Monday, 11 March 2013

Renungan: "you can walk straight to hell with the smile"?

"you can walk straight to hell with the smile" - begitulah secebis rangkap yang terkandung di dalam lagu "meletop" bertajuk Hall of fame dendangan The Script ft. Will.i.am.

Saya sebenarnya layan lagu ini kerana suka dengan The Script dan kerana kerancakan dan energi iramanya terutama ketika memandu kereta dalam keletihan apabila pulang dari tempat kerja.

Pun begitu rangkap seperti yang saya petik di atas itu juga pantas mengingatkan saya kepada syarahan Ustaz di dalam kuliah Zuhur sewaktu bersolat di masjid UTM Kuala Lumpur pertengahan minggu lepas, iaitu mengenai "Sumbu dan Kepanasan Api Neraka".

Menurut Ustaz, nyalaan neraka itu bermula dari sumbunya di pusat neraka. Bilakah sumbu itu dinyalakan? 

Menurut Ustaz lagi, Allah Jalla Wa'ala telah memerintahkan malaikat untuk memulakan pembakaran sumbu neraka dan menjaga api (menambah bahan bakar/gas) tersebut selama 1,000 tahun. Setelah cukup tempoh 1,000 tahun yang diperintahkan maka malaikat datang mengadap Allah dan melaporkan bahawa tugasnya menyala dan menjaga nyalaan sumbu telah cukup 1,000 tahun. 

Setelah 1,000 tahun sumbu neraka dihidupkan, apinya berwarna merah.

Bagi Allah Jalla Wa'ala, nyalaan itu tidak cukup panas lalu memerintahkan malaikat untuk kembali ke neraka dan memanaskan lagi nyalaan bagi tempoh 1,000 tahun yang kedua.

Setelah cukup tempoh 1,000 tahun yang kedua, datanglah malaikat mengadap Allah bagi melaporkan bahawa tugasnya menjaga nyalaan api neraka telah cukup 1,000 tahun (yang kedua). 

Berakhir 1,000 tahun yang kedua (atau setelah 2,000 tahun dinyalakan), api neraka yang merah telah bertukar kepada warna putih.

Bagi Allah Jalla Wa'ala, nyalaan itu juga masih tidak cukup panas lalu memerintahkan malaikat untuk kembali ke neraka dan memanaskan lagi nyalaan bagi tempoh 1,000 tahun yang ketiga.

10 tahun, 50 tahun, 500 tahun sehinggalah 1,000 tahun yang ketiga, maka kembalilah malaikat mengadap Allah Jalla Wa'ala memberitahu tugasnya menjaga api neraka telah cukup 1,000 tahun yang ketiga (atau 3,000 tahun keseluruhan waktu).

Setelah 3,000 tahun sumbu neraka dinyalakan, api yang menghuni neraka kini bertukar kepada warna hitam.

Lalu sahabat r.a pun bertanya "Wahai Rasulullah, sehitam manakah api neraka itu?". Lalu jawab Baginda "sehitam malam yang tiada berbintang dan bulan (gelap pekat)". Rupa-rupanya, apabila api itu terlalu panas, maka sifatnya yang merah itu bertukar kepada putih dan akhirnya hitam.

Lalu sahabat bertanya lagi "Wahai Rasulullah, bagaimanakah panasnya api neraka itu?". Jawab Baginda "Sekiranya terpercik setitis (api itu) maka hancurlah apa yang ada di antara langit dan bumi".

"Setitis" yang dimaksudkan oleh Baginda Nabi SAW percikan api neraka yang bersaiz seluas LUBANG JARUM. 

Sumber foto: google images

Boleh anda bayangkan luas mana lubang jarum itu?

Saya jangka lirik "you can walk straight to hell with the smile" adalah bagi menggambarkan kesengsaraan hidup seseorang di dunia dan "tidak ambil pusing" dengan kesusahan yang ditempoh itu.

Namun bagi orang Islam, kita kena melihatnya juga dari dimensi akhirat. Insan ini kadang-kala berbuat dosa di atas kelemahan diri. Namun janganlah sampai meremehkan suruhan agama dan mencabar perintah Allah Rabbul Jalil. 

Kalau kita merasakan diri ini terlalu banyak dosa, terpesong sudah jauh, maka ingatlah bahawa rahmat dan keampunan Allah itu amatlah luas sehingga mengatasi murkaNya. Kerana itulah orang yang berbuat jahat-pun Allah masih memanjangkan nyawanya, memberinya harta. Mudah-mudahan dia melihat kebesaran penciptaan Allah dan kembali kepada fitrah diri (kepada agama).

Sesungguhnya kedahsyatan api neraka itu amatlah tidak terbayang. Dan ia cuma menanti "penghuninya" sahaja.

Sunday, 10 March 2013

Adegan Dalam Filem Sebelum CGI (Foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Kesan Khas!

Filem sekarang banyak menggunakan kesan khas janaan komputer (CGI). Di bawah ialah beberapa babak dari filem ternama sebelum diberikan sentuhan kesan khas. 



Laporan BeforeVFX

Sudah Buat Pilihan?

Jumaat lepas, 8 Mac 2013, genaplah 5 tahun negara dan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka mengundi pada pilihanraya (PRU ke-12, 8 Mac 2008).

Menjelang PRU ke-13, walaupun telah melepasi 5 tahun "matang", hanya cakap-cakap dan telahan sahaja yang kedengaran, sedang sebarang pengumuman rasmi oleh YAB Perdana Menteri masih kekal sebagai tanda tanya.

Pun begitu, sebagai rakyat biasa, saya berpandangan, sama ada cepat ataupun lambat parlimen dibubar (atau terbubar), rakyat (sebut para pengundi) khususnya telahpun ada dan membuat pilihan mereka masing-masing.

Cepat atau lambat, di sebalik pengumuman bermacam bantuan, insentif, bonus, projek mee segera, gula-gula (atau apa jua terma yang membawa maksud yang hampir serupa), rakyat hanya melihat ianya sebagai "habuan untuk dikutip" di dalam perjalanan menuju ke PRU yang ke-13.

Cepat atau lambat, dibangkitkanlah apa jua isu-pun, para pengundi telah membuat pilihan hati mereka masing-masing.

Cepat atau lambat, para "wait and see voters" juga barangkali  sudah mencongak siapa pilihan mereka.

Cepat atau lambat, tempoh "persembahan" 2 minggu yang terakhir ini tidak akan dapat memadam penilaian orang terhadap "persembahan" 5 tahun yang telah dipentaskan oleh kedua-dua BN mahupun PR.

Saya sendiri hanya menunggu pengumuman parti-parti yang bakal bertanding untuk memperkenalkan calon-calon mereka secara rasmi (walaupun cakap-cakap tidak rasmi mengenai bakal calon itu sudah lama tersebar di kalangan rakyat).

Ingin juga meneliti dan menilai "kelayakan" di antara calon-calon yang ditampilkan ini:

1) Mana yang ada al-Quwwah (kuat), dan al-Amanah (amanah) dan "paling kurang mudharat" untuk memikul beban dan tanggungjawab sebagai "Tok Wakil" bagi kawasan saya selepas PRU ke-13 nanti. 

“Apabila dua orang, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, yang kuat dan berani -walaupun padanya ada kejahatan- diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah. Ini seperti yang ditanya kepada al-Imam Ahmad: Mengenai dua lelaki yang menjadi ketua di dalam peperangan, salah seorangnya kuat tetapi jahat dan seorang lagi soleh tetapi lemah, siapakah yang layak berperang? Jawab al-Imam Ahmad: “Yang kuat dan jahat. Ini kerana kekuatannya untuk kepentingan orang Islam, kejahatannya untuk dirinya sendiri. Adapun yang soleh tetapi lemah maka kesolehannya untuk dirinya tetapi kelemahannya merugikan orang Islam”. Maka berperang bersama yang kuat dan jahat.” - Sumber: Minda Tajdid

Satu undi dari saya tidak mungkin mengubah apa-apa keputusan majoriti, tetapi setidaknya saya cuba bergerak "ke arah itu".

Cepat atau lambat, it's only a matter of time...tick-tock; tick-tock...

Saturday, 9 March 2013

Thursday, 7 March 2013

RUMAH KONTENA buat warga miskin di Shanghai (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Sadness!

Ini ialah kontena yang menjadi tempat tinggal penduduk berpendapatan rendah di kotaraya Shanghai. Walaupun ianya agak daif, percayakah anda sewa bulanan "rumah" ini mampu mencecah USD 80 (RM240) sebulan. Mohon kerjaan China memberi Bantuan Yuan 1 China (BY1C) bagi meringankan beban kehidupan rakyat mereka yang miskin!



Laporan asal Yahoo

Pasca Tsunami Jepun (dulu vs kini) (FOTO)

Dipetik daripada: Blogserius


Jepun padu

Gempa bumi Tohoku yang melanda jepun pada 11 Mac 2011 mengakibatkan kemusnahan yang teruk. Seramai 15 888 orang dilaporkan meninggal dunia dan hampir 130 000 bangunan musnah akibat gempa sekuat 9.3 pada skala Richter. Selepas hampir dua tahun tragedi hitam itu berlaku mari kita lihat bagaimanakah proses pembinaan semula kawasan-kawasan yang musnah setakat ini. Kagum?



Laporan asal Izismile

Tuesday, 5 March 2013

Lamborghini Veneno berharga RM12 juta! (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Vroooom!

Sempena menyambut ulang tahun syarikat mereka yang ke-50, Lamborghini memperlihatkan Lamborghini Veneno di Pameran Kereta Geneva hari ini. Seperti kesemua kereta buatan mereka, Veneno mengambil nama dari lembu ternama yang tekorban di gelanggang Matador. Veneno ialah seekor lembu yang terkenal pada tahun 1914 kerana kepantasannya dan berjaya membunuh seorang matador. 

Lamborghini Veneno diperkasakan oleh enjin V12 6.5 liter 750 kuasa kuda dan dibina hampir sepenuhnya menggunakan gentian karbon. Kelajuan maksimumnya pula ialah 354 kilometer/jam! Hanya 3 Veneno akan dihasilkan dan setiap satunya dijual pada harga USD 3.9 Juta (RM12 Juta) dan kami difahamkan ketiga-tiganya sudahpun terjual!



Laporan asal Autoblog

Sunday, 3 March 2013

Bilik Permainan Yang Unik Di Royal London Hospital (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Fantastikal!


Di Royal London Hospital mereka menyedari kanak-kanak tidak gemar tinggal di dalam hospital. Hospital bukanlah bangunan yang kita kaitkan dengan keceriaan. Jadi bagaimanakah mereka menimbulkan suasana ceria kepada pesakit dan pelawat kanak-kanak mereka? How about creating a playroom where kids can pretend they are midgets? 

Bilik permainan kanak-kanak diletakkan dengan hiasan kerusi, harimau dan burung hantu berskala gergasi lengkap dengan TV interaktif yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak. TV interaktif ini juga menggalakkan kanak-kanak bersenam sambil bergembira. Idea yang sangat comel dan genius! 




Laporan asal Design Week

Friday, 1 March 2013

"Melupuskan" Kucing dan Anjing Tak Bertuan (foto sedih)

Disumberkan oleh: Blogserius

Sad!


Sad....... sad ........ sad. Sekiranya anda pencinta haiwan JANGAN klik link berita penuh di bawah kerana ianya akan membuatkan anda menangis. Ini gambar-gambar yang diambil oleh Mary Shannon Johnstone untuk siri foto beliau Discarded Property. Beliau mengambil gambar kucing dan anjing terbiar di sebuah pusat perlindungan haiwan di North Carolina sebelum dan selepas mereka dibunuh kerana tidak mempunyai tuan. 


Di North Carolina 250 000 haiwan dimatikan setiap tahun. Ini bermakna 700 anjing dan kucing disuntik sehingga mati setiap hari kerana ketiadaan ruang untuk menyimpan mereka. Mary Shannon Johnston berharap siri Discarded Property ini akan menaikkan kesedaran orang ramai untuk memandulkan kucing peliharaan mereka supaya haiwan yang tidak bertuan tidak akan dimatikan sebegini rupa. 


I go cry now....




Laporan asal Mary Shannon Jonstone 

T-Shirt HERO MALAYA: Tun Mahathir & TGNA (foto)

Respect and have faith (disumberkan oleh: Blogserius)


Tuan Guru Nik Aziz dan Tun Dr Mahathir Muhammad adalah dua tokoh politik yang mempunyai pengikut yang ramai. Bagi penyokong mereka TDM dan TGNA ialah the epitome of what a politician should be in Malaysia dan mereka berdua duduk di kutub magnetik politik yang berbeza. Asbtrax Jingga, sebuah syarikat pakaian urban Malaysia menghasilkan t-shirt Malaya Hero yang memaparkan wajah TDM dan TGNA. Baju TDM bertemakan Respect manakala untuk TGNA pula ianya bertemakan Faith. Baju ini boleh dibeli pada harga RM38 untuk edisi normal dan RM 60 untuk edisi premium. Anda juga boleh memesan poster Faith dan Respect ini jika mahu.

Sila buat pesanan anda melalui laman Abstrax Jingga disini atau hantarkan email kepada iamabstraxjingga@gmail.com





Laporan asal Abstrax Jingga