Sunday 28 July 2013

Mercedes W196 Silver Arrow: Kereta berharga RM96.7 juta (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Nacht!

Juan Manuel Fangio ialah pemandu lagenda sukan F1. Sepanjang kariernya, beliau menjadi juara F1 sebanyak 5 kali. Kemenangan sebanyak 5 kali ini meletakkan beliau di tangga ke 2 dalam senarai pemandu terhebat F1 di belakang Michael Schumacher. Fangio memenangi kejuaraan dengan Ferrari, Alfa Romeo, Maserati dan Mercedes Benz. Minggu lalu kereta Mercedes W196 Silver Arrow yang dipandu beliau pada tahun 1954 telah dilelong dan ianya mencecah harga USD $29,607,760 (RM 96.7 Juta). Harga lelongan ini dengan mudah memintas rekod lelongan kereta termahal sebelum ini iaitu  USD 16.7 Juta (RM 53.4 Juta) untuk Ferrari 250 Testa Rossa yang dilelong pada tahun 2011. Soalan kami ialah berapakah nilai kereta nasional pertama Proton Saga sekarang? Pastinya kereta bersejarah ini juga sangat berharga.




Laporan asal MotorAuthority

No comments: