Monday, 10 September 2012

Fakta Menarik Mengenai "Gangnam Style" (grafik)

Dipetik daripada: Blogserius

Opp Opp Fakta Time!


Ye.. Gangnam Style bukan bermakna "Pujian Untuk Yahudi" dan no...... ianya bukan video cinta Jesus seperti yang anda baca di Facebook. Ini fakta sebenar..








Laporan asal DailyInfographic

Kawasaki Ninja 300 (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Kecil tapi berkuasa ninja....


Kawasaki ialah sebuah syarikat motosikal yang terkenal dengan motosikal berkuasa tinggi mereka. Kebanyakkan motosikal keluaran mereka ini terlalu mahal untuk dimiliki insan marhaen. Oleh itu mereka menghasilkan Kawasaki 250R KIPS untuk digunakan brader-brader kaki motor untuk membiasakan diri mereka dengan motor yang lebih berkuasa. Baru-baru ini mereka memperlihatkan Kawasaki Ninja 300. Ianya peningkatan sebanyak 50 cc dan 38.9 kuasa kuda. Kepada mat-mat motor yang sudah bosan dengan kapcai tetapi masih belum mampu membeli motosikal berkuasa tinggi, apa kata kumpul duit untuk beli Ninja 300 sebagai motor perantara sebelum mampu melakukan transisi ke Kawasaki's ZX-14R!







Laporan asal GizMag

Pengorbanan untuk pergi ke sekolah di China (foto menarik)

Dipetik daripada: Blogserius


Demi ilmu

Apakah pengorbanan yang anda lakukan untuk ke sekolah setiap hari? Naik 3 bas untuk ke sekolah?Panjat jambatan roboh seperti yang berlaku di Indonesia? Hari ini mari kita melawat Bandar Macheng di Provinsi Hubei, China untuk melihat pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan anak mereka selesa di sekolah.

Tahun ini bandar tersebut menerima 5,000 orang pelajar baru untuk sesi pengajian 2012-2013. Namun pihak kerajaan hanya mampu membekalkan 2,000 kerusi serta meja baru ke sekolah sekitar Bandar Macheng. Oleh sebab itu pelajar yang kurang bernasib baik terpaksa membawa kerusi dan meja mereka sendiri ke sekolah. Menurut laporan asal ChinaSmack, tradisi membawa meja dan kerusi sendiri ini bukanlah perkara baru dan sudah bermula sejak sekian lama. 

Apabila berita ini tersebar ke laman sesawang China, ia mengakibatkan kemarahan di kalangan netizen. Mereka merasakan adalah tidak patut bagi China, sebuah negara yang menjadi kuasa dunia masih tidak mampu memberikan anak watannya peralatan sekolah yang sempurna. Netizen China juga merasakan apa yang berlaku tidak boleh dimaafkan kerana China membelanjakan berbillion dollar beberapa tahun yang lalu dalam bentuk bantuan kewangan kepada Amerika Syarikat dan Eurozone.

Kita bernasib baik di Malaysia kejadian sebegini masih belum berlaku. Teruk macam manapun sekolah di Malaysia, perabot masih disediakan oleh kerajaan. Syabas. Jadi marilah kita bersyukur dengan apa yang ada dan janganlah ponteng sekolah adik-adik sekalian.



Laporan asal ChinaSmack

Tolong baca: Apakah itu "Nisbah Kekayaan"?

Bagaimana ingin kita pastikan bahawa amalan pengurusan kewangan yang sedang kita amalkan sekarang ini adalah yang terbaik?

Anda boleh bertanyakan soalan ini kepada ramai orang, dan jawapan mereka juga tentulah pelbagai. Justeru, di entri ini suka saya kongsikan formula yang diubahsuai dan digunapakai oleh Rohani Mohd Shahir (2012) menerusi bukunya "Bijak Mengurus Wang".

Formula yang dimaksudkan adalah dengan mengaplikasikan kaedah "nisbah kekayaan". Ianya mudah dikira selain praktikal untuk penggunaan umum oleh masyarakat yang peka terhadap kepentingan menguruskan kewangan mereka.

Formula

Campurkan kesemua wang yang disimpan di bank, simpanan Tabung Haji, Koperasi, saham amanah, saham, akaun emas dan lain-lain; dan kemudian bahagikan dengan perbelanjaan bulanan.

Kesemua simpanan atau pelaburan yang diambilkira ini mestilah dalam bentuk tunai dan BUKAN yang melalui hutang. Jika anda ada membuat pelaburan melalui cara berhutang, maka ianya tidaklah boleh dimasukkan di dalam pengiraan nisbah kekayaan.

Untuk lebih memahami, perhatikan contoh di bawah:

En. Fulan mempunyai tabungan seperti berikut:



BENTUK SIMPANAN
JUMLAH (RM)
1
Simpanan Tabung Haji
5,000
2
Akaun Wadiah di Maybank Islamic
7,000
3
Pelaburan di Public Mutual
20,000
4
Simpanan dalam koperasi
3,000
Jumlah Wang Simpanan (RM)
35,000


Pengiraan:

Perbelanjaan bulanan bagi menampung keperluan keluarga  = RM5,000. Jika kita bahagikan jumlah keseluruhan tabungan En Fulan dengan jumlah perbelanjaan bulanan beliau, kita akan dapat hasil:

RM35,000 / RM5,000 = 7.0

Maksud nilai 7.0 ini adalah, seandainya En Fulan tidak mempunyai sumber pendapatan (sebagai contoh diberhentikan kerja), dengan tabungan yang beliau ada, beliau mampu bertahan gaya hidup yang sama untuk tempoh selama 7 bulan sahaja!

Pandai urus hutang (google images)

Untuk mendapatkan nisbah sebenarnya, amat penting untuk kita ketahui corak perbelanjaan bulanan secara terperinci. Berikut adalah cara mencatat hampir keseluruhan corak perbelanjaan bulanan untuk latihan kita bersama:

ALIRAN WANG TUNAI (PENDAPATAN  VS  PERBELANJAAN)


A
WANG MASUK
Bulanan (RM)
1
Gaji kasar

2
Elaun

3
Kerja lebih masa

4
Bonus

5
Lain-lain  i) Perniagaan/sambilan
                ii) Sewaan

Jumlah Wang Masuk (RM)



B
WANG KELUAR - SIMPANAN
Bulanan (RM)
1
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

2
Simpanan kecemasan

3
Tabung Haji

4
Pelaburan Amanah Saham

Jumlah Wang Keluar Simpanan (RM)



C
WANG KELUAR - PERBELANJAAN
Bulanan (RM)

1
Perbelanjaan rumah

Sewa rumah/Ansuran bulanan

Penyelenggaraan/cukai pintu/cukai tanah/bil telefon/elektrik/air/internet

2
Perbelanjaan dapur / makan-minum di luar

3
Perbelanjaan anak: Yuran/buku/alat tulis/duit poket/tusyen

4
Perbelanjaan kelengkapan diri: kosmetik/mandian/penjagaan rambut

5
Perbelanjaan pakaian/kasut/perhiasan


6
Perbelanjaan kenderaan

Ansuran bulanan/penyelenggaraan/cukai jalan

Petrol/tol/parking/basuh kereta

7
Perbelanjaan kesihatan: Ubatan/makanan kesihatan/klinik/pergigian



8
Perbelanjaan Takaful

Perlindungan diri/takaful pendidikan/perubahan dan hospital

Takaful kenderaan

Takaful kebakaran dan kediaman

9
Bacaan & hiburan: Buku/majalah/akhbar/astro

10
Perbelanjaan Ukhrawi: Zakat/infak/sedekah


11
Lain-lain

Ehsan ibubapa

Pembantu rumah

Percutian/hari jadi/hadiah ulang tahun perkahwinan

12
Hutang


Kad kredit


Pinjaman peribadi


Pinjaman pelaburan


Pinjaman pelajaran


Pinjaman perniagaan (persendirian)

Jumlah Wang Keluar Perbelanjaan (RM)



Baki = Wang Masuk (A) – Wang Keluar Simpanan (B) – Wang Keluar Perbelanjaan (C)


Sumber: Rohani Mohd Shahir (2012: 44-46)

Berikut adalah cara bagaimana mentafsirkan nisbah kekayaan yang terhasil:

JULAT
KATEGORI
BILANGAN
< 1
ICU

1 – 5
HDU

6 – 10
Normal

11 – 20
Sihat

21 – 50
Sihat Wal’afiat

51 – 96
Tenang

> 96
(8 x nafkah 1 tahun; 2 : 240 & 4 : 12)

> 168
14 tahun (Surah Yusuf: 47-48)

(Rasanya, di manakah kedudukan kewangan anda?)

Bagi membiasakan anda dengan istilah yang digunapakai:

1) ICU (Intensive care unit) = kewangan anda tenat!

2) HDU (High dependency unit) = memerlukan sistem sokongan, hampir kritikal seperti ICU!

3) Bagi julat > 96 bulan itu merujuk kepada Surah Al-Baqarah, Ayat 2:240:

"Dan orang-orang yang akan meninggal dunia antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya)."

Manakala Ayat 12 daripada Surah an-Nisa' pula menyentuh aspek pembahagian harta kepada isteri di mana sekiranya meninggalkan anak, si isteri mendapat 1/8 dari harta si suami. 

Jadi sekiranya suami harus memperuntukkan 1 tahun nafkah kepada isteri, dan peruntukan isteri dalam faraid hanya 1/8, ini bermaksud si suami harus peruntukkan 8 x 12 = 96 bulan kos saraan hidup untuk si isteri yang layak menerima 12 bulan nafkah yang merupakan 1/8 daripada 96 bulan. Bagi para suami yang mempunyai tabungan sebanyak ini jumlahnya, memang berada di tahap atas dari "Tenang".

4) 168 bulan pula melambangkan 14 tahun kos saraan hidup sudah ditabungkan. Sekadar mengambil iktibar daripada Surah Yusuf, Ayat 47 hingga 49 yang menggambarkan 7 tahun  kesenangan dan 7 tahun kesukaran. (7 + 7 = 14 tahun x 12 bulan = 168).

Penutup

Jika didalami maksud yang tersirat di sebalik pengiraan nisbah kemewahan ini, ia boleh disamakan dengan tahap survival kita sekiranya sesuatu terjadi / musibah terhadap ketua keluarga. Jika nisbah kemewahan memang berada di takuk ICU, berdasarkan pengiraan sekarang, berfikirlah bagaimana untuk menempuhnya. Begitu juga jika berada di julat-julat yang berikutnya, apakah tindakan yang perlu difikirkan?

Apa yang boleh disarankan adalah untuk kita menyemak kembali perincian perbelanjaan bulanan, bertujuan mengenalpasti ruang-ruang yang boleh kita jimatkan. Yang utama, adalah memulakan dengan perbelanjaan  (Wang Keluar - Simpanan) sekalipun dalam jumlah yang kecil. Pastikan ianya berterusan.

Kemudian, semak perbelanjaan (C) dan lihat ruang-ruang yang boleh dikurangkan perbelanjaan. Lazimnya, ruang penjimatan boleh diwujudkan melalui perkara berikut:

a) Jimatkan perbelanjaan dapur, makan dan minum DI LUAR.

b) Perbelanjaan kelengkapan diri

c) Perbelanjaan pakaian/kasut/perhiasan diri

d) Perbelanjaan kenderaan

e) Perbelanjaan kesihatan

f) Perbelanjaan bacaan dan hiburan

g) Bayaran hutang.

Setiap penjimatan adalah diharap dapat disalurkan bagi meningkatkan (wang keluar - simpanan). 

Sebagai penutup, adalah tidak penting di fasa mana kehidupan kita berada sekarang, yang mustahak adalah berusaha memastikan nisbah kekayaan anda berada di tahap yang tinggi. 

Tempoh awal karier masa terbaik memupuk amalan berjimat (google images)

Saya menyeru kepada anda yang berusia lingkungan 20-30 an supaya menjadikan masa ini sebagai waktu di mana anda betul-betul serius memulakan langkah mengurus kewangan secara yang baik. Sekalipun di awal karier anda mungkin menerima pendapatan yang rendah (manakala keinginan untuk memiliki gajet mahal yang membuak-buak), dinasihatkan agar nisbah kekayaan anda sekurang-kurangnya di julat 6 (memiliki tabungan yang cukup untuk menampung kos saraan hidup selama 6 bulan, sekiranya hilang punca pendapatan/pekerjaan).

Moga beroleh manfaat!

Sunday, 9 September 2012

Koleksi Akuarium Menarik (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Tanked

Kami jarang menonton TV tetapi antara rancangan yang kami layan di TV ialah Tanked di Animal Planet. Ianya rancangan tentang kostumasi akuarium yang dilakukan oleh Acrylic Tank Manufacturing (ATM). ATM menghasilkan akuarium berkapisiti besar dengan rekaan yang unik. Kalau korang bosan dengan rancangan di TV yang membosankan mungkin korang boleh layan Tanked.




Laporan asal Acrylic Tank Manufacturing

Saturday, 8 September 2012

Zaha Hadid: Sky SOHO di Shanghai (foto)

Menukar landskap China

Beberapa tahun kebelakangan ini, arkitek Zaha Hadid dan pasukannya telah mencipta nama dan reputasi yang tinggi di negara China.

Dengan projek berprestij Guangzhou Opera House, yang memenangi berbagai anugerah dan pengiktirafan, kita beliau tampil lagi dengan projek Sky SOHO, yang dijangka akan meneruskan proses penukaran skyline bandar terkemuka di China itu. 

Sekalipun banyak perubahan yang muncul (mengenai pembangunan bandar) di China melibatkan percaturan dan dasar politik, apa yang ingin dipaparkan di entri ini lebih menekankan kepada aspek keunikan senibina projek Sky SOHO ini.

The Sky SOHO is an office and retail destination housed in close quarters to Hongqiao Transportation Hub and Shanghai’s city centre. The Hongqiao Airport is in close quarters as well. The structure consolidates three thematic courtyards and reflects distinct cluster of activities.