Sunday 30 June 2013

Doriner DO29 - Pesawat Experimen Bagi Landasan Pendek (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Rotor

Teknologi tilt rotor kini bukan lagi angan-angan kosong jurutera industri penerbangan dunia. Sejak kebelakangan ini semakin banyak projek pesawat yang mampu tergantung-gantung di udara dan terbang mendatar pada kelajuan pesawat konvensional. 

Di Jerman pada tahun 1958 pesawat tilt rotor Dornier Do 29 dihasilkan. Pada waktu ianya dihasilkan, DO 29 direka sebagai pesawat yang memerlukan landasan pendek untuk terbang. Konsep pesawat hibrid helikopter dan kapal terbang masih belum wujud. Dua buah DO 29 dihasilkan dan ia diperkasakan dengan sepasang enjin 270 kuasa kuda. Kipas enjin ini diletakkan pada bahagian belakang enjin dan bukannya pada bahagian hadapan. Kipas pesawat ini boleh diputar sehingga 90 darjah sekiranya perlu tetapi sepanjang tempoh eksperimen ia hanya diputarkan hanya sehingga 60 darjah. DO 29 mampu terbang pada kelajuan maksimum 290 kilometer sejam dan menariknya masih boleh terbang pada kelajuan hanya 29 kilometer sejam apabila kipas diputarkan ke bawah! 

Sungguhpun data dari eksperimen menunjukkan pesawat dengan sistem tujahan DO 29 mampu berfungsi dengan baik, DO 29 tidak pernah dihasilkan untuk kegunaan dunia sebenar. Kedua-dua prototaip DO 29 masih disimpan dengan baik dan boleh dilihat di Muzium Dornier yang terletak di Freidrichschafen, Jerman.





Laporan asal Wikipedia

No comments: