UAI)

Minggu lepas saya berpeluang menonton movie on-line, Melayu (setelah sekian lamanya) bertajuk: Jalan Kembali - Bohsia 2. Terpaksalah menonton yang on-line sebab tidak ditayangkan di mana-mana pawagan di UK ni.


Aktiviti menonton itu bukanlah disebabkan minat dengan genre yang dipaparkan, mahupun pihak yang menerbitkan filem tersebut. Sekadar "terasa" di hati nak menengok cerita-cerita terbaharu dari tanah air.


Jalan ceritanya tidaklah saya faham sangat, tetapi di penghujung filem ini telah "mengetuk" pintu fikiran saya, terutama bagaimana cabaran serta ujian yang ditempuh oleh mereka-mereka yang lama hanyut di lautan dosa dan noda, untuk mencari jalan kembali (kepada agamaNya).

Saya yakin kes-kes seperti yang ditunjukkan di dalam filem ini benar-benar berlaku di "luar sana", biarpun tidaklah seperti yang difilemkan.


Keinsafan yang dihadirkan ke hati insan oleh Allah Taala akan luasnya pintu taubat dan adanya jalan kembali bagi membersihkan dosa-dosa lampau, menginsafkan saya sendiri betapa lemahnya diri kita dan besarnya kuasa Allah yang memiliki segala-galanya.

"Ya Allah, janganlah Engkau serahkan urusan diriku kepada diriku sendiri, dan tetapkanlah Aku di atas jalan agamaMu" - itulah yang dapat saya ungkapkan, melihat "lakonan" yang saya kira boleh diambil sebagai contoh.


Filem ini juga menonjolkan peranan rakan (yang sudah bertaubat) adalah penting sebagai agen untuk mendekati kumpulan-kumpulan "bekas seangkatan" demi membawa mereka ke pangkal jalan.

Selesai menonton, saya terus terfikir bahawa peranan "Daei" juga mustahak. Namun, apakah para Daei kita telah mendekati golongan remaja-remaja yang sebegini?

Ada, dan apabila terfikir kepada "membawa anak-anak muda kepada Islam dan masjid", terus teringat kepada seorang Ustaz, yang telahpun saya tulis mengenai beliau tidak lama dahulu.

Diari Dr Sepet (04/11/2011): Ustaz Azhar Idrus - Menyentuh jiwa anak-anak muda (klik tajuk untuk baca)

Moga UAI terus kuat, "sibuk" dan sihat untuk meneruskan usaha-usaha mengajak dan mengembalikan minat orang-orang muda kepada agamaNya.

Allah lebih mengetahui.

Latihan Untuk Menjadi Pramugari Keretapi China (15 Gambar)

Dipetik dari: blogserius


Woah..


Di negara China ada sistem keretapi berkelajuan tinggi. Sistem keretapi ini mempunyai pramugari mereka sendiri yang melayan penumpang sepanjang perjalanan. Seperti pramugari kapal terbang, pramugari keretapi juga perlu menjalani latihan intensif supaya layanan terhadap penumpang memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh majikan. Mereka diajar cara untuk senyum dan duduk yang betul. Postur badan dan cara tunduk hormat kepada penumpang juga turut diajar. Keseragaman itu penting. Mari lihat sendiri Awan Dania versi keretapi!







Laporan asal SINA dan ChinaTravelGuide

Tuesday, 3 July 2012

Rencana: Mari tinjau bengkel senjata di Khyber Pass, Pakistan (foto)

Dipetik dari: blogserius

Peliharalah keamanan di tempat kita


Khyber Pass terletak di Pakistan dan ianya digunakan sejak ribuan tahun sebagai jalan perhubungan di antara Pakistan dan Afghanistan. Khyber Pass juga terkenal dengan industri pembuatan senjata haramnya. Kilang-kilang senjata kecil di sini mampu menghasilkan senjata api tiruan yang menyerupai AK47, Tokarev TT33, Raifal Lee Anfield, Colt 1911 dan Borwning Hi Power sebenar. Industri pembuatan senjata di sini memainkan peranan besar di dalam membantu tentera Mujahideen ketika mereka berperang dengan tentera Soviet. Senjata yang buatan Khyber Pass telah diseludup ke Afghanistan untuk kegunaan Mujahideen. Malangnya senjata yang dibuat di sini tidak mempunyai kualiti yang sama dengan senjata yang asal kerana bahan buatannya berkualiti rendah. Pembuatan senjata sebegini sebenarnya haram mengikut undang-undang Pakistan. Namun begitu pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan undang-undang kerana kawasan ini dikuasai warlords dan tribe leader yang ganas. Maka jadilah Khyber Pass sebuah bandar koboi sebenar! Sedikit fakta: di Pakistan setiap rakyat mempunyai hak memiliki senjata sama seperti di Amerika. Intersting.





laporan asal Izismile dan Ease

Monday, 2 July 2012

Keuntungan Bank-Bank China

Tahukah anda bahawa tiga bank paling menjana untung di dunia hari ini merupakan bank-bank dari negara China? Ini menjadi bukti bahawa sejak berlakunya krisis kredit, kuasa kewangan dunia telah beralih arah dari Eropah dan Amerika kepada benua Asia, khususnya China.

Hari ini, bank-bank China telah menjana kira-kira 29% jumlah keuntungan global bagi industri perbankan, berbanding hanya menguasai 4% industri terbabit pada tahun 2007.

Peralihan kuasa ini, pada masa yang sama, menyaksikan bank-bank Eropah hanya menjana keuntungan sekitar 6%, turun mendadak berbanding pencapaian 46% bagi tempoh yang sama.

Data bancian terhadap 1000 buah bank yang dikeluarkan oleh The Banker Magazine, Industrial Commercial Bank of China merupakan bank paling menjana keuntungan, dengan keuntungan sebelum cukai berjumlah $43.2b (GBP27.5b). China Construction Bank di tangga ke-2 dengan keuntungan berjumlah $34.8b dan Bank of China ($26.8b). Sementara itu, JP Morgan (US) ditangga ke-4.

Sumber foto (pelbagai, google images)

Menurut editor majalah The Banker, senario yang berlaku mengesahkan lagi bahawa kerugian yang ditanggung oleh Eropah merupakan rahmat buat China. Dan kini, bank-bank China dilihat telah membuat untung yang hanya dapat "dimimpikan sahaja" oleh bank-bank Eropah.

Pernyataan ini disokong dengan fakta bahawa sejumlah 24 daripada 25 bank yang mencatat prestasi terburuk, adalah bank-bank yang berasal dari zon Euro yang sedang dihantui krisis kewangan sekarang ini. 

Sumber dan baca lanjut: iMonday (2 July 2012:43)

Saturday, 30 June 2012

Kartun-kartun yang TROLL habis (part 2)

Sumber semua foto: forum di Tranungkite












Friday, 29 June 2012

Himpunan kartun-kartun yang TROLL (pecah perut!)

Sumber semua foto/kartun: ruang forum Tranungkite








Nota: edisi 'pecah perut' akan saya sambung di bahagian 2. LOL!

Kartun Islamic versi Kawaii oleh Nayzak Al Hilali (foto)

Artikel ini di-"copy n paste" dari: blogserius


Nayzak Al Hilali atau nama pena beliau Nayzak ialah seorang artis Deviantart yang terkenal dengan lukisan berunsur keIslaman beliau yang Kawaii. Kalau mahu lagi artwork beliau sila ke laman Deviantart beliau disini. Enjoice! Terima kasaih @NetHead








Laporan asal Nayzak Deviantart

Thursday, 28 June 2012

Wanita Korea Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik (16 Gambar)

Artikel 'copy n paste': blogserius

Damn!


Umum diketahui Korea Selatan ialah negara paling plastik di Asia. Pembedahan plastik is at an all time boom dan akibat itu semua awek Korea mempunyai rupa muka yang default. Semuanya fake. Kalau nak ori haruslah layan awek Korea Utara yang lebih original.

Thanks @Aymeemin for the tip





Via Facebook